Anda di halaman 1dari 16

KKT 3063

KAUNSELING KELUARGA DAN KEIBUBAPAAN

LAPORAN

SIMULASI SESI KAUNSELING KELUARGA MENGGUNAKAN


TEORI TERAPI KELUARGA ADLER

BIL NAMA AHLI NO. MATRIK


1. MOHD FEDAUS BIN MOHD YUSOFF D20171077611
2. IFFAH SYUHAIDAH BT MHD ZAIZULAI D20171077614

3. NUR KHALEESHA BINTI ZAINUL ABIDDIN D20171077616

4. NURSHAFIRA EILYA BINTI MOHAMAD NOR D20171077620

5. NURSAZWANA BINTI JAHARI D20171077633

6. NUR AZMINA BINTI MUHAMA D20171079340

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. FAUZIAH HANIM BINTI JALAL


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Latar Belakang Keluarga 1

2.0 Isu Keluarga 1

3.0 Teori Yang Digunakan 2

3.1 Latar Belakang Teori 2

3.2 Pandangan Terhadap Teori 2

3.3 Elemen Penting Teori Adler 3

3.4 Kekeliruan Matlamat 4

3.5 Matlamat Terapi 5

3.6 Peranan Kaunselor 5

3.7 Teknik-teknik Terapi 6

4.0 Teknik yang Digunakan 8

4.1 Teknik Joining 8

4.2 Teknik dalam Teori 9

5.0 Refleksi Kaunselor 10

6.0 Penambahbaikan 12

6.1 Teknik dan Teori yang Digunakan 12

6.2 Tempat dan Suasana Sesi 12

6.3 Proses Kaunseling 12

7.0 Kesimpulan 13

RUJUKAN
1

1.0 LATAR BELAKANG KELUARGA

Puan Wana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Manakala suaminya, Encik Fedaus
merupakan seorang engineer yang berjaya. Mereka mempunyai dua orang anak yang masih
bersekolah. Anak sulung mereka bernama Eilya bersekolah di sekolah menengah tingkatan
lima, manakala anak bongsunya bernama Azmina juga telah bersekolah menengah, di tingkatan
satu. Hubungan antara mereka sekeluarga agak renggang semenjak Encik Fedaus dinaikkan
pangkat dan sering outstation sehingga mengabaikan ahli keluarganya semata-mata kerana
sibuk bekerja.

2.0 ISU KELUARGA

Puan Wana berasa sangat tertekan apabila terpaksa menguruskan keluarga secara bersendirian
kerana suaminya sibuk bekerja. Baru-baru ini, anak sulung mereka, Eilya telah didapati
ponteng sekolah menyebabkan pihak sekolah terpaksa memanggil Puan Wana ke sekolah. Hal
tersebut membuatkan Puan Wana berasa sangat malu dan marah. Beliau semakin tertekan dan
mula menyalahkan suaminya yang selalu sibuk bekerja sehingga menyebabkan anak-anak
terabai. Pada pandangan anak sulung mereka, Eilya berasa bahawa ibunya sangat pilih kasih
kerana sering berkasar dengannya. Eilya merasakan ibunya lebih menyayangi adiknya kerana
sering memanjakan adiknya tetapi tidak kepada Eilya. Perkara ini membuatkan Eilya tertekan
dan terasa hati sehingga memilih untuk memonteng bersama-sama rakannya kerana pada
pemikirannya, hanya dengan bersama-sama rakannya, dia rasakan dirinya disayangi.

Pada pandangan Encik Fedaus, dia juga menyalahkan isterinya adalah punca kenapa
anak sulung mereka membuat perangai. Beliau merasakan layanan isterinya terhadap anak
sulung mereka sangat berbeza dengan anak bongsu mereka. Isterinya terlalu berkasar dengan
anak sulungnya dan sering memanjakan anak bongsu mereka. Encik Fedaus juga berasa
bahawa dia bekerja adalah untuk kesenangan keluarga mereka semata-mata tanpa beliau sedar,
beliau telah mengabaikan anak-anak dan hanya mengharapkan isterinya untuk mengurus anak-
anak sepenuhnya memandangkan isterinya tidak bekerja,

Hubungan diantara anak bongsu dan anak sulung juga renggang kerana pada pandangan
Eilya, gara-gara adiknya menyebabkan ibunya sering memarahi dia. Namun, Azmina sebaagi
adik bongsu yang masih kecil, turut menginginkan kasih sayang daripada seorang kakak.
2

Namun perkara itu tidak pernah diperoleh daripada kakaknya kerana Eilya sering berkasar
terhadapnya.

Disebabkan perkara ini sudah agak berlarutan, Puan Wana telah mengambil keputusan
untuk berjumpa dengan kaunselor keluarga keluarga setelah menjumpai iklan mengenai
kaunseling keluarga di FaceBook. Beliau telah menelefon pihak kaunselor keluarga bagi
menempah temu janji untuk menjalankan kaunseling keluarga bersama-sama seluruh ahli
keluarganya.

3.0 TEORI YANG DIGUNAKAN

3.1 Latar Belakang Teori

Teori yang dikaji adalah teori Adler yang telah diasaskan oleh Alfred Adler. Beliau dilahirkan
pada 7 Februari 1870 di Vienna. Beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik-
beradik. Beliau rapat dengan ibunya hinggalah kelahiran adiknya menyebabkan dia rapat
dengan ayahnya. Ketika berusia 4 tahun, Adler telah menghadapi masalah penyakit yang
hampir mati iaitu pneumonia yang menyebabkan beliau berazam dan bercita-cita untuk
menjadi seorang doktor. Beliau dapat meneruskan pengajian di Universiti Vienna dalam bidang
perubatan. Seterusnya, beliau menjadi seorang pakar dalam bidang neorologi dan psikiatri.
Beliau sangat berminat terhadap kanak-kanak, menyebabkan beliau berjaya membuka
beberapa buah klinik penjagaan kanak-kanak setelah tamatnya perang dunia pertama.

Adler adalah seorang rakan sejawat Freud tetapi lantaran perbezaan pandangan dan
pendiriannya berkaitan psikoanalisis yang kurang berkesan dalam kaunseling dan psikoterapi
menyebabkan mereka berpisah pada 1911. Pada tahun 1926, Adler berhijrah ke Amerika
Syarikat dan menjadi profesor di Columbia University di New york. Antara buku penulisan
Adler ialah Understanding Human Nature (1927), What Life Should Mean To You (1931), The
Individual Psycology of Alferd Adler (1956) dan Superiority and Social Interest (1964)

3.2 Pandangan Terhadap Manusia

Manusia adalah makhluk sosial, makhluk yang didorongkan oleh keinginan-keinginan untuk
bergaul dan bermesra dengan ahli masyarakat yang lain, bukan dengan tujuan untuk memenuhi
keperluan-keperluan atau dorongan-dorongan seks. Setiap tingkah laku manusia mempunyai
3

tujuan tertentu iaitu untuk memperolehi rasa selamat dan mengatasi masalah diri. Manusia
mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengarah dirinya. Adler juga berpendapat
bahawa dalam diri seseorang individi terdapat suatu kendiri yang kreatif, yang amat subjektif
dan tersendiri yang akan menafsir semua pengalaman individu itu secara bermakna.

3.3 Elemen Penting Teori Adlerian

Anak-anak mestilah diberikan galakan atau sokongan daripada aspek sosial, fizikal dan emosi.
Dalam keluarga, anak-anak adalah satu entiti yang aktif mencontohi apa yang dididik oleh ibu
bapa mereka. Mereka adalah sebagai cerminan serta penyambung kepada salasilah keluarga
mereka. Kadang kala anak-anak juga memainkan peranan yang lebih besar berbanding ibu bapa
mereka dalam perkembangan dan interaksi dalam keluarga. Anak-anak boleh mempengaruhi
orang yang jauh lebih dewasa berbanding sebaliknya.

3.3.1 Persekitaran Keluarga

Setiap ahli dalam keluarga saling mempengaruhi antara satu sama lain. Persekitaran keluarga
yang berlainan mempengaruhi pembentukan sesuatu keluarga itu. Hubungan antara kedua-dua
ibu dan bapa sangat mempengaruhi corak dan perkembangan anak-anak mereka kerana ibu
bapa adalah model. Anak-anak akan mempelajari apa itu keseronokan, marah, kasih sayang,
ketakutan, ketegasan, cabaran dan sebagainya.Bila kedua-dua ibu bapa mengekalkan dan
memberikan sokongan, Alderians menggelarkannya sebagai Family Value.

3.3.2 Susunan Keluarga

Setiap peringkat anak ini mempengaruhi interaksi dan cara mereka bertingkahlaku. Anak
tunggal selalunya mempunyai daya kejayaan yang tinggi. Mereka kebiasaannya mewarisi
budaya keluarga selain menjadi perhatian ahli keluarga yang lebih dewasa. Malahan anak
tunggal juga dilihat lebih mudah matang. Anak sulung lebih sensitif sekiranya kedudukannya
di dalam keluarga mulai tergugat. Anak sulung selalu dibebani dengan pandangan bahawa
mereka perlu menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Anak sulung juga kadang kala dilihat
terlalu bersikap mengarah (bossy) Anak kedua selalunya lebih mudah dipengaruhi oleh anak
sulung. Walaubagaimanapun mereka selalunya lebih memilih untuk menjadi “lain” berbanding
4

anak sulung. Anak kedua juga lebih bersifat ingin mencabar. Terdapat satu kata-kata iaitu “the
things at which the oldest child excels, the second child will avoid and vice versa”.

Anak tengah selalunya segera untuk memahami bahawa dia diapit dan mereka mudah
untuk merasakan kehidupan tidak adil. Golongan anak ketiga juga tidak suka dikongkong dan
cenderung untuk lebih mencari rakan sebaya berbanding keluarga. Anak bongsu selalunya
mendapat layanan paling istimewa serta tidak sama dengan mana-mana adik beradik. Anak
bongsu cenderung untuk lebih cemerlang dalam hidup dan “easily spoiled”.

Adlerians mengambil kira beberapa faktor yang menyumbang kepada pembentukan


turutan keluarga seperti berapa jarak umur antara adik beradik serta adakah anak tunggal itu
lelaki/perempuan. Terapi keluarga Adlerian melihat kepada bagaimana sesuatu turutan
keluarga itu menyesuaikan diri masing-masing di dalam sistem. Untuk mengenalpasti turutan
sesuatu keluarga, boleh meminta ibu bapa untuk menyatakan (describe) setiap anak mereka.

3.4 Kekeliruan Matlamat

Adlerians membuat pembezaan antara matlamat hidup yang menyumbang kepada


perkembangan gaya hidup dan matlamat yang lebih segera yang memperhitungkan tingkah
laku seharian. Terdapat empat salah faham matlamat yang telah digariskan iaitu mendapatkan
perhatian, perebutan kuasa, membalas dendam dan ketidak upayaan yang diandaikan.

Untuk salah faham dalam aspek mendapatkan perhatian selalunya dilihat melalui
tingkah anak yang menjadi budak yang baik, comel dan menawan hati, menjadi nakal dan
mengganggu serta tingkah laku malas. Perkara ini boleh membawa kepada respon golongan
dewasa iaitu, mula berasa kesal, kecewa terhadap anak, dan berasa jengkel terhadap anak.
Apabila perkara ini berlaku anak akan berhenti seketika tetapi kemudiannya menyambung
tingkah laku tersebut.

Selain itu, untuk aspek perebutan kuasa dapat dilihat apabila anak, melawan, bergaduh,
berdegil atau berskap pasif-agresif. Golongan dewasa selalunya respon dengan marah, rasa
tercabarm dan juga merasa putus asa atau kalah. Hal ini membawa kepada anak tersebut untuk
meneruskan perbuatan tersebut atau mengikut perbuatan golongan dewasa tersebut.

Seterusnya, untuk aspek membalas dendam, dapat dilihat apabila seseorang anak
bertingkah laku ganas, melakukan vandelism, dan keganasan dalam kesenyapan. Hal ini
5

selalunya membawa reaksi terluka daripada golongan dewasa yang menyebabkan anak tersebut
semakin meneruskan perbuatan tersebut dan menjadi degil.

Akhir sekali untuk kekeliruan matlamat adalah ketidakupayaan yang diandaikan yang
mana dapat dilihat apabila seseorang bertindak berlakon lemah, berputus asa, hilang jati diri
dan bersikap tidak cekap yang mana menyebabkan golongan dewasa merespon dengan lemah
dan berputus asa. Hal ini menjadikan kurang interaksi dengan anak, menjadi orang dewasa
yang berputus asa serta tidak mahu mencuba.

3.5 Matlamat Terapi

Terapi Adlerian bermatlamat sebagai modifikasi motivasi berbanding modifikasi tingkahlaku.


Yang mana penekanan motivasi ini bertujuan menaikkan semangat dan keinginan ahli keluarga
untuk bersama-sama mengubah keadaan keluarga. Untuk memudahkan pemahaman tentang
motivasi yang terlibat. Matlamat terapi juga bertujuan menggantikan interaksi negatif yang
terjadi secara semulajadi dalam keadaan sering tidak sedar dengan pemahaman yang sedar
mengenai proses keluarga. Matlamat paling utama adalah untuk melibatkan ibu bapa dalam
pengalaman belajar dan penilaian secara bersama. Selain itu matlamat paling penting juga
adalah untuk membentuk dan menyokong ibu bapa sebagai pemimpin keluarga yang berkesan.
Membantu interaksi sosial dan menyumbang kepada masyarakat.

3.6 Peranan Kaunselor

Dalam teori Adler, fungsi dan peranan kaunselor lebih berfokus kepada terapi kognitif. Fungsi
utama kaunselor ialah membuat tugasan yang komprehensif terhadap fungsi klien. Kaunselor
perlu mendapatkan maklumat keluarga klien, termasuklah ibu bapa, adik-beradik dan orang
yang tinggal bersama klien. Hal ini adalah untuk mendapatkan gambaran ke atas cara
kehidupan sosial awal klien. Ini bertujuan untuk soal selidik bagi mendapatkan gambaran ke
atas cara kehidupan sosial awal klien. Berdasarkan maklumat ini juga, kaunselor boleh
mendapatkan perspektif terhadap aspek utama kejayaan dan kegagalan klien terhadap
pengaruh-pengaruh kritikal yang klien ambil.
6

Selain itu, kaunselor juga menggunakan pengalaman awal untuk diagnostik. Ini akan
membawa ingatan kembali pada zaman kanak-kanak. Ingatan ini juga digunakan untuk
menentukan bagaimana klien melihat diri sendiri, orang lain dan masa depan.

3.7 Teknik-teknik Terapi

3.7.1 Deskripsi Masalah dan Mengenalpasti Tujuan

Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ibubapa. Mengenalpasti perasaan dan reaksi yang
sering dihadapi oleh ibubapa apabila mereka gagal mendidik anak-anak mereka. Penerokaan
boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti penerokaan terhadap interaksi di dalam
keluarganya semasa kecil. Soalan-soalan terbuka akan dikemukakan agar klien memahami
akan persepsi-persepsinya terhadap dirinya sendiri, saudara-maranya, faktor-faktor penting
yang menjadi penyebab ia menjadi begitu serta keputusan-keputusan utama yang diambil
dalam hidupnya

3.7.2 Hari Biasa “Typical Day”


Adlerian menyatakan suasana keluarga dan interaksi keluarga adalah corak yang sering ditanya
untuk menerangkan hari biasa. Hari biasa perlu diteroka untuk menentukan corak interaksi
yang berulang dan cara-cara anak memenuhi keperluan langsung mereka. Suasana dan nilai
keluarga yang disokong oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak. Kajian menyatakan bahawa
hari biasa amat berguna apabila ibubapa tidak dapat mengemukakan kejadian khusus
contohnya seperti kejutkan anak-anak pada waktu pagi.

3.7.3 Temubual Dan Pendedahan Dan Kanak-Kanak


Temubual bersama ibubapa secara amnya boleh menghasilkan hipotesis tentatif mengenai
matlamat tingkah laku kanak-kanak. Soalan ini dikongsi dengan ibubapa tetapi akan disahkan
semasa menemubual anak-anak. Pendedahan matlamat dengan kanak-kanak berfungsi untuk
mengenalpasti peristiwa atau tingkah laku yang tidak betul dan bukannya perbincangan umum.
Apabila peristiwa atau tingkah laku yang tidak baik telah diperjelaskan, maka dia akan
diperjelaskan secara berperingkat.
7

3.7.3.1 Model Intervensi Yang Digunakan Berdasarkan Teori Dreikur’s

Soalan: Adakah anda tahu kenapa anda melakukan?

Jawapan anak-anak tidak diterima atau ditolak tetapi diakui sebagai peralihan kepada
pengukapan:

Itu kemungkinan saya mempunyai idea lain. Adakah anda ingin mendengarnya?

(Soalan yang mudah difahami oleh anak-anak)

3.7.3.2 Contoh Soalan Intervensi

1. Adakah dengan ponteng sekolah awak boleh menarik perhatian ayah awak?
(Perhatian)
2. Adakah dengan ponteng sekolah awak boleh menunjukkan kepada ibu awak yang
awak berkuasa dan tiada siapa boleh melawan awak? (Ada kuasa untuk mengawal)
3. Adakah dengan ponteng sekolah awak boleh menyamakan diri awak dengan
ayah awak? (Dendam)

4. Adakah dengan ponteng sekolah awak ingin menyendiri (Ketidakupayaan)

Nota: Untuk mengenalpasti penetapan motivasi seseorang anak terhadap ibu bapa
mereka.

3.7.4 Reorientasi dan Mendidik Semula Keluarga

Reorientasi keluarga memerlukan pemahaman tentang kepentingan keperluan dan tujuan


system. Keperluan utama dalam system kekeluargaan ialah keselamatan dan galakan. Ahmi
keluarga perlu mengambil berat terhadap kebajikan asas untuk menentukan keperluan.
Manusia dan sistem tumbuh untuk keperluan antara satu sama lain bagi memilih dan
menyedarkan harapan kepada kegembiran
8

4.0 TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM SIMULASI

4.1 Teknik Joining


Pertamanya, kaunselor telah menggunakan teknik joining untuk mengenali ahli keluarga yang
datang melakukan sesi. Kaunselor menyapa mesra kepada semua ahli keluarga tersebut dan
berkenalan dengan mereka secara individu dimana kaunselor menanyakan nama dan sedikit
pengenalan daripada setiap ahli keluarga. Kaunselor juga menghormati hiraki keluarga dengan
menanyakan pertanyaan kepada ketua keluarga dahulu iaitu ayah diikuti dengan ibu, seterusnya
anak pertama dan diakhiri dengan anak terakhir dalam keluarga tersebut.

Selain itu, kaunselor juga menekankan elemen positif dalam diri setiap ahli keluarga,
sebagai contoh, ayah dalam keluarga ini iaitu En.Fedaus mengatakan bahawa beliau selalu
tidak ada masa dengan keluarganya dan banyak habiskan masa dengan tugasan di tempat kerja.
Beliau terasa dengan anak-anak yang selalu menyatakan permasalahan mereka terhadap ibu
tetapi tidak menyebut sebarang isu bersama ayah seolah-olah ayah tidak memainkan peranan
yang besar dalam kehidupan anak-anak. Penyataan yang disampaikan oleh En. Fedaus
melihatkan beliau seorang yang ingin disayangi oleh anak-anak tetapi perkara tersebut tidak
mampu dicapai disebabkan kekanggan daripada kesibukan kerja. Kaunselor memuji En.
Fedaus dan meyakinkan bahawa beliau seorang ayah yang bertanggungjawab. Ibu dalam
keluarga ini juga mempunyai elemen yang baik dan berjiwa seorang ibu yang
bertanggungjawab kerana perkataan yang kerap digunakan adalah beliau mahu yang terbaik
untuk keluarga beliau. Kaunselor juga memuji ibu kerana memiliki keinginan yang sangat baik
dan kasih sayang yang tulus kerna meinginkan yang terbaik untuk satu keluarga.

Seterusnya, kaunselor juga mengenalpasti kekuatan ahli keluarga untuk


memperlihatkan kepada keluarga tersebut bahawa terdapat ekemen-elemen yang positif dalam
kalangan mereka. Contohnya, ibu dalam keluarga ini banyak memarahi anak sulung kerana
tingkah laku negatif yang dilakukan. Ibu kerap memarahi anak pertamanya kerana tidak mahu
anaknya terlibat dengan gejala yang tidak baik dimana anak tersebut kerap melakukan aktiviti
ponteng sekolah pada waktu pembelajaran. Ibu berasa risau dan kerap melepaskan perkataan
yang tidak baik kepada anak sulung tersebut kerana ingin anaknya memahami beliau dan tidak
mengulangi perbuatan tersebut.

Kaunselor berkata klien kepada ibu tersebut bahawa beliau kerap marah kerana sayang
dan tidak mahu anaknya menjadi seorang yang tidak baik. Manakala, anak sulungnya pula
9

berfikiran bahawa beliau banyak melakukan kesalahan kerana ibunya tidak menunjukkan kasih
sayang yang diingini. Beliau membuat hal kerana kehidupannya di rumah tidak menyenangkan
dan keberadaannya selalu dimarahi. Anak sulung selalu menyatakan bahawa beliau tidak
bahagia berada di rumah dan ibu selalu melayannya dengan tidak baik. Kaunselor juga melihat
ini merupakan satu elemen yang baik dalam diri anak dan menyatakan kepada beliau bahawa
beliau seorang yang menyayangi ibunya. Oleh sebab itu, beliau mengharapkan ibunya dapat
memberi kasih sayang dengan menunjukkan kehangatan seorang ibu dan memanggilnya
dengan nada yang lembut dan bukannya dengan kekerasan.

4.2 Teknik dalam Teori (Teknik Reorientasi dan Mendidik Semula Keluarga)

Teknik yang digunakan berdasarkan teori adalah teknik reorientasi semula dan mendidik
semula keluarga. Kaunselor menanyakan kepada setiap ahli keluarga apa yang beliau inginkan
sepanjang melakukan sesi ini. Ayah dalam keluarga ini berkata bahawa beliau menginginkan
keberadaan beliau dirasa oleh isteri dan juga anak-anak. Beliau juga menambah bahawa masa
bersama keluarga itu merupakan keinginannya buat masa sekarang. Oleh sebab itu, kaunselor
memberi bimbingan untuk ayah agar melihat masa kosongnya iaitu hari tidak bekerja agar
dapat diluangkan bersama keluarga.

Ibu dalam keluarga ini juga menginginkan anak-anaknya mendengar arahan dan
nasihatnya dengan baik. Tambahan lagi, beliau amat menyayangi anak-anak beliau dan tidak
mahu mereka terjebak dengan tingkah laku yang negatif. Kaunselor berbincang dengan ibu
serta anak-anak tentang komunikasi yang mereka perlu wujudkan. Ibu mempunyai kesedaran
bahawa beliau perlu mengubah cara percakapan dengan anak-anak terutama anak sulungnya
dengan cara yang lebih lembut dan berkhemah. Kaunselor juga menggalakkan kepada ibu dan
ayah dalam keluarga ini untuk menunjukkan elemen kasih sayang secara terbuka dengan lebih
banyak lagi seperti perkataan sayang dan maaf supaya anak berasa tenang dan tidak merasa
penolakan daripada ibu dan ayah.

Akhir sekali, untuk anak-anak pula mereka berkata bahawa mereka inginkan keluarga
yang bahagia seperti mereka melihat keluarga lain yang ada masa untuk bersama. Mereka mahu
makan bersama keluarga, bercuti bersama dan melakukan banyak hal bersama. Mereka sedar
dan tahu ayah tidak mempunyai masa yang banyak dan sibuk dengan perihal kerja tetapi
hakikatnya mereka mahu meluangkan masa bersama dan rapat seperti kebiasaan keluarga. Hal
ini juga selari dengan keinginan ayah yang ingin meluangkan masa yang lebih banyak dengan
10

keluarga. Keluarga ini memerlukan masa yang berharga bersama. Sebagai ayah dan juga ketua
keluarga, beliau perlu merancang waktu beliau untuk bekerja dan meluangkan masa bersama
keluarga. Penting untuk anak-anak membesar dengan rasa kasih sayang seorang ibu dan ayah.
Kaunselor menyarankan kepada keluarga ini untuk meluangkan masa bersama dan
memperbanyakkan ucapan dan tingkah laku yang menunjukkan kasih sayang sesama mereka.

5.0 REFLEKSI SEBAGAI KAUNSELOR

Kaunselor berdepan dengan masalah keluarga yang kekurangan kasih sayang sesama mereka.
Keluarga ini banyak menunjukkan perasaan ndan tingkah laku negatif seperti perasaan marah,
mengabaikan dan juga tidak mesra. Kaunselor mengalami konflik juga dalam mengendalikan
sesi ini kerana ibu dan ayah dalam keluarga ini banyak perselisihan faham dan tidak bersetuju
dengan perbuatan yang dilakukan oleh pasangan. Bukan itu sahaja, kaunselor juga menghadapi
tekanan daripada ibu yang menunjukkan perasaan marah setiap masa sepanjang sesi
terutamanya, kemarahan terhadap anak pertama. Anak-anak dalam sesi keluarga ini tidak boleh
dikawal kerana mereka di peringkat remaja dan banyak menunjukkan perasaan tidak senang
sewaktu menjalankan sesi. Anak bongsu dalam keluarga ini juga kerap mengatakan bahawa
beliau bosan dan tidak senang dengan sesi tersebut. Hal ini membuatkan kaunselor mengalami
konflik dan perlu dikendalikan dengan baik.

Kaunselor berasa tertekan dengan konflik yang berlaku dalam keluarga ini terutama
sewaktu ibu dan ayah dalam keluarga ini kerap berselisih pemahaman dan tidak serasi. Klien
juga tidak mampu untuk memujuk anak bongsu tersebut supaya dalam keadaan yang selesa
sewaktu menjalankan sesi kaunseling. Klien berasa bahawa beliau tidak menjalankan sesi
dengan begitu baik sehingga anak tersebut bosan. Selain itu, kaunselor juga berasa senang dan
tenang diakhir sesi kerana matlamat dan keinginan klien mampu didengari oleh setiap ahli
keluarga dan masing-masing mencuba untuk memuaskan keiinginan ahli keluargnya dengan
baik. Perkara ini membuatkan kaunselor berasa keluarga ini mampu dibantu dan mampu
menjadi keluarga yang lebih baik daripada masa sekarang.

Berdasarkan sesi yang telah dijalankan saya banyak belajar dalam menjadi kaunselor
yang lebih baik. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa perkara yang memberi kesan negatif
terhadap diri kaunselor. Sudut positif, kaunselor melihat betapa pentingnya untuk mengawal
keadaan sesuatu sesi kaunseling. Keluarga ini mempunyai banyak perselisihan faham dan tidak
sependapat, tetapi perkara tersebut mampu dikawal oleh kaunselor dengan baik. Kaunselor
11

takut untuk melakukan sebarangan teguran ataupun menggunakan teknik cutting-off kepada
klien kerana takut mengguris hati mana-mana pihak dan menyebabkan sesi terbantut. Namun
begitu, sesi ini berjalan dengan baik dan kaunselor mampu mengawal keadaan dengan
menyekat perkara yang sudah diluar kawalan seperti ibu yang kerap tidak setuju dan berbalah
dengan ayah. Manakala, sudut negatif pula adalah saya berasa saya tidak menjalankan sesi
dengan baik kerana perkataan bosan yang dikeluarkan oleh anak bongsu memberi impak yang
tidak baik kepada kaunselor. Menjadi tanggungjawab klien untuk memastikan sesi yang
dijalankan dalam keadaan yang baik dan klien yang terlibat berasa selesa tanpa sebarang
gangguan dan masalah.

Sebagai pelan tindakan, kaunselor harus menyiapkan mental yang kental dalam
mengendalikan sesi kaunseling keluarga. Sewaktu menjalankan sesi ini, pelbagai kemungkinan
dan risiko yang perlu dihadapi seperti situasi marah, situasi tidak sependapat dan kaunselor
harus mempunyai kemahiran dalam mengawal dan meredakan keadaan tersebut. Kaunselor
juga tidak sepatutnya mengharapkan sesi yang dijalankan sentiasa dalam keadaan yang baik
dan berada dalam kawalan kita kerana setiap keluarga ada tingkah laku dan perwatakan yang
tersendiri. Bukan itu sahaja, masalah yang mereka hadapi juga berlainan dan kaunselor harus
menyiapkan diri untuk berhadapan dengan perkara tersebut.

Kesimpulannya, kaunseling keluarga merupakan kaunseling yang mencabar dan sesi


ini berlainan dengan kebanyakkan sesi yang dilakukan. Sesi ini memerlukan sifat yang lebih
berhati-hati dan kaunselor perlu bijak memainkan peranan dalam mengawal sesuatu situasi
agar perjalanan sesi dalam keadaan baik dan tidak menggalakkan lagi suasana buruk seperti
menambahkan lagi kemarahan kepada ibu dan ayah. Seterusnya, dalam sesi keluarga juga amat
penting untuk kaunselor menitikberatkan perasaan semua ahli keluarga tanpa menghiraukan
mana-mana ahli supaya mereka berasa keadilan dan peluang bersuara sewaktu menjalankan
sesi ini. Oleh itu, kaunselor perlu menyiapkan diri untuk berdepan dengan sesi keluarga dan
membantu mereka dalam mengatasi permasalahan yang dihadapi.
12

6.0 PENAMBAHBAIKAN

6.1 Teknik dan Teori yang Digunakan

Simulasi yang telah dilakukan boleh ditambahbaik dari segi teknik yang digunakan. Hal ini
kerana, di dalam simulasi yang dijalankan, penggunaan kemahiran kaunseling keluarga adalah
tidak menyeluruh. Penguasaan teori juga masih kurang namun tetap boleh menjalankan sesi
seperti yang dinyatakan dalam tugasan simulasi. Sebagai pelan tindakan, kaunselor perlulah
mengukuhkan penguasaan teknik dalam teori bagi menghasilkan keberhasilan sesuatu sesi.

6.2 Tempat dan Suasana Sesi

Seterusnya, pemilihan tempat untuk menjalankan sesi juga agak tidak sesuai kerana sedikit
bising dan agak terbuka. Hal ini kerana, pandemik Covid-19 yang sedang giat menular
menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan tempat yang sesuai dan keterbatasan dalam
menjalankan aktiviti berkumpulan. Pada ketika itu, hanya tempat tersebut sahaja dibenarkan
untuk kami sekumpulan berkumpul bagi menjalankan simulasi sesi kaunseling keluarga
mengikut teori yang ditetapkan. Suasana tempat yang agak terbuka mampu menjejaskan
kelancaran sesi kerana dalam keadaan sebenar sesi, kaunselor perlulah menjalankan sesi di
tempat yang teraputik untuk keselesaan klien dan juga kaunselor itu sendiri.

6.3 Proses Kaunseling

Proses kaunseling juga harus ditambahbaik kerana simulasi sesi kaunseling keluarga yang
dijalankan adalah tidak mengikut suasana dan proses yang sebenar. Ianya dijalankan hanyalah
sebagai latihan pengajaran bagi kaunselor pelatih dan juga untuk memenuhi kehendak tugasan.
Sebagai penambahbaikan, setiap fasa dalam sesi memerlukan masa yang agak lama bagi
menghasilkan keberkesanan sesi. Kaunselor haruslah menjalankan sekurang-kurangnya tiga
kali perjumpaan sesi bagi melihat perkembangan kesan daripada sesi awal. Setiap masalah
yang dikemukakan memerlukan masa yang agak lama untuk diteroka dan sebagai
penambahbaikan, proses kaunseling ini memerlukan latihan yang berterusan bagi melahirkan
satu proses sesi yang lancar dan baik.
13

7.0 KESIMPULAN

Teori Adler memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah kekeluarga dimana
menurut Adler, anak-anak mestilah diberikan galakan atau sokongan daripada segi aspek
sosial, fizikal dan emosi. Hubungan antara ibubapa dan anak-anak sangat penting untuk
membantu perkembangan anak-anak mereka. Anak-anak melihat dan belajar berdasarkan apa
yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka yang bertindak sebagai role model dalam keluarga.
Oleh hal yang demikian, ibubapa perlu memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak
dalam apa jua yang diminati oleh mereka. Keadaan ini digelar sebagai “Family Value”. Namun
begitu, sebagai anak-anak, mereka juga perlu mengetahui peranan masing-masing dalam
keluarga dan perlu saling menghormati antara satu sama lain sebagai ahli keluarga yang paling
dekat dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa setiap ahli keluarga mempunyai


peranan yang tersendiri dan perlu diberi lebih penekanan mengenai kepentingan institusi
kekeluargaan supaya mereka mengetahui apakah peranan mereka sebagai seorang bapa, ibu
dan anak. Kaunselor turut memainkan peranan yang penting bagi dalam mengorientasi semula
dan mendidik semula keluarga sepanjang sesi dijalankan.
14

RUJUKAN

Bitter, J. R. 2009. Theory and practice of family therapy and counseling. Belmont,
CA: Brooks/Cole Thomson Learning.

Evans, T. D., & Milliren, A. P. (1999). Open-forum family counseling. Interventions and
strategies in counseling and psychotherapy, 135-160.

Stein, S. J., Mozdzierz, A. B., & Mozdzierz, G. J. (1998). The kinship of Adlerian family
counseling and Minuchin's structural family therapy. Individual Psychology, 54(1), 90.

Anda mungkin juga menyukai