Anda di halaman 1dari 19

TAJUK PEMBENTUKAN PERSONALITI DAN KONSEP KENDIRI

SINOPSIS

Dalam modul ini tajuk ini hanya akan membincangkan tentang konsep, jenis-jenis dan faktor yang
mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, pelajar dapat : .

1. Menjelaskan mengenai konsep personaliti dan konsep kendiri .


2. Membincangkan jenis-jenis personaliti dan konsep kendiri
3. Menjelaskan teori-teori personality
4. Membincangkan faktor yang mempengaruhi personaliti dan konsep kendiri

3.1 Konsep Personaliti

 Konsep personaliti berasal daripada perkataan latin yang bermaksud pesona


(topeng muka).
 Personaliti merujuk kepada pembentukan sahsiah seseorang individu secara
keseluruhan. Ia merangkumi perangai, watak, cara berfikir, kecerdasan,
sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai yang menentukan
penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.
 Personaliti yang dimiliki oleh seseorang menggambarkan keunikan individu
tersebut. Ianya juga merupakan salah satu faktor yang membezakan antara
seseorang individu dengan individu yang lain (Weinberg & Gould, 1999).
 Personaliti juga akan mempengaruhi cara seseorang bertindak balas dengan
aspek persekitaran mereka.
 Kajian mengenai personaliti seseorang adalah bertujuan untuk mengenali,
memahami, dan meramalkan pelbagai tingkah laku yang dipamerkan oleh
individu tersebut. Melalui tingkah laku seperti cara bercakap, bertindak balas,
bergaul mesra, dan beraksi, kita dapat mengenali personaliti seseorang
individu.

Definisi Personaliti
• Ahli-ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi personaliti.

• Goldon Allport (1961) mentakrifkan personaliti sebagai penyusunan sistem


psikofizikal yang dinamik di dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku
dan penyesuaian dengan alam sekeliling.

Sistem psikofizikal merangkumi unsur-unsur pemikiran , tabiat, sikap, nilai,


kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi
tetapi mempunyai asas fizikal dalam urat saraf dan tubuh. Manakala dinamik
membawa maksud sesuatu yang berkembang & akan berubah-ubah.
• Eysenck (1952, 1967) menyatakan bahawa personaliti adalah keseluruhan tingkah
laku sesuatu organisma yang meliputi watak, perangai, intelek, peribadi dan juga
bentuk badan yang agak stabil.
• Sigmund Freud (1923) mengemukakan Personaliti adalah interaksi struktur peribadi
individu yang terdiri daripada Id, ego dan superego.

3.2. Teori dan Jenis-jenis personaliti

Berdasarkan pelbagai definisi di atas, ahli psikologi telah mengemukakan pelbagai


teori dan jenis personality mengikut aliran perspektif mereka.

3.2.1. Teori Personaliti Psikoanalitik


a. Sigmund Freud
 Freud merupakan pelopor teori psikoanalitik ini. Menurut Freud, personaliti
manusia adalah terbentuk sejak dari lahir hingga berusia lima tahun.
Pengalaman semasa kecil sangat mempengaruhi personaliti kanak-kanak dan
ianya akan berlanjutan sehingga dewasa. Freud menegaskan bahawa
personaliti kanak-kanak adalah hasil interaksi antara faktor baka dan
persekitaran.
 Teori psikoanalitik Freud juga telah meletakkan kepentingan konsep pemikiran
alam sedar, alam separa sedar dan alam tidak sedar manusia yang membentuk
tingkah laku dan personaliti seseorang. Alam sedar menurut Freud merupakan
bahagian yang kecil dalam jiwa manusia yang didedahkan kepada manusia
lain.

 Ketiga-tga konsep ini dijelaskan
sebagai ketulan ais di atas permukaan air.
Hanya bahagian kecil kecil ais tersebut
dapat dilihat yang mewakili alam sedar,
manakala bahagian yang besar di dalam
ais yang tidak kelihatan adalah alam
separa sedar dan alam tidak sedar.
 Pemikiran alam sedar merangkumi
semua perkara yang kita prihatin dan
sedar kewujudannya. Kita boleh berfikir
secara rasional dan boleh bercakap
mengenainya secara rasional. Bahagian
ini termasuk ingatan sedar mengenai
sesuatu peristiwa.
 Pemikiran alam separa sedar adalah
bahagian yang mewakil pemikiran biasa di mana kita sukar mengingat sesuatu
peristiwa beberapa ketika, tetapi apabila kita membawanya ke pemikiran alam
sedar kita dapat mengingatinya semula.
 Menurut Freud, personality manusia distrukturkan kepada tiga bahagian iaitu id, ego
dan super ego.
 Id merupakan struktur yang primitif yang berfungsi di alam tidak sedar. Id adalah
sumber dorongan awal kehidupan bayi dan kanak-kanak yang merupakan elemen
sedia ada dalam diri manusia. Ianya lebih mementingkan keseronokan,
kegembiraan , kepuasan dan keselesaan. Pemikiran Id adalah tidak teratur dan
tidak rasional.
 Ego adalah sturktur kurang primitif, dan merupakan elemen yang berfungsi di alam
sedar, beroperasi berasaskan prinsip rasional, logic dan realiti. Struktur ini tidak
wujud semasa bayi dilahirkan. Ianya berkembang secara berperingkat-peringkat
dan penuh dengan pelbagai persepsi. Ego sentiasa inginkan kemajuan dan
perkembangan yang logik.
 Manakala superego pula merupakan struktur yang moden dalam pemikiran
manusia. Berfungsi di alam sedar yang dapat mengawal id dan ego untuk
mengarah tingkah laku mengikut peraturan. Superego berkembang secara
beransur-ansur yang dipengaruhi oleh persekitaran terutama pengalaman yang
dilalui dalam kehidupan. Superego dapat membezakan antara yang baik dan
buruk, dan dapat menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
berdasarkan pertimbangan moral.
 Freud percaya bahawa pertembungan ketiga-tiga elemen ini menyebabkan konflik.
Konflik yang berlaku semasa kanak-kanak akan memberi kesan kepada
kehidupan dewasa kelak. Terutama aspek tingkah laku dan personality.

b. Carl Gustav Jung (1875 – 1961)

 Carl Jung adalah ahli psikatris Swiss yang telah membantu mengembangkan teori
Sigmund Freud. Carl Jung percaya bahawa personality individu adalah
berdasarkan orientasi manusia terhadap persekitaran.
 Menurut Carl Jung, perbezaan tingkah laku manusia adalah hasil daripada
kecenderungan manusia menggunakan pemikiran mereka dengan cara yang
berbeza. Kecenderungan seseorang berfikir boleh mempengaruhi manusia
bertingkah laku.
 Menurut Carl Jung personaliti boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu ekstrovert,
Introvert dan ambivert.
 Ciri-ciri personaliti ekstrovert :
- Suka bergaul, mudah bercakap, sentiasa aktif dan suka bergembira, rileks
- Peramah dan mudah mesra
- Lebih suka menilai dunia luar daripada dunia dalaman.
- Suka berjenaka dengan kumpulan orang ramai,.
- Cepat marah tetapi tidak menyimpan perasaan dendam yang berpanjangan.
- Mempunyai mental, emosi yang stabil, inovatif dan gemar pada perubahan.
- Mempunyai tahap kebimbangan yang rendah dan cepat bertindak balas.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
 Ciri-ciri personaliti Introvert :
- Pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat, reflektif.
- Sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu.
- Boleh dipercayai, tenang, tingkahlaku yang terkawal.
- Mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dan kurang sedia untuk menanggung
risiko.
- Tidak mudah marah tetapi suka memendam perasaan.
- Mempunyai kawan yang sedikit dan mempunyai ikatan persahabatan yang
berpanjangan
- Lebih menumpukan aspek dalaman diri
- Mengambil berat tentang diri sendiri.
- Suka merancang perkara yang akan datang
 Personaliti Ambivert :

 Mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua personaliti ekstrovert dan introvert.


 Kemungkinan sifat yang dipunyai ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar
berseorangan.

3.2.2. Teori Trait

Trait bermaksud apa-apa bentuk sifat yang membawa kepada perbezaan individu.
Teori trait personaliti adalah berasaskan kepada aspek biologi. William Herbert Sheldon
mengkategorikan personaliti kepada tiga berdasarkan bentuk tubuh badan seseorang,
iaitu ectomorph, endomorph dan mesomorph.

1. Ectomorph
• Bentuk badan
ectomorph adalah bahu
dan punggung yang kecil,
berbadan dan muka yang
kurus, dada dan perut
yang kecil, lengan tangan
yang kurus.
• Golongan yang berbadan ectomorph ini mempunyai personaliti pendiam,
kebimbangan dalam bersosial, beremosi, suka menyendiri, berfikiran luas, dan
cerdik.
2. Endomorph
• Mempunyai bentuk badan yang bulat, bahu dan punggung yang luas dan
seorang yang periang.
• Golongan berbadan endomorph ini mempunyai personality peramah, mudah
bersosial, sukakan keseronokan, bertoleransi, suka makan, mempunyai ciri-ciri
humor dan seorang yang rilek.

3. Mesomorph
• Golongan mesomorph mempunyai tubuh badan yang kuat dan bertenaga, bahu
yang luas, dan kepala yang besar.
• Golongan ini minat meneroka perkrara-perkara baru, berani menerima risiko,
asertif, sukakan pertandingan, meminati aktiviti fizikal berfikiran lain daripada
yang lain.

3.2.3. Teori Personaliti Eysenck


 Teori personality Eysenck dibina pada tahun 1947 berdasarkan aspek fisiologi
dan genetic. Eysenck menegaskan bahawa personalti seseorang adalah
berbeza dengan seornag yang lain adalah kerana pengaruh factor genetic.
 Di samping itu Eysenck juga mengemukakan tentang factor biologi dan
persekitaran dalam mempengaruhi perkembangan personality seseorang.
 Eysenck mengkategorikan persoanaliti kepada dua bahagaian iaitu neurotic
dan introvert-ekstrovert..
 Neurotik bermaksud personaliti dari seorang yang tenang atau nomal hingga
kepada neurotic tahap kebimbangan. Individu yang termasuk dalam golongan
neurotic akan cenderung menghadapi kebimbangan dalam kehidupan di
kemudian hari.
 Eysenck menjelaskan bahawa Eysenck described neuroticism menggambarkan as
reflecting differences in the intensity of emotional experience. As described above
Gray (1981) argued that neuroticism was indicative of a higher sensitivity to
punishment. Neuroticism is close to a number of other traits such as trait anxiety or
negative emotionality. It might be expected that individuals high in neuroticism might
be more likely to use drugs in order to reduce or avoid negative emotional states.
 Manakala introvert- ekstrovert membawa maksud seorang yang pemalu, atau
pendiam lawan orang yang mesra dan peramah. Individu ekstrovert cenderung
meluahkan perasaan secara terbuka, bersikap santai, sangat yakin dan suka
rangsangan daripada luar.

3.2.4 Teori Personaliti Big Five :

 Teori personality Big five mengemukakan lima dimensi personality untuk


menerangkan mengenai personaliti manusia iaitu openness, conscientiousness,
extraversion, agreeableness dan neuroticism.
 Akronim bagi teori Big five ini ialah OCEAN. Teori personality Big five ini boleh
membezakan personality manusia tanpa pertindihan.
 Ciri-ciri Personaliti Big Five:

i. Openness – individu yang berpesonaliti openness lebih menghargai seni,


emosi, idea yang luar biasa, suka suatu yang mencabar, ingin tahu yang
tinggi dan minat pelbagai pengalaman. Individu openness lebih bersikap
terbuka dan suka suatu yang baru.

ii. Conscientiousnes- individu dalam kategori ini lebih berfikiran luas, tingkah
laku arah kendiri, disiplin kendiri yang tinggi, lebih berstruktur dan tersusun,
mengutamakan pencapaian dan cenderung membuat perancangan sebelum
bertindak.

iii. Extraversion – Individu yang berpersonaliti extraversion lebih bersemangat,


mudah mesra dan peramah,suka bersosial, berkeyakinan diri yang tinggi
dan gemar aktiviti luar.

iv. Agreeableness: bersifat penyayang, belas kasihan dan lebih suka


bekerjasama berbanding mengasingkan diri, Menjauhi sifat negatif,
prasangka atau permusuhan. Lebih mempercayai orang lain dan suka
menolong atau membantu orang lain.

v. Neuroticism: Neuroticism merujuk kepada tahap kestabilan emosi dan


kawalan tingkah laku. Individu neuroticism cenderung mengalami emosi
yang tidak stabil, sensitif, cepat marah, bimbang, depresi, cepat tersinggung
dan kurang keyakinan diri.
AKTIVITI 3.1.

Sebagai seorang guru, anda mendapati murid-murid prasekolah terdiri


daripada pelbagai jenis personaliti. Bagaimanakah anda dapat membantu
murid yang berpesonaliti introvert untuk aktif dalam aktiviti pembelajaran

KONSEP KENDIRI

• Setiap daripada kita mempunyai suatu gambaran / pandangan tentang diri sendiri.
• Sebagai contoh gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan
tingkahlaku kita.
• Gambaran atau pandangan kita terhadap diri sendiri disebut konsep kendiri.
• Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain &
penyesuaian diri dengan alam sekitar.

3.3.1. Definisi konsep kendiri

a) Carl rogers (1951)

• Konsep kendiri adalah definisi diri yang kita berikan kepada diri kita secara sedar
apabila menggunakan perkataan “saya” / “aku”.
• Ia merupakan satu gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang boleh dibawa ke
peringkat sedar

b) Shavelon & bolus (1982)

• Konsep kendiri ialah tanggapan seseorang terhadap dirinya.


• Tanggapan yang dimaksudkan meliputi kepercayaan, perasaan, sikap dan nilai. Ia
berbeza di antara seorang dengan yang lain.

c) Cohen (1959)
• Seseorang mungkin mempunyai konsep kendiri yang tinggi atau rendah.
• Konsep kendiri tinggi = menghargai diri sendiri, bercita-cita tinggi & berkebolehan
dalam satu-satu bidang.
• Konsep kendiri rendah = rendah diri, mudah putus asa, tidak ada keyakinan diri &
membenci diri sendiri.
• Kesimpulan dari definisi ini:

Konsep kendiri ialah perasaan, nilai, kepercayaan, perasaan, penghargaan diri dan
cara kita melihat diri disisi masyarakat.

• Perkembangan konsep kendiri merangkumi aspek-aspek


– Pengetahuan kendiri
– Regulasi dan pengawalan kendiri
– Penilaian dan penghargaan kendiri
– Pengetahuan kendiri

• Penyesuaian diri dengan persekitaran yang berjaya akan menghasilkan konsep


kendiri positif.
• Manakala kegagalan menyesuaikan diri dengan persekitaran akan menghasilkan
konsep kendiri yang negatif.
• Semua kepercayaan kita berkaitan dengn diri kita, termasuk apa yang kita percaya
tentang sifat semula jadi , ciri-ciri unik peribadi, kebolehan, dan minat adalah konsep
kendiri.

• Konsep kendiri yang kita miliki ini adalah berdasarkan pemikiran dan perasaan
sendiri Cth: kita mungkin mempunyai banyak maklumat tentang kemahiran sosial
yang kita miliki, oleh itu kita akan berasa yakin dengan keupayaan kita ketika
berinteraksi dengan orang lain.

• Konsep kendiri ini sangat kuat pengaruhnya ke atas cara-cara kita bagaimana kita
memproses apa juga maklumat mengenai diri

• Menentukan bagaimana kita melihat diri dan orang lain.

• Cth: apabila berada di dalam kelas, konsep kendiri intelektual kita beroperasi.
Jadi kita akan mengalami pemikiran-pemikiran dan perasaan-perasaan yang
mengiringi konsep kendiri intelektual ini. Kalau konsep kendiri kita mengatakan
“aku seorang yang pintar”, maka kita akan berasa yakin untuk mengambil
bahagian yang aktif di dalam proses pembelajaran.

• Seseorang individu itu cenderung untuk memelihara dan mengekalkan konsep


kendiri masing-masing, sama ada ia positif atau negatif.

• Kerana itulah konsep kendiri seseorang itu agak stabil sepanjang hidupnya dan
sukar diubah.

3.3. Jenis-jenis Konsep Kendiri


a) Konsep Kendiri Positif

Ciri-ciri seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang positif adalah :

-personaliti yang harmonis dan seimbang

-Tenang dan penuh ketabahan

-sering mendapat kejayaan

-bertimbang rasa/bersikap terbuka

-pandangan positif

-bangga dan yakin diri sendiri

-suka bersosial dan bergaul dgn orang lain

-Berani mencuba dan tekun

-mudah menerima orang lain

-Optimis dan riang gembira

-sering menerima pujian, penghargaan

b) Konsep Kendiri Negatif

Ciri-ciri seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang negatif adalah :


- Personaliti yang kompleks dan tidak seimbang

- Pasif dan tidak suka bergaul

- Kurang berkeyakinan

- Curiga, prasangka dan tidak yakin dgn orang lain

- Penakut, pemalu, tidak bertanggungjawab

- Sentiasa dikritik dan dimarahi

- Sering gagal

- Sukar bersosialisasi

3.5 Perkembangan konsep kendiri

• Setiap individu mempunyai konsep kendiri yang tersendiri dan berubah-ubah


mengikut pengalaman yang dilalui dan keadaan masa tertentu.

3.5.1. Kanak-kanak

• Ketika dilahirkan kanak-kanak belum lagi membentuk konsep kendirinya.Setelah


berinteraksi dengan individu-ivdividu di sekelilingnya, barulah konsep kendiri
dibentuk.

• Pada umur 2 – 3 tahun mencirikan diri mereka berasaskan kepercayaan biasa.

Cth: “adik suka susu” , “ini epal adik”

• Apabila ditanya samaada kenyataan tentang diri mereka betul, mereka akan
memberikan maklum balas yang konsisten.

• Peringkat prasekolah – Konsep kendiri kanak-kanak terhad kepada pemikiran dan


perbuatan yang nyata dan khusus.

Cth: - apabila ditanya tentang “siapa” mereka, kanak-kanak sudah dapat


melabelkan diri mereka dengan pelbagai cara seperti menyatakan jantinanya,
saiz badannya, sifatnya .
• Apabila konsep kendiri ini semakin berkembang, mereka menumpu kepada
pengetahuan tentang diri sendiri, ciri-ciri personaliti dan penilaian sifat kendiri.

Cth: mempunyai konsep.kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat


dan nilai yang memaparkan diri mereka berlainan daripada orang lain.

• Pada umur 3 ½ - 5 tahun – kanak-kanak masih menggambarkan diri berasaskan


sifat fizikal ( “rambut saya hitam”, “saya pandai naik basikal”) dan ciri psikologikal
(“ saya suka main dengan kawan baik saya, ali”).

• Umur 4 – 7 tahun – kanak-kanak sudah dapat memberikan gambaran penuh


tentang diri mereka yang merangkumi semua dimensi tetapi mereka masih belum
mengetahui kelemahan mereka.

• Kanak-kanak membina asas konsep kendiri melalui pengalaman kehidupan


dengan ibu bapa.

Cth: umur 6 tahun sudah cenderung memilih pakaian berjenama, ingin disayangi
oleh ibu bapa tanpa syarat.

• Selepas memulakan persekolahan di peringkat rendah - konsep kendiri kanak-


kanak menjadi semakin abstrak.

Cth: melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang pintar, tetapi juga
membandingkan diri mereka dengan orang lain.

• Kajian – kepada kanak-kanak umur 9 – 18 tahun untuk mendapatkan jawapan


mengenai “siapa saya?”.

• Hasilnya – terdapat perbezaan di antara kanak-kanak umur 9 tahun dan 11 tahun.

• Kanak-kanak berumur 9 tahun hanya menggambarkan diri mereka secara luaran


sahaja.

• Kanak-kanak berumur 11 tahun dapat menggambarkan diri mereka secara lebih


terperinci, dapat menghuraikan sikapnya, kebolehannya, jantinanya, sifatnya dan
sebagainya.
• Kanak-kanak yang cerdas biasanya mempunyai pandangan yang jauh (bercita-
cita menjadi doktor, jurutera dll) serta menunjukkan ciri-ciri yang baik / positif (
rajin belajar)

3.5.2. Remaja

• Konsep kendiri tertumpu kepada perasaan, kecenderungan, penghargaan dan


mencari identiti yang tersendiri.

• Kebanyakkan mereka mengalami perubahan dari segi pegangan konsep kendiri.

• Kadang-kadang sukar bagi ibu bapa memahami cita-cita yang terpendam di hati
anak remaja mereka.

cth: tolak tawaran ke universiti untuk belajar / kawin etc.

3.5.3. Dewasa

• Walau pun umur berbeza-beza, tetapi pada umumnya seseorang itu mengharapkan
konsep kendiri yang lebih baik dan mantap.

cth: seorang pekerja yang dianggap mempunyai kemahiran yang tinggi oleh
ketuanya, akan berusaha meningkatkan lagi kemahiran yang ada bagi menandingi
pekerja yang lain.
3.6 . Faktor- faktor mempengaruhi personaliti dan konsep kendiri
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti adalah faktor baka dan
persekitaran.
Faktor yang mempengaruhi
pembentukan
Personaliti dan Konsep
Kendiri

Faktor Baka Faktor


(Genetik ) Persekitaran

Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Media


fizikal Biologi gender Intelek Keluarga sosial Sekolah Rakan massa
sebaya

3.6.1. Faktor Baka (Genetik):


Faktor-faktor baka (genetik) merupakan ciri-ciri biologi yang diwarisi oleh seseorang
kanak-kanak daripada ibu bapa. Baka boleh menentukan potensi, bakat atau
kecenderungan seorang kanak-kanak untuk perkembangan dan pertumbuhan
seterusnya. Di antara pengaruh faktor baka yang mempengaruhi pembentukan
persoanliti dan konsep kendiri adalah aspek fizikal, biologi, gender dan intelek.

a. Aspek fizikal :
- Bentuk fizikal badan dikealpasti dapat mempengaruhi pembentukan
personality dan konsep kendiri seseorang sama ada secara langsung
dan tidak langsung. Bentuk dan saiz tubuh badan yang diwarisi
daripada ibu bapa dapat menentukan potensi atau kebolehan
melakukan sesuatu.
- Keadaan fizikal badan adalah seperti berbadan gemuk, kurus,
berbadan kuat atau lemah akan mempengaruhi prestasi individu
dalam melakukan aktiviti fizikal.
- Kanak-kanak berbadan besar agak sukar untuk melakukan aktiviti
fizikal, sementara kanak-kanak berbadan kursus akan mudah
melakukannya. Kegagalan melakukan aktiviti fizikal akan
mempengaruhi aspek pemikiran dan emosi kanak-kanak yang
berbadan gemuk, seterusnya akan merasa malu untuk melakukannya
di masa akan datang.
- Kanak-kanak yang berbadan kurus akan merasa puas dengan
pencapaiannya. Keadaan ini sudah pasti akan memeberi kesan
kepada pemikiran dan emosinya.
- Secara langsung bentuk dan saiz tubuh badan akan mempengaruhi
perasaan kanak-kanak seterusnya mempengaruhi pembentukan
personality dan konsep kendiri mereka.

b. Aspek biologi

- Sistem saraf, kelenjar dan hormon dalam diri individu manusia boleh
menentukan sifat dan karektor seseorang dan mempengaruhi tingkah
laku. Faktor biologi ini merupakan asas pembentukan personaliti dan
konsep kendidi seseorang. Kalenjar Adrenal, Tiroid, Pituitari dan
Endokrin memberi kesan kepada personaliti.

c. Aspek gender
• Perbezaan dari aspek gender (jantina) juga mempengaruhi
pembentukan personality dan konsep kendiri seseorang.
• Kanak-kanak lelaki sering dilihat sebagai individu yang aktif,
bersemangat, kuat dan agresif. Manakala kanak-kanak perempuan pula
dilihat sebagai kurang agresif, tidak kuat, dan lemah lembut.
• Persepsi ibu bapa terhadap kanak-kanak mengikut gender ini akan
mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri mereka.

d. Aspek intelek
• Aspek intelek atau kebijaksanaan kanak-kanak adalah diwarisi daripad
kedua ibu bapa. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan mental
yang tinggi lebih mampu membuat penyesuaian di rumah, sekolah dan
dalam masyarakat berbanding kanak-kanak yang kurang kecerdasan
mental.
• Kecerdasan mental yang tinggi akan mempengaruhi pembentukan
personaliti dan kosep kendiri kerana kanak-kanak yang bijak akan lebih
aktif, mempunyai keyakinan yang tinggi, mampu membuat keputusan
yang bijak dan tepat serta lebih fokus dalam melaksanakan tugas.
• Sebaliknya kanak-kanak yang kurang kecerdasan mental mempunyai
kurang keyakinan diri, pasif, kurang cekap dalam penyelesaian
masalah.

3.6.2. Faktor Persekitaran

Persekitaran adalah merupakan aspek luaran yang boleh mempengaruhi


pembentukan personaliti dan konsep kendiri seseorang. (Norman L.Munn,
1969). Manakala W.Edgar pula mentakrifkan persekitaran sebagai kuasa
luaran (ekstrinsik) yang sangat kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah
laku individu. Di antara aspek persekitaran yang mempengaruhi pembentukan
personality dan konsep kendiri kanak-kanak adalah aspek keluarga, aspek
social masyarakat, aspek sekolah, aspek rakan sebaya dan aspek media
massa.

a) Aspek keluarga
• Kedudukan kanak-kanak dalam susunan keluarga boleh mempengaruhi
pembentukan personaliti dan konsep kendiri kanak-kanak. Kedudukan
dalam keluarga seperti anak sulung, anak tengah atau anak bongsu.
Anak sulung cenderung bersikap tegas, lebih bertanggungjawab, rajin
dan mementingkan pencpaian yang tinggi. Sementara anak bongsu
dilihat kurang bertanggungjawab, lebih pasif dan mempunyai sikap
memberontak.
• Bilangan anak dalam keluarga juga mempengaruhi personaliti dan
konsep kendiri kanak-kanak. Bilangan anak yang ramai menyebabkan
kanak-kanak kurang mendapat perhatian akan menyebabkan kanak-
kanak tersebut kurang keyakinan diri, manakala anak tunggal dalam
keluarga mempunyai pandangan atau persepsi berbeza terhadap
persekitaran mereka. Keadaan ini akan membentuk personaliti dan
konsep kendiri kanak-kanak
• Hubungan anak dengan ibu bapa bergantung kepada gaya
keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa tersebut. Ibu bapa yang
demokratik akan mampu membina hubungan yang rapat dengan anak-
anak. Manakala ibu bapa yang autokratik pula akan menyebabkan
hubungan yang renggang dengan anak-anak. Hubungan anak dan ibu
bapa ini akan memberi kesan dalam pembentukan personality anak-
anak.

b) Aspek sosial masyarakat


• Persekitaran sosial masyarakat di mana kanak-kanak tinggal juga
berperanan dalam mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsp
kendiri kanak-kanak. Sosial masyarakat ternasuk budaya yang
diamalkan oleh masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan
personaliti dan konsep kendiri kanak-kanak. Cara masyarakat melayan
kanak-kanak lelaki berbeza dengan kanak-kanak perempuan juga
memberi kesan kepada pembentukan personaliti dan konsep kendiri
kanak-kanak.
• Pegangan budaya dan anutan agama masyarakat juga berperanan
dalam membentuk personalit kanak-kanak.

c) Aspek sekolah
• Gaya kepimpinan pengetua atau guru besar dan guru-guru turut
berperanan dalam membentuk personality dan konsep kendiri kanak-
kanak.
• Pelaksanaan peraturan disiplin yang ketat dan tegas akan
menyebabkan kanak-kanak berasa takut, bimbang dan tertekan.
Keadaan ini akan menyebabkan pembentukan personaliti dan konsep
kendiri yang negatif.

d) Aspek rakan sebaya


• Rakan sebaya merupakan individu yang rapat dengan kanak-kanak
selain daripada ibu bapa dan adik beradik. Pengaruh rakan sebaya
terhadap pembentukan personaliti dan konsep kendiri kanak-kanak.

e) Aspek media massa


• Pelbagai bentuk media massa sentiasa berkembang pesat dalam
masyarakat masa kini. Media massa memainkan peranan yang kuat
dalam mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri
kanak-kanak.
• Perkembangan teknologi maklumat yang pesat menyebabkan
maklumat boleh disampaikan dengan cepat. Kesibukan ibu bapa
bekerja menyebabkan anak-anak lebih terdedah kepada maklumat
daripada internet memberi kesan kepada pembentukan persoanliti dan
konsep kendiri kanak-kanak.

Dengan menggunakan pengurusan grafik, tunjukkan


apakah tindakan yang boleh dilaksanakan oleh guru
kepada kanak-kanak yang mempunyai konsep
kendiri yang negatif.

Anda mungkin juga menyukai