Anda di halaman 1dari 32

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( KEPUJIAN ) ( PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK )

SEMESTER NOVEMBER 2022

PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

(ECS3213)

LAPORAN KAJIAN KES


TAJUK:

“AUTISME”

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. MUHAMMAD HAKIMUDIN BIN JALALUDIN 4203001871

2. NIK NUR EISYA IZZATI BINTI NIK LAH 4203001091

3. NUR SYAZWANIS BINTI FADZLY 4203000881

4. WAN NURUL IZZAH BINTI WAN NAZRI 4203001911

5. WAN NURULL RAIHANNAH BINTI AZIZI 4203000951

NAMA PENSYARAH:

MISS IRMA SYURYANI BINTI JASWIR

SEMESTER : NOV 2022 3/22/34

KOHORT: K35
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN i

2 BAB 1: PENGENALAN 1-6


1.1 Definisi Autisme
1.2 Punca Penyakit Autisme
1.3 Ciri-ciri Penyakit Autisme

3 BAB 2 TEORI / KAJIAN BERKAITAN 7-9


2.1 Teori yang Berkaitan
2.2 Kajian yang Berkaitan
4 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 10 - 11
3.1 Pengenalan Metodologi Kajian
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Cara Mendapatkan Maklumat
3.4.1 Temu Bual
3.4.2 Pemerhatian
3.4.3 Rujukan Perpustakaan
5 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 12 - 17
4.1 Analisis Kajian
4.2 Masalah yang Dihadapi
4.3 Langkah Intervensi
4.4 Pemilihan Pusat Terapi Aidan
4.5 Cabaran dalam Membesarkan Aidan
6 BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN 18 - 21
5.1 Cadangan Kajian
5.2 Rumusan
7 BAB 6 RUJUKAN 22 - 23
8 BAB 7 LAMPIRAN 24 - 28
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya ke atas ilahi dengan limpah rahmatNya, serta
dengan izinNya kami berjaya juga melaksanakan tugasan ini dengan baik dan lengkap.
Pada mulanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Cik Irma Syuryani Binti Jaswir yang banyak membimbing kami di sepanjang proses
pelaksanakan tugasan ini dan sentiasa memahami para pelajarnya dalam menyiapkan tugasan
ini bagi tempoh masa yang agak terhad.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada Puan Wan Nurul Syazlynn binti Azizi
dan suaminya Encik Ahmad Zulfitri bin Yusuf yang sudi menerima kami sebagai tetamu serta
berkongsi cerita dan pengalaman dalam membesarkan seorang anak yang istimewa iaitu
Ahmad Luth Aidan.
Kami juga ingin mengucapkan beribu penghargaan kepada rakan sekelas kami yang
turut saling membetulkan kesalahan yang kami lakukan dalam kerja kursus ini dan saling
memberi maklumat yang tidak kami ketahui secara jelas agar saya tidak melakukan kesalahan
yang tidak sepatutnya.
Akhir sekali, kami memohon maaf jika terdapat pihak-pihak yang kami terlupa untuk
lampirkan di sini namun terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pihak-pihak yang lain
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap tugasa ini. Sesungguhnya setiap
bantuan yang telah diberikan sangat-sangat kami hargai dan pasti akan kami ingati. Terima
kasih .

i
BAB 1: PENGENALAN

Setiap kanak-kanak sudah pastinya melalui fasa atau keadaan dalam kehidupan yang
berbeza antara satu sama lain. Pasti ada kekurangan dan ada juga kelebihan dan bermula dari
lingkungan umur kanak-kanak, sebagai manusia yang serba kekurangan perlu menjalani
kehidupan supaya lebih berkembang. Meneliti kepada apa yang dikatakan oleh Paul Eggan &
Don Kachak (1997), mereka ada menyatakan berkaitan perkembangan kanak-kanak adalah
konsep pembangunan yang melibatkan perubahan diri yang lebih teratur dan tahan lama dalam
diri seseorang itu melalui gabungan pembelajaran, pengalaman serta kematangan. Jadi
walaupun terdapat sebahagian kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan kekurangan, namun
tetap akan adanya perkembangan atau kemajuan yang mampu dicapai oleh mereka dalam
pelbagai bidang yang berbeza.

Perbezaan yang berlaku diantara kanak-kanak yang sihat dan normal dengan kanak-
kanak yang istimewa dan terpilih ini sememangnya agak besar jurangnya kerana ianya
membawa batasan yang besar kepada tahap perkembangan serta proses kematangan yang agak
mencabar. Sebagaimana yang dapat dilihat secara kerap adalah keupayaan tingkah laku kanak-
kanak yang mengalami masalah seperti Autisme dan masalah dari segi sosialnya seperti
pertuturannya sukar diterima bagi sebahagian besar masyarakat yang kurang pengetahuannya
tentang pembawaan masalah-masalah seperti berikut terhadap kanak-kanak itu sendiri.
Terdapat banyak sekali skop kajian atau penyelidikan yang boleh dilakukan bagi mendedahkan
lebih jelas berkaitan aspek- aspek perbezaan dari sudut dalaman serta luaran kanak-kanak yang
sebegini seperti dari sudut emosinya yang memerlukan tahap kefahaman yang tinggi untuk
mengawal diri mereka.

Turut meliputi dari segi persekitaran, ciri-ciri fizikal dan kesihatan kanak-kanak
tersebut. Persepsi masyarakat sehingga ke hari ini sangat tidak berasas kerana bagi mereka,
semua kanak-kanak yang berkeperluan khas itu boleh dan perlu dilabelkan sebagai kanak-kanak
kelainan upaya (OKU) sedangkan setiap daripada mereka mempunyai kemahiran dan keperluan
yang berbeza dalam menyesuaikan diri mereka dengan norma sosial dan komuniti di
sekelilingnya. Oleh itu, pelaksanaan kajian pada kali ini akan memberi fokus dan tumpuan yang
membincangkan tentang penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap seorang kanak-kanak
Autisme yang diberi nama Ahmad Luth Aidan bin Ahmad Zulfitri.

1
1.1 Definisi Autisme

Definisi autisme atau lebih dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD)
merupakan gangguan perkembangan neuron yang memberi kesan kepada
perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk bersosial,
berkomunikasi, berinteraksi dan belajar seperti kanak-kanak biasa. Oleh itu, pengkaji
telah membuat satu kajian mengenai kanak-kanak yang telah di diagnos menghidap autism iaitu
Ahmad Luth Aidan Bin Ahmad Zulfitri yang berusia 5 tahun.

Menurut Michael (1990), ada menyatakan bahawa Autisme merupakan perkataan yang
berasal daripada Yunani iaitu ‘autos’ yang membawa maksud diri seseorang iaitu kanak-
kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam menerima serta memahami perkara-
perkara yang berada di sekelilingnya. Autisme juga membawa perubahan yang ketara dalam
pemerolehan perkembangan saraf serta memiliki potensi diri yang agak terbatas bagi
sebahagiannya dari segi intelektual, kelemahan linguistik dan paling lazim sekali adalah
kehidupan dan sosialnya yang agak lewat dipraktikkan kepada diri sejak kecil.

Kesimpulannya, sehingga kini tiada rawatan farmakologi atau bukan farmakologi yang
berhasil untuk menyelesaikan sepenuhnya gejala serta keabnormalan tingkah laku bagi
golongan ini dan kebanyakkan kajian menunjukkan bahawa dengan adanya campur tangan awal
oleh pihak ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah yang paling berkesan untuk mengubah
suai semula evolusi serta kemerosotan fungsinya secara sama ada kualitatif atau kuantitatif
ataupun kedua-duanya sekali boleh dijalankan melalui beberapa saluran seperti video
retrospektif, analisis media, maklumat daripada ibu bapa, guru-guru dan saudara mara.

1.2 Punca Penyakit Autisme

1) Genetik atau keturunan

Punca yang sebenar-benarnya masih tidak dapat dipastikan oleh barisan pakar kanak-
kanak di seluruh dunia, namun terdapat beberapa punca yang saling berkait rapat dengan
kelahiran kanak-kanak Autisme ini. Punca yang paling lazim dan berisiko berlaku adalah dalam
kalangan ahli keluarga seperti ibu bapa, saudara-mara dan sebagainya. Punca yang dikatakan
datangnya daripada faktor genetik atau keluarga boleh berlaku dalam beberapa keadaan
2
misalnya terdapat sejarah daripada ahli keluarga yang pernah mengalami masalah
Autisme atau mempunyai anak-anak yang menghidap Autisme boleh menjadi salah satu
pendorong yang menyebabkan berlakunya gangguan Autisme pada bayi yang akan dilahirkan
pada masa hadapan. Risiko adalah separuh-separuh iaitu 50:50 jika masalah ini berlaku
dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat terutamanya.

Faktor genetik yang mendorong kepada masalah Autisme kepada kanak- kanak juga
boleh berlaku apabila wujudnya keabnormalan dari segi jumlah kromosom atau
perubahan terhadap struktur kromosom. Hal yang berlaku ini berpunca daripada kelainan
kromosom yang dialami semasa mengandung iaitu apabila wujudnya satu keadaan jika sel-
sel kuman (ovum dan sperma) mempunyai sebarang kesalahan dalam maklumatnya. Hal
ini menganggu mutasi yang terdapat dalam setiap sel-sel badan yang terbentuk daripada
penyatuan gamet. Mutasi ini berisfat turun-temurun dan akan dipindahkan atau diturunkan
kepada generasinya yang akan datang. Jadi kesan kepada kromosom berlaku iaitu
kromosom yang mempunyai struktur yang merangkumi gen seseorang yang berperanan
memberitahu tubuh badan tentang bagaimana ia perlu berkembang.

2) Kelahiran pra-matang

Selain itu, masalah Autisme atau (ASD) ini boleh juga berpunca daripada kelahiran
bayi yang pra-matang iaitu kelahiran bayi lebih awal daripada tempoh kematangan
kandungan iaitu antara 37 sehingga 42 minggu. Bayi pra-matang sememangnya jarang
berlaku di Malaysia dan hanya mencatatkan sekitar 8% setiap tahun. Namun, risiko yang
dihadapi oleh bayi tersebut sangat banyak dan memerlukan penjagaan khas selepas
kelahiran disebabkan fizikal tubuh badannya yang sangat kecil. Apabila telah dilahirkan,
bayi lebih mudah mengalami komplikasi berkaitan gangguan pernafasan serta saraf yang
mampu memberi kesan kepada fungsi otak bayi tersebut. Risiko untuk menghidap masalah
Autisme minor adalah sangat besar.

3
3) Komplikasi atau masalah sebelum kelahiran

Seterusnya ialah berlakunya masalah Autisme pada kanak-kanak apabila berlakunya


komplikasi atau masalah sebelum kelahiran seseorang bayi tersebut. Hal ini kerana, ianya
merupakan sesuatu keadaan yang dipanggil ‘Teratogen’. Teratogen ini merupakan salah
satu agen yang mengakibatkan berlakunya sebarang kecacatan dari sudut fizikal ke atas
embrio yang sedang berkembang dalam kandungan. Terdapat banyak pengambilan ubat-
ubatan berbentuk pil yang berperanan sebagai Teratogen kerana kandungan serta kesan
pengambilannya yang sangat berisiko kepada kandungan semasa ibu sedang hamil. Antaranya
ialah Thalidomide, Acid Valproik, dan Misoprostol. Misalnya pengambilan Thalidomide
iaitu lebih mudah dipanggil ubat penenang tidak digalakkan semasa ibu sedang mengandung
kerana walaupun ianya sangat berkesan dalam menenangkan hormone atau kemarahan yang
tidak menentukan oleh ibu mengandung namun kesan yang dilemparkan mampu membawa
kepada kecacatan fizikal pada bayi sehingga meningkatkan risiko untuk bayi dalam
kandungan untuk menghidap Autisme ataupun berkemungkinan besar juga boleh
membawa kepada keguguran.

1.3 Ciri-ciri Penyakit Autisme

1) Kanak-kanak kurang memberikan respon

Ciri-ciri Autisme sebenarnya bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Hal ini kerana,
penyakit Autisme ini tidak melibatkan kesan luar namun dalaman iaitu berkait perkembangan
mental kanak-kanak itu. Kadang-kadang ada kanak-kanak yang terlihat normal kerana
Autisme yang dihadapi hanyalah mild dan ringan serta terkawal. Jadi terdapat beberapa
ciri- ciri yang boleh diguna pakai bagi mengenalpasti kanak-kanak itu penghidap Autisme atau
tidak terutama sekali bagi kanak-kanak yang sukar berkomunikasi.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak itu adalah kurang respon yang
dihasilkan oleh kanak-kanak apabila diajak untuk berkomunikasi. Kebiasaannya kita akan
lihat kanak-kanak yang normal akan bertindak balas atau memberi respon jika namanya
dipanggil. Namun lain pula bagi mereka Autisme ini yang akan dirasai kesukarannya oleh ibu
bapa terutama sekali dalam mendapatkan perhatian anak mereka secara lisan atau
panggilan nama.
4
2) Sukar untuk bercakap atau berkomunikasi dengan orang lain

Selain itu, kanak-kanak yang Autisme ini sangat sukar untuk bercakap atau
berkomunikasi dengan orang lain walaupun ibu bapanya sendiri. Salah satu sebab mereka
susah bercakap adalah kerana kekurangan dari segi kemahiran berbahasa. Mereka juga
sering bercakap menggunakan nada yang agak jarang digunakan oleh kanak-kanak yang
lain seperti menggunakan nada robot dan sebagainya. Kebiasaannya bunyi, cara atau gaya
komunikasi kanak-kanak Autisme ini lebih mengikut kepada keselesaan mereka atau
imaginasi mereka terhadap apa yang kerap didengar dan digunakan sehingga sukar untuk
difahami jika tidak biasa dengan cara mereka. Kelemahan dari segi bahasa ini juga disebabkan
oleh sebahagian komponen dalam otak seperti di dalam Cerebral Cortex di Temperal Lobe
bahagian kiri mengalami kekurangan atau kehilangan tisu.

3) Suka bersendirian

Selanjutnya adalah kanak-kanak ini sangat gemar akan bersendirian. Jika anda
sebagai ibu bapa melihat anak anda sangat gemar bersendirian, tidak mahu bergaul dan sering
mengelakkan diri dari orang ramai, maka ianya antara petunjuk awal pengesanan anak anda
menghidap Autisme. Paling dibenci oleh kanak-kanak ini adalah sentuhan fizikal seperti
dipegang atau disentuh tidak kira orang luar atau ibu bapanya sendiri. Keadaan yang
terlalu sesak boleh mendorong sesesorang yang menghidap Autisme itu mencederakan diri
sendiri atau memberontak ataupun lebih mudah disebut ‘tantrum’.

4) Tidak suka bertentangan mata

Ciri berikutnya adalah apabila kanak-kanak itu sering dan cuba untuk tidak
bertentang mata dengan seseorang itu bagi mengelakkan sebarang reaksi atau komunikasi
yang tidak disukai oleh mereka. Bagi mereka, pandangan mata mampu menunjukkan
perasaan mereka melalui ekspresi muka. Jadi, bagi kanak-kanak ini perkara sebegitu sangat
tidak digemari dan mereka kebiasaannya tidak mempedulikan apa yang dirasai oleh orang
lain dan tidak memilih untuk memahami perasaan orang lain lebih dari diri mereka.

5
5) Sangat sensitif

Kanak-kanak Autisme ini juga boleh menjadi sangat sensitif dan boleh menjadi
terlalu beremosi terhadap perkara-perkara yang kita sendiri sebagai ibu bapa atau ahli keluarga
terdekat yang melihatnya merasakan ianya berlebihan. Namun, ianya bukan sesuatu yang
boleh dikawal secara menyeluruh oleh diri mereka dan apa yang mereka tunjukkan adalah
berdasarkan perbezaan bahagian otak mereka berfungsi berbanding kanak- kanak normal.

Gambar rajah 1 : Perbezaan bahagian otak berfungsi antara kanak-kanak normal dan
Autisme. (Kawasan amigdala merujuk kepada bahagian berwarna jingga).

Struktur dan saiz otak antara kanak-kanak normal dan Autisme tidak jauh
perbezaannya. Namun, cara otak mereka berfungsi dan berkembang adalah berbeza
sehingga menyebabkan berlakunya perubahan dari segi luaran seperti tingkah laku,
perwatakkan, pertuturan dan lain- lain lagi. Gambar rajah 1 menunjukkan salah satu bahagian
otak iaitu amigdala yang berfungsi serta bertanggungjawab untuk semua perkara yang
melibatkan tindak balas emosi termasuklah tingkah laku yang agresif. Berdasarkan salah
satu laporan yang mengulas berkaitan Autisme ini iaitu American Journal of Psychiatry, mereka
menyatakan bahawa pertumbuhan amigdala bagi kanak-kanak yang Autisme ini berbeza sedikit
dengan kanak-kanak yang mengalami Fragile X. Kedua-duanya sememangnya mempunyai
ciri yang agak sama namun tahap kemampuan kognitif berbeza.

6
BAB 2 : TEORI DAN KAJIAN YANG BERKAITAN

2.1 Teori yang Berkaitan

1) Teori Jean Piaget

Melalui pemerhatian kami, Aidan kurang berinteraksi dengan persekitarannya sama ada
secara fizikal atau sosial seperti yang telah ditekankan oleh Jean Piaget dalam asas
pembelajaran. Dalam teori ini, beliau telah memperkenalkan empat konsep utama iaitu skema,
penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan. Proses skema merupakan struktur kognitif
yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Contohnya, setiap bayi dilahirkan dengan memiliki skema umum seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa serta menggerakkan tangan dan kaki. Secara ringkasnya,
skema merupakan proses mencipta, memperhalus, membuat perunahan, menyusun dan
mengurus. Jadi semakin seseorang bayi itu membesar, maka skema yang diperoleh semakin
meningkat.

2) Teori Erik Erikson

Selain itu, tokoh yang juga terlibat dalam teori kognitif ialah teori yang diperkenalkan
oleh Erik Erikson ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di
persekitaran kanak-kanak. Lima prinsip utama yang menjadi asas kepada teori ini ialah setiap
individu mempunyai keperluan asas yang sama, perkembangan individu bergantung kepada
tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya, perkembangan individu mengikut
tahap-tahap tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya
individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya, kegagalan mengatasi konflik
pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Ianya juga
terdapat lapan tahap di dalam teori ini dan semua individu akan menghadapi kesemua tahap
ini sama ada dengan jayanya atau tidak.

Pendekatan yang berkaitan ialah pendekatan permainan. Ekspresi kendiri yang kreatif
dan perkembangannya yang jelas pada peringkat kanak-kanak merupakan pendekatan
permainan. Kanak-kanak akan mencari dan mendapat pengetahuan melalui kaedah

7
permainan. Bermain merupakan keinginan semula jadi kanak-kanak dan bukanlah satu 6
aktiviti yang dipaksa. Kanak-kanak bebas dari segala peraturan semasa bermain. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme seperti Aidan ini berjalan di taman
dan ternampak rimbunan dedaun kering, ibu bapa Aidan boleh memberikan Aidan peluang
untuk Aidan menggunakan kreativiti dan inventif Aidan menulis nama Aidan dengan
membentukkan dedaun kering itu mengikut ejaan nama Aidan. Pembelajaran sambil bermain
bukan hanya ditumpukan kepada main semata-mata tetapi main yang bermakna.

Kesimpulannya, pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia sememangnya


banyak mengadaptasi atau mempunyai saling perkaitan dengan Teori Perkembangan Kognitif
Piaget dan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Beberapa program dan dasar yang
dilaksanakan dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia mengaplikasikan
teori-teori ini dalam memastikan setiap program yang diperkenalkan dapat menepati
perkembangan kanak-kanak. Ini penting dalam memastikan keberhasilan program tersebut.

2.2 Kajian yang Berkaitan

Menurut pernyataan kajian yang dinyatakan oleh Persatuan Kebangsaan Autsime


Malaysia (NASOM), Autisme membawa maksud kepada satu kekurangan seumur hidup yang
memperlihatkan simptom-simptomnya pada 30 bulan yang pertama bagi seorang bayi. Hal ini
akan menimbulkan beberapa perkara iaitu menjejaskan kepada tiga komponen dalam
kehidupan harian mereka iaitu dalam aspek sosial, komunikasi dan tingkah laku. Tambahan
lagi, (NASOM) juga mendapati bahawa penghidap autisme juga akan mengalami masalah
bantut dari segi fizikalnya. Manakala menurut Leo Kanner (1943), autisme dimaksudkan
sebagai seorang individu manusia yang tidak mampu untuk menyesuaikan persekitaran
dengan diri mereka secara normal. Autisme juga boleh didefinisikan sebagai individu kanak-
kanak yang menganggap mereka berada di dalam dunia mereka sendiri.

Seterusnya ialah autisme atau lebih dikenali sebagai Autism Spektrum Disoder (ASD).
Menurut kajian yang dilakukan oleh (Kakkar & Srivastava, 2017) autism ialah perkataan yang
berasal daripada bahasa Yunani iaitu perkataan “autos” yang membawa maksud diri sendiri.
Istilah tersebut telah ditakrifkan pada tahun 1912 melalui American Journal of Insanity
merujuk kepada “keadaan fikiran berpisah antara logik dan realiti” . Pada tahun 1943, Leo

8
Kanner memperkenalkan autism dengan konsep diagnosis sebagai kecelaruan (pervasive)
iaitu gangguan dalam aspek komunikasi, sosial, interaksi, dan tingkah laku yang berulang
(Machado, Lerner, Novaes, Palladino &Cunha, 2014). Manakala menurut Raja Juanita 2016,
Autisme Autism Spectrum Disorder (ASD) membawa maksud penghidap autism yang
mempunyai tahap keupayaan yang ringan sehingga ke tahap yang lebih teruk di mana
penghidap autism akan menunjukkan simptom tahap keupayaan dan tidak keupayaan yang
berbeza. Dalam erti kata lain menurut Sarret, 2015 mendapati bahawa (ASD) ialah
ketidakseimbangan yang berlaku disebabkan oleh gangguan neurologikal kompleks yang akan
mempengaruhi interaksi sosial, komunikasi, dan tindak balas terhadap persekitaran secara
langsung.

Menurut Gal et al., 2009, kanak-kanak yang menghidapi autisme boleh diklasifikasikan
kepada dua bahagian iaitu Autisme Berfungsi TInggi (High- Fucntioning Autism, HFA) dan
Autisme Berfungsi rendah (Low-Functioning Autism, LFA). Kanak-kanak yang menghidap
autisme ini boleh dinilai berdasarkan tahap kecerdasan, kebolehan berkomunikasi dan
kemampuan mereka untuk berdikari dalam suatu perkara. Menurut Siti Patonah Mohama et
al., 2018, sikap ibu mengandung yang sering mengambil ubat penenang (anti-depressant)
akan meningkatkan anak-anak menghidapi penyakit autisme. Menurut Abidin et al, 2018,
sebanyak 38% dalam kajiannya menunjukkan bahawa kanak-kanak mudah mendapat penyakit
autisme berdasarkan faktor genetik manakala selebihnya dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Ia menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat anak autis adalah tinggi sekiranya
terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidapi sebarang penyakit gangguan mental.

Akhir sekali, terdapat beberapa sikap yang sering ditunjukkan oleh penghidap autsime,
seperti sentiasa memencilkan diri dan sukar menerima perubahan kerana terlalu fokus kepada
perkara rutin (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders IV) (DSM V, 2012).
Tambahan lagi penghidap autisme juga tidak akan menunjukkan tindak balas reaksi ketika di
ajak berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana mereka mempunyai tahap kemampuan
berkomunikasi seperti masalah pertuturan, pergaulan, dan berlakunya keterbatasan dalam
bersosial (Wijayaptri Ni Wayan Primanovenda, 2017). Menurut statistik yang dinyatakan oleh
Pihak Jabatan Kemasyarakatan (JKM) (2014) 35% daripada jumlah keseluruhann iaitu
seramai 531 963 penghidap autisme mengalami masalah pembelajaran berbanding penghidap
autisme yang mengalami masalah dalam tumbesaran fizikal.

9
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Metodologi Kajian

Definisi metodologi pada pandangan Denzin (2001),”temu bual harus digunakan lebih
daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat; temu bual perlu bersifat reflektif dan
dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena“.Soalan-
soalan temu bual kena selaras dengan objektif kajian. Bilangan soalan tidak perlu banyak.
Berikut ialah tiga andaian asas soalan temu bual. Pertama semua responden mempunyai
keupayaan bahasa yang sama. Kedua semua item soalan boleh difahami dengan jelas oleh
setiap responden. Ketiga setiap soalan membawa maksud yang sama (tidak ambiguiti).

3.2 Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk kajian temu bual dan tinjauan. Kajian temu bual dan pemerhatian
dilakukan berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan
analisis data iaitu berkaitan kanak-kanak autisme. Kajian ini mengkaji dan menemu bual
sepasang suami isteri yang memiliki anak autisme. Penggunaan kaedah ini untuk mengumpul
maklumat kajian tinjauan yang dilakukan.

3.3 Instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah kualitatif iaitu turun lapangan dan temu bual.
Cara pelaksanaannya ialah dengan menurun ke lapangan dan melakukan temu bual secara
lisan dan jawapan direkod oleh pengkaji secara bertulis, melalui rakaman elektronik. Pengkaji
pergi ke kawasan lapangan iaitu di rumah respoden yang merupakan sepasang suami isteri
dan penyelidik menemu bual pasangan suami isteri tersebut. Temu bual didefinisi sebagai
perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan
intraksi bersemuka antara penemu bual penyelidik dengan responden.

10
3.4 Cara mendapatkan maklumat
Cara mendapatkan maklumat ialah melalui temu bual, pemerhatian dan perpustakaan.

3.4.1 Temu Bual


Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dengan turun ke
lapangan iaitu rumah responden kami. Pengkaji telah menyediakan soalan sebanyak 19 soalan
kepada Puan Syazlynn iaitu ibu kepada kanak-kanak yang ingin pengkaji kaji iaitu Ahmad
Luth Aidan. Soalan-soalan yang pengkaji sediakan ketika temu bual, telah pengkaji lampirkan
pada bahagian lampiran.

3.4.2 Pemerhatian
Pengkaji juga melakukan pemerhatian keatas Ahmad Luth Aidan yang berusia 5 tahun
dan mempunyai penyakit Autisme. Pengkaji membuat pemerhatian semasa pengkaji hadir ke
rumah responden untuk temu bual dan membuat pemerhatian secara rawak berdasarkan
perkara yang diceritakan oleh Puan Syazlynn dan keseinambungan cerita tersebut dengan
tingkah laku Ahmad Luth Aidan secara spontan.

3.4.3 Rujukan perpustakan


Pengkaji menggunakan pelbagai sumber rujukan bagi melengkapkan kajian ini.
Pengkaji pergi ke perpustakaan untuk membaca dan mencari lebih banyak berkaitan kanak-
kanak autisme. Pengkaji juga merujuk di dalam intenet dan blog bagi membantu mendapatkan
maklumat tentang kanak-kanak autisme dengan lebih mendalam. Dengan bahan-bahan yang
diperolehi ini banyak membantu penyelidik menyiapkan kerja kursus ini.

11
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

Pada bahagian ini akan terkandung segala laporan berkaitan hasil yang diperoleh
sepanjang proses kajian ini dijalankan mengikut kaedah serta objektif kajian yang telah
ditetapkan dan melibatkan seorang responden yang merupakan kanak-kanak istimewa.
Berpandukan kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), ada menyatakan bahawa
dapatan kajian merupakan sesuatu perkara mahupun maklumat yang dikenalpasti dan
diketahui melalui kajian atau sebarang penyelidikkan yang dibuat ataupun melalui sebarang
penemuan hasil daripada kajian yang dibuat daripada laporan kajian yang lepas. Jadi setiap
perkara penting bagi kajian yang telah dijalankan ini akan disertakan pada bahagian dapatan
kajian agar setiap pembaca dapat melihat dengan jelas berkaitan keadaan sepanjang
penghasilan kajian ini.

4.1 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Bagi mendapatkan pelbagi maklumat yang sahih serta lebih lengkap, para pengkaji
telah menggunakan kaedah primer yang melibatkan sesi temubual. Bagi mengenali seorang
kanak-kanak yang telah di diagnos sebagai kanak-kanak autisme, agak sukar untuk
berkomunikasi dengan kanak-kanak ini. Jadi langkah yang paling tepat adalah dengan
bekerjasama dengan ibu kandung kanak-kanak tersebut bagi mengetahui serba sedikit tentang
personaliti dan juga sikap kanak-kanak tersebut yang bernama Aidan. Beralih kepada hasil
temubual yang diperoleh melalui kerjasama yang telah diberikan oleh Puan Syazlynn iaitu ibu
Aidan itu sendiri, para pengkaji dapat melihat penerimaan serta apakah usaha serta tindakan
yang diambil oleh Puan Syazlynn dan suami keatas Aidan sebagai penghidap Autisme dan
dapat diketahui juga tentang perjalanan Aidan bersama ibu dan ayahnya berjumpa pakar
kanak-kanak sehingga disahkan mengalami masalah Autisme berdasarkan simptom atau ciri-
ciri yang jelas dipamerkan oleh Aidan sendiri.

12
Biodata Ahmad Luth Aidan Bin Ahmad Zulfitri

Nama Penuh : Ahmad Luth Aidan Bin Ahmad Zulfitri

Nama Panggilan : Aidan / Luth

Tarikh Lahir : 26/4/2018

Umur : 5 tahun

Berat : 14kg

Tinggi :

Nombor Kad OKU : LD140022000236

Nombor IC : 180426-08-1145

Nama Ibu : Wan Nurul Syazlynn Binti Azizi

Nama Bapa : Ahmad Zulfitri Bin Yusuf

Makanan Kegemaran : Fries Mcdonalds

Minuman Kegemaran : Chocolate Tealive

Hobi : Melompat dan main penyangkut baju

Sekolah Terkini : PDK Taman Wawasan

Penyakit Lain: Ekzema dan Sawan

13
Sensitiviti : Bunyi-bunyian yang kuat

4.2 Masalah yang dihadapi

Meneliti kepada respon ibu kepada Aidan melalui sesi temubual tersebut, beliau
menyatakan pada awalnya, Aidan yang kini bersekolah di Program Pemulihan dalam
Komuniti (PDK) Taman Wawasan dan telah mencecah usia 5 tahun pada tahun 2023 ini
sememangnya telah memaparkan aksi atau perlakuan yang sangat dekat dengan masalah
Autisme. Namun, pada awalnya ibu dan bapa kepada Aidan tidak terlalu risau akan tindakan
anak pertama mereka Aidan yang sering suka melompat dan sukar memberi respon seperti
tiada tindakan normal yang sepatutnya. Ibu kepada Aidan mengatakan bahawa beliau
sememangnya tidak tahu dan kurang pengetahuan tentang gejala Autisme pada kanak-kanak.

Berikutnya, dapat diketahui bahawa Aidan sangat jelas menunjukkan diri seorang
kanak-kanak yang menghidap Autisme bermula usia 1 tahun. Semasa awal kelahiran, Aidan
mengalami masalah jantung berlubang sehingga terpaksa diberikan temujanji yang kerap
daripada Hospital Kuala Lumpur dan apabila mencecah usia 2 tahun ke atas, doktor yang
telah merawat Aidan mengesan sendiri ciri-ciri Autisme itu ada pada diri Aidan apabila
perkembangan yang dilihat sangat perlahan dan tidak normal pada Aidan terutama sekali
melalui perkembangannya dalam bercakap sehingga terpaksa menjalankan rawatan terapi cara
bekerja (Occupational Therapy) dan juga rawatan terapi pertuturan (Speech Therapy) bagi
merangsang perkembangan yang maksimal terhadap Aidan sesuai mengikut perkembangan
umur Aidan.

Menurut Hallahan dan Kauffman (2009), menjelaskan bahawa autisme ialah seseorang
yang mempunyai masalah dalam aspek interaksi sosial, komunikasi, tingkah laku yang
berulang dan stereotaip dan dan mereka juga mengalami masalah kognitif serta ada yang
mengalami gangguan persepsi deria. Jadi kesimpulannya, semua masalah tersebut dialami
oleh Aidan dan ianya merupakan masalah yang hampir kesemua kanak-kanak autisme yang
lain juga alami.

14
4.3 Langkah Intervensi

Aidan mempunyai kad kurang upaya (OKU) sejak umur 3 tahun di mana ianya
menjadi syarat utama untuk membolehkan dirinya dihantar ke Program Pemulihan dalam
Komuniti (PDK) bagi meneruskan perkembangannya di pusat awam tersebut dan menurut
Puan Syazlynn iaitu ibu Aidan sendiri, selain daripada itu adalah syarat untuk ke program
tersebut, Puan Syazlynn dan suami juga meminta agar doktor mengesahkan masalah Autisme
pada Aidan lebih awal walaupun sebenarnya pada usia 3 tahun terlalu awal untuk
mendiagnosis seorang kanak-kanak itu menghidap Autisme. Hal ini kerana lebih awal doktor
memberi pengesahan terhadap Aidan sebagai kanak-kanak Autisme maka lebih awal ibu dan
bapa Aidan boleh mendaftar kad (OKU) anak mereka bagi menerima terapi pada usia lebih
awal.

Banyak usaha yang dicurahkan oleh mereka terhadap Aidan terutama sekali dalam
menghantar anaknya Aidan ke pusat terapi swasta kerana rawatan yang diperoleh oleh
Hospital Kuala Lumpur mempunyai tempoh jarak waktu yang jauh untuk setiap sesi yang
dijalankan dimana hanya menjalankan terapi lebih kurang dalam 5 hingga ke 6 bulan sekali.
Namun, walaupun dalam situasi dilanda wabal Covid-19, kegigihan mereka menghantar
Aidan ke pusat terapi swasta dengan lebih kerap iaitu sekali dalam seminggu walaupun setiap
sesi hanya berdurasi sekitar satu jam sahaja akibat PKP yang berkuatkuasa di Malaysia pada
ketika itu.

Bertepatan dengan objektif kajian yang pertama dalam kajian ini iaitu menganalisis
dan melihat penerimaan ibu bapa terhadap kanak-kanak Autisme. Dapat dikenalpasti dengan
sangat jelas sikap keterbukaan ibu dan bapa Aidan dalam membesarkan anaknya dengan
sebaik mungkin walaupun banyak kekurangan yang ada pada diri anaknya Aidan.

15
4.4 Pemilihan Pusat Terapi Aidan

Puan Syazlynn dan suami tidak berdiam diri sahaja menunggu tarikh temujanji
daripada Hospital Besar Kuala Lumpur yang perlu menunggu berbulan-bulan, jadi ini adalah
beberapa pusat terapi lain yang telah dipilih oleh Puan Syazlynn dan suami untuk membantu
merawat Aidan.

Tahun 2020 – Playhouse Therapy Centre (Aidan berusia 2 tahun)


Tahun 2021 – CADS Centre & We Rock the Spectrum (Aidan berusia 3 tahun)
Tahun 2022 – PDK Putra Perdana (Aidan berusia 4 tahun)
Tahun 2023 – PDK Taman Wawasan (Aidan berusia 5 tahun)

4.5 Cabaran Puan Syazlynn dan Encik Zulfitri dalam Membesarkan Aidan

Banyak cabaran yang dialami dan pengorbanan yang perlu dicurahkan oleh ibubapa
Aidan terutama sekali dalam mengurus anak yang tidak pandai mendengar arahan dan apabila
berada di tempat keramaian atau tempat yang baru. Apabila soalan berkaitan keadaan ketika
membawa Aidan ke sebarang majlis kerasmian atau kenduri misalnya, ibu kepada Aidan
berkata bahawa anaknya sangat sukar menerima sesuatu keadaan yang baru atau tempat yang
tidak biasa didatangi oleh Aidan dan kadangkala boleh menyebabkan anaknya mengamuk.
Ibunya turut mengatakan bahawa apabila dikurniakan anak Autisme ini, perlu disertakan
kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak sebegini kerana sebagai contohnya Aidan
sendiri sangat tidak suka disuruh atau dipaksa.

Selain daripada kesukaran dalam memahami arahan yang diberikan, jika Aidan
disuruh membuat sesuatu dengan nada yang agak tegas atau nada marah, ianya boleh
menyebabkan Aidan menghantuk kepala di tempat yang diingini dan Aidan juga tidak suka
melakukan sesuatu secara berulang-ulang. Jadi seperti apa yang sering dilekatkan dalam
minda ibu dan bapa Aidan adalah sedaya upaya cuba untuk elak daripada melakukan sesuatu
yang tidak disukai oleh Aidan. Tidak terhenti setakat itu sahaja, selain daripada bergelut
dengan masalah Autisme, kanak-kanak bernama Aidan ini juga mempunyai masalah Ekzema
berkaitan kulit yang sensitif di mana geli dan tidak suka pegang atau sentuh sesuatu yang

16
basah atau lembap.
Di samping memperbanyakkan usaha dalam mendapatkan rawatan terbaik untuk
Aidan, sudah pastinya terdapat pandangan negatif oleh orang awam terhadap anak Autisme
seperti Aidan ini. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ibu Aidan sendiri, masyarakat pada hari
ini kebanyakkannya kurang kesedaran serta pengetahuan yang asas tentang Autisme sehingga
kadangkala memberi pandangan yang agak kurang senang dilihat terhadap anak istimewa
seperti Aidan yang sememangnya normal tetapi bersikap hyperactive. Jadi itu antara perkara
yang sering dialami oleh ibubapa Aidan itu sendiri ketika berada di tempat terbuka atau ramai.

Namun, masalah yang dihadapi oleh Aidan diterima baik oleh ibubapa serta ahli
keluarga yang lain kerana bagi mereka kekurangan ini sudah tertulis dan kurniaan dari tuhan
dan sebagai hamba-Nya kita perlu terima sebab anak-anak Autisme ini bergantung harap pada
kita untuk meneruskan kehidupan mereka dan masalah Autisme tiada jalan untuk sembuh
kerana melibatkan kefungsian dalaman yang berbeza dan tidak normal.

Kesimpulannya, harapan ibu Aidan terhadap keluarga di luar sana yang tidak boleh
menerima kelahiran dan kehadiran anak-anak Autisme ini adalah sentiasa cuba untuk
bersangka baik terhadap perancangan sang pencipta kerana kita sebagai ibu bapa adalah
harapan terakhir untuk anak-anak Autisme ini menjalani kehidupan seperti apa yang
dikatakan oleh ibu Aidan sendiri bahawa walaupun anaknya Aidan sudah mencecah usia 5
tahun, tetapi Aidan masih tidak boleh menguruskan diri sendiri. Kita kena faham dengan telus
bahawa masalah Autisme tidak boleh disembuhkan melainkan merangsang perkembangan
anak-anak istimewa ini dengan pelbagai terapi yang sesuai.

17
BAB 5 : CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Cadangan Kajian

Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai


ketidakupayaan untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial dengan orang lain
serta menunjukkan tingkah laku stereotaip atau tingkah laku yang berulang-ulang
seperti hand flapping, head banging atau rocking (American Psychiatric Association,
2013). Kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain menyebabkan
mereka cenderung memperlihatkan masalah tingkah laku (Garwood dan Van Loan, 2017).
Perkara ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak yang berkeperluan khas seperti autisme
ini merupakan kanak-kanak yang istimewa yang perlu kita mengendalikan dengan cara yang
tersendiri. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cadangan kepada semua pihak untuk
mengendalikan kanak-kanak yang menghidapi autisme ini.

Antara cadangan kepada hospital kerajaan adalah menambah baik khidmat


“occupational theraphy” yang disediakan dengan memperbanyakkan lagi slot
berbanding sekarang. Hal ini kerana seperti apa yang dikongsikan oleh Puan Syazlynn iaitu
ibu Aidan, slot “occupational theraphy yang disediakan di kerajaan amatlah sedikit sehingga
mewujudkan jurang jarak tempoh yang sangat jauh antara satu sesi dengan sesi yang lain.
Sebagai contoh pengalaman yang telah Puan Syazlyyn sekeluarga hadapi, Puan Syazlynn
terpaksa membawa Aidan ke pusat terapi swasta untuk memastikan Aidan mendapatkan
rawatan yang sempurna dan ingin melihat penambahbaikan dalam masalah yang dihadapi
oleh Aidan. Oleh itu, jelaslah bahawa melalui cadangan ini semua kanak-kanak autisme di
Malaysia mampu mendapatkan rawatan sama rata tanpa perlu menunggu lama untuk sesi bagi
setiap slot yang disediakan.

Selain itu, cadangan kepada kerajaan ialah memantau harga yang ditawarkan bagi
setiap sesi di setiap Pusat Rawatan Terapi Swasta. Perkara ini dikatakan demikian kerana
melalui hasil kajian, harga yang ditawarkan bagi setiap sesi di setiap Pusat Rawatan Terapi
Swasta yang paling murah adalah bernilai RM150 per jam. Seperti yang sedia maklum, tidak
semua ibu bapa mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke Pusat Rawatan Terapi
Swasta seperti Puan Syazlynn. Oleh disebabkan itu, diharapkan cadangan ini diterima agar

18
semua ibu bapa mampu mendapatkan rawatan dan bantu perkembangan bagi anak-anak
mereka sedikit demi sedikit setiap hari seperti kanak-kanak yang lain.

Seterusnya, cadangan kepada kerajaan, ngo atau pakar perubatan mahupun pakar
terapi pula adalah untuk memperbanyakkan lagi forum, “talk session” atau perkongsian
ilmu tentang autisme kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
sekarang kurang pengetahuan am atau asas tentang penyakit autisme. Perkara ini mungkin
berlaku kerana kebanyakkan kanak-kanak autisme ini kelihatan normal sahaja, tidak seperti
kanak-kanak syndrome down atau cerebral palsy yang jelas nampak dari fizikal mereka
bahawa mereka mampunyai masalah kesihatan. Sebagai contoh, apabila Puan Syazlynn
membawa Aidan kesuatu ruangan majlis yang sesak dengan tetamu ataupun ke taman
permainan, Puan Syazlynn sampaikan meminta maaf dan menjelaskan dari awal lagi bahawa
anaknya mempunyai masalah autisme supaya tidak timbul sebarang salah faham tetapi setiap
kali Puan Syazlynn melakukan sedemikian, masyarakat memberikan respon dengan riak
wajah yang sinis dan seolah olah tidak memahami apa itu autisme. Oleh itu, berdasarkan
cadangan ini, kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme seperti Aidan mampu hidup
secara normal tanpa diberikan tanggapan negatif sepanjang masa oleh masyarakat.

Akhir sekali, cadangan kepada pihak berkuasa seperti perbadanan NGO pula untuk
mengendalikan kanak-kanak yang menghidapi autisme ini ialah pihak NGO hendaklah
menjalankan program untuk memberikan sokongan yang khusus kepada kanak-kanak
autisme. Hal ini kerana peranan ibu bapa dan para pendidik sahaja masih tidak mencukupi
untuk membantu kanak-kanak autisme ini untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik
pada masa akan datang. Sebagai contoh, menerusi laman web daripada pengurusan dan
penjagaan anak istimewa mengatakan bahawa persatuan Hua Ming ditubuhkan bertujuan
untuk menyediakan pendidikan khas, latihan dan terapi serta kaunseling kepada ibu bapa atau
penjaga dan keluarga dan persatuan ini juga ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa yang
mempunyai anak-anak autisme.

Kesimpulannya, jelaslah baahwa terdapat pelbagai cadangan yang boleh kita


laksanakan bagi mengendalikan kanak-kanak autisme ini dengan kaedah yang betul. Perkara
ini dikatakan demikian kerana kita dapat lihat bahawa setiap pihak mempunyai peranan yang
penting dalam usaha sama membantu kanak-kanak autisme ini. Menurut haney (2013),

19
mengatakan bahawa kanak-kanak autisme ini menunjukkan masalah tingkah laku seperti
memukul, menendang dan menolak rakan sebaya yang lain semasa waktu bermain,
terutamanya apabila rakan sebaya bermain dengan alat mainan kegemarannya. Sementara itu,
dalam jurnal yang bertajuk Penggunaan social story dalam intervensi masalah tingkah laku
kanak-kanak autisme kefungsian rendah, Lorimer, Simpson, Myles dan Granz (2002)
mengatakan bahawa tingkah laku agresif yang diperlihat pada kanak-kanak autisme seperti
menjerit, memukul, menendang dan membaling objek telah menunjukkan kesan negatif
terhadap pembelajaran kanak-kanak serta pembangunan sosial dengan orang lain. Oleh itu,
cadangan ini perlu diketengahkan agar kehidupan kanak-kanak autisme pada masa akan
datang akan lebih terjamin.

5.2 Rumusan

Menurut Angkhana Khantreejitranon, (2018) menjelaskan bahawa masalah tingkah


laku yang diperlihat pada kanak-kanak autisme adalah berjalan-jalan atau merayau di dalam
kelas, bercakap dengan suara yang kuat, tidak berkongsi mainan dengan rakan sebaya yang
lain, mengambil baranagan orang lain tanpa mendapatkan keizinan, tidak mengetahui
bagaimana hendak memberi salam atau memberi ucapan kepada orang lain, memberikan
pelukan kepada orang lain pada masa yang tidak sesuai dan membaling atau merosakkan
mainan apabila berasa kecewa.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kami pilih untuk membuat kajian ini
mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autisme yang berlainan daripada kenyataan tokoh tersebut
kerana setiap kanak-kanak autisme ini mempunyai ciri-ciri yang berlaianan antara satu sama
lain. Seterusnya, menurut Ahmad Beh-Pajooh, Ahmad Ahmadi, Mohsen Shokoohi-Yekta dan
Ali Asgary (2011), pula mengatakan bahawa kanak-kanak autiseme bermasalah tingkah laku
semasa berada di dalam kelas akan mengganggu keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran serta membawa risiko kepada kegagalan dalam pencapaian akademik. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahwa semua pihak hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka
untuk membantu kanak-kanak autisme ini bagi dapat menjalani kehidupan mereka dengan
lebih cerah.

20
Sebagai rumusannya, berdasarkan tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami iaitu mengenai
kanak-kanak berkeperluan khas iaitu autisme ini dapat memberikan pengetahuan yang baharu
dan luas mengenai kajian yang dikaji oleh kami ini. Selain itu, kami juga dapat lebih
memahami dan melihat sendiri tingkah laku kanak-kanak autisme ini melalui kaedah sesi
temu bual bersama ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dijalankan bagi mendapatkan
maklumat secara terperinci melalui kanak-kanak yang telah dipilih ini.

21
BAB 6 : RUJUKAN

American Psychiatric Association. (2012). Diagnostic and Statistical Manual of Mental

Disorder Fouth Edition (DSM-IV). American Psychiatric Organization, 33, 1–915.

https://doi.org/10.1073/pnas.0703993104

Atok Shila Follow. (2018, August 8). Contoh Metodologi Kajian. Share and Discover

Knowledge on SlideShare. Retrieved February 7, 2023, from

https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-metodologi-kajian-109026820

Gal, E., Bauminger, N., Goren-Bar, D., Pianesi, F., Stock, O., Zancanaro, M., &
Tamar Weiss, P. L. (2009). Enhancing Social Communication Of Children
With High-Functioning Autism Through A Co-Located Interface. AI and
Society. 24, 75-84. https://doi.org/10.1007/s00146-009-0199-0
Kakkar, J. & Srivastava, P. (2017). Challenges and coping among parents having
children with Autism Spectrum Disorder. Journal of Psychosocial Research,
12(2), 363-371.
Machado, F. P., Lerner, R., Novaes, B. C. D. A., Palladino, R. R. R. & Cunha, M. C.
(2014). Clinical risk indicators for early childhood development questionnaire:
Evaluation of the sensibility for Autism Spectrum Disorders. Audiology-
Communication Research, 19(4), 345-351. Doi:10.1590/S2317-
64312014000300001392
Raja Juanita, R. L. (2016). Mengharungi autisme. Dalam Persatuan Pediatrik Malaysia
(Ed.). Pengasuhan positif. Petaling Jaya, Selangor: Sekretariat Pengasuhan
Positif, 3, 1-56.
Siti Patonah Mohamad, Mohd Yakub Mohd Yusoff, Durriyyah Sharifah Hassan Ali.
(2014). Pengajaran dan pembelajaran al-Quran bagi golongan kelainan upaya
mental: Analisis dari sumber tradisi Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari 8, 153-168
Siti Patonah Mohamad, M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff, & Durriyyah Sharifah Hasan
Adli. (2014). Pengajaran dan pembelajaran Al Quran Bagi Golongan Kelainan
upaya Mental: Analisis Dari Sumber Tradisi Islam. Jurnal Islam Dan
Masyarakat Kontemporari. 8(2014), 153-168.

22
Ustaz, K. (2017, February 20). Temu Bual. ustazkenali. Retrieved February 6, 2023,
fromhttps://ustazkenali.wordpress.com/2017/02/19/temu- bual/#:~:text=Temu%20bual
%20merupakan%20intraksi%20bersemuka,keadaan%20se benar%20mengenai
%20sesuatu%20fenomena.

Wijayaptri, N. W. P. (2017). Hambatan Komunikasi pada Penyandang Autisme


Remaja: Sebuah Studi Kasus. INKLUSI, 2(1), 41.
https://doi.org/10.14421/ijds.020103

23
BAB 7 : LAMPIRAN

1) Boleh Puan ceritakan serba sedikit tentang Aidan?


- Nama penuh, umur, sekolah dimana dan juga hobi Aidan.
2) Maaf ya puan tapi adakah puan mendaftarkan Aidan kad OKU?
3) Adakah puan membawa Aidan untuk menjalankan terapi di hospital?
4) Boleh kami lihat rekod rekod kesihatan Aidan? Seperti kad OKU dan dokumen
daripada doktor?
5) Boleh puan ceritakan tingkah laku Aidan yang puan mula rasa dia menunjukkan
ciri ciri autisme?
6) Berapa umur Aidan sewaktu Puan perasan perubahan tingkah laku Aidan
tersebut?
7) Boleh puan kongsikan apakah tindakan puan setelah melihat Aidan mempunyai
ciri ciri autisme?
8) Okay tadi puan ada beritahu Puan membawa Aidan ke hospital untuk menjalani
terapi, boleh puan ceritakan bagaimana rutin pemeriksaan atau rawatan terapi yang
bagaiman diterapkan pada Aidan selama ni?
9) Adakah penyakit Autisme Aidan memberi kesan sampingan lain pada kesihatan
Aidan?
10) Boleh puan kongsikan cara pembelajaran Aidan di rumah dan di sekolah?
11) Sejauh mana minat Aidan untuk bersosial dengan kawan kawan ataupun orang
sekeliling Aidan?
12) Adakah Aidan mampu mengurus diri dengan perkara perkara yang asas? Seperti
mandi, memakai baju, sikat rambut, angkat pinggan selepas makan dan sebagainya?
13) Adakah reaksi yang selalu ditunjukkan oleh Aidan jika permintaannya ditolak,
dia diganggu ataupun jika diminta tolong?
14) Kami minta maaf atas soalan ni tapi bagaimana penerimaan puan sekeluarga bila
mengetahui Aidan mempunyai penyakit Autisme ini?
15) Pada pendapat puan, bagaimana penerimaan orang sekeliling pada Aidan bila
Aidan dibawa ke sesuatu majlis yang crowded?
16) Sejauh mana kemampuan Aidan untuk menerima persekitaran yang baru atau
orang yang baru dalam hidup Aidan?

24
17) Boleh Puan kongsikan apa cabaran dalam membesarkan Aidan?
18) Apakah harapan atau nasihat puan kepada ibu bapa diluar sana yang kurang
peka dengan ciri ciri autisme ini?
19) Apa kata puan tentang mulut masyarakat yang sering merendahkan kanak-
kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti Aidan?

25
Play House 2020

26
CADS & We Rock The Spectrum Bangsar 2021

PDK Putra Perdana 2022

27
Di rumah Encik Fitri dan Puan Syazlynn

28

Anda mungkin juga menyukai