Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN SEKTOR PELANGONGAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA

Pada zaman yang dilanda arus modenisasi dan globalisasi ini, negara-negara di
dunia ini berlumba-lumba untuk memajukan sektor pelancongan. Tamsilnya,
kerajaan Malaysia memperuntukkan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk
mempromosikan tempat-tempat pelancongan di negara kita pada peringkat
antarabangsa untuk menarik pelancong asing ke negara kita. Hal ini berlaku
demikian kerana sektor pelancongan banyak mendatangkan faedah kepara rakyat
dan negara.

Faedah yang paling ketara ialah peningkatan pendapatan rakyat dan negara.
Rakyat dan negara memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada
perbelanjaan pelancong asing di negara kita. Apabila pelancong asing makan angin
di negara kita, mereka akan berbelanja untuk penginapan, pengangkutan, makan
minum, membeli-lelah dan juga hiburan. Impaknya ialah pendapatan pengusaha-
pengusaha dan penjaja-penjaja yang berkenaan akan meningkat dan ekonomi
negara turut bertambah baik. Tegasnya, sektor pelancongan dapat meningkatkan
pendapatan rakyat dan memperkasakan ekonomi negara.

Seterusnya, kemajuan sektor pelancongan juga mewujudkan peluang


pekerjaan yang banyak seperti pemandu pelancong, pekerja hotel, pekerja restoran,
pemandu teksi, dan sebagainya. Sebagai contohnya, beberapa tahun belakangan
ini, bilangan hotel dan agensi pelancongan di negara kita semakin bertambah bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Lantaran itu, banyak pekerja diperlukan. Sebagai
akibatnya, masalah penggangguran dapat dikurangkan.

Selain itu, sektor pelancongan juga meneroka bidang perniagaan untuk rakyat
tempatan. Tamsilnya, kemasukan pelancong asing telah membolehkan pengusaha-
pengusaha kraf tangan, kain batik, songket, dan cenderamata yang lain melariskan
perniagaan mereka. Barang-barang tersebut mungkin dipandang enteng oleh
rakyat tempatan, namun dihargai oleh pelancong asing kerana keseniannya dan
keunikan budayanya. Oleh itu, kerajaan dalam usaha memajukan sektor
pelancongan sebenarnya membawa kebaikan kepada peniaga-peniaga tersebut.

Bukan itu sahaja, apabila kerajaan memajukan kawasan pelancongan yang


terletak di desa atau di kawasan pedalaman, rakyat yang mendiami kawasan
tersebut secara tidak langsung juga menikmati faedahnya. Sebagai contoh,
infrastruktur di kawasan pelancongan seperti bekalan air dan elektrik serta sistem
pengangkutan dan perhubungan mesti disediakan atau dinaik taraf untuk
kemudahan pelancong. Dengan ini, penduduk di situ turut memiliki infrastruktur
yang lebih sempurna.

Secara tuntas, memang tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan


mengungtungkan rakyat dan negara. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu
menggembleng tenaga dan berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
menjadikan negara kita sebagai destinasi utama pelancong asing. Jika masyarakat
hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan kerajaan sahaja untuk memajukan sektor
pelancongan, negara kita nescaya tidak dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara lain dalam bidang pelancongan.
Bahanpt3

Anda mungkin juga menyukai