Anda di halaman 1dari 2

Menurut wikipedia, peperangan merupakan satu konflik terancang yang lazimnya

berpanjangan di antara dua atau lebih negara atau aktiviti bukan negara. Perang merupakan
perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat, merosakkan
sosial dan memusnahkan ekonomi. Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh
setiap umat dan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan. Ketiadaan perang
membawa kepada keamanan. Satu tanggapan biasa peperangan ialah suatu siri kempen
tentera antara sekurang-kurangnya dua belah pihak yang melibatkan satu pertikaian
mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu-isu lain. Suatu
peperangan untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan kadang kala dipanggil sebagai
satu "peperangan pembebasan", sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang
sama dipanggil "perang saudara". Terdapat beberapa novel yang berkaitan dengan
peperangan seperti novel Perang Badar yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, novel Kilatan
Pedang Tuhan yang dikarya oleh Kamran Pasha, novel Anarkis ditulis oleh Khairul Nizam
Khairani, novel Demi Dara yang ditulis oleh Abdul Rahim Awang dan sebagainya. Novel-
novel tersebut telah mengemukakan punca peperangan, kesan buruk peperangan dan
sebagainya.
Antaranya, peperangan akan mengorbankan nyawa manusia merupakan satu kesan
terutama peperangan terhadap manusia. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-
kanak, wanita dan orang tua terkena tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa
belas kasihan dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada keganasan
dan kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami penderitaan akibat kehilangan
orang yang tersayang. Bagi mereka yang tidak dibunuh, mereka telah diseksa dengan teruk
sehingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat
apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka sentiasa
mencari peluang untuk menghancurkan komuniti masyarakat di sesuatu kawasan itu.
Tegaslah di sini bahawa, peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran
keharmonian sejagat manusia.Tambahan pula, akibat kematian manusia semasa
peperangan termasuklah berjangkit penyakit-penyakit yang serius seperti H1N1, EBORA,
SARS dan sebagainya serta akibat kecederaan dalam peperangan.Tuntasnya, peperangan
akan mengorbankan nyawa manusia malah dapat menjejaskan kehidupan harmoni manusia.
Seterusnya, kesan peperangan terhadap manusia seperti peperangan akan menjejaskan
tahap kesihatan manusia. Hal ini kerana penggunaan senjata kimia dan biologi dalam
peperangan mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Proses
pengayaan uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata,
akan menghasilkan kira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin
sekali gus mengakibatkan seluruh negara tersebut diancam pelbagai penyakit. Bagi mereka
yang terhidu gas uranium oksida ini atau mengambil makanan yang terdedah kepadanya
akan menimbulkan kesan negatif kepada sistem perkembangan tubuh badan. Gas-gas yang
terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah,
kerosakan otak, diabetis, parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untuk
menghidap penyakit tersebut adalah kanak-kanak dan orang tua. Natijahnya, peperangan ini
akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merudum dan pembangunan negara
tidak dapat berkembang dengan baik.
Selain itu, sektor ekonomi terancam juga merupakan salah satu kesan peperangan
terhadap manusia. Sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam peperangan turut
mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan negara. Hal ini
kerana ketidakstabilan politik semasa peperangan. Masyarakat setempat terpaksa
melepaskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan mereka semata-mata untuk
berperang demi keamanan dan keselamatan mereka semua. Kesannya, aktiviti-aktiviti
ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain tidak dapat berjalan
dengan lancar. Hal ini menyebabkan pelabur asing tidak berani untuk melabur di negara
tersebut dan mereka akan menarik semula modal yang telah disuntik itu. Kebanyakan firma
yang tidak dapat menanggung kos operasinya, akan memberhentikan operasi firma tersebut
dan mereka akan kembali pulang ke negara asal mereka. Ini akan menyebabkan negara
tersebut mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya masalah
ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, kadar penggangguran dalam kalangan penduduk
semakin tinggi dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.
Kesimpulannya, peperangan akan membawa banyak kesan terhadap sektor politik,
ekonomi dan sosial. Oleh itu, negara-negara haruslah memupuk semangat kerjasama dan
toleransi supaya dapat mengelakkan pertenglikahan atau peperangan antaranya. Hal ini
dapat menjamin keharmonian kehidupan dalam masyarakat malah dapat menggalakkan
pembangunan dalam sektor ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai