Anda di halaman 1dari 1

Latihan ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
kepentingan industri pelancongan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 hingga
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Industri pelancongan merupakan salah satu sektor perusahaan yang penting di negara kita. Oleh itu,
industri ini banyak membantu dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Pihak kerajaan di bawah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah, sedang dan akan berusaha untuk meningkatkan
prasarana pelancongan serta mempelbagaikan aktiviti atau program untuk menarik lebih ramai pelancong
ke destinasi menarik di negara ini sama ada pelancong dari luar negara mahupun pelancong domestik.
Apabila industri ini berkembang, maka bilangan pelancong negara kita akan bertambah. Dengan itu,
proses pertukaran wang asing yang berlaku menjanakan impak yang positif pada ekonomi negara dan
pendapatan negara akan bertambah. Perkara ini ialah hasil daripada perbelanjaan mereka di negara ini.

Seterusnya, industri pelancongan juga dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Setiap rakyat berpeluang untuk membuka perniagaan seperti menjual makanan, minuman serta barang-
barang kraf tangan. Secara tidak langsung, masalah sosial yang kian meningkat dapat ditangani apabila
para belia khususnya mengambil kesempatan untuk menceburi pelbagai perniagaan yang berkaitan
dengan industri ini yang menjamin pulangan atau pendapatan lumayan.

Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana keunikan, kemakmuran, keindahan dan pelbagai
keistimewaan yang ada. Kebanjiran pelancong asing ke negara ini dapat membantu negara untuk
menyebarkan informasi yang positif kepada pelabur-pelabur asing sekali gus dapat menarik minat mereka
untuk melabur di negara kita. Pelaburan mereka memberikan keuntungan kepada negara dan juga rakyat
jelata.

Secara umumnya, industri pelancongan meningkatkan ekonomi serta mampu menjanakan


pembangunan negara kita dengan kedatangan pelancong serta pelabur-pelabur asing. Dengan itu,
Malaysia tersohor ke seluruh dunia dan mampu bersaing dengan negara-negara maju kerana ekonomi
yang kukuh serta keharmonian masyarakatnya.

Isi penting

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Anda mungkin juga menyukai