Anda di halaman 1dari 21

JKA 101

PENGHANTAR ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI

TAJUK TUGASAN:

Bincangkan peranan keluarga, sekolah dan kerajaan untuk menangani isu “seks bebas dan

pembuangan bayi” dalam kalangan remaja di Malaysia.

PENGURUS KURSUS:

PUAN SOIJAH LIKIN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : AZMI BIN MAT @ AHMAD

NO. MATRIK : JK/7293/10

PUSAT WILAYAH : JOHOR BAHRU


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan

1.2 Objektif

1.3 Kaedah

1.4 Batasan

1.5 Definisi Konsep

2.0 ISI – PERANAN KELUARGA, SEKOLAH DAN KERAJAAN

2.1 Peranan Keluarga

2.2 Peranan Sekolah

2.3 Peranan Kerajaan

3.0 PENUTUP

3.1 Kesimpulan

3.2 Cadangan

BIBLIOGRAFI
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Kini isu seks bebas dan pembuangan bayi bagai tiada kesudahannya. Setiap hari

sekiranya kita meneliti dada akhbar ataupun menonton kaca televisyen, terpampang laporan

mengenai kisah yang menyentuh hal tersebut. Ada antara kes tersebut dapat diselesaikan melalui

siasatan polis dan ada juga yang terbiar begitu sahaja. Hal ini tentunya meninggalkan kesan

negatif pada kita semua. Ibubapa yang mempunyai anak remaja tentulah terasa bimbang kalau–

kalau anak mereka turut terlibat atau menimpa mereka. Perkara yang membimbangkan kita

adalah terdapat pasangan yang terlanjur melakukan seks bebas dan membuang bayi ini terdiri

daripada golongan remaja seawal peringkat persekolahan lagi.

Kajian terbaru selama enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku

Seksual’ itu dilakukan sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitkan

400 responden dalam dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan luar bandar. Kajian diketuai

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran itu, mendapati

300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 dan 25 tahun mengakui terbabit

salah laku seksual dan seks bebas. Remaja adalah pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah

negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti

membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan

masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata. Pelbagai langkah boleh diambil

untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Justeru jalan penyelesaian perlulah

dicari sebelum terlambat. [Ustaz Jaafar Salleh, Personaliti Muslim; June 1996].
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji

dan suatu jalan yang buruk”

(Surah Al-Isra ayat 32)

1.2 Objektif.

Tugasan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Tugasan ini

akan mencari langkah-langkah terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah ini dalam kalangan

remaja. Semua aspek ini dipilih kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan seks

bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Tambahan pula, isu ini merupakan salah

satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan

secara meluas oleh semua pihak yang perihatin akan masalah ini.

1.3 Kaedah.

Proses pencarian maklumat didapati dengan cara pencarian berkomputer (on-line

database). Sumber sekunder iaitu data yang telah sedia ada. Ia telah dikumpul oleh pihak lain dan

data ini boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan seperti buku, ensaiklopedia dan

majalah.Langkah ini merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat
kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topik yang ingin

dikaji. Seterusnya, sumber primer iaitu data/maklumat yang diperolehi secara terus dari sumber

yang asal samada secara temubual atau pemerhatian digunakan untuk mengukuh dan

memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.

1.4 Batasan.

Tugasan ini hanya melihat permasalahan isu seks bebas dan pembuangan bayi dalam

kalangan remaja di Malaysia sahaja. Secara eroninya, remaja merupakan golongan yang banyak

terlibat dengan masalah ini. Sehubungan dengan itu, selari dengan tajuk tugasan, tumpuan

perbincangan memberi penekanan yang khusus iaitu langkah-langkah untuk mengatasi masalah

isu seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.

Dalam membantu remaja bagi menangani kes seks bebas dan pembuangan bayi, mereka

perlu menerapkan nilai–nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial

tidak berlarutan. Remaja merupakan proses perkembangan diri seseorang, pada waktu yang sama

juga kehidupan mereka baru hendak bermula dan merasakan mereka sudah dewasa. Bagi mereka

pada waktu itu mereka ingin mencuba benda–benda yang baru biarpun perkara itu bersalahan

dengan norma kehidupan. Justeru pengaruh dari barat merupakan salah satu daripada ikutannya

seperti cara berpakaian serta pergaulan bebas dan gaya hidup yang tiada batasan hingga

menaikkan nafsu shahwat akhirnya terjadinya seks bebas dan pembuangan bayi. Kerjasama

semua pihak amat diperlukan dalam usaha mencari penyelesaiannya. Jikalau ada remaja yang

pernah terlibat dengan masalah ini mereka perlu diberi peluang penambahbaikan untuk kembali

ke pangkal jalan. Kerajaan perlulah mengetatkan penguatkuasaan dan hukuman agar masalah ini

mampu ditangani.(Profesor Madya Dr.Mohamnad Shatar Sabran, UPM)


1.5 Definisi konsep

Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa

maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang

mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini

membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap

sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari Anitayahya turut memaparkan kesan

negatif kepada ibu sekiranya proses kellahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah

yang betul.

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208 perkataan buang bermaksud

menampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud

anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah

perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata

tempat tanpa ada sifat kemanusian. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus

kearah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan ini

mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengatahui lebih mendalam tentang

masalah pembuangan bayi.

Seks bebas bermaksud pembuangan bayi, kita sebenarnya tidak dapat lari dari

membincangkan isu penzinaan. Penzinaan berlaku apabila terjadinya pergaulan bebas tanpa had

terutamanya diantara lelaki dan perempuan kerana terikutkan dengan budaya barat. Disamping

percayakan alat–alat seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika

melakukan hubungan seks.(Utusan Malaysia,Arkib 21/02/2010). Secara logiknya dan juga

terbukti dari segi statistik bahawa pembuangan bayi lebih banyak dilakukan oleh pasangan

kekasih yang berzina dan apabila mengandung, lantas tidak sanggup menanggung malu dan
pelbagai risiko lainnya seperti tiada sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan

mereka, maka jalan mudah adalah dengan membuang atau membunuh bayinya sendiri. Boleh

dikatakan mustahil bagi pasangan suami isteri untuk membuang anaknya dari pernikahan yang

sah, lahir dari hubungan kasih sayang antara suami isteri dan tidak mungkin mereka membuang

bayi mereka. Begitu juga jika seorang perempuan yang hamil kerana dirogol. Perempuan yang

dirogol tidak menanggung malu sebagaimana yang ditanggung oleh perempuan yang berzina.

Justeru itu tidak sebab untuk mereka membuang bayi mereka. (Nasyrah Mingguan 20/08/2010).

“Mayat bayi perempuan dihurungi semut

dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka pada 10hb Februari 2010”

2.0 ISI – PERANAN KELUARGA, SEKOLAH DAN KERAJAAN

2.1 Peranan Keluarga.

Ibu bapa memainkan peranan yang terpenting dalam usaha menangani isu seks bebas dan

pembuangan bayi dikalangan remaja Ibu bapa yang berkerjaya perlulah bijak membahagikan

masa antara keluarga dan kerjayanya. Kesibukan ibu bapa dengan tugasan masing-masing atas

alasan mengumpul harta mahupun mencari rezeki akhirnya dilihat memerangkap keluarga

mereka sendiri. Hal ini kerana kesibukan melampau mereka menyebabkan mereka sering

mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak di rumah. Anak-anak yang terbiar atau

kurangnya kasih sayang, mudah memberontak dan mudah biadap terhadap ibu bapanya. Anak

yang sebahagian besar masanya dihabiskan dengan pembantu rumah atau di tadika dilihat tidak
dapat merasakan nikmat kasih dan sayang daripada ibu bapa sendiri. Peranan ibu bapa adalah

amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa

mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa

hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka

serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.(Akhlak Mulia. Mohd Kamil

Bin Mat Salleh,2009)

Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan

anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral

yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian

bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap

positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak

terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip

akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,

sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Role model daripada ibu bapa

itulah bekalan bagi menyuluh jalan kehidupan mereka agar tidak tersasar dikemudian hari.

Memberi pendidikan berbentuk keagamaan sejak mereka kecil lagi merupakan langkah

yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Pendidikan keagamaan amat penting untuk

mendidik seseorang remaja agar menjadi manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi

pekerti mulia. Atas sebab itu jugalah negara kita menetapkan rukun yang pertama dalam Rukun

Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Setiap ugama mempercayai kewujudan Tuhan, dan

menuntut penganutnya agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Jika semua orang

menghayati fahaman ugama dan mengamalkan ajaran ugama dengan sepenuhnya, sudah tentulah

nilai–nilai negatif akan tertolak atas dunia ini. Oleh kerana mereka tahu setiap amalan itu akan
dihitung walaupun tidak ada manusia lain mengetahuinya tetapi Tuhan Yang Maha Agung

mengetahuinya. Hakikat ini tidak dapat kita nafikan dengan kepercayaan tersebutlah yang

mendorong mereka agar tidak melakukan perbuatan tersebut. Dalam Al-quran sudah

menjelaskan setiap perbuatan seks bebas dan pembuangan bayi hukumnya berdosa besar dan

akan diazab diakhirat kelak. Setelah remaja tahu dan menyakini bahawa tujuan hidupnya didunia

adalah semata-mata untuk beriman kepada Tuhan dengan mematuhi perintah dan larangannya

maka mereka akan menjauhinya kerana akidahnya telah menetapkan bahawa hal itu adalah

haram. Pendidikan agama yang diberikan secukupnya kepada anak–anak sejak kecil lagi adalah

wadah terbaik bagi mengatasi masalah isu yang melanda ini .[Drs. Humaidi Tatapangarsa, 1980;

Akhlak Yang Mulia]

Selain pendidikan agama, pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada

mereka bagi mengatasi masalah ini. Melalui pendidikan ini mereka dapat melalui perkembangan

rohani, jasmani, emosi dan entelek secara seimbang iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh

Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan

membentuk sikap dan keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Mereka lebih berwawasan

dalam mengharungi kehidupan dengan berfikiran matang bak kata perpatah tahu menilai mana

“satu kaca dan intan”.  Pendekatan akademik, ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-

aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti pengajian dalam

bidang pertukangan kayu bagi lelaki, seni rumahtangga bagi perempuan, penggunaan komputer,

video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. penggunaan komputer,

video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Hal ini penting untuk
mengujudkan remaja yang harmonis dari segi mental dan fizikal dalam menjana modal insan.

[Halimah Abdul Rahman, Oxford Fajar S/B; 2008]

Disamping itu kasih sayang daripada seluruh anggota keluarga merupakan peranan yang

tidak kurang pentingnya. Melalui sifat kasih sayang dan kemesraan yang ditunjukkan

membuatkan mereka terasa diterima dan dihargai oleh ibu bapa dan keluarga. Anak-anak remaja

sebenarnya sedang melalui proses perkembangan dalam kehidupan. Tidak mustahil, mereka akan

tergelincir dalam meniti kehidupan tanpa bimbingan daripada ahli keluarga yang lebih tua dan

berpengalaman dalam kehidupan. Remaja perlu dipantau dari segi pergaulan, mereka boleh

diberi kebebasan kerana kongkongan akan menimbulkan tekanan. Walau bagaimanapun,

kebebasan itu perlu ada hadnya, terutamanya dalam hal pergaulan dengan rakan sebaya. Bagi ibu

bapa yang mempunyai anak di kolej atau IPTA, mereka perlu selalu dijenguk, jangan tinggalkan

mereka di hari pendaftaran, kemudian tinggalkan mereka tanpa bertanyakan khabar. Elok juga

ibu bapa membuat pemeriksaan mengejut di tempat mereka belajar. Ibubapa perlu berperasaan

bimbang kerana remaja yang hidup jauh daripada keluarga dan tanpa bimbingan keluarga akan

mudah terpengaruh dengan anasir yang tidak baik akibat pengaruh rakan-rakan [Utusan Malaysia

17/08/10]. Jika semangat kasih sayang dapat diterapkan kepada anak remaja, InsyaAllah mereka

tidak akan terjerumus kelembah kehinaan seperti seks bebas dan pembuangan bayi.

2.2 Peranan Sekolah.

Peranan sekolah juga teramat penting untuk menangani isu seks bebas dan pembuangan

bayi ini. Sekolah merupakan tempat pembinaan sasiah pelajar yang murni dan bukan setakat

menjadi penyampai ilmu pengetahuan semata-mata [Petikan ucapan bekas Perdana Menteri, Tun

Dr Mahathir]. Anak–anak perlu diberi didikan sejak kecil lagi, mereka wajib dididik dengan
ilmu yang berguna agar sasiah mereka subur dengan nilai yang baik. Bak kata pepatah anak–

anak itu umpama kain putih, kita yang mencorakkannya sebagaimana yang diingini. Guru yang

mengajar di sekolah merupakan asas bagi menyemai nilai–nilai murni itu. Guru perlu berani

memperbetulkan dengan membuat teguran yang membina. Sekolah dan guru (pendidik) bukan

saja memainkan peranan sebagai pengajar tetapi seharusnya mendidik anak didiknya dengan

nilai akhlak mulia. Contohnya bagaimana seseorang guru itu berupaya menarik perhatian pelajar

agar sentiasa menerapkan displin diri yang unggul dan mematuhi ajaran agama dengan

menunjukkan bersikap profesional dalam pekerjaan. Ini penting kerana guru menjadi perhatian

untuk diikuti dan sebagai cerminan kepada pelajar. Jangan pula seperti “ketam mengajar

anaknya berjalan betul”. Disamping itu guru yang digelar sebagai pendidik mestilah juga ikhlas

dalam didikannya. Guru patut merasa bangga kerana dapat mendidik anak bangsa dan tidak

mementingkan diri sendiri. Sudah tentulah sebagai seorang guru ia ingin melihat anak didiknya

berjaya ke IPTA dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan Negara.(Samir

Muhazzab Amin Fakulti Ekologi manusia UPM. Utusan Melayu Sabtu 4/9/10)

“Guru itu mampu dan berupaya mengangkat darjat seseorang itu menjadi insan yang mulia

melalui didikan murni yang diberikan”

[Imam Al-Ghazali]

Sekolah itu amanah masyarakat, sekolah berperanan mempertabatkan pengetahuan

pendidikan kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang, lokasi dan fahaman kerana

yang penting proses penyampaian ilmu itu tercapai [Datuk Sohaimi Shahadan.Pengerusi Kolej
PolyTech Mara]. Sekiranya perkara ini diberi perhatian sekolah mampu melahirkan modal insan

yang berguna dimasa depan bagi mencapai Wawasan 2020 seperti yang kita impikan.

Selain itu penguatkuasaan peraturan perlu dididik sejak diawal persekolahan lagi bagi

menangani isu seks bebas dan pembuangan bayi. Sebagaimana kita maklumi cara kaedah sistem

pendidikan awal yang membenarkan guru merotan perlu diteruskan. Melalui hukuman awal

diperingkat usia muda lebih menjadikan anak anak lebih berdisiplin. Peruntukan undang-undang

di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah. Antara langkah-

langkah yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan

peraturan sekolah. Seperti hukuman digantung sekolah dan dibuang sekolah.Apabila peraturan

ini dilaksanakan mereka akan lebih berdisiplin, menghormati guru, orang tua dan yang lebih

penting hukuman awal lebih dilihat dapat mengelakkan mereka terdedah kepada anasir seks

bebas dan pembuangan bayi kerana kesannya daripada didikan itu. [Utusan Melayu 17/10/10]

Selain itu pihak sekolah perlu lebih prihatin, peka dan mengambil berat perkembangan

anak-anak murid di bawah seliaannya. Pihak sekolah perlu mewajibkan setiap pelajarnya terlibat

terus bagi setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti dalam bidang akademik dan

kokurikulum. Melalui aktiviti perbahasan, berpidato dan sukan mampu menguatkan jati diri

mereka. Guru juga patut mengambil tahu apa yang dilakukan dengan memantau kehadiran

mereka di dalam kelas dan melaporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini

kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah.

Kajian terbaru salahlaku remaja sekolah menengah luar Bandar zon Timur dan zon Selatan

Negara, 2213 responden yang disoal selidik cenderung terlibat dengan masalah sosial. Orang

melayu paling ramai terlibat pornografi.Seramai 342 responden yang disoal selidik 15.6 peratus
terlibat dengan tingkah laku lucah ringan, seramai 115 pula cenderung melakukan seks bebas,

41.8 peratus pula gemar tonton gambar lucah melalui telefon bimbit, 29.6 peratus menonton

video cakera padat, 28 peratus melalui internet. Mereka sangup ke pusat siber semata-mata untuk

melihat bahan pornografi dan 46 peratus daipada mereka terlibat secara langsung aktiviti

pengedaran bahan lucah. [Pensyarah Spikologi UPM Malaysia Prof.Madya Dr.Samsiah Roslan].

Oleh itu pemantauan daripada pihak guru dengan kerjasama polis dan pihak Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG) perlu bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar dari semasa kesemasa, khasnya bagi

pelajar-pelajar yang bermasalah. Keazaman dan usaha pihak sekolah perlu diteruskan kiranya

ingin melihat anak bangsa yang dididik ini kelak mampu menjaga maruah bangsa agama dan

negara. Sekiranya masalah ini diusahakan sejak awal lagi besar kemungkinan kes seks bebas dan

pembuangan bayi dapat ditangani dalam kalangan remaja.

2.3 Peranan Kerajaan

Namun peranan kerajaan bagi menangani isu seks bebas dan pembuangan bayi tidak

dapat dinafikan lagi. Kerajaan perlu perketatkan undang-undang, pesalah-pesalah yang didapati

melakukan seks bebas dan pembuangan bayi . Kes ini hendaklah disiasat mengikut Seksyen 302

Kanun Keseksaan kerana membunuh jika  membuang bayi sehingga menyebabkan kematian dan

suspek akan dikenakan hukuman gantung mandatori. Dan kes akan disiasat mengikut Seksyen

307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh jika bayi yang dibuang masih hidup dan suspek

akan dihadapkan ke muka pengadilan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama

20 tahun.(Utusan Melayu bertarikh 16/08/10).


Menurut statistik rasmi, sejumlah 472 kes buang bayi dilaporkan sejak 2005 sehinggalah

ke Ogos 2010. Daripada jumlah tersebut, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri

Mohd Zinin mengatakan seramai 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah

meninggal dunia [Utusan Malaysia, 16/08/10].Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita

Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Saei Kie berkata sebanyak 20 kes membabitkan remaja.

(Berita Harian ,Artikel 02/07/2010). Manakala menurut sekumpulan pensyarah Universiti Putra

Malaysia(UPM) mendapati remaja di negara kita ini terbabit dalam salah laku seks bebas seawal

usia 13 tahun.Jika melihat kepada statistik pembuangan bayi ini adalah semakin meningkat dari

masa ke masa.Tahun 2009 pula menyaksikan 79 kes buang bayi dilaporkan dengan 25 kes bayi

lelaki dan 29 perempuan manakala 25 janin yang tidak dikenalpasti jantina.Manakala daripada

Januari 2010 sehingga Ogos 2010 sahaja terdapat 65 kes pembuangan bayi dan kes tersebut

boleh dipecahkan seperti jadual dibawah : -

Statistik Buang Bayi Januari sehingga Ogos 2010


26 bayi lelaki
25 bayi perempuan
24 janin tidak pasti jantina
2 kes dijatuhkan hukuman
6 kes dalam perbicaraan
21 ditahan untuk siasatan

Walau bagaimanapun hukuman yang berat contohnya penjara yang makan bertahun-

tahun dan sebat boleh dicadangkan bersama hukuman hudud, Tetapi memandangkan perlaksaan

hukuman hudud akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak dicadangkan hukuman penjara dan

sebat adalah memadai untuk membuatkan meraka yang ingin melakukan seks bebas dan

pembuangan bayi memikir berkali-kali sebelum melakukannya. Gandakan jumlah pegawai

pencegah maksiat dari kalangan wanita dan setiap serbuan perlu diiringi oleh pegawai wanita. Ini

bertujuan untuk mengelak dari pesalah khalwat wanita dianaiya oleh pegawai maksiat lelaki. 

Pihak kerajaan seharusnya juga memantau dengan melakukan lawatan mengejut ke

tempat–tempat rekreasi yang menjadi tempat kunjungan remaja dan mengambil tindakan tegas

kepada remaja yang melakukan khalwat.Pegawai–pegawai peringkat atasan seharusnya turun

padang bersama-sama dengan pegawai penguat kuasa agar mesej yang dibawa adalah jelas iaitu

usaha untuk mengekang akan dilakukan dengan sungguh–sungguh hingga ke akar umbi. Remaja

yang disyaki bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan yang sah harus disiasat dan membuat
serbuan serta tangkapan kiranya terbukti bersalah.Denda yang cukup berat harus dikenakan

untuk memberi pengajaran kepada mereka. Kerajaan boleh mencontohi negara Britain ,iaitu

menyediakan CCTV ditempatkan dilokasi tertentu yang boleh “memekik” sebaik sahaja

merakamkan gambar seseorang yang berkelakuan tidak senonoh. Dengan cara demikian mereka

yang tidak bertanggungjawab itu takut untuk bertindak tidak senonoh di tempat–tempat awam.

Begitu juga langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dan sedang

memasang sebanyak 496 CCTV di kawasan pihak berkuasa tempatan yang dikenalpasti oleh

PDRM mempunyai kes jenayah sosial yang tinggi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula akan

memasang sebanyak 100 unit menjelang akhir tahun ini. CCTV sebenarnya berperanan sebagai

pengesan jenayah hasil dari rakaman yang diambil serta boleh digunakan sebagai bukti

pendakwaan. Langkah dan tindakan ini haruslah dilakukan untuk kebaikan bagi membendung

seks bebas dan pembuangan bayi.(Artikel KDN,2009)

Kerajaaan harus memperhalusi garis panduan dari segi penapisan filem bagi mengelakkan

terlepas adegan atau babak lucah dan ganas dalam siaran untuk umum. Kerajaan juga sewajarnya

memastikan bahawa bahawa garis panduan itu dipatuhi sepenuhnya oleh badan- badan penyiar

dan tindakan tegas harus diambil tanpa mengira kedudukan badan penyiar tersebut. Bagi pihak

penyiar pula, mereka harus disedarkan tentang tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat

bukan hanya ghairah ingin menambah bilangan penonton semata–mata sehingga melanggar

undang-undang. Kita tidak dapat menyangkal bahawa penonton yang akan menerima pengaruh

buruk daripada filem yang sedemikian ialah golongan remaja yang belum matang dan yang

masih tercari-cari imej diri. Kerajaan perlu memperbanyakkan penyiaran filem tempatan yang

mana kawalan penyiaran adegan lucah daripada berleluasa atau keterlaluan dapat dikawal.

Walaupun kita sedar bahawa kos untuk menerbitkan filem tempatan ,khususnya untuk siaran
televisyen adalah mahal.Tetapi demi untuk menyelamatkan remaja daripada terjurumus kearah

seks bebas dan pembuangan bayi daripada berleluasa, perkara itu perlu laksanakan.(Halimah

Abdul Rahman, Fajar Bakti Keluaran 2008).

Kerajaan juga harus memantau pusat-pusat hiburan terutamanya selepas jam 12.00

malam bagi memantau aktiviti remaja yang berpeleseran di situ. Kerajaan perlu membatalkan

lesen perniagaan mana-mana pusat hiburan sekiranya didapati membenarkan golongan remaja

menjadikan premis mereka sebagai tempat untuk berhibur. (Berita Harian, Jumaat 2 Julai 2010).

Operasi bersepadu hendaklah dilakukan dari kesemasa terutamanya melibatkan agensi

penguatkuasaan yang berwajib.Tidak mustahil jika pusat tersebut menjadi sarang keruntuhan

akhlak.Selain itu , gejala maksiat juga mungkin boleh berlaku seperti meminum minuman

keras ,mengambil pil khayal dan melakukan aktiviti pelacuran.Pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan di tempat seperti ini memang membuka ruang yang luas kepada berlakunya gejala

seks bebas dan pembuangan bayi .

Kerajaan juga bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya

kepada remaja yang tidak berminat dalam bidang akademik. Sebagaimana sedia maklum,

kesempitan ekonomi merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini.

Dengan memiliki pekerjaan, taraf hidup dapat ditingkatkan dengan lebih selesa. Ini dapat

mengurangkan kemungkinan penglibatan mereka dalam kegiatan merugikan ini. Kemudahan

prasarana yang baik wajar disediakan terutamanya tempat tinggal dan bekalan asas yang

diperlukan sebagaimana kempen kerajaan menjadikan “Rumahku Syurgaku”.

Disamping itu kerajaan perlu menyediakan talian help-line yang boleh membantu mereka

yang mengandungkan anak luar nikah.Tujuan talian ini adalah untuk membantu mereka dari

pelbagai aspek dari bayi di dalam kandungan hingga dilahirkan dan diserahkan kepada pihak
yang berwajib. Kerajaan melalui media perlu memainkan peranan di dalam menghebahkan talian

help line ini. Pegawai-pegawai juga perlu ‘readily assessible’ sekiranya pertolongan (kewangan,

‘moral support dan sebagainya) diperlukan oleh mereka yang mengandungkan anak luar nikah

hasil daripada seks bebas. Kerajaan juga perlu mendiakan pusat penerimaan anak luar nikah di

serata Malaysia,contohnya balai polis yang terdapat diserata Malaysia boleh digunakan untuk

tujuan ini. Sedikit pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan dimana kaunter khas yang ‘private’

perlu diadakan. Pegawai polis wanita boleh dipertanggungjawabkan di dalam hal ini. Urusan

penerimaan hendaklah dijalankan secara tertutup (private), berhemah dan tidak mendatangkan

aib kepada mereka yang ingin menyerahkan anak mereka..Langkah kerajaan bukannya untuk

menggalakkan lagi seks bebas dan pembuangan bayi tetapi  kerajaan memfokuskan kepada

tujuan utama iaitu menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.(Laman Internet)

Langkah lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah menerusi kempen-kempen

program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan melalui media yang ada di negara kita.

Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk ‘Kisah Benar’ seseorang yang pernah

membuang anak akan memberikan kesedaran kepada para remaja. Manakala, Program Latihan

Khidmat Negara mampu memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja .Remaja yang

mempunyai semangat patriotik tidak mudah dipengaruhi mana-mana anasir yang tidak baik

seperti seks bebas dan pembungan bayi. Disamping itu kerajaan perlu menjadikan subjek

pendidikan seks teras wajib diajar di sekolah-sekolah.. Subjek ini perlu didedahkan kepada

murid-murid mengenai bahayanya penyakit yang boleh didapati dari seks bebas ini. Tindakan

awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.

3.0 PENUTUP
3.1 Kesimpulan

Melihat kepada permasalahan isu seks bebas dan pembuangan bayi sosial yang melanda

para remaja kita pada hari ini amatlah merimaskan . Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai

ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan Negara dan generasi

Malaysia. Remaja tidak dapat lari daripada konteks sekeliling seperti keluarga ,rakan sebaya,

sekolah dan masyarakat yang mempengaruhi perkembangan mereka. Hasil interaksi yang saling

mempengaruhi ini membentuk cara pemikiran ,emosi dan tindakan yang dilakukan. Pelbagai

cara boleh diambil dan dilaksanakan untuk membendung gejala ini,namun perkara yang lebih

utama adalah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh ibu bapa .Dengan kata lain,

walau apa langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa

nescaya permasalahan ini sukar diatasi.(Utusan Pengguna Julai 2009)

3.2 Cadangan

Didiklah remaja, kembalikan mereka kepada tujuan asal manusia diciptakan untuk

menjadi khalifah dan beribadah di muka bumi. Kefahaman dan didikan yang sempurna akan

melahirkan remaja-remaja bersasiah tinggi dari semasa ke semasa. Itu satu kebaikan kepada

mereka. Dengan itu, mereka tidak mempunyai masa lagi untuk berfoya-foya. Semua pihak

haruslah memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini dan tidak

mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Isu seks

bebas dan pembuangan bayi ini bukan lagi isu remeh dan semua pihak harus memandang serius

terhadap masalah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang

berkualiti, inovasi dan kreatif. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah drastik daripada semua

pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil.
Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini bagi mencipta ketamadunan

bagi mencapai Wawasan 2020.

Renungan;

Akhbar baru-baru ini memaparkan mengenai dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang dimana

seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita di tingkat satu Kompleks Tun

Abdul Razak (Komtar) dan mayat bayi kedua masih masih lagi berdarah, terapung di perangkap

sampah dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK), berhampiran Pusat Perniagaan Asas

Murni Taman Sukun. (Sumber Internet)

ASTAGFIRULLAHALAZIM......

BIBLIOGRAFI

ujukan Utama (Pautan Luar)

http://www.scribd.com (Akses 5 Jun 2009)

http://asnahhamid.blogspot.com/ (Akses 5 Jun 2009)


http://www.pemudaumno.org.my/modules.php (Akses 5 Jun 2009)

Mingguan Malaysia“Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007

Utusan Malaysia (30 September 2002)

http : //www.brandeis.edu/gradjournal (akses 5 Jun 2009). Prof. Madya Dzulkifli

Abdul Razak. Dadah: Senario Sejagat Yang Membimbangkan.

http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 5 Jun 2008).

http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml

(akses 5 Jun 2009).

9.2

Rujukan Sukender

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti

Adalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.

Jamal Darus, 1989. Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya

Publishing.

Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and Row

Anda mungkin juga menyukai