Anda di halaman 1dari 9

USAHA-USAHA UNTUK

MEMAJUKAN SEKTOR
PELANCONGAN DI MALAYSIA
Ahli kumpulan: Lee Jun Ee, Jason Wong, Chew Zhi Hao, Christopher Choo, Tan Xian
Wei, Shum Kean Ming
Tema: Memajukan sektor pelancongan di Malaysia

Kata Kunci: Usaha-usaha


Pendahuluan

Usaha-usaha untuk Memajukan Sektor Pelancongan di Malaysia


Oleh: Jason Wong

Dalam meniti arus kemodenan dan globalisasi ini, sektor pelancongan di Malaysia telah
lama diabaikan. Visi Kementerian Pelancongan ialah memajukan Malaysia sebagain
destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia yang berteraskan seni, budaya, dan
warisan negara. Kita acap kali tersentak apabila melihat di kaca televisyen mahupun dada
akhbar yang sering mempamerkan sektor pelancongan Negara lain dan bukannya sektor
pelancongan Malaysia. Tiada ubat yang tiada penawarnya ,maka usaha-usaha pragmatik
harus dijalankan secara konsistant agar situasi ini dapat dibasmi higga ke akar umbi.
Isi 1

Marilah kita fokus lensa perbincangan dalam usaha perdana iaitu


mempertingkatkan kemudahan awam ke kawasan pelancongan.Hal ini
dikatakan demikian kerana kemudahan awam dapat memudahkan
pelancong ke susuatu tempat dengan cepat. Dalam koteks ini,
pelancong boleh menggunakan kemudahan awam seperti bas awam ,
kereta api dan sebagainya ke destinasi pelancongan yang jauh seperti di
kawasan pendalaman. Di sini saya ingin tegaskan bahawa kemudahan
awam memainkan peranan yang penting untuk memajukan sektor
pelancongan persis aforisme ‘Tiada apa milik kita kecuali masa’.
Isi 2

Meninjau skop yang lebih luas, pihak kerajaan memperkenalkan


produk-produk pelancongan negara baharu yang dapat menarik minat
pengunjung mancanegara. Dengan erti kata yang lain, ini juga dapat
meningkatakan ekonomi di negara kita disebabkan oleh peningkatan
bilangan pelancong yang berbelanja di negara kita.Sebagai tamsil,
produk-produk yang diperkenalkan di negara kita ialah baju pembuatan
tempatan, rantai kunci, permainan tradisional, dan buku tentang warisan
negara.Hakikatnya, produk-produk diperkenalkan membolehkan
pelancong untuk mengetahui lebih banyak tentang budaya kita dan
meningkatkan ekonomi negara bak kata mutiara ‘indah seni, endah
budaya’
Isi 3

Sebagai lontaran idea yang lain, kerajaan bolehlah mengajurkan pelbagai acara antarabangsa
dengan lebih kerap. Hal ini disebabkan ramai orang dari seluruh dunia akan datang ke
negara kita untuk menyaksikan acara-acara tersebut maka ini juga akan menarik ramai orang
untuk melancong di negara kita sambil menonton acara yang dianjurkan seperti Sukan SEA,
Pameran pelancongan, pameran perniagaan dan lain-lain. Seyogianya, pengajuran pelbagai
acara antarabangsa dapat menarik pelancong dari seluruh dunia supaya aktiviti Malaysia
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.
Isi 4

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Syarikat hotel dapat menaik taraf kemudahan penginapan
mereka. Maksudnya di sini ialah membina hotel tempat penginapan yang lebih murah dan
mempunyai fasiliti yang lebih sempurna.Sebagaimana yang kita sedia maklum, hotel yang
dikawal oleh AI seperti yang ada di China. Izharlah bahawa penaikan taraf kemudahan
penginapan memainkan peranan yang penting dalam memajukan sector pelancongan di
Malaysia.
Penutup
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa usaha-usaha untuk memajukan sektor
pelancongan di Malaysia. Oleh itu, kita harus genggam bara api , biar sampai jadi arang dan
bukannya melepaskan batuk di tangga dalam menangani isu ini untuk menggelakkan keadaan
nasi sudah menjadi bubur. Sama pihak terutamanya kerajaan harus berganting bahu
mewujudkan kolaboratif bagai aur dengan tebing untuk melontarkan idea-idea yang bernas bagi
usaha untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Rentetan itu, sudah menjadi obligasi
bagi semua pihak untuk melakukan panjakan paradigma dalam isu ini supaya ekonomi terus
membangun maju.
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai