Anda di halaman 1dari 2

.. BELON BERACUN ..

Objektif
1. Mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
2. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama peserta
3. Menekankan konsep berkerjasama dan bantu-membantu.

Saiz kumpulan
Besar

Anggaran Masa
20 minit

Peralatan
1. Belon
2. Tali raffia

Perlaksanaan
1. Tali rafia dipotong pendek lebih kurang 3\4 meter.
2. Setiap peserta diberikan sebiji belon dan seutas tali yang telah dipotong.
3. Setiap fasi juga diberikan sebiji belon dan seutas tali rafia.
4. Kemudian peserta dan fasi dikehendaki mengikat belon itu di kaki masing-masing.
5. Selepas itu peserta diminta memijak belon peserta lain dan fasi.
6. Permainan tamat apabila kesemua belon pecah.
Analisis
Belon mungkin akan pecah oleh sebab persekitaran juga.

Rasional
1. Jangan mementingkan diri sendiri hingga mengabaikan rakan- rakan lain.
2. Setiap manusia di muka bumi Allah ini tidak boleh berhasad dengki sesama muslim.
3. Kita mesti menghormati hak orang lain.
4. Untuk berjaya setiap manusia mestilah bergabung tenaga dan bekerjasama dan
bukannya dengan menjatuhkan orang lain.

Kesimpulan
Jika kita hendak orang menhormati hak kita, kita mesti terlebih dahulu
menghormati haknya.

Anda mungkin juga menyukai