Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya diberikan
peluang untuk menjalani pratikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Seri Binjai. Ini
merupakan sesi praktikum yang kedua dan terakhir sepanjang saya mejalani pengajian
di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn. Peluang ini akan saya ambil
sebagai satu pintu untuk saya mengenali dengan lebih dekat berkenaan dengan dunia
pendidikan.

Praktikum yang dijalankan merupakan satu peluang terbaik untuk saya mengenali
budaya murid, suasana sekolah dan berkolaborasi bersama guru-guru di sekolah ini.
Perkara ini menjadi sebagai pendedahan awal kepada saya sebelum di tempatkan pada
akhir pengajian nanti. Pengalaman yang diperoleh melalui pensyarah pembimbing, guru
pembimbing, guru-guru SK Seri Binjai, kakitangan sekolah dan murid-murid merupakan
bekalan yang amat penting bagi melatih diri supaya lebih bersedia untuk masuk kedalam
dunia Pendidikan yang sebenar. Tanggungjawab dan amanah yang digalas akan
dilaksanakan sebaik-baiknya

Saya berharap agar saya mampu untuk melakukan yang terbaik dalam praktikum
fasa pertama yang akan berjalan selama 12 minggu. Praktikum ini juga akan memberikan
banyak cabaran dan ujian yang perlu diharungi. Dua mata pelajaran iaitu Pendidikan Seni
Visual / Dunia Seni Viusal / Pendidikan Kesenian dan Dunia Sains Teknologi akan saya
sampaikan dengan kaedah penyampaian yang terbaik demi mewujudkan suasana kelas
yang kondusif dan menarik. Semoga praktikum yang dijalankan juga dapat memberikan
pengalaman dalam menambahkan ilmu dan membiasakan diri dlam suasana dunia
Pendidikan yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai