Anda di halaman 1dari 4

Tahukah anda bahawa industri pelancongan negara merupakan antara

industri utama dalam ekonomi Malaysia? Jika tidak, berikut akan dikongsikan
contoh karangan Langkah-Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Di
Malaysia untuk rujukan semua. Anda juga boleh merujuk contoh isi-isi penting
di bawah bagi menjawab karangan yang berkaitan dengan sektor
pelancongan. Setiap di antara kita pasti gemar untuk melancong ke pusat
pelancongan seperti pantai, pulau dan sebagainya. Selain daripada
menikmati keindahan suasana dan pemandangan, kebanyakan di antara kita
melancong untuk beristirehat setelah penat menghabiskan masa membanting
tulang di tempat kerja. Pengalaman melancong akan lebih seronok jika pusat
pelancongan yang ditujui memberikan layanan serta fasiliti bertaraf
antarabangsa seperti melancong di negara asing. Maka, setiap di antara kita
perlu memainkan peranana untuk memajukan sektor pelancongan di
Malaysia. Isi Kandungan [Tutup] Karangan Langkah-Langkah Memajukan
Sektor Pelancongan Di Malaysia Isi-isi penting Pendahuluan Isi 1 Penutup
Karangan Langkah-Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Di Malaysia
Perkongsian di bawah merangkumi isi-isi penting dan contoh karangan
berkaitan cara meningkatkan lagi mutu sektor pelancongan di Malaysia untuk
panduan semua. Isi-isi penting Berkempen melalui media massa dan
elektronik Menganjurkan acara atau kejohanan sukan peringkat antarabangsa
Memastikan prasarana dan infrastruktur awam di tahap terbaik Membina
jaringan keselamatan yang diyakini oleh pelancong Memperkenalkan produk
pelancongan baharu seperti pelancongan kesihatan Melakukan libat urus
dengan pengusaha pelancongan untuk penambah baikan Pendahuluan
Umum mengetahui sektor pelancongan adalah salah satu industri utama
dalam ekonomi negara. Perkara ini boleh dibuktikan dengan jumlah
pelancong asing yang masuk ke dalam negara dari tahun 2018 hingga 2019
mencecah sehingga lebih 10 juta pelancong. Jumlah yang meningkat dari
tahun ke tahun ini sangat memberansangkan dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi masyarakat di Malaysia. Seperti ingin masuk ke
medan peperangan, kita memerlukan strategi terbaik untuk mengalahkan
musuh dan mengecapi kemenangan. Begitu juga dalam keadaan untuk
memastikan sektor-sektor ekonomi negara supaya terus berkembang di mana
mekanisme dan langkah terbaik perlu direncana dengan teliti. Hasilnya nanti
akan memberikan manfaat dari segi ekonomi dan sosiologi negara secara
amnya dan rakyat secara khususnya. Oleh sebab yang demikian, penting
untuk kita bincangkan, apakah langkah-langkah untuk memajukan sektor
pelancongan di Malaysia. Isi 1 Dalam meniti alaf baharu ini, suatu informasi
boleh disebarkan secara meluas hanya dengan menggunakan Internet dan
diterima oleh sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia dengan hanya
menggunakan hujung jari. Teknologi yang tiada had ini wajar dimanfaat
sebaik oleh pihak berkuasa dan agensi pelancongan untuk mempromosi
keunikan dan keindahan yang dimiliki oleh negara kita. Bagi menarik minat
pelancong asing, kerajaan boleh menghasilkan iklan atau kandungan digital
yang mampu memukau masyarakat asing untuk berkunjung ke dalam negara.
Kaedah terkini yang dilakukan di kebanyakan negara adalah dengan menaja
selebriti untuk melancong ke Malaysia dan menarik minat peminat mereka
untuk turut serta. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
boleh mengumpulkan produksi kreatif dan agensi pemasaran tempatan yang
terbaik untuk menghasilkan kempen pelancongan yang luar biasa dan
menangkap hati setiap penonton samada secara domestik ataupun
antarabangsa. Tegasnya, berkempen melalui media massa dan elektronik
merupakan salah satu langkah meningkatkan tahap atau taraf sektor
pelancongan. Isi 2 Pada masa yang sama, sektor pelancongan boleh
dikembangkan dengan menganjurkan acara atau kejohanan sukan peringkat
antarabangsa di dalam negara. Penganjuran Le Tour De Langkawi adalah
salah satu contoh terbaik dalam menganjurkan acara di peringkat
antarabangsa dan mempromosikan keindahan kawasan tumpuan pelancong
di Malaysia. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Langkah ini
memerlukan perbelanjaan yang tinggi tetapi hasil penganjurannya akan
memberikan pulangan yang berbaloi-baloi. Hal ini demikian kerana, hotel-
hotel berdekatan akan mendapat pelanggan bukan sahaja di musim
percutian, manakala restoran dan pusat pelancongan juga akan dikunjung
dengan lebih kerap. Masyarakat tempatan juga akan mendapat tempias yang
positif dengan peluang-peluang pekerjaan yang dibawa oleh penganjuran
acara-acara ini. Tuntasnya, mengadakan kejohanan peringkat antarabangsa
seperti Sukan Asia dan Komanwel dapat memajukan lagi sektor pelancongan
dalam negara. Isi 3 Usaha lain yang wajar dilaksanakan bagi memastikan
sektor pelancongan terus maju adalah dengan menyediakan prasarana dan
infrastruktur awam yang lengkap. Prasarana yang dimaksudkan adalah
jalinan perhubungan seperti jalan raya yang selamat dan lapangan terbang
yang selesa. Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semula jadi
terkenal dengan produk pelancongan berasaskan flora dan fauna atau
dikenali sebagai ekopelancongan. Produk ini terletak jauh di kawasan
pedalaman dan memerlukan jalan yang selesa dan mudah untuk pelancong
berkunjung. Oleh yang demikian, pihak berkuasa hendaklah menyediakan
jalan raya, pengusaha bas dan van serta lapangan terbang yang selesa dan
kondusif untukl menerima pelancong domestik mahupun asing. Jika kita
mampu memberikan pengalaman yang mudah dan selesa kepada pelancong
untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, pasti mereka
akan berasa seronok dan tidak mengganggu suasana percutian mereka.
Intihannya, dengan menyediakan prasarana terbaik di dalam negara, sektor
pelancongan boleh bertambah maju. Isi 4 Akhir sekali, langkah untuk
memajukan sektor pelancongan adalah melakukan libat urus dengan
pengusaha-pengusaha pelancongan untuk mewujudkan penambah baikan.
Peranan ini khusus untuk badan yang mengelola dan memantau aktiviti
pelancongan dalam negara kerana mereka bertanggungjawab. Menganjurkan
forum perbincangan atau sesi “townhall” dapat mengumpulkan pengusaha
pelancongan seterusnya mencari solusi kepada setipa masalah yang
dihadapi. Tamsilnya, pengusaha feri dan bot yang menggunakan petrol diesel
sebagai bahan bakar kenderaan mereka memerlukan subsidi yang lebih
banyak. Begitu juga dengan pengusaha taman tema yang perlu membayar
cukai lebihan walaupun jumlah pengunjung tidak mencapai sasaran yang
ditetapkan. Masalah ini jika dibantu dan diselesaikan dengan solusi terbaik,
pastinya sektor pelancongan akan bertambah maju. Penutup Kesimpulannya,
terdpat banyak langkah yang boleh direncana untuk memajukan sektor
pelancongan di Malaysia. Setiap pihak yang terlibat dalam industri
pelancongan semestinya inginkan yang terbaik dalam perkembangan sektor
mereka. Justeru, pihak kerajaan, pengusaha pelancongan, agensi pemasaran
dan rakyat Malaysia sendiri perlu komited dalam menyumbang kepada
perkembangan sektor ini dengan menjalankan obligasi masing-masing.
Sebagai warganegara, kita seharusnya membantu pelancongan domestik
dengan mengunjungi pusat-pusat pelancongan pada hujung minggu atau hari
cuti dengan lebih kerap sebelum melancong ke negara-negara asing.
Keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya serta tradisi masyarakat
kita seharusnya menjadi elemen utama dalam mempromosikan pelancongan
di Malaysia. Ibarat peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Related : pendapatan
negara, tempat pelancongan, memainkan peranan, pelbagai pihak, luar
negara, tahun melawat malaysia, memajukan industri pelancongan,

© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/sektor-pelancongan/

Anda mungkin juga menyukai