Anda di halaman 1dari 4

Contoh Karangan 3

Pada hari Ahad, aku mengajak kawan baik aku, Justin pergi ke sebuah warung yang terkenal
di bandar kami.

Julius : Hai, Justin! Aku duduk di sini!


Justin : Hai, Julius! Maafkan aku telah datang lewat. Hal ini demikian kerana aku
terperangkap dalam kesesakan jalan raya tadi.
Julius : Oh, tiada hal! Sudahkah awak memesan minuman dan makanan?
Justin : Ya, aku sudah memesan minuman dan makanan di kaunter tadi. Pagi ini, aku
terbaca sebuah berita tentang Kempen Cuti-cuti Malaysia yang dilancarkan oleh
negara kita telah berjaya membawa kemasukkan banyak pelancong asing. Dari
negara-negara serantau seperti negara China, negara Laos, negara Jepun dan
sebagainya. Malah, bilangan pelancong domestik juga menunjukkan
peningkatan.
Julius : Berita ini juga aku baca pagi ini! Ini memang berita yang baik kepada rakyat
dan negara! Sebenarnya, Malaysia memang berpotensi dimajukan sebagai
sebuah destinasi pelancongan yang tersohor di seluruh dunia. Jika industri
pelancongan Malaysia dibangunkan dengan baik, akan membawa banyak
manfaat kepada kita.
Justin : Memang betul! Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan
ekonominya. Kemasukan pelancong-pelancong asing ke negara kita akan
meningkatkan penukaran mata wang asing kepada wang ringgit Malaysia.
Dengan ini, akan meningkatkan nilai mata wang ringgit di dunia. Hal ini
demikian kerana para pelancong akan menggunakan wang ringgit untuk
membeli-belah seperti makanan, minuman, kraf tangan dan lain-lain. Mereka
juga akan menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan keuntungan yang
diperoleh akan menjadi dana kerajaan untuk memajukan negara kita dan
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.
Julius : Aku bersetuju dengan pendapat awak. Pembangunan sektor pelancongan juga
dapat membantu dalam pembangunan kawasan-kawasan pelancongan yang
terletak di kawasan pedalaman seperti Gua Niah, Sarawak, Air Terjun Kota
Tinggi dan sebagainya. Keindahan dan keunikan alam semula jadi dapat
dikongsi dan dinikmati oleh para pelancong asing yang melawat ke negara kita.
Sebagai contoh, jika pelancong mengunjungi Gua Niah, Sarawak, mereka
berpeluang melihat gua yang terbesar di Malaysia dan bukti-bukti tapak awal
kehadiran manusia Zaman Paleolitik. Oleh itu, kita perlulah menyelaraskan
usaha pembangunan sektor pelancongan seiring dengan memelihara apa yang
kita miliki.
Justin : Secara tidak langsung, juga menggalakkan pihak berkuasa menambahbaikkan
kemudahan dan infrastruktur di dalam negara kita. Apabila kawasan pedalaman
menjadi daya tarikan pelancong pihak berkuasa akan menyediakan kemudahan
dan infrastruktur dengan lebih sempurna untuk memudahkan para pelancong
mengunjungi tempat-tempat menarik tersebut. Dengan ini industri-industri
seperti perhotelan, restoran, pengangkutan dan sebagainya turut dimajukan.
Julius : Betul! Keadaan ini juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada para
penduduk. Rentetan kedatangan pelancong-pelancong yang semakin bertambah
hari demi hari, permintaan kepada perkhdimatan , penginapan hotel,
perkhidmatan pengangkutan serta perdagangan kraf tangan serta perniagaan
makanan adn minuman semakin bertambah juga. Hal ini menyebabkan lebih
banyak usahawan akan mengambil peluang keemasan untuk membina hotel-
hotel dan pusat penginapan bajet untuk menampung pelancong-pelancong yang
datang. Masyarakat yang menetap di kampung atau kawasan pedalaman juga
dapat menggunakan teknik mereka dalam menghasilkan kraf tangan tradisional.
Secara tidak langsung, ramai masyarakat mempunyai kesempatan untuk
mendapat keuntungan.
Justin : Ya, aku bersetuju dengan pendapat awak! Pembangunan sektor pelancongan
juga dapat menarik para pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Kebanyakan pelabur berminat untuk mengusahakan perkhidmatan perhotelan,
pusat beli-belah, perniagaan restoran, taman tema dan lain-lain. Misal,
pembukaan taman tema Legoland di negeri Johor telah menarik minat ramai
pelancong domestik dan pelancong luar negara. Hal ini demikian kerana taman
tema yang berjenama Lego merupakan taman tema yang pertama sekali di Asia
Tenggara. Kehadiran pelabur asing dapat membantu pihak kerajaan
mengurangkan kos yang digunakan dalam sektor pelancogan sekaligus memberi
lebih banyak faedah kepada rakyat dan negara.
Julius : Betulnya! Sektor pelancongan memang penting kepada negara kita. Harap
semua rakyat dan pihak berkuasa berganding bahu terus mengembangkan
industri pelancongan kita.
Justin : Ya, betul! Bak kata pepatah, “Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”.
Oleh itu, pihak kerajaan dan semua akyat perlulah memainkan peranan masing-
masing dalam memperkasakan sektor pelancongan di negara kita.
Julius : Waktu sudah lewat. Marilah kita balik ke rumah sekarang!
1. 出名 : terkenal / tersohor
2. 行业 : sektor / industri
3. 发展 : mengembangkan / memajukan / membangunkan
4. 旅游胜地 : destinasi pelancongan / daya tarikan / tempat-tempat menarik
5. 机会(动) : berpeluang / berkesempatan
6. 好处 : kebaikan / manfaat / faedah

ALEX SUNG ALEX SUNG ALEX SUNG

CHIN XING YIE CHIN XING YIE CHIN XING YIE

DARNELL BONG DARNELL BONG DARNELL BONG


FOO ZI XUAN FOO ZI XUAN FOO ZI XUAN

JACK LOH JACK LOH JACK LOH

JASMIN ONG JASMIN ONG JASMIN ONG

JEE KUOK SENG JEE KUOK SENG JEE KUOK SENG

LIEW SING LING LIEW SING LING LIEW SING LING

LIEW YIK SIONG LIEW YIK SIONG LIEW YIK SIONG

NG XUAN YU NG XUAN YU NG XUAN YU

NATASYA NATASYA NATASYA

PAUL GILLBETH PAUL GILLBETH PAUL GILLBETH

SHAREEN JEE SHAREEN JEE SHAREEN JEE

Anda mungkin juga menyukai