Anda di halaman 1dari 2

Kesan-kesan peperangan kepada ekologi dan kehidupan manusia

in Bahasa Melayu

Walaupun dunia telah melalui dua perang dunia dan kesan-kesannya masih akrab dalam jiwa
masyarakat dunia, khususnya di Hiroshima dan Nagasaki, tetapi is masih belum memberi pengajaran
kepada umat manusia. Ciptaan-ciptaan senjata dan ujian-ujian bom, khususnya bom nuklear masih
berterusan. Peperangan masih berleluasa dalam perkembangan tamadun manusia walaupun banyak
kesan negatif dari segi ekologi dan kehidupan manusia dapat dilihat.

Salah satu kesan peperangan adalah dari segi kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan
mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal mereka yang dimusnahkan
oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri dalam usaha mengelakkan diri
daripada menjadi mangsa. Banyak jambatan dan bangunan yang menelan belanja berjuta juta ringgit
akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang
tidak berdosa.

Selain itu, peperangan akan mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora. Banyak spesies akan
musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya bom nuklear akan
mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang serta tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan akan musnah. Born-born yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan
hidupan akuatik yang merupakan sumber protein manusia musnah.

Peperangan juga menyebabkan kehilangan khazanah dunia. Pelbagai unsur dalam pembangunan
ketamadunan manusia yang menjadi kebanggaan manusia akan musnah. Letupan-letupan bom telah
mengakibatkan banyak unsur warisan budaya manusia seperti bangunan bersejarah dan Beni bina hilang
begitu sahaja. Unsur-unsur tamadun manusia yang diwarisi penting dalam usaha menyedarkan generasi
muda tentang perkembangan manusia dan artifaknya.

Satu lagi kesan peperangan ialah kehilangan nyawa manusia. Banyak manusia akan mati kerana
peperangan. Wabak-wabak penyakit pula akan merebak kerana keadaan persekitaran yang kotor dan
tercemar. Ketiadaan kemudahan hospital akan memburukkan keadaan ini. Selepas Perang Teluk, Iraq
menghadapi masalah ini kerana kekurangan perubatan. Ini menjurus kepada kadar kematian yang
meningkat, khususnya di kalangan bayi dan kanak-kanak. Pelbagai penyakit akan menular serta
mengakibatkan kecederaan, kecacatan dan kematian manusia. Kesan letupan bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki menjadi bukti nyata hal ini.

Pencemaran juga merupakan satu lagi kesan akibat peperangan. Kini, bom-bom nuklear mengakibatkan
kesan pencemaran radioaktif. Kesan peperangan di Kuwait selepas Perang Teluk mengakibatkan
pencemaran yang dahsyat di mana telaga-telaga minyak diletupkan. Kebakaran itu mengakibatkan
pencemaran yang membawa pelbagai kesan sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia.
Selain itu, kesan pencemaran radioaktif juga akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia
seperti kecacatan pada generasi yang seterusnya.

Kesimpulannya, pembangunan manusia hares berfokus kepada peningkatan taraf hidup dan bukan ke
arah penciptaan senjata-senjata yang boleh memudaratkan diri sendiri. Kesedaran tentang kesan
peperangan hares diwujudkan agar manusia cinta akan keamanan. Persidangan di peringkat
antarabangsa pula hares lebih peka kepada usaha menangani peperangan agar pembangunan ekonomi
dan kemajuan manusia dapat dimantapkan.

Anda mungkin juga menyukai