Anda di halaman 1dari 6

Setiap peperangan yang berlaku pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah Negara.

Hal ini membangkitkan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pohak yang bertanggungjawab untuk memastikan agar peristiwa peperangan ini tidak berlanjutan sehingga meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun demikian, usaha yang dilakukan ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana perkara ini tidak mendatangkan apa apa faedah sekalipun terdapat pelbagai kesan yang dialami oleh Negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.

Apabila berlakunya sesuatu peperangan, antara kesan utama yang dapat diperhatikan ialah kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran daripada kerjasama tentera penceroboh. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan, sekolah, jalan raya, landasan keretapi, lapangan terbang, pelabuhan dan sebagainya. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, alat pengangkutan dan ternakan juga lenyap akibat daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak berperikemanusiaan ini. Matlamat mereka hanyalah untuk melihat masyarakat setempat menderita dan hidup dalam kedaifan tanpa sebarang kemudahan asas. Justeru itu, peperangan merupakan suatu perkara yang amat menyeksakan bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan

nyawa manusia yang tidak

berdosa di serata tempat.orang awam yang tidak bersalahh seperti kanak-kanak ,wanita dan orang tua terkena tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan,mangsa perang mengalami penderitaan akibat kehilangan orang tersayang. Bagi mereka yang tidak dibunuh, mereka telah diseksa dengan teruk hingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan komuniti masyarakat di sesutau kawasan itu. Tegaslah di sini bahawa peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran manusia sejagat.

Selain tu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk.prose pengayaan uranium bagi menjana reactor nuclear terutama untuk menghasilkan senjata akan menghasilkan kira kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin sekaligus mengakibatkan seluruh Negara tersebut diancam oleh pelbagai penyakit. Bagi mereka yang terhidu gas uranium oksida ini, atau mengambil makannan yang terdedah kepadanya akan menimbulkan kesan negatif kepada system perkembangan tubuh badan. Gas gas yang terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetes, Parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut adalah kanak kanak dan orang tua. Natijahnya,peperangan ini akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merundum dan pembangunan Negara tidak dapat berkembang dengan baik. Sehubungan itu uga system ekonomi bagi Negara yang terlibat dalam peperangan turut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan Negara. Masyarkat setempat terpaksa melepaskan pekerjaan ynag menjadi punca pendapatan mereka semata mata untuk berperang demi keamanan dan kesalamatan mereka semua. Kesannya,aktiviti aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan, pelabur asing tidak berani untuk melabur di Negara tersebut dan mereka akan menarik semula modal yang telah disuntik itu. Kebanyakan firma yang tidak dapat

menanggung kos perasinya,akan memberhentikan operasi firma tersebut dan akan kembali pulang ke Negara sala mereka. Hal ini akan menyebabkan, Negara tersebut mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, kadar pengangguran dalam kalangan penduduk semakin tinggi dan pembanguan Negara tidak dapat berkembang dengan baik. Seperti yang kita maklum peperangan yang berterusan akan mengundang kepada gangguan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam kalangan yang huru-hara akan mengalami gangguan emosi yang teruk, sekiranya tidak dapat rawatan yang sewajarnya. Hal ini kerana, sejak kecil lagi mereka telah melihat kekejaman yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap ahli keluarga mereka seperti diperkosa, dibedil dengan peluru berpandu,ditembak dengan bom dan sebagainya. Kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup ini, bukanlah seperti kanakkanak yang lain, kerana ada di antara mereka yang mengelami kecacatan dari segi mental dan

fizikal. Peristiwa ini memberi member kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka dan kekal dalam ingatan untuk selamanya. Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini member impak yang negatif terutamanya dari segi pembangunan Negara dan keharmonian social masyarakat sejagat. Untuk mengelak dari berlakunya peperangan secara berterusan, semua pihak perlulah bekerjasama dan menganding bahu tanpa mengira pangkat, darjat atau bangsa untuk menjaga keharmonian sesebuah Negara itu. Setiap peperangan yang berlaku, bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa malah pembangunan Negara dari segi ekonomi dan politik juga terganggu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin, kita seharusnya bersatu hati dan bermuafakat untuk menjaga keharmonian Negara daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertyanggungjawab bak kata pepatah, Bulat air kerana pembentunf, bulat manusia kerana muafakat.

Peperangan yang berlaku di dunia banyak membawa kemusnahan Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia secara automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak dengan tujuan mengahapuskan lawan. Senario itu, mungkin terkawal sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan pealatan canggih untuk membunuh musuh masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan definisi jelas bagi peperangan atau dalam bahasa Inggerisnya, war.

Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Setiap masa peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan, dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangan sudah menjadi kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanya suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Peperangan, tidak kira skalanya, mesti akan melibatkan nyawa yang terkorban. Berdasarkan laporan media, kita mendengar beratus-ratus nyawa melayang begitu sahaja. Itu hanya khabar tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi kepada askar-askar yang berjuang untuk Negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak kurang dahsyat berbanding orang awam. Sebagai contoh, pembunuhan besar-besaran di Nanjing semasa Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati terkena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar Jepun. Dalam kalangan mereka-mereka yang mati terdapat juga kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan. Kanak-kanak ini ada yang mati, cacat, dan ada yang trauma seumur hidup mereka. Peperangan sememangnya member impak negatif yang besar terhadap golongan ini yang yang digelar masa depan bangsa sehingga ada yang kecacatan moral akibat desakan masyarakat dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang mati dalam peperangan.

Peperangan turut memusnahkan harta benda,sama ada harta benda awam maupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan,jalan,landasan keretapi,lapangan terbang,pelabuhan jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan entera penceroboh. Selain itu,harta benda seperti ternakan,tanaman,alat pengangkutan,hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta benda ini meupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi

perompak,pencuri,pelacur dan terlibat dalam pelbagai kebobrokan social semta mata untuk mencari rezeki hidup. Di Malaysia semasa tahun 1941,ri perempuan yang terpaksa menggadai maruah mereka kepada askar-askar jepun semata mata ingin hidup. Apa daya mereka,hanya itu yang dapat dilakukan demi memastikan nadi terus bendenyut!

Selain itu,peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamadun-tamadun seperti tamadun Mesopotamia,Mesir dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu,termusnah pada akhir zaman mereka akibat peperangan. Segala baik dann buruk yang terbina semasa ramadun tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu,teknologi dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir anasir buruk oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuska tanpa mengira nilainya menyebabkan manusia hari ini kehilangan banyak khazanah yang agung,seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah manusia boleh berbuat apa apa sahaja untuk menghalang kepupusan spesies haiwan tetapi tidak kepada kepupusan sesuatu bangsa. Walaupun begitu,peperangan juga telah membawa satu kebaikan kepada kita,iaitu kemajuan teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi,alat perang seperti kereta kebal,jet pejuang,kapal terbang dan system komunikasi yang lebih baik telah dicipta atas desakan peperangan.teknogi ini tidak semetinya membawa kemusnahan kepada manusia,tetapi dapat juaga membantu kita. Sebagai contohnya,teknologi nuclear merupakan teknologi yang penting dalam system penjana kuasa elektrik. Kod Morse yang merupakan system telegraf semasa Perang Dunia Kedua banyak membantu menyelamatkan dunia kerana hal ini

menyukarkan pihak pakatan paksi untuk mentafsir informasi tentera bersekutu. Selain itu tanpa yerciptanya teknologi perang,nyawa seseorang askar mungkin hanya melayang begitu

sahaja .Dengan itu,sumbangan peprangan juga amat besar kepada kita. Persoalnnya,apakah peperangan sesuatu perkara yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang dibawa melebihi apa-apa yang disumbang,maka peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang bodoh dan kejam. Kesimpulannya,peperangan harus dielakkan karana jalan penyelesaian boleh dicapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan nenek moyang kita yang tidak munasabah. Oleh itu,janganlah kita menghilangkan apa-apa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita.

Anda mungkin juga menyukai