Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka. Wabak pertama yang dikenal pasti adalah di India iaitu pada awal 1800-an dimana ratusan ribu orang menjadi sakit dan kebanyakkannya meninggal dunia. Organisma ini bertanggungjawab ke atas penyakit cirit-birit serius ini sehinggalah orang British sampai di India. Kes pertama yang didokumentasikan sebagai epidemik taun berlaku pada tahun 1817 sepanjang kawasan barat berhampiran Sungai Ganges. Taun menular ke seluruh dunia selepas 1817 hasil daripada pengangkutan laut amnya kapal-kapal British yang mana Teluk Bengal mengandungi bakteria ini. Penyakit ini menular secara mendadak di seluruh Eropah dan Rusia. Orang Perancis merupakan pembawa penyakit Taun ini ke benua Amerika dan pada tahun 1832, ianya tersebar ke selatan iaitu dari Montreal,Kanada sehingga ke New York, Amerika. Pada tahun 1855,satu gelombang wabak menyerang kotaraya London yang mana ribuan menjadi sakit dan mati sebelum seorang detektif perubatan iaitu John Snow mengenalpasti bahawa pam air Jalan Broad merupakan punca wabak tersebut. Peta yang dilakar olehnya yang menunjukkan kedudukan orang yang sakit telah meyakinkan beliau bahawa hanya terdapat satu kemungkinan sahaja berlakunya wabak iaitu pam air tersebut

2.0 OBJEKTIF 2.0.1 Objektif Am: Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian penyakit kolera yang semakin menular di Negara Malaysia khususnya dan menjadi salah satu krisis kesihatan di peringkat daerah secara amnya.

2.0.2 Objektif Khusus 1. Mengenalpasti sumber berlakunya kejadian penyakit kolera. 2. Menghuraikan cara penyebab krisis kesihatan yang berlaku akibat penyakit kolera. 3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah krisis kesihatan bagi penyakit kolera.

3.0 Lokasi Kajian/Data Demografi

Lokasi bagi kajian krisis kesihatan berkenaan wabak kolera telah dijalankan di Daerah Tawau.Kedudukan Tawau terletak di garisan bujur 117 ke timur dan 430 di garisan lintang ke utara.Ia meliputi kawasan seluas 6.125 kilometer persegi atau bersamaan dengan 612,506 hektar dan terletak di bahagian Pantai Timur Sabah. Tawau berkongsi sempadan dengan Kalimantan Indonesia sementara lautnya pula dikelilingi oleh Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan. Bagi memudahkan pentadbiran dan pencukaian Daerah Tawau dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Bandar (2,510 hektar), Separuh Bandar (3,075 hektar), Luar Bandar ( 568,515 hektar), dan Laut (38.406 hektar). Daerah Tawau dibahagikan kepada 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun didalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas,dan Balung. Manakala Parlimen Kalabakan pula merangkumi DUN Merotai, Tanjung Batu, dan sebatik. Dari segi ekonomi, terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi atau sumber pendapatan yang terdapat di Tawau iaitu pertanian, perikanan, perusahaan kayu kayan, pembangunan. Pada dasarnya Daerah Tawau merupakan daerah pertanian dan berdasarkan status pertaniannya ramai yang mengelar Tawau sebagai Bumi Peladang dan dianggarkan lebih daripada 159,328 hektar tanah di Daerah Tawau sesuai untuk tujuan pertanian.Tanaman yang utama di Daerah Tawau ialah kelapa sawit, koko, getah, dan kelapa.Selain daripada aktiviti pertanian, aktiviti perikanan juga merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan di Tawau.Oleh sebab pengeluaran dan bekalan makanan laut yang banyak, hasil laut ini juga telah dieksport ke luar Negara seperti Jepun, Hongkong, Amerika Syarikat, Singapura, dan Semenanjung Malaysia.

4.0 TATACARA PROSEDUR 4.0.1 Kenyataan masalah Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak . Bakteria ini telah diisolasikan, dikultur dan dicirikan untuk pertama kalinya oleh Robert Koch di Jerman pada tahun 1883. Ciri-ciri bacteria ini adalah berbentuk koma, berflagella dan merupakan bakteria aerobik gram-negatif.

Gambarajah 1.1 menunjukkan bentuk sebenar bacteria Vibrio cholerae.

Untuk lebih mendalam, V cholerae O1 dan V cholerae O139 adalah sangat berkaitan dengan epidemic taun. V cholerae ini diklasifikasikan kepada 2 biotaip umum iaitu classic dan El Tor. Kedua-dua biotaip kemudiannya dibahagi kepada 3 serotaip lagi iaitu Serotaip Inaba, Serotaip Ogawa dan Serotaip Hikojima.

Penyakit kolera merupakan penyakit yang sinonim kepada golongan kanak kanak. Kanak kanak merupakan golongan yang paling senang dijangkiti penyakit ini dan kanak kanak berusia 2 hingga 4 tahun mencatatkan kadar jangkitan tertinggi. Walau bagaimanapun,tidak lagi pada zaman sekarang. Kini penyakit kolera mulai menghampiri, mendekati dan mendampingi golongan remaja dan dewasa. Mengapa perkara ini boleh berlaku pada masa kini.

Kajian genetik terkini menunjukkan kecenderungan seseorang kepada taun (dan cirit-birit lain) bergantung kepada jenis darah mereka. Mereka dengan darah jenis O paling mudah dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B.

TANDA TANDA DAN MASA PENGERAMAN Tanda dan gejala penyakit Taun ini ialah : Seseorang itu akan mempunyai najis yang cair,berbau hanyir dan bermukus yang juga dikenali sebagai air beras. Muntah Kejang di bahagian abdominal Dehidrasi Demam (jarang-Di kalangan kanak-kanak)

Masa pengeraman bagi penyakit ini ialah di antara beberapa jam sehingga 5 hari.

4.0.2 Literature Review SUMBER/FAKTOR KEJADIAN PENYAKIT KOLERA. Sumber jangkitan bagi penyakit kolera adalah disebabkan oleh beberapa punca, antara punca jangkitan penyakit ini adalah melalui pembawa sihat itu sendiri.Pembawa sihat ini membawa bakteria Vibrio cholerae didalam badannya. Walaupun secara zahirnya pembawa sihat ini tidak menunjukkan apa-apa tanda dan gejala yang menunjukkan beliau menghidapi penyakit kolera, tetapi pembawa sihat ini masih boleh menyebarkan penyakit kolera kepada orang lain dengan cara jangkitan melalui feces yang mengandungi bakteria Vibrio cholerae, dan apabila feces yang mengandungi bakteria Vibrio cholerae ini mencemari bekalan air atau makanan ia akan menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit kolera terhadap orang awam yang menggunakan punca air yang sama.Dr. Zlatko Bencic & Renuka senha menyatakan bahawa bakteria Vibrio cholerae boleh hidup didalam badan manusia sehingga beberapa bulan tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit kolera dan beliau juga menyatakan kejadian penyakit kolera akan meningkat disebabkan oleh pembawa sihat. Selain itu, penyakit kolera ini juga boleh merebak melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria Vibrio cholerae.Melalaui laman sesawang perubatan www.health24.comgaya pemakanan dengan cara memakan makanan laut mentah seperti kekerang yang telah tercemar merupakan faktor utama jangkitan penyakit kolera melalui makanan dan minuman. Ini kerana, makanan mentah yang tidak dimasak dengan sempurna berkemungkinan mengandungi bakteria Vibrio cholerae yang terkandung didalam feces/najis pembawa sihat.Oleh yang demikian, adalah tidak digalakkan memakan makanan mentah seperti kekerang dan ulam sekiranya terdapat kejadian penyakit kolera di sesuatu tempat. Aktiviti perkapalan dan kemasukan pekerja asing/pelancong juga merupakan salah satu punca kejadian penyakit kolera.Ini kerana, kapal-kapal yang berlabuh di Tawau khususnya dan di Malaysia amnya berkemungkinan telah berlabuh di negara-negara endemik kolera seperti India dan risiko pembawa sihat adalah tinggi dikalangan kelasi-kelasi kapal atau pelancong-pelancong yang telah berlabuh/melawati negara endemik tersebut.Oleh yang demikian, adalah disarankan agar kelasi-kelasi kapal atau pelancong tersebut mengambil vaksin sebelum berlabuh/melancong di negara-negara endemik kolera.

KESAN PENYAKIT KOLERA TERHADAP MASYARAKAT Terdapat banyak kesan dan implikasi kejadian penyakit kolera, namun ia bergantung kepada di mana kejadian penyakit tersebut berlaku. Sekiranya wabak kolera berlaku di negara-negara miskin, impak kejadian penyakit ini adalah melibatkan jumlah kematian yang ramai, ini kerana negara-negara miskin ini tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan rawatan kepada semua pesakit yang menghidapi penyakit kolera kerana rawatan yang diperlukan menelan belanja yang besar sekiranya berlaku wabak. Krisis penyakit kolera juga akan memberikan impak yang besar dari segi sosioekonomi masyarakat setempat khususnya dan ekonomi negara amnya. Ini kerana, kejadian wabak kolera ini berkemungkinan akan menyebabkan panik dikalangan masyarakat, dan didalam keadaan panik ini masyarakat setempat yang kurang pengetahuan mengenai penyakit kolera berkemungkinan membuat keputusan tidak akan membeli makanan-makanan laut. Ini secara tidak langsung membantutkan ekonomi setempat. Laman sesawang rasmi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa Implikasi krisis penyakit kolera terhadap negara pula adalah dari segi pelancongan dan pengeksportan. Sudah tentu pelancong-pelancong tidak akan mengunjungi negara-negara yang telah diistiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai negara endemik kolera. Walaupun terdapat vaksin bagi mengelakkan jangkitan kolera, namun jumlah kedatangan pelancong secara tidak langsung akan terbantut akibat daripada krisis wabak kolera yang berlaku di sesebuah negara. Selain itu, aktiviti eksport hasil makanan negara juga akan menerima kesan dan ini akan menyebabkan pendapatan negara menurun. Penyakit taun atau kolera yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria (kuman), vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak dimasak dan dimakan sejuk. Selain ini, lalat dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman taun kepada individu sihat lain. Tempoh bagi kuman taun merebak dalam badan sehingga menunjukkan tanda penyakit adalah dalam masa lima hingga enam hari.

TANDA TANDA DAN RAWATAN PENYAKIT KOLERA a) Tanda-tanda jangkitan

Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna. Kejadian cirit-birit adalah disebabkab oleh pengeluaran racun atau toksin oleh vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar memasuki saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam sodium. Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping masalah membuang air kerana kehilangan air yang banyak.

Pada peringkat ketiga, jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan darah akan meningkat kepada biasa dan penghidap pulih. Jika tidak, suhu badan akan meningkat, peningkatan suhu badan secara mendadak mungkin berlaku dan penghidap akan koma dan mungkin maut.

b) Rawatan penyakit taun i) Rawatan kehilangan bendalir dan elektrolit. - Bendalir dalam jangkitan taun, pesakit akan diberikan gantian bendalir dan elektrolit yang hilang. Dalam kes tidak serius, kedua-dua bendalir dan elektrolit diberikan melalui saluran mulut sedangkan pemberian secara suntikan akan dilakukan ke atas pesakit yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang serius atau dehidrasi ataupun yang kehilangan air badan sehingga berat badan susut 10 peratus. ii) Rawatan ubat - Selain menggantikan bendalir dan elektrolit badan yang hilang, ubat antibiotik atau antimikrob diginakan untuk merawat pesakit taun. - Antibiotik yang seringkali digunakan dalam merawat jangkitan ialah kumpulan tetrasiklin sebagai pilihan utama manakala trimetofrim-sulfametokasazol, eritromisin, kloramfenikol dan furazolidon juga digunakan sebagai alternatif dalam kes-kes kuman penyakit telah rintang kepada antibiotik pilihan utama. - Dalam kumpulan tetrasiklin, doksisiklin merupakan ubat yang seringkali digunakan

untuk merawat jangkitan taun. Ubat kumpulan tetrasiklin tidak boleh diambil bersama dengan susu dan hasilan tenusu lain disebabkan bahan tersebut akan mengurangkan tindakan ubat. - Pantang larang yang perlu dipatuhi ialah pesakit tidak mempunyai sejarah tindakbalas alahan kepada ubat ini. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8 tahun. Bagi pesakit wanita dan ibu pula, mereka mestilah tidak mengandung dan tidak menyusukan anak. - Dalam kes ibu mengandung atau sedang menyusukan bayi serta kanak-kanak, kumpulan tetrasiklin cenderung terkumpul di dalam tulang dan berupaya menyebabkan gigi bayi dan kanak-kanak berubah warna kepada kekuningan serta pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak menjadi lambat. - Sebagai langkah berhati-hati untuk mengatasi sebarang kemungkinan kerana menggunakan ubat ini, pesakit hendaklah sentiasa meneliti kesan-kesan sampingan yang sering kali terjadi seperti di bawah:

1. Kulit menjadi lebih sensitif apabila terkena sinaran matahari. Pendedahan kepada sinaran matahari walaupun sekejap boleh menghasilkan kerengsaan kulit, kegatalan, kulit menjadi merah dan mengelupas. 2. Kekejangan otot perut, cirit-birit, rasa mual dan muntah. 3. Kesakitan pada bahagian perut, ubun-ubun bengkak pada bayi, sakit kepala, hilang selera makan, warna kulit kekuningan dan perubahan deria penglihatan. 4. Oleh sebab tetrasiklin tidak boleh diberikan kepada kanan-kanak di bawah 8 tahun, maka pesakit kanak-kanak akan diberikan kombinasi 5 mg/kg trimetofrim dan 25 mg/kg sulfametoksazol dua kali sehari selama 3 hari.

- Kesan sampingan yang sering diperhatikan untuk ubat ini ialah cirit-birit, sakit kepala, hilang selera makan, gatal kulit, sakit pada sendi otot, kesusahan menelan makanan, sakit tekak dan demam di samping pengguna akan merasa letih.

c) Panduan elak jangkitan

Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria. Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk

kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar, meggosok gigi dan mengambil wuduk. Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk. Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakan lalat dan makanan ditutup. Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna menggunakan air bersih. Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas. Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu. Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut. Pakaian pesakit harus dicuci dengan sabun dan larutan pemutih Clorox untuk membasmi kuman taun. Dapatkan ubat antibiotik yang diberi oleh pihak hospital atau Jabatan Kesihatan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang sihat.

Bawa pesakit yang muntah dan cirit-birit ke hospital dengan segera

4.0.3 Pengumpulan Data Penyakit Kolera Bagi Tahun 2007-2011 Berikut merupakan data-data yang telah dikumpulkan bagi tahun 2007 hingga 2011 bagi penyakit kolera, sumber data tersebut diperoleh melalui sistem maklumat unit CDC. Tahun 2007 2008 2009 2010 2011 Jumlah kes 4 4 4 26 14 (1 mati) Episod 2 3 1 5 2

4.0.4 Penganalisaan Dan Pentafsiran Data-Data Yang Diperoleh Jumlah kes yang telah dicatatkan pada tahun 2007, 2008, dan 2009 masingmasing mencatatkan sebanyak 4 kes, manakala episod kejadian penyakit kolera adalah sebanyak 2 episod bagi tahun 2007, 3 episod bagi tahun 2008, dan 1 episod bagi tahun 2009. Walaupun terdapat perubahan dari segi jumlah episode namun, jumlah kes kolera yang dicatatkan tidak meningkat iaitu sebanyak 4 kes bagi tahun 2007,2008, dan 2009. Pada tahun 2010, terdapat kenaikan dari segi jumlah kes iaitu sebanyak 26 kes dan episod penyakit kolera yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah sebanyak 5 episod. Berdasarkan laporan penyiasatan yang telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di unit CDC, peningkatan jumlah kes pada tahun 2010 adalah disebabkan oleh pembawa sihat dan terdapat jangkitan penyakit kolera dikalangan pengendali maknan di restoran dan kantin dan ini merupakan punca penularan wabak kolera pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, wabak kolera yang berlaku pada tahun 2010 dapat dikawal. Pada tahun 2011, jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 14 kes dan 2 episod. Terdapat penurunan dari segi jumlah kes bagi penyakit kolera pada tahun 2011 berbanding tahun 2010, walaubagaimanapun terdapat 1 kes daripada 14 kes yang dicatatkan melibatkan kematian. Berdasarkan laporan penyiasatan yang telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di unit CDC, kematian adalah disebabkan kelewatan mendapatkan rawatan, ini disebabkan pesakit tersebut enggan mendapatkan rawatan di hospital dan keluarga pesakit lambat bertindak untuk menghantar pesakit ke hospital.

5.0 PERBINCANGAN Penyakit kolera merupakan penyakit yang sering berlaku di daerah Tawau. Antara faktor yang membolehkan wabak kolera berlaku ialah 1. Terdapatnya pencemaran signifikan di dalam air, sanitasi dan juga infrastuktur hygiene yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan orang yang membenarkan pendedahan berskala besar kepada air atau makanan tentang pencemaran oleh mikroorganisma Vibrio cholerae.Ini dapat dicirikan melalui penempatan setinggan atau penempatan yang tidak mempunyai sistem perlimbahan yang sempurna. 2. Penyakit kolera telah wujud dikalangan populasi penduduk setempat. Walaupun faktor penyebab yang sebenar belum dapat ditentukan, namun kedua-dua keadaan ini telah wujud. Jika dilihat daripada ciri-ciri dan sifat bakteria itu sendiri, bakteria ini boleh hidup dan membiak didalam air beralkali.Air laut adalah lebih beralkali dan boleh menjadikannya sesuai untuk habitat bakteria ini.Bakteria V cholerae telah dijumpai hanya di dalam 2 populasi haiwan iaitu kerang dan juga plankton. Selain itu juga, dari struktur biologinya, bakteria V cholerae bukanlah bacteria yang boleh menghasilkan spora sehinggakan boleh hidup dalam keadaan ekstrim namun ia boleh membenarkan dirinya hidup dalam keadaan ekstrim tanpa dirinya terbunuh dengan adanya selaput protein yang boleh berubah-ubah supaya tidak dicerna di dalam perut manusia. Keadaan ini membolehkan ianya tidak mati dan mampu menghasilkan toksin yang memaksa usus kecil dan besar melakukan hiper sekresi.Dan fenomena ini telah mewujudkan istilah pembawa sihat bagi wabak kolera. Wabak kolera ini juga dapat dibendung dengan lebih berkesan sekiranya pesakit yang mengalami tanda dan gejala penyakit kolera segera mendapatkan rawatan di hospital atau mana-mana agensi kesihatan yang berdekatan dan pihak hospital hendaklah memaklumkan kes-kes A.G.E secepat yang mungkin kepada pejabat kesihatan agar tindakan susulan dan pemantauan dapat dilakukan dengan segera. Disebabkan oleh sifat bakteria itu sendiri yang boleh hidup didalam keadaan ekstrim serta mudah disebarkan melalui minuman dan makanan yang telah dicemari dengan feces pesakit kolera menyebabkan penyakit kolera merupakan penyakit yang mudah merebak dalam jumlah yang banyak jika tidak dikawal dengan baik.Tambahan pula, masa pengeraman bagi Vibrio cholerae yang singkat juga iaitu diantara beberapa jam hingga 5 hari turut menyumbang kepada merebaknya penyakit kolera dengan cepat dan dalam jumlah yang banyak sekiranya langkahlangkah pencegahan dan kawalan yang segera tidak diambil.

6.0 CADANGAN Walaupun penyakit Taun boleh mengancam nyawa,pencegahan penyakit ini biasanya terus menjurus kepada amalan menjaga sanitasi yang betul. Tedapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan jangkitan menular semasa wabak. Sterilisasi. Pelupusan dan rawatan yang sempurna bagi air tercemar yang dihasilkan oleh pesakit Taun dan barang-barang yang telah terkontaminasi sepeti baju dan cadar adalah sangat perlu. Kesemua bahan yang mempunyai kontek dengan pesakit Taun boleh disterilisasikan dengan menggunakkan air panas dan gunakan peluntur klorin jika sesuai. Cuci tangan selepas bersentuhan dengan barang-barang pesakit Taun. Memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan jangkitan Taun terutamanya mengenai kontaminasi bekalan air. Berikan cara untuk menyahkuman air seperti pendidihan atau penggunaan klorin. Penulenan air. Semua air untuk kegunaan minuman, mencuci atau memasak hendaklah disterilisasikan dengan cara pendidihan, rawatan ozon, rawatan ultra unguatau penapisan antimikrobial di mana sahaja wabak Taun hadir. Ianya untuk memastikan tiada punca perebakan baru kepada wabak ini dan ianya terhenti. Antibiotik. Berikan rawatan antibiotik selama 3 hari untuk memendekkan punca penyakit dan mengurangkan keterukan penyakit itu sendiri. Doxycycline lazimnya digunakan dengan kerap sebagai langkah pencegahan. Bekalkan bekalan air bersih yang mencukupi umtuk memastikan tiada penularan penyakit. Berikan pendidikan kesihatan tentang cara pencegahan contohnya memakan terus makanan yang sudah dimasak sementara masih panas untuk mengelakkan kontaminasi serta mengelak pertambahan koloni bakteria tersebut. Menjalankan sisatan aktif dengan mengambil mass rectal swab untuk mengenalpasti pesakit asimtomatik. Dapatkan bantuan daripada pelbagai pihak dalam membantu perawatan dan pengesanan aktif pembawa penyakit ini

7.0 LAMPIRAN DAN RUJUKAN 7.0.1 Lampiran Until recently, many authors have claimed that healthy carriers do not play an important role in the spread of cholera or in maintaining an endemic area. The most recent investigation in endemic have, however, provided evidence that the spread of cholera continues largely by means of healthy carriers, that V. cholerae may persist all the year round, and that the vibrio may be found when no clinically manifest cases are abserved. Within small, semi-isolated communities V. cholerae may persist for several months without any case of cholera appearing during that times. V. cholerae may also circulate among members of a family. All these heathly carriers are for the most part short- term carriers and short-term shedders of the organism; they are rarely chronic carriers. It is very difficult to detect chronic carriers in an endemic area, owing to possible re-inflections, though it is possible if they discharge V. cholerae that is easily identifiable, by characteristics different from those of the type which permanently circulates in an area. All these recent findings point to the important role played by healthy carriers of V. cholerae in the persistence and spread of cholera infection in endemic areas. (Dr.Zlatko Bencic & Renuka Sinha) Cholera is an acute intestinal infection caused by ingestion of food or water contaminated with the bacterium Vibrio cholerae. It has a short incubation period, from less than one day to five days, and produces an enterotoxin that causes a copious, painless, watery diarrhoea that can quickly lead to severe dehydration and death if treatment is not promptly given. Vomiting also occurs in most patients.(WHO). Cholera is typically transmitted by either contaminated food or water. In the developed world, seafood is the usual cause, while in the developing world it is more often water.[1] Cholera has been found in only two other animal populations: shellfish and plankton.[1]People infected with cholera often have diarrhea, and if this highly liquid stool, colloquially referred to as "rice-water" or "faucet butt", contaminates water used by others, disease transmission may occur.[9] The source of the contamination is typically other cholera sufferers when their untreated diarrheal discharge is allowed to get into waterways, groundwater or drinking water supplies. Drinking any infected water and eating any foods washed in the water, as well as shellfish living in the affected waterway, can cause a person to contract an infection. Cholera is rarely spread directly from person to person. Both toxic and nontoxic strains exist. Nontoxic strains can acquire toxicity through a temperate bacteriophage.[10] Coastal cholera outbreaks typically follow zooplankton blooms, thus making cholera a zoonotic disease.

7.0.2 Rujukan http://en.wikipedia.org/wiki/Cholera http://infectiousdiseases.about.com/od/diseasesbyname/a/cholera.htm http://www.who.int/topics/cholera/en/ International Journal of Epidemiology (1972) 1 (1) page:13-14 Cholera Carriers and Circulation of Cholera Vibrios in the Community by Dr. Zlatko Bencic & Renuka Sinha. DuPont, H.L. 1995. Diarrheal diseases in the developing world. Infectious Disease Clinics of North America. Vol. 9. pp. 313-324.

Anda mungkin juga menyukai