Anda di halaman 1dari 3

Maklumat di bawah menunjukkan usaha-usaha meningkatkan industri pelancongan di negara kita.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. (Berdasarkan bahan rangsangan daripada buku kerja Bahasa Malaysia Twitter, 2013/14, halaman 8 praktis 10) Sebagai sebuah negara yang beriklim khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara. Untuk mengukuhkan industri pelancongan, kerajaan perlu merancang usaha-usaha yang pragmatik dan efektif. Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan pelancongan domestik dan antarabangsa agar terus berkembang adalah dengan menyediakan prasarana yang lengkap dan moden. Hal ini demkian kerana, kemudahan prasarana dan infrastuktur yang sempurna dan kondusif akan menarik minat pengunjung untuk pergi ke destinasi tersebut. Apabila mereka pulang ke tempat asal sudah pasti mereka akan menghebahkannya kepada rakanrakan. Dalam hal ini, Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah melengkapkan infrastruktur di negara kita sebagai tarikan kepada para pelancong. Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri pelancongan negara akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan prasarana yang secukupnya agar industri pelancongan di negara kita terus berkembang maju. Tambahan pula, kerajaan seharusnya berusaha menjadikan Malaysia sebagai suatu destinasi mampu lawat. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah kerana Malaysia amat dikenali sebagai syurga membeli-belah. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat untuk melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Kesimpulannya, Malaysia akan menjadi negara yang mudah serta bernilai harganya kepada pelancong asing tanpa mengira darjat. Di samping itu, pihak kerajaan melal ui Kementerian Pelancongan juga bertanggungjawab untuk mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan kepada pelancong di dalam dan di luar negara. Dalam hal ini, kerajaan boleh bekerjasama dengan agensiagensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan lagi kemasukan pelancong ke negara kita. Kemasukan pelancong asing secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan negara. Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen pelancongan desa menerusi media massa dan media elektronik. Promosi pelancongan juga boleh dilaksanakan melalui lawatan pembesar negara beserta rombongan kebudayaan ke negara jiran. Ini boleh menimbulkan keinginan masyarakat luar negara untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi, bak kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah menguar-uarkan keindahan dan keistimewaan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Selain itu, langkah-langkah keselamatan harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan demi memajukan industri pelancongan di Malaysia. Keupayaan negara kita untuk menjamin keselamatan pelancongan sudah tentu akan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong -pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu dengan kecekapan pemimpin-pemimpin negara mampu mewujudkan suasana negara yang aman, tenteram dan selamat. Kadar jenayah di negara Malaysia juga akan terkawal hasil daripada usaha ini. Lebih-lebih lagi, pelancong dapat bergerak bebas ke mana sahaja di negara kita tanpa sebarang masalah atau diselubungi ketakutan dan kebimbangan. Oleh itu, aspek keselamatan amatlah penting dalam usaha memajukan industri pelancongan.

Sebagai intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan impian untuk memajukan pelancongan domestik di negara kita. Pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berkaitan. Tegasnya, industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Maklumat di bawah menunjukkan usaha-usaha meningkatkan industri pelancongan di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. (Berdasarkan bahan rangsangan daripada buku kerja Bahasa Malaysia Twitter, 2013/14, halaman 8 praktis 10) Rangka karangan Pendahuluan Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. - Negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara. - Kerajaan perlu merancang usaha-usaha yang pragmatik dan efektif. Isi-isi

Menyediakan prasarana yang lengkap dan moden. Kemudahan prasarana dan infrastuktur yang sempurna dan kondusif akan menarik minat pengunjung untuk pergi ke destinasi tersebut. Apabila mereka pulang ke tempat asal sudah pasti mereka akan menghebahkannya kepada rakan-rakan. Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan prasarana yang secukupnya agar industri pelancongan di negara kita terus berkembang maju. Kerajaan seharusnya berusaha menjadikan Malaysia suatu destinasi mampu lawat. Pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga bertanggungjawab mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan kepada pelancong di dalam dan di luar negara. Kerajaan boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan lagi kemasukan pelancong ke negara kita. Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen pelancongan desa menerusi media massa dan media elektronik. Bak kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Langkah-langkah keselamatan harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan demi kemajuan industri pelancongan di Malaysia. Keupayaan negara kita untuk menjamin keselamatan pelancongan sudah tentu akan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia. Lebih-lebih lagi, pelancong dapat bergerak bebas ke mana sahaja di negara kita tanpa sebarang masalah atau diselubungi ketakutan dan kebimbangan. Aspek keselamatan amatlah penting dalam usaha memajukan industri pelancongan.

Penutup

Semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan domestik di negara kita. Pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berkaitan. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai