Anda di halaman 1dari 9

3.2.

BIDANG : KERJAYA

TAJUK : Ice breaking - Bingo


MASA : 30 minit
ALATAN : kertas bingo

OBJEKTIF :
1. Mengenali peserta antara satu sama lain.
2. Mendedahkan peserta kepada 6 jenis bidang jenis minat pekerjaan (RIASEC).
3. Menghilangkan rasa malu untuk bertanya kepda rakan baru.

LANGKAH :
1. Fasilitator mengedarkan lampiran Bingo kepada setiap peserta (lampiran 1).
2. Dalam 10 minit, peserta dikehendaki pergi bertanya rakan tentang kenyataan yang
sesuai dengan dirinya.
3. Sekiranya peserta tersebut mempunyai ciri tersebut, diminta menurun
tandatangan dalam petak berkenaan.
4. Selepas Berjaya mendapat kesemua tandatangan untuk 18 kenyataan, peserta
dikehendaki tepuk di depan pentas dan menyahut perkataan BINGO.
5. Selepas semua peserta selesai, fasilitator akan secara rawak memilih seorang
peserta untuk menguji beberapa orang rakan baru.

FALSAFAH :
Bersikap jujur dalam tugasan yang diberi.
Malu bertanya sesat jalan.
Lampiran 1

Membaiki Memerhati Berlakon Melukis Suka Menyusun


Komputer Orang Mengembara data/maklumat

Mekanikal Suka Menyanyi Berkawan Suka Suka


Membaca Cabaran Menabung
Novel

Membuat/ Bekerja Melukiis Menghadiri Suka Ikut Arahan


Membaiki Sendiri Majlis Mentadbir &
Perabot Keramaian Kepimpinan
3.3. SELF DIRECTED SEARCH (SDS)

MASA : 1 Jam
BAHAN : Edaran Ujian Psikologi (SDS)

OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini,pelajar akan dapat


1. Mengenali potensi dan personality diri.
2. Melihat keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat.
3. Mengetahui jenis-jenis kerjaya yang sesuai.
4. Bersedia untuk mengetahui bidang pengkhususan yang bakal dipohon selepas
SPM.

LANGKAH-LANGKAH
1. Fasilitator/guru mengemukakan beberapa soalan umum yang berkaitan,
Contohnya:
• Apakah yang hendak kamu lakukan selepas SPM?
• Apakah program yang kamu minati?
• Jika kamu diberi pilihan,jenis pekerjaan yang bagaimanakah kamu ingin
ceburi?
(Cuba catatkan sebanyak mungkin jawapan yang diberi pada papan putih tanpa
sebarang tapisan. Setiap perkara yang dicatatkan perlu dibincangkan bersama-
sama pelajar melalui aktiviti sumbangsaran)
2. Fasilitator/guru mengedarkan satu set soalan SDS serta kertas jawapan.
3. Fasilatator atau guru menerangkan tentang kepentingan ujian SDS dan cara
menjawabnya.
Nota Guru :
• SDS dapat melihat keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat
kerjaya.
• Mengenali personaliti dan potensi.
• Membentuk matlamat.
4. Fasilitator /guru memberi masa 30 minit untuk pelajar menjawab semua soalan
tanpa perbincangan.
5. Sebelum pentafsiran dibuat, fasilitator/guru menerangkan kepada pelajar
beberapa syarat antaranya:
• Semua jawapan adalah rahsia anda sendiri.
• Setiap keputusan ada cara mengubahnya.
• Semua hasil yang didapati adalah untuk melihat kesukaan,kecekapan dan
minat pelajar.
6. Fasilitator/guru mengarahkan pelajar mengira ‘Y’ sahaja dari atas ke bawah
mengikut barisan.
Nota Guru :
1. Barisan pertama untuk Realistic (R)
2. Barisan kedua untuk Investigative (I)
3. Barisan ketiga untuk Artistic (A)
4. Barisan keempat untuk Sosial (S)
5. Barisan kelima untuk Enterprising(E)
6. Barisan keenam untuk Conventional (C)
• Fasilitator / guru mengarahkan pelajar mengira mengikut bahagian-
bahagian jumlah yang didapati dalam kesukaan,kecekapan dan minat.
• Nota Guru : Keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat amat perlu
dalam mencapai kecemerlangan.
7. Fasilitator/guru mentafsirkan setiap keputusan yang diperoleh berdasarkan
RIASEC.
8. Fasilitator / guru mencadangkan agar pelajar berjumpa kaunselor untuk
mendapatkan maklumat lanjut.

PROSES
Sesuatu tingkahlaku dan minat itu tidak menjadi kesalahan selagi dilakukan dengan
cara yang betul dan bersesuaian dengan keperluan,tempat dan masa.

FALSAFAH
Setiap individu mempunyai potensi yang berbeza-beza,walaupun setengan mereka
menghadapi kesukaran(derita) tetapi mereka tetap puas (bahagia)
3.4. EXPLORACE KERJAYA

MASA : 40 minit
ALATAN : kertas manjung, gam

Objektif :
1. Memberi kefahaman mengenai ciri-ciri personaliti bagi setiap kod R,I,A,S,E,K
2. Memupuk sikap kerjasama di kalangan ahli kumpulan
3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan.

Langkah:
1. Ahli dibahagikan kumpulan mengikut keputusan ujian SDS yang telah dilakukan
pada slot 2
2. Ahli diminta untuk mencari sampul yang berisi ciri-ciri personaliti berdasarkan kod
mata Hollad iaitu R,I,A,S,E,K. setiap kod telah dibezakan mengikut warna iaitu R
– merah, I – Kuning, A – oren, S – Hijau, E – biru dan K – Ungu.
3. Ahli kumpulan bergerak mencari sampul-sampul tersebut yang telah
disembunyikan di sekitar kawasan sekolah.
4. Setelah ahli menjumpai semua sampul tersebut, ahli diminta untuk melekatkan ciri-
ciri tersebut di kertas manjung yang telah disediakan.
5. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka.

Falsafah:
1. Ahli dapat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2. Ahli dapat berkongsi ciri personaliti yang sama di dalam kumpulan.
3. Setiap manusia mempunyai potensi untuk berjaya.
LAMPIRAN SLOT 3 :

CIRI-CIRI PERSONALITI MENGIKUT KOD RIASEK


REALISTIK INVESTIGATIF ARTISTIK

1. Praktikal 1. Analitikal 1. Imaginatif


2. Materialistik 2. Berhati-hati 2. Intuitif
3. Introvert 3. Sifat ingin tahu 3. Emosional
4. Berprinsip 4. Bebas 4. Bebas
5. Suka menggunakan 5. Intelektual 5. Sensitif
mesin 6. Teliti 6. Idealistik
6. Tulen 7. Introvert 7. Suka bersendirian
7. Tegas 8. Pasif 8. Tidak mudah terikut-ikut
8. Pemalu 9. Optimistik
9. Berterus-terang 10 Rasional
10 Natural

SOSIAL ENTERPRISING KONVENSIONAL

1. Sosial 1. Suka mempengaruhi 1. Berstruktur tinggi


2. Suka menolong 2. Daya pujuk yang tinggi 2. Teliti
3. Bekerjasama 3. Suka menonjoklan diri 3. Daya tahan tinggi
4. Mesra 4. Suka berkomunikasi 4. Praktikal
5. Peramah 5. Bercita-cita tinggi 5. Akur
6. Sabar 6. Yakin diri 6. Mengikut aturan
7. Ekstrovert 7. Suka meneroka 7. Cermat
8. Baik hati 8. Cergas 8. Cekap
9. Bertangungjawab 9. Optimistik 9. Sopan
10 Boleh dipercayai 10 Bebas 10 Rutin
3.5. POKOK PEKERJAAN

MASA : 40 minit
ALATAN : Pokok kertas manjung, pokok besar yang sebenar yang ditampal 60
kad pekerjaan, gam.

Objektif :
1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai bidang pekerjaan yang bersesuaian
dengan personality masing-masing.
2. Memupuk sikap kerjasama di kalangan ahli kumpulan
3. Meningkatkan keyakinan diri pelajar terhadap hala tuju masa depan mereka.

Langkah:
1. Pelajar berkumpul mengikut kumpulan.
2. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan bergerak ke pokok-pokok yang terletak
disebelah kantin untuk mencari jenis- jenis pekerjaan yang sesuai dengan
kumpulan masing-masing iaitu kumpulan

R I A S E K

3. Masa yang ditetapkan untuk setiap kumpulan mengambil jenis pekerjaan tersebut
hanya 2 minit dan setiap kumpulan hanya perlu mengambil 10 kad pekerjaan yang
bersesuaian dengan kumpulan mereka.
4. Setelah itu, setiap kumpulan harus kembali ke tempat berkumpul dan segera
menampal jenis pekerjaan tersebut pada pokok mahjung yang siap sedia ditampal
di dinding.
5. Kemudian, setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan dari kumpulan
mereka. Kumpulan yang tersalah mengambil kad pekerjaan yang salah akan
didenda.
6. Setelah selesai pembentangan, kad yang tersalah tadi perlu dipulangkan kepada
kumpulan yang bersesuian.
7. Fasilitator membuat minta pelajar membuat rumusan dari aktiviti yang dijalankan.

Falsafah:
1. Memupuk sikap mendengar arahan, saling bekerjasama dan patuh pada masa
yang ditetapkan.
2. Dengan menjalankan aktiviti ini ahli kumpulan akan memahami lebih lagi
berkenaan jenis pekerjaan yang terkandung dalam persekitaran RIASEK.
Lampiran slot 4

POKOK BESAR YANG SEBENAR YANG DITAMPAL POKOK PEKERJAAN


REALISTIK INVESTIGATIF ARTISTIK

11. Mekanik 11. Pegawai Perubatan. 9. Arkitek


12. Juruteknik computer 12. Ahli farmasi 10. Penggubah lagu
13. Tukang kayu 13. Psikiatri 11. Pengarang pelukis
14. Pasukan beruniform 14. Profesor 12. Wartawan hiburan
15. Pelumba F1 15. Angkasawan 13. Juruhias dalaman
16. Juruterbang 16. Penyelidik 14. Jurufoto
17. Juru ukur 17. Ahli antropologi 15. Jurusolek
18. Pegawai pertanian 18. Ahli botani 16. Pereka fesyen
19. Tukang masak 19. Guru sains dan 17. Kartunis
20. Pegawai pertanian matematik. 18. Pereka grafik
20. Ahli kaji bintang
SOSIAL ENTERPRISING KONVENSIONAL

11. Guru 11. Usahawan 11. Setiausaha


12. Pensyarah 12. Pengarah syarikat 12. Penyimpan kira-kira
13. Pekerja sosial 13. Peguam 13. Akauntan
14. Pegawai perhubungan14. Ahli politik 14. Pegawai cukai
awam 15. Pengurus hotel 15. Juruaudit
15. Jururawat 16. Pengurus bank 16. Penilai harta
16. Paramedik 17. Wartawan 17. Juruwang
17. Pramugari / 18. Pejerja insuran 18. Pegawai perangkaan
pramugara 19. Agen pelancongan 19. Jurutrengkas
18. Pemandu pelancong 20. Jurulatih 20. Operator computer
19. Pegawai kebajikan
20. Diplomat
3.6. PERSEMBAHAN KUMPULAN

MASA : 40 minit
ALATAN : kertas manjung, gam

Objektif :
1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai bidang pekerjaan yang bersesuaian
dengan personality masing-masing.
2. Memupuk sikap kerjasama di kalangan ahli kumpulan
3. Meningkatkan keyakinan diri pelajar terhadap hala tuju masa depan mereka.

Langkah:
1. Semua kumpulan akan diberi 5 naskah suratkhabar yang berkaitan dengan iklan
mencari pekerjaan.
2. Setiap kumpulan diberi 15 minit untuk mengguting iklan pekerjaan yang sesuai
dengan personality kumpulan dan tampal di manila kad.
3. Ahli kumpulan menyenaraikan ciri-ciri pekerjaan tersebut di kad manila.
4. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka dalam masa 5
minit.

Falsafah:
1. Ahli dapat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2. Ahli dapat meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis pekerjaan yang
bersesuaian dengan personality mereka..
3. Setiap ahli mempunyai hala tuju yang jelas.

Anda mungkin juga menyukai