Anda di halaman 1dari 13

GIG1012 FALSAFAH & ISU SEMASA

LAPORAN KAJIAN KES

SEMESTER : 1
SESI PENGAJIAN : 2021/2022
KUMPULAN KULIAH : Kumpulan 16
NAMA PENSYARAH : Dr. Fatimi binti Hanafi
NO. & NAMA KUMPULAN : Kumpulan 8 (Gerakan remaja)
TAJUK : Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja

Bil. Nama Nombor Matrik


1. LAI PEI XIN (Ketua Kumpulan) U2103121

2. DORIS LEOW ZI YING U2103210

3. CHEA JING YEE U2103161

4. CHONG KAI SYUAN U2102966

5. SIM YING XUEN U2104139

6. TAN CAI LIN U2103674

7. AINA SOFEA BINTI KHAIRULNIZAM U2003113

8. IRENA SOFEA SAIFULLAH BINTI SAIFOOL U2001499

1
ISI KANDUNGAN

Bil. TAJUK MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

2. Objektif 4

3. Metodologi Kajian 5

4. Pernyataan Masalah 6

5. Isu Perbincangan /Dapatan Hasil Kajian 7-10

6. Kesimpulan 11

7. Rujukan 12

8. Pembahagian tugas ahli 13

2
1. PENGENALAN

Falsafah eksistentialisme merupakan salah satu cabangan falsafah yang menegaskan kepercayaan
seseorangan individu di dunia adalah bersendirian.Orang yang menganut falsafah tersebut
mempercayakan manusia adalah bebas dan bertanggungjawab membentuk kehidupan dan
membuat pilihan setiap atas keputusan yang dikenhendaki. Etimologis eksistentialisme berasal
dari kata eks yang bermaksud berdiri dengan keluar dari diri sendiri. Pelopor utama untuk
falsafah eksistentialisme ialah Soren Aabye Kierkegaard. Manakala tokoh yang paling terkenal
dalam falsafah eksistentialisme ialah Jean Paul Satre. Beliau memperkenalkan konsep kemoralan
berasaskan “kebebasan”.Menurut Jean Paul Satre, seseorang individu bertanggungjawab ke atas
tindakan sendiri dan dapat bebas membuat pilihan dan keputusan tanpa merujuk cadangan
autoriti luar. Jean Paul Satre juga mengemukakan falsafah eksistentialime dalam bukunya “Being
and Nothingness”. Pembentukan falsafah juga dapat pandangan lain dari Heideggar. Beliau
memperkenalkan konsep “Kewujudan sah”. Konsep tersebut menyatakan bahawa individu bebas
membuat keputusan moral yang tulen dan tidak dibenarkan pilihan yang dibuat dipengaruhi oleh
cadangan atau pendapat orang lain.

Selain itu, falsafah eksistentialisme dari segi metafizik memasuki :

1)Realiti adalah subjektif.

2)Kewujudan melebihi individu.

3)Seseorang individu di dunia tidak ada sasaran yang tetap.

3
2. OBJEKTIF

-Mengetahui tahap pengetahuan masyarakat Malaysia berkenaan isu pembuangan bayi di negara
kita.

-Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada isu pembuangan bayi antara remaja.

-Mengenalpasti sejauh mana gejala pembuangan bayi ini memberi kesan kepada sistem
sosialisasi Malaysia.

-Menyelidik peranan masyarakat dalam usaha menangani isu pembuangan bayi.

4
3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan penyelidikan desckriptif untuk memenuhi objektif-objektif kajian.
Tambahan lagi, kajian ini mempunyai reka bentuk penyelidikan keratan rentas dan kaedah
campuran akan digunakan melalui kajian kepustakaan dan borang soal selidik. Persampelan bagi
responden-responden borang soal selidik akan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.
Data penyelidikan daripada borang tersebut akan dianalisis menggunakan ringkasan automatik
Google Form dan teknik analisis deskriptif.

Kajian ini akan mengumpul data berdasarkan analisis dokumen dan borang kaji selidik.
Instrumen pertama, iaitu analisis dokumen akan dijalankan melalui kajian kepustakaan
menggunakan sumber-sumber seperti Internet, jurnal dan buku. Bagi instrumen kedua, borang
kaji selidik akan dihasilkan menggunakan Google Forms lalu disebarkan secara atas talian
melalui platform-platform komunikasi seperti Whatsapp.

5
4. PERNYATAAN MASALAH

Setiap bayi yang dilahirkan mesti disayangi dan diberi perlindungan yang secukupnya.
Pembuangan bayi merupakan salah satu penyakit sosial yang semakin berleluasa di Malaysia,
terutamanya dalam kalangan remaja

Kes kajian ini akan memberi penekanan kepada faktor-faktor yang menyebabkan golongan
remaja untuk melibatkan diri dalam perbuatan membuang bayi. Mengapakah remaja berbuat
demikian? Kesedaran remaja terhadap kepentingan melindungi anak sendiri perlu
dipertingkatkan dalam masa yang tersingkat supaya tiada lagi kes pembuangan bayi berlaku di
Malaysia.

Selain itu, kes kajian ini akan memberi tumpuan kepada kesan-kesan pembuangan bayi dalam
kalangan remaja. Sudah pasti bahawa kesan-kesan tersebut adalah negatif yang amat
menyedihkan kepada diri, masyarakat dan negara.

Seterusnya, langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi akan dicari dalam
kajian ini agar masalah ini tidak bertambah parah. Hubungan antara masalah pembuangan bayi
dengan falsafah eksistentialisme juga akan dikaji. Walaupun pelbagai initiatif telah dijalankan
oleh kerajaan, namun masih ada pasangan remaja yang sanggup melakukan perkara ini.

6
5. ISU PERBINCANGAN /DAPATAN HASIL KAJIAN

Isu pembuangan bayi semakin berleluasa dan telah menjadi semakin serius pada zaman
sekarang. Ini berlaku kebanyakkannya melibatkan golongan remaja yang telah melakukan seks
bebas tanpa mempunyai ikatan yang sah dan tidak bertanggungjawab selepas mengetahui hamil.

Punca – punca

Antara punca isu pembuangan bayi ini adalah pergaulan bebas. Remaja pada zaman kini
lebih terdedah dan selesa untuk bergaul dengan jantina yang berlawanan tanpa menjaga batas.
Remaja pada zaman kini lebih tertarik untuk meniru budaya barat yang berbeza dengan budaya
kita, sehingga menyebabkan mereka untuk bergaul seperti orang barat yang lebih bebas. Ini
sesuai dengan falsafah eksistensialisme, dimana manusia bebas melakukan apa sahaja tanpa
peraturan. Remaja juga lebih gemar akan kebebasan dan mempunyai perasaan ingin tahu yang
kuat sehingga mendatangkan perkara yang negatif.
Seterusnya, isu ini menyebabkan pengaruh media sosial dan teknologi. Remaja pada
zaman kini terdedah dengan teknologi yang lebih moden berbanding dengan zaman dahulu.
Mereka kini bebas untuk mengakses apa-apa sahaja tanpa sekatan dan terdedah dengan pelbagai
perkara samada positif atau negatif. Perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri para remaja
menyebabkan mereka terikut-ikut dengan budaya yang dipaparkan dalam media sosial atau
drama dalam televisyen. Perasaan itu menjurus kepada ingin mencuba tanpa rasa takut dan
akibatnya terlahirlah anak luar nikah dan pembuangan bayi yang sukar dikawal pada zaman kini.

Akhirnya, sesetengah remaja terdesak inginkan harta dan kekayaan. Terutamanya isu
“Sugar Daddy” yang kian mendapat perhatian ramai yang melibatkan para remaja terutamanya
pelajar universiti. Keinginan mendapatkan harta yang lebih banyak dan menjadi kaya, para remaja
sanggup mengadaikan maruah diri dan melakukan apa sahaja. Teori eksistensialisme juga
mengatakan manusia sanggup melakukan apa sahaja dan tidak perlu mengikut sebarang peraturan
dalam ajaran agama.

7
Kesan-kesan

Antara kesan isu pembuangan bayi adalah maruah dan nama keluarga akan terjejas.
Akibatnya, orang akan pandang rendah dan serong terhadap keluarga yang terlibat. Mereka akan
berkata buruk tentang keluarganya dan memulaukan keluarga yang terlibat. Bukan itu sahaja, ibu
bapa remaja juga perlu menahan malu perbuatan remaja yang tidak bermoral itu. Ini akan
menyebabkan keruntuhan keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarga.

Seterusnya, bayi yang tidak berdosa itu akan menjadi anak yatim. Mereka tidak sempat
untuk merasai kasih sayang ibu bapa sepanjang hayat mereka sejak lahir. Bayi-bayi ini akan
dipandang rendah oleh rakan-rakannya kerana dibesarkan di rumah anak yatim tanpa ibu bapa.
Lagi teruknya, bayi-bayi tidak mengetahui siapakah ibu bapa mereka. Ini akan menjejaskan masa
depan mereka.

Akhirnya, isu pembuangan bayi akan menjejaskan imej dan nama baik negara. Negara luar
akan pandang rendah terhadap negara kita kerana mempunyai rakyat yang tidak bertanggungjawab
dan tidak bermoral sehingga sanggup membuang bayi di tempat yang tidak sepatutnya. Negara
juga akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan yang akan menyebabkan
negara akan menjadi merundum kerana mempunyai pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

8
Langkah - langkah

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik para remaja demi
masa hadapan mereka. Mereka bertanggungjawab dalam mengambil berat, mendidik dan
mengawasi pergaulan para remaja untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan
pergaulan bebas akibatnya boleh membawa penzinaan. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
merekodkan sejumlah 577 kes pembuangan bayi dari tahun 2014 sehingga 2018. Punca
pembuangan bayi adalah kehamilan remaja. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama
yang sempurna kerana setiap didikan dan pembentukan sahsiah seorang anak bermula daripada
ibu bapa, sekiranya dididik dengan cara yang baik,maka elok segala tingkah laku mereka. Selain
itu, ibu bapa patutlah melaksanaan falsafah esistensialisme dalam menjalinkan hubungan
silaturahim dengan para remaja supaya anak mereka dapat meluahkan perasaan dan pendapat.
Selaras dengan itu, kaedah pendekatan berpusatkan para remaja harus digunakan dengan sentiasa
menitikberatkan keperluan dan permintaan mereka supaya mereka dapat merasai kasih saying
yang dicurahkan.

Di samping itu, pihak kerajaan harus mengambil langkah primer dengan menggubal
undang-undang atau akta terhadap isu-isu pembuangan bayi, contohnya mengenakan hukuman
penjara selama 20 tahun terhadap pasangan yang membuang bayi. Pihak kerajaan juga
seharusnya meninjau dan meronda pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam, pusat pelacuran dan
lain-lain. Tambahan pula, pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah
anggota masyarakat. Selain itu, OrphanCare dan hospital KPJ perlulah menyediakan lebih
banyak pusat perlindungan bayi untuk memberikan saluran kepada ibu yang ingin meninggalkan
bayi mereka di tempat yang selamat secara rahsia. Inisiatif ini selaras dengan perkembangan
falsafah eksistensialisme iaitu para ibu yang telah melahirkan anak diberikan kebebasan untuk
sama ada meninggalkan bayi mereka di tempat yang disediakan atau mendapatkan bantuan
dengan menghubungi Talian Kasih 24 jam di 15999.

9
Tambahan pula, badan-badan NGO hendaklah mengadakan program peringkat awal
pendidikan agama dan sosial dengan lebih menyeluruh bagi menyedarkan masyarakat terutama
remaja dengan maklumat yang tepat. Selain itu, program-program motivasi dan kempen-kempen
kesedaran yang dilaksanakan oleh semua badan hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
bersifat musiman. Sebagai analoginya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar akan
membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa
Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja
dalam melakukan dosa. Pada masa yang sama, pihak media massa digalakkan menyalurkan
pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan maklumat yang berfaedah dalam televisyen khususnya
rancangan- rancangan tempatan tentang memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, media massa
harus meminimumkan tayangan rancangan-rancangan import yang kaya dengan budaya kuning.

10
6. KESIMPULAN

Kesimpulannya, setelah meneliti dan mengkaji tentang kes pembuangan bayi, kami telah
memahami ilmu pengetauhuan dalam punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah untuk
menyelesaikan kes pembuangan bayi. Pembuangan bayi merupakan perbuatan tidak
berperimanusiaan yang menular dengan cepat dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani
dengan segera. Hal ini kerana kes pembuangan bayi merupakan kes berat dan diiktiraf sebagai
kes bunuh yang melibatkan bayi yang tidak bersalah.Mereka tidak berhak menerima nasib
dibuang begitu sahaja impala sampah. Berikutan itu, maka kita sebagai anak Malaysia haruslah
tidak mengira kaum dan agama bersatu padu bersama pihak kerajaan mahupun badan bukan
kerajaan (NGO) bagi mencegah dan membasmi penyakit sosial ini yang sudah menjadi buah
mulut rakyat Malaysia. Jika salah satu pihak tidak mengambil berat dan memandang serius
terhadap topik ini , masalah pembuangan bayi akan terus menjadi semakin serius dan tidak dapat
ditangani. Oleh itu, kerjasama antara warga Malaysia amat penting untuk merealisasikan
masyarakat yang sihat ,mementingkan ilmu mantiq dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah .

11
7. RUJUKAN

• Ismail Irwan Shafrizan, (2019, Jun 28). Kes pembuangan bayi serius. BH Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578922/kes-pembuangan-bayi-
serius-tpm
• Zahir Zainudin. (2015, January 13). Itqan: Pengetahuan masyarakat terhadap isu
pembuangan bayi. Itqan. http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/01/pengetahuan-
masyarakat-terhadap-isu.html?m=1
• University of Newcastle Library. (2019). What are research methods? Newcastle.edu.au.
https://libguides.newcastle.edu.au/researchmethods

• Siegle, D. (2015, May 22). Types of Research | Educational Research Basics by Del
Siegle. University of Connecticut. https://researchbasics.education.uconn.edu/types-of-
research/#
• Troy, C. (2020, March 6). Types of Research. Research Prospect.
https://www.researchprospect.com/types-of-research/
• Pedamkar, P. (2019, October 7). Types of Data Analysis Techniques | Methods of Data
Analysis Techniques. EDUCBA. https://www.educba.com/types-of-data-analysis-
techniques/
• Nierenberg, C. (2017, August 30). Having a Baby: Stages of Pregnancy. Live Science;
Live Science. https://www.livescience.com/44899-stages-of-pregnancy.html
• University of Newcastle Library. (2019). What are research methods? Newcastle.edu.au.
https://libguides.newcastle.edu.au/researchmethods

12
8. PEMBAHAGIAN TUGAS AHLI

Bil. Nama Ahli Kumpulan Tugas

1. LAI PEI XIN Perbincangan, perbandingan poster (Punca), Penyediaan


google form, Menyusun semua maklumat dalam kajian
dan menjalankan pembentangan
2. DORIS LEOW ZI YING Perbincangan, perbandingan poster (Kesan), Objektif
kajian dan menjalankan pembentangan

3. CHEA JING YEE Perbincangan, perbandingan poster (Cara mengatasi), Isu


perbincangan kajian dan menjalankan pembentangan

4. CHONG KAI SYUAN Pengenalan poster, Pernyataan masalah kajian dan


menjalankan pembentangan
5. SIM YING XUEN Pernyataan masalah poster, Kesimpulan kajian dan
menjalankan pembentangan
6. TAN CAI LIN Objektif poster, Pengenalan kajian dan menjalankan
pembentangan

7. AINA SOFEA BINTI Pernyataan masalah poster, Isu Perbincangan kajian dan
KHAIRULNIZAM menjalankan pembentangan

8. IRENA SOFEA SAIFULLAH Reka bentuk poster, Metodologi kajian dan menjalankan
BINTI SAIFOOL pembentangan

13

Anda mungkin juga menyukai