Anda di halaman 1dari 15

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan
kerja khusus ini dengan sempurna. Saya Muhammad Aris Farhan Bin Jamaludin (960218-595173) diberi peluang dan kesempatan untuk menyiapkan kerja khusus ini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terlebih dahulu
kepada Puan Mazni binti Mohd Salleh yang telah memberi serba sedikit pengenalan mengenai
subjek Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103) dan beliaulah yang telah memberikan tugasan
ini. Bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini juga amat dihargai.
Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan kelas PPISMP PSV ambilan Jun 2014.
Mereka telah banyak memberi maklumat, berkongsi pendapat dan memberi tunjuk ajar dalam
melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga
saya yang banyak memberikan semangat dan dorongan serta bantuan dalam melaksanakan
tugasan ini.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103

TUGASAN PROJEK
Pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan
bahas Melayu amat penting kepada setiap individu. Setiap pelajar seharusnya memahami,
menguasai, mahir dan dapat menggunkan kemahiran tersebut dengan baik dan berkesan
dalam pelbagai situasi mengikut konteks yang sesuai dengan berkesan.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103

DADAH MEMBAWA PADAH


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan
Salam Satu Malaysia. Pengetua, guru besar, guru-guru penolong kanan ,guru-guru dan para
pelajar yang dirahmati Allah sekalian. Pada pagi yang indah ini saya akan menyampaikan
cermah yang bertajuk Dadah Membawa Padah.
Dalam menempuh arus modenisasi kini, negara kesayangan kita Malaysia kerap kali
dihantui dengan kes-kes yang melibatkan dadah. Duit PTPTN beli dadah, Pelajar tingkatan
tiga ditahan bersama dadah dan Tidak tahu anak ambil dadah merupakan tajuk yang sering
disiarkan di dada-dada akhbar, corong-corong radio dan di kaca televisyen. Berita mengenai
dadah tidak asing lagi didengar oleh semua pihak. Lebih teruk lagi, dadah kini kian melular
bagaikan virus dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di sekolah. Perkara ini amat
membimbangkan dan harus diberikan perhatian.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Sebelum kita melangkah lebih lanjut, eloklah kiranyta kita mengenali najis masyarakat
ini yakni dadah. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenisjenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di
seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai
tujuan.Dadah ialah bahan kimia yang digunakan untuk merawat penyakit dengan mengubah
cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Walaubagaimanapun dadah itu baik, namun
penyalah gunaan dadah itu sendiri memberikan kesan sampingan yang memudaratkan kepada
si pengambilnya.
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubatubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan
"use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug".
Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan
dadah. Di samping itu, dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan
yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan
emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat kesan ini, seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup
anda.
Sebagai contoh, ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu
menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Tidak kurang juga, teh, kopi dan coklat yang
selalu kita ambil ini juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu yang mengambilnya. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan
makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi
dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta
Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import,
eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti kokain,
ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.
Pengambilan dadah-dadah ini secara berlebiihan juga dikenali sebagai dadah yang
disalahguna.
Guru-guru dan para pelajar yang dihormati.
Seterusnya kita akan mengenalai serba sedikit mengenai ciri-ciri dadah yang ada.
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
Contohnya ialah mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf
tunjang), digunakan bukan untuk tujuan perubatan, diperoleh secara haram, membawa kepada
pergantungan fizikal dan psikologikal juga mendatangkankesan-kesan buruk terhadap tubuh.
Setakat ini, dadah dikategorikan kepada lima bahagian iaitu narkotik atau opait, perangsang
(Stimulants), penekanan (Depressants), Hallucinogen dan Cannabis.
Kita seterusnya pergi kepada dadah yang popular pada masa kini. Salah satunya ialah
Morfin. Morfin dikenali juga sebagai M, White Stuff, White Powder, Monkey, Dreamer,
Morpho, Tab, Morb, Cubes, Emsel dan Melter. Morfin ialah sejenis alkaloid yang
diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin
mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat
dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik
larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
4

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Selain itu dadah yan menjadi pilhan masa kini ialah ganja. Ganja dikenali dengan nama
lain sebagai Kanabis Herba, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan
Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok
kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia
menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%8%.
Tidak kurang juga, dadah yang paling popular dalam kalangan penagih-penagih amatur
ialah Kokain. Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok
Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika
Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat dan kemudiannya
merebak ke seluruh negara.
Para hadirin yang dihormati.
Kini

kita

kupas

mengenai

punca

kenapa

masyarakat

kini

terjebak

dalam

penyelahgunaan dadah terutamnya dalam kalangan pelajar. Setelah dikaji secara teliti, antara
sebab utama kenapa pelajar mudah terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah ialah
pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama
dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan
dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat
dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap
rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi
lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
Tidak terlepas juga kurangnya perhatian daripada ibu bapa turut menjadi punca kepada
berlakunya masalah penyalahgunaan dadah dalam kalnagan pelajar. Hal ini memang tidak
dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu
bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan
asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya
diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati
kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.
Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis
dadah.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Bukan itu sahaja, tekanan ataupun depressi dalam diri pelajar-pelajar ini turut
menyebabkan mereka terjebak dalam gejala negatif ini.

Kini,

remaja

bukan

hanya

berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh
ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu
tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa
menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan
sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa
yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini
akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa.
Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi
oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.
Gejala penyalahgunaan dadah ini juga berpunca daripada kurangnya pendidikan dan
penghayatan ilmu agama. Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan
dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa
tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja
sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.
Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah
dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau
menghindari dari perbuatan yang di anggap hina. Jika tidak dibendung dari awal, bukan sahaja
kes penyalahgunaan dadah yang mereka terlibat, namun gejala-gejala laian seperti pergaulan
bebas dan budaya melepak menjadi juadah harian mereka.
Dalam serba kecanggihan teknologi kini, pengaruh media cetak dan media elektronik
juga tidak ketinggalan menjadi punca berlakunya gejala yang tidak sihat ini. Pada masa kini,
remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana
melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi
disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini
juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku
serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu
betul atau salah.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi.
Gejala penyalahgunaan dadah bukan perkara yang dipandang enteng dan kini menjadi
masalah besar yang mengancam perkembangan remaja dan kanak-kanak. Baru-baru ini juga
telah dilaporkan penggunaan gas kebas dalam kalangan pelajar sekolah menengah di ibu kota.
Mereka menhidu gas tersebut dan terus menjadi khayal. Justeru, hal ini bukan lagi hanya
bualan kosong namun harus dicegah secepat mungkin. Apabila membincangkan kesan
pengambilan dadah ini, dadah bukan sahaja memberikan kesan buruk keoada kesihatan tubuh
badan namun memberikan kesan buruk terhadap empat perkara ini iaitu individu, keluarga,
masyarakat dan negara.
Pertama kita pergi kepada kesan kepada individu iaitu penagih itu sendiri. Si penagih
akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Si pengih ini tidak bertanggungjawab
kepada kerja atau persekolahannya dlam erti kata lainnya mengambil mudah dalam semua
perkara. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada
dalam khayalan. Penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas,
rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah
yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti
pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. Jadi kesan-kesan buruk ini
sudah pastinya tidak diigini oleh setiap orng di muka bumi ini.
Kedua merupkan kesan kepada keluarga iaitu keluarga si penagih. Maruah dan nama
baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi
beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak
untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah
musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli
keluarga mungkin berlaku. Ada juga beberapa kes yang berlaku iaitu sehinnga sanggup
membunuh ahli keluarga sebdiri untuk mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah yang
baharu. Tidak kurang juga tidak dapoat mengawakl emosi sehingga bertindak liar dan kejam
membunuh ahli keluarga sendiri tanpa belas kasihan.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Ketiga akibat kepada masyarakat. Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram
kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih
penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan
penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan pembangunan dan
kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain
boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Perkara ini langsung tidak membantu
negara sendiri mencapai wawasan 2020 yang mahu menjadikan rakyat yang hidup dalam
berbilang kaum, agama dan bangsa hidup dalam perpaduan.
Keempat ialah kesan penyalahgunaan dadah terhadap negara. Negara dan masyarakat
terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara
ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata dan kos tidak
nyata. Kos nyata termasuklah kehilangan atau kerugian pengurangan daya pengeluaran
ekonomi, kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
dadah, kos bagi menyelenggara program-program pencegahan, kos kerana kerugian akibat
daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan kos bagi meneruskan kegiatan
penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara ,
makamah, hospital dan sebagainya. Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar
yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan
yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih
dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah
kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin.
Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65%
adalah terdiri daripada kaum belia yang berumurdiantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan
bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan
nusa dan bangsa . Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan
dan ketahanan negara.Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah
sama ada untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah negara secara langsung
mahupun menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka.
Secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatn negara.

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Para guru dan pelajar yang dihormati.
Telah terbukti gejala penyalahgunaan dadah memang tidak mendatangkan hasil yang
berfaedah dan hanya merugikan semua pihak. Oleh sebab itu, langkah-lankah yang yang
sewajarnya perlu diambil supaya tidak lagi melular. Antara modus operandi yang bol;eh
dilakukan ialah melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. Pihak
yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini
bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat
terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang
berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan
sebagainya.
Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah individu yang dapat
membentuk peribadi anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, Anak-anak umpama sehelai kain
putih,terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada Yahudi,Majusi atau
Nasrani. Oleh hal yang demikian,ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam
membantu usaha pencegahan penagihan dadah. Langkah ini perlu dilakukan sejak anak-anak
masih kecil lagi persis pepatah Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dato Seri Mohd.
Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia pernah berkata, Teruskanlah
pengukuhan peranan keluarga sebagai institusi masyarakat yang lalu mengimpikan satu
generasi bebas dadah. Menurut kata-kata beliau,institusi kekeluargaan perlulah diperkukuh
dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada setiap keluarga. Hal ini adalah
demikian kerana keluarga yang berpecah belah merupakan punca anak-anak mudah
terjerumus ke dalam gejala negatif seperti menghisap dadah. Oleh sebab itu,ibu bapa perlulah
mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal
peribadi anak-anak bagi membantu kerajaan mencegah masalah penagihan dadah.
Selain itu, masyaraakt juga memainkan peranan penting dalam pencegahan penagihan
dadah. Sebagai contoh, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-kawasan yang sering menjadi
sarang penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda. Tugas masyarakat adalah
untuk membuat rondaan dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan
dadah. Hai ini adalah disebabkan oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


kosong perlulah dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama.
Hal ini persis pepatah Melayu,seperti pisang berbuah dua kali. Kebanyakan masyarakat pada
era globalisasi ini hanya mengetahui konsep man-to-man marking digunakan pada permainan
bola sepak. Namun demikian,konsep ini juga boleh digunakan sebagai subdaya pencegahan
penagihan dadah. Konsep ini diasaskan oleh Claudio Gentile dan telah berjaya melumpuhkan
pergerakan penyerang pihak lawan ketika itu iaitu Diego Maradona. Konsep ini juga boleh
digunakan dalam pencegahan penagihan dadah. Kita perlulah mendampingi golongan penagih
dadah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Ironisnya,masyarakat juga turut
membantu dalam pencegahan penagihan dadah.
Seterusnya, bahawa pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah.
Impian untuk mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek
rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang berdisiplin dan
tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri.
Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan
Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan dadah. Tamsilnya,pelajar tidak akan
mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di
atas. Hal ini secara tidak langsung dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan
sekolah bebas dadah menjelang tahun
Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan
perasaan. Sebagai rakan yang mengambil perhatian,mereka akan membantu rakan mereka
untuk menyelesaikan masalah. Namun di sini,titik mulanya seseorang itu menghisap dadah
ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat dengan kancah dadah.
Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 54.21 peratus penagih dadah
berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian,seseorang individu perlulah bijak
memilih rakan. Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang
kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan jati diri mereka.
Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri kepada tuhan dapat membantu
meningkatkan jati diri. Oleh hal yang demikian, seseorang individu itu perlulah bijak memilih
rakan bijak untuk memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah
penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk
baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat dengan gejala dadah baru
hendak menyesal.
10

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Guru-guru dan murid-murid yang dirahmati sekalian.
Sebelum saya menamatkan ceramah pada hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
berkolaborasi dengan pihak kerajaan persis pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing untuk
mencegah penagihan dadah. Cuba bayangkan jikalau negara kita mengandungi ramai penagih
dadah, sudah pasti negara akan porak peranda. Banyak kes kecurian berlaku dan institusi
keluarga sakinah pasti tidak akan wujud lagi. Hal ini berlaku kerana dadah memerlukan wang
untuk dibeli dan seorang penagih sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mencuri untuk
mendapatkan wang bagi membeli dadah. Oleh sebab itu, langkah yang efisien dan pantas perlu
dilakukan mulai sekarang bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai negara bebas
dadah pada tahun 2015.
Sekian, terima kasih.

11

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103

REFLEKSI
Sejauh manakah tugasan/aktiviti yang dijalankan dapat meberi impak kepada anda dalam
merealisasikan program Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia
Bahasa cerminan budaya dan bangsa. Apabila bercerita menenai bahasa, bnyak yang
boleh kita kaitkan. Namun pada masa kini Bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu seharusnya
menjadi keutamaan. Seperti semua maklum, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Perkara ini amat
jelas terpahat dalam Perkara 152. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa Melayu seperti
kedudukannya dalam Perlembagaan mesti sentiasa berterusan.
Berdasarkan tugasan pertama, saya telah memilih cermah untuk dijadikan penulisan.
Saya juga telah memilih tajuk Dadah Membawa Padah kerana tajuk ini masih hangat
dibualkan sehingga kini. Apa yang boleh dikaitkan dengan program Memartabatkan Bahasa
Melayu di Malaysia ialah penggunaan bahasa Melayu yang sebenar. Saya mengelakkan diri
untuk menngunkan bahas-bahasa pasar yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Perkara ini amat penting kerana bahasa ini bukan perkara yang boleh diambil mudah. Jika
diteruskan dengan bahas-bahasa pasar, kemungkinan besar akan rosak bahas Melayu itu
sendiri. Oleh sebab itu, program Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia tidak dapat
direalisasikan.
Bagi tugasan berkumpulan, kumpulan saya telah memilih untuk mengadakan simulasi
forum. Tajuk yang menjadi pilihan ialah Masalah Disiplin dalam Kalangan Peljar dan Kes
Merookok. Melalui aktiviti ini, saya telah melatih diri saya ini untuk bercakap menggunkan
bahasa Melayu baku yang mudah untuk difahami. Pertuturan dan penggunaan perkataan yang
menepati tatabahasa Melayu itu sendiri dapat melatih diri unuk menngunkan Bahasa melayu
dengan betul dan tepat. Pengolahan ayat dan kata-kata yang beradab dan sopan juga
menunjukkan kesantunan dalam Bahasa melyu itu sendiri.
Bagi pendapat saya, aktiviti seperti ini amat penting untuk dijalankan. Bukan hanya
untuk warga Melayu sahaja yang wajib mempelajarinya, bangsa-bangsa lain sepertiu Cina dan
India juga tidak turut terlepas daripada aktiviti ini. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mngasah ilmu
mengarang, aktiviti ini turut melatih sesorang individu itu senbdiri untuk mengunkan bahas
Melayu dengan betul.
12

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103


Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan amat bergantung kepada kesedaran hakiki
dalam sanubari setiap ahli masyarakat kerana kasih mereka terhadap negara walau siapa pun
mereka. Menghormati, mengguna dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan mesti
dilakukan setiap individu tanpa menunggu sebarang bentuk paksaan atau menanti sebarang
bentuk pulangan. Perkara ini adalah tanggungjawab hakiki setiap individu terhadap negaranya
supaya program Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia dapat direalisasikan.

13

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103

BIBILIOGRAFI
Kamaruddib Husin. (1990) . Pengajaran Lisan, Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah Shamsudin,
Abd. Rahim Ismali & Maria Mansur. (2012). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu Kontekstual.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

RUJUKAN
https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/jenis-dadah/
http://hemajoo95.blogspot.sg/2013/10/isl-isu-pengambilan-dadah-dalam.html
http://krgnbm4sc1.blogspot.sg/2011/03/langkah-langkah-mengatasi.html
https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaandadah/
http://www.myhealth.gov.my/index.php/remaja/perubahan-tingkah-laku/penyalahgunaan-dadah
https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/punca-penyalahgunaan-dadah/
https://zanas.wordpress.com/memartabatkan-bahasa-kebangsaan-dengan-rela/

14

Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103

LAMPIRAN

15

Anda mungkin juga menyukai