Anda di halaman 1dari 5

Latihan 2

Tajuk karangan: Peperangan bukan cara yang terbaik


untuk menyelesaikan konflik kerana banyak masalah
baharu akan timbul ekoran peperangan. Jelaskan kesan
peperangan kepada rakyat dan negara yang terlibat.
Peperangan merupakan konflik terancang yang
lazimnya berpanjangan diantara dua atau lebih negara
serta perbalahan menggunakan senjata sehingga
membunuh sesama manusia.Peperangan juga biasanya
berpunca daripada pertikaian dalam aspek kedaulatan,
agama dan sumber bahan mentah negara. Contoh
peperangan yang berlaku ialah perang dunia kedua.
Peperangan ini telah berlangsung dari tahun 1939
hingga 1945 yang membabitkan lebih daripada 100
juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara.
Peperangan ini juga menyebabkan kematian kira-kira
70 hingga 85 juta nyawa. Pendek kata, peperangan
dapat memberi kesan yang negatif kepada rakyat dan
negara.
Peperangan yang berpanjangan menyebabkan
rakyat berhadapan dengan risiko wabak penyakit yang
berbahaya. Contohnya, penyakit kolera, cacar air dan
selesema burung adalah kesan daripada kekotoran
dalam sesebuah negara yang berperang . Hal ini
dikatakan demikian kerana dalam suasana
peperangan , langkah penjagaan kebersihan
persekitaran tidak lagi dititiberatkan. Persekitaran yang
kotor menyebabkan pelbagai ejen penyakit menjadi
lebih aktif. Rakyat terpaksa menggunakan air yang
tercemar akibat bekalan air bersih yang semakin
berkurangan . Situasi ini mendedahkan orang ramai
kepada wabak penyakit yang berbahaya. Usaha
pengawalannya terbatas kerana hospital dan pusat-
pusat kesihatan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Akibatnya, tahap kesihatan rakyat terjejas dan kadar
kematian juga semakin meningkat.
Selain itu , antara kesan peperangan terhadap
rakyat ialah pembangunan sektor pendidikan akan
terancam . Hal ini dikatakan demikian kerana kadar
keciciran akan meningkat dan sekolah terpaksa ditutup
sehingga menyebabkan pendidikan tinggi akan
terganggu , manakala universiti juga akan ditutup .
Hal ini dikatakan demikian kerana kadar keciciran
murid akan berlaku kerana sekolah terpaksa ditutup.
Para cendekiawan juga akan berkurangan oleh sebab
universiti juga tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.
Sebagai contoh , antara golongan yang paling terjejas
ialah golongan kanak - kanak . Jika peperangan
berpanjangan , prasarana pendidikan tidak dapat
disediakan dan sukar dimajukan . Terbuktilah bahawa
peperangan memberi impak yang besar terhadap
sektor pendidikan serta pembangunan negara akan
terbantut.
Pada waktu yang sama, kesan peperangan kepada
rakyat adalah jumlah kehilangan nyawa akan
meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana lahirnya
semangat cinta akan negara dengan keinginan dalam
mempertahankan negara demi mencapai keamanan
negara. Contoh yang dapat dilihat ialah terdapat nyawa
yang terpaksa dipertaruhkan kerana terdapat beberapa
penduduk yang tidak mahu mengalah. Hal ini
menyebabkan jumlah penduduk di negara itu
berkurangan mengakibatkan jumlah anak yatim
meningkat. Jelaslah bahawa peperangan membawa
impak yang besar kepada rakyat.

Peperangan juga akan menjejaskan sektor


ekonomi negara. Ini kerana peperangan boleh
mengakibatkan jatuhnya kedudukan mata wang
negara. Contohnya seperti peristiwa peperangan di
Taiwan telah menyebabkan Malaysia mengalami
gangguan bekalan rantaian dek kerana Malaysia
mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada
sumber import daripada Taiwan. Ini bermakna, kesan
langsung daripada risiko peperangan di Taiwan bakal
memberi impak yang ketara kepada aktiviti
perdagangan dan perniagaan di Malaysia. Oleh hal
yang demikian, ianya sedikit sebanyak akan
menyebabkan krisis ekonomi seperti inflasi dan
pengangguran. Maka jelaslah bahawa peperangan
membawa impak yang serius kepada sektor ekonomi
negara
Setelah peperangan tamat, kadar jenayah di
dalam negara meningkat apabila terdapat pihak-pihak
tertentu mengambil kesempatan untuk melakukan
jenayah. Oleh sebab itulah, berlakunya kecurian, kes
memecah rumah, rusuhan dan rompakan untuk
mendapatkan harta benda dan makanan. Kegiatan
yang tidak bermoral termasuklah pelacuran turut
berkembang dan pelbagai bentuk penipuan kian
berleluasa demi kelansungan hidup. Hal ini dikatakan
demikian kerana ada yang terpaksa berbuat perkara
tersebut demi kelangsungan hidup tetapi terdapat
segelintir pihak yang mengambil kesempatan ke atas
kesempitan orang lain. Tegasnya, kesempitan hidup
pada zaman peperangan memungkinkan rakyat
sanggup bertindak di luar batas perikemanusiaan.

Sudah terang lagi bersuluh , peperangan adalah


punca negara tidak aman dan memberi impak negatif
kepada sesi pembangunan negara dan keharmonian
sosial masyarakat. Misalnya , negara menjadi tidak
aman dan menyebabkan rakyat berpecah belah . Oleh
itu, sebagai sebuah masyarakat prihatin kita
seharusnya bersatu hati dan bermuafakat antara satu
sama lain demi kemajuan negara. Jelaslah bahawa
sebuah negara yang maju dapat direalisasikan jika
keamanan sesebuah negara berada dalam keadaan
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai