Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA


SK DUSUN NANDING 2021

1.0         PENDAHULUAN
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan
meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga
dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid
sekolah.  Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan
objektif PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid  untuk menguasai
kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi
emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Ketua dan penolong ketua kelas yang dilantik akan membantu guru kelas dalam melicinkan lagi
dlam memberi maklumat kehadiran murid di dalam kelas.

2.0         MATLAMAT
a. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
b. Memperkenalkan kepada murid–murid barisan Pemimpin Pengawas Sekolah , Pengawas PSS,
PRS serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2021
c. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

3.0         OBJEKTIF
a. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, PRS, serta
Ketua dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
b. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
c. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan–rakan yang terpilih.

4.0         KUMPULAN SASARAN
Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS, serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
5.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI
GURU BESAR
Haji Razali bin Mohamad
TIMBALAN PENGERUSI
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Pn. Norliza binti Sulaiman
NAIB PENGERUSI I
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
Pn. Masiah Faridah binti Rakmad
NAIB PENGERUSI II
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
En. Mohd Azinin bin Ramli
PENYELARAS
En. Mohd Shaiful Bahari bin Sa’adun
DOKUMENTASI
Pn. Nor Azzura binti Baharudin
AHLI JAWATANKUASA
Pn. Nor Salili binti Mohd Isa
En. Ahmad Asyraf bin Md. Harun
Pn. Yusmasayu binti Abdullah
Pn. Noor Azimah binti Md rafi
Pn. Suriana binti Saari

6.0         TARIKH
26 April 2021 ( Isnin )

7.0         TEMPAT
            Dataran SENADI, SK Dusun Nanding
8.0 TENTATIF
7.25 pagi : Murid-murid berkumpul di Dataran SENADI
Guru-guru mengambil tempat
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Hussaini bin Daud
Ucapan GPK HEM
Pn. Norliza binti Sulaiman
Ucapan Guru Besar SK Dusun Nanding
Haji Razali bin Mohamad
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS,  PRS, Ketua dan penolong ketua kelas
Lafaz Ikrar (Ketua Pengawas)
Bersurai
Sesi Fotografi Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS, Ketua dan penolong
ketua kelas

9.0         ANGGARAN PERBELANJAAN
HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
(RM) (RM)
1 BANNER 1 80.00 80.00
2 SIJIL 160 2.00 320.00
3 DOKUMENTASI 4 10.00 40.00

JUMLAH 440.00

10.0      PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas
PSS, PRS, SPBT dan ketua dan penolong ketua kelas ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan.
11.0      PENUTUP
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan motivasi
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , PRS, SPBT dan ketua dan penolong ketua kelas untuk
menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi. Program ini sedikit sebanyak dapat memberi
pengiktirafan kepada para Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, PRS, SPBT dan ketua dan penolong
ketua kelas supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat  membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak
tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat bertindak dan
melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional. 

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

Mohd Shaiful Bahari bin Sa’adun Norliza binti Sulaiman


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM
SK Dusun Nanding SK Dusun Nanding

Disahkan oleh,

Haji Razali bin Mohamad


Guru Besar
SK Dusun Nanding

Anda mungkin juga menyukai