Anda di halaman 1dari 11

Sunday, September 2, 2012

Artikel 4: Kurikulum Seks Sekolah; PEERS


Semai Nilai Positif
Nama: Quwwatun 'Aqilah Mohamad

PENGENALAN
Sudah banyak kes-kes masalah gejala sosial dalam kalangan remaja di negara
Malaysia yang selalu kita dengari. Lewat kebelakangan ini, kes buang bayi pula yang
sering mencuri tumpuan. Salah siapa masalah ini terjadi? Adakah salah ibu bapa yang
tidak pandai menjaga anak? Adakah salah media masa yang memberi pengaruh negatif
atau salah guru yang tidak tahu mengajar? Masalah ini tidak akan selesai jika semua
pihak saling menuding jari mencari kesalahan. Masalah ini perlu dibanteras dari akar
umbinya supaya pucuk masalah baru tidak tumbuh lagi.
Setelah perbincangan demi perbincangan, akhirnya jalan penyelesaian kepada masalah ini
telah ditemui iaitu pendedahan pendidikan seks atau istilah yang digunakan ialah Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Ramai yang memberi pelbagai respons positif dan
negatif. Tujuan utama PEERS adalah untuk menyedarkan remaja tentang implikasi hubungan
seks sebelum berkahwin dan supaya mereka berkata TIDAK kepada seks sebelum
berkahwin.

Satu artikel bertajuk PEERS semai nilai positif (Kosmo, 3 Januari 2011)
menerangkan tentang kandungan kurikulum seks sekolah. Artikel itu menerangkan
PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan
membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta
keintiman sesama individu, kata Datuk Julaihi Bujang, Ketua Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum KPM. Dalam pada itu, PEERS diharap dapat mengurangkan
masalah gejala sosial, masalah pembungan bayi, peningkatan anak luar nikah, masalah
AIDS , dan pelbagai lagi masalah yang berpunca daripada pergaulan bebas lelaki dan
perempuan.

Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun
1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk
melakukan hubungan seks sekali gus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan
luar nikah dalam kalangan remaja, pengguguran bayi, selain meningkatkan
penggunaan kondom (Azriani Ab Rahamn, 2010). Jika di negara barat, mereka

menghalalkan hubungan seks tanpa nikah dan menekankan kepentingan penggunaan


kaedah pencegahan seperti kondom. Kita seharusnya menyakinkan remaja kita
bahawa mereka patut berbangga memilih untuk tidak langsung melakukan hubungan
seks sebagai kaedah pencegahan kehamilan.
PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH
Setelah sekian lama Kementerian Pelajaran Malaysia merancang dan meneliti
kurikulum pendidikan seks di sekolah, akhirnya PEERS mula dilaksanakan pada awal
tahun persekolahan 2011 bagi murid-murid tahun satu di bawah kurikulum baru iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Manakala Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) akan menemui pelajar tingkatan satu bermula tahun 2014.
PEERS sebenarnya sudah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan
1994 di sekolah rendah tetapi ditumpangkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan kesihatan. Istilah PEERS menggantikan Pendidikan Kesihatan Keluarga (19892002) dan Pendidikan Seksusliti (2003-2005). Bermula tahun 2011, kementerian
memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya PEERS akan diajar secara
berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana
pelajaran lain. Berikut ialah kandungan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif dan
sosial (PEERS) di peringkat sekolah rendah dan menengah:

Tahap 1 (Tahun 13)


Tahap 2 (Tahun 4-6)
Perbezaan fizikal lelaki dan perempuan Perubahan fizikal.
Tanggungjawab menjaga kebersihan
Pengurusan konflik.
Sistem reproduktif.
diri.
Kepentingan memelihara kehormatan Kemahiran memelihara kehormatan diri
Risiko perhubungan seks sebelum
diri.
Pengurusan perasaan.
perkahwinan.
Kemahiran mengatakan tidak kepada
Jangkitan penyakit seksual.
Kemahiran mengatakan tidak kepada
sentuhan tidak selamat.
rokok, dadah, dan alkohol.
Jadual 1: Kurikulum PEERS peringkat rendah
Peringkat menengah rendah
Pengurusan tekanan.

Jangkitan penyakit kelamin.

Perkembangan sifat seksual sekunder


Kecekapan psikososial & kemahiran

Peringkat menengah atas


Kecekapan psikososial.
Kestabilan emosi dan mental.
Kehamilan remaja.
Kekeluargaan.

Jangkitan penyakit seksual.


Langkah pengawalan dan pencegahan
rokok dan dadah.
Jadual 2: Kurikulum PEERS peringkat menengah

menangani situasi berisiko.

Kementerian menetapkan subjek PEERS diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di
sekolah menengah dan 30 minit setiap sekali seminggu di sekolah rendah.
Pembahagian kandungan dalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75
peratus untuk PEERS, 15 peratus berkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus
akan diajarkan teknik pertolongan cemas dan keselamatan. Perkara-perkara yang
terdapat dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan sekolah rendah adalah kesihatan diri
dan reproduktif, penyalahgunaan bahan, kemahiran pengurusan mental dan emosi,
kekeluargaan, perhubungan serta pencegahan penyakit (3 Januari 2011).
Menurut ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Dr. Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh
serta dipandang dari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam
bidang ini adalah langkah yang murni (Kosmo, 3 Januari 2011). Setiap agama
mengulas ajaran berkaitan seks dan pengetahuan ini akan membantu individu
mengubah sikap dan memberikan kesedaran dan mencorak pemikiran, ulas beliau.
,Masalah timbul apabila individu itu sendiri tidak mabu mengubah sikap terutama
apabila melibatkan kes-kes masalah sosial golongan kanak-kanak dan remaja.
Pakar sakit tuan, Dr. Ismail Thambi berkata, mata pelajaran pendidikan seks harus
dilaksanakan di sekolah sebgaai usaha mendidik dan menyedarkan golongan muda
tentang gejala seks rambang. Jika pelajaran seks dilaksanakan di sekolah, yang paling
penting bukannya kita hendak mengajar mereka melakukan seks dengan selamat dan
sebagainya, tetapi apa kesannya terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling,
katanya lagi (Utusan Malaysia, 25 Ogos 2010). Menurutnya tanggungjawab sosial itu
harus dipikul bersama oleh semua pihak tanpa hanya menyandarkan kepada pihakpihak tertentu sahaja bagi memastikan ia mencapai matlamat dalam menyedarkan
golongan muda mengenai peranan seks yang sebenar.
Ada pihak yang melahirkan kebimbangan terhadap PEERS kononnya pendidikan
itu akan menggalakkan seks bebas dalam kalangan remaja. Ketua Pengarah Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman
berkata, PEERS lebih menyeluruh iaitu merangkumi pengetahuan dari aspek
biological, sosiobudaya, kematangan emosi, kematangan mental dam kerohanian
berbanding dengan pendidikan seks yang hanya tertumpu pada aspek biologi sahaja,
(Utusan Malaysia, 3 April 2010).

Pendedahan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan seks dilihat kurang


berkesan kerana ibu bapa dan guru-guru segan membincangkan perkara itu secara
terbuka (Utusan Malaysia, 23 Mac 2012). Perkara ini diulas oleh Setiausaha Agung
Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif (FRHAM), Dr. Kamaruzaman
Ali berkata, tidak banyak ibu bapa mampu membincangkan mengenai perkara
pendidikan tersebut dengan anak-anak sedangkan mereka adalah individu paling layak.
Hal ini berkemungkinan berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya ialah ibu bapa
tidak mempunyai pengetahuan asas tentang subjek seks, guru mengelak daripada
membincangkan topik berkaitan reproduktif dan seks, dan juga masyarakat yang masih
memandang negatif terhadap pendidikan seks. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad
Zarkashi berkata peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat adalah penting bagi
membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan
kesihatan reproduktif ini kepada pelajar. Sikap keterbukaan ibu bapa dalam
membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan
sokongan pihak pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu
keberkesanan kurikulum ini di sekolah, (Utusan Malaysia, 27 April 2010).
IMPLIKASI HUJAH-HUJAH
Kanak-kanak dan remaja mempunyai sifat ingin tahu atau inkuisitif yang tinggi.
Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap ditanya dengan tujuan
mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian
mereka. Contohnya soalan kanak-kanak yang tidak diduga Baby datang dari mana?
Jika kanak-kanak bertanya soalan seperti ini, apakah jawapan yang patut diberi? Orang
dewasa sering mengelak untuk menjawab soalan berkaitan dengan reproduktif dan
seks dengan kanak-kanak kerana mereka menganggap kanak-kanak masih kecil dan
tidak perlu tahu apa-apa mengenainya. Akibatnya kanak-kanak mempunyai konsep
yang salah sehingga mereka besar dan mereka hanya mengetahui tentang perkara
tersebut apabila sudah dewasa.
Sifat ingin tahu kanak-kanak dan remaja tidak terbatas dan mereka akan mencari
jawapan kepada persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran mereka. Perasaan ingin
tahu mereka boleh membawa mereka untuk mencari jawapan di internet. Perkara ini
akan menjadi lebih teruk jika kanak-kanak atau remaja mendapat maklumat yang salah
atau maklumat lain yang tidak sepatutnya bagi peringkat umur mereka. Lebih-lebih lagi
pada masa kini, mereka dimomokkan dengan hiburan yanga banyak bertumpu kepada
perkara seperti anggota badan perempuan, hubungan keintiman, seks, dan lain-lain.
Perkara seperti ini mudah didapati di mana-mana seperti dalam permainan video,
cerita-cerita di televisyen, majalah, komik dan lain-lain.

Adalah penting bagi kanak-kanak dan remaja mendapat pengetahuan pendidikan


kesihatan reproduktif dan sosial yang betul dari sumber yang dipercayai daripada
mereka berimaginasi sendiri atau mereka mencarinya di internet. Pengetahuan ini boleh
didapati di sekolah di mana murid boleh bertanya dan berbincang dengan guru tentang
sesuatu yang mereka ingin tahu. Cara ini lebih selamat dan dapat mengelak murid dari
mendapat pengetahuan yang salah dan mempunyai pemikiran yang kotor.
Pendidikan seks perlu segera diajar di sekolah bagi mengurangkan masalah
keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan remaja pada hari ini, kata Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan. Beliau berkata
pendidikan itu akan memastikan remaja dan kanak-kanak mendapat pendidikan formal
dan panduan yang betul tentang seks, seterusnya mengelakkan mereka mencari
maklumat sendiri dan tersalah tafsir (Utusan Malaysia, 19 Mac 2010).

Berikut merupakan kebaikan PEERS:


Meningkatkan keprihatinan remaja terhadap gejala negatif seks.

Murid tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat.

Mengenal pasti dan membezakan nilai murni kemanusiaan dan kehidupan dengan lebih
rasional.

Dapat mengubah tanggapan remaja terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani
dan suci.

Remaja lebih berkeyakinan membincangkan isu seks dan mengadukan masalah yang
mereka hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya.

Mengetahui kesan buruk hubungan kelamin dan penyakit yang merebak melaluinya.

Berikut merupakan keburukan PEERS:


Murid mengganggap seks dari aspek yang berasingan.

Merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina dalam kalangan remaja.

Kecenderungan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengetahuan sematamata untuk mengubah sikap dan tingkah laku adalah berbahaya.
Remaja akan menggunakan kaedah mencegah kehamilan dengan lebih kerap untuk
melakukan apa yang digelar sebagai seks selamat.

Pengenalan pendidikan seks akan dianggap oleh remaja sebagai penurunan kuasa dan
hak seks masing-masing.

Kerosakan kepada norma sosial dan nilai keagamaan yang sukar diperbaiki.
CABARAN KEPADA GURU
Satu artikel telah dikeluarkan oleh Berita Harian bertarikh 23 Mac 2010 yang bertajuk
Guru Malaysia belum sedia ajar subjek seks. Artikel ini mempersoalkan kredibiliti guru
dalam mengajar subjek seks di sekolah. Guru dikatakan belum bersedia kerana kurang
latihan professional dalam subjek tersebut, kata Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng. Katanya, ada guru
takut mungkin disaman oleh ibu bapa murid jika melakukan kesilapan dalam
menyampaikan pengetahuan seks kepada anak mereka.
Guru tidak yakin untuk mengajar subjek seks kerana bimbang mungkin akan
menyentuh sensitiviti berikutan terdapat pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan
setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang
menjadikan pengajarannya lebih mencabar. Perkara ini harus ditangani dengan berhatihati kerana pendidikan seks mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih
banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul (Berita
Harian, 23 Mac 2010).
Pada tahun 2011, guru-guru yang mengajar subjek pendidikan kesihatan reproduktif
dan seks diberi latihan dan perlu menjalani sesi orientasi dengan jurulatih yang
dikhaskan oleh kementerian. Perkara ini sangat penting bagi menjamin penyaluran
pengetahuan yang tepat kepada para pelajar. Menurut Pakar Seksual Reproduktif
Lelaki dan Perempuan Hospital Damai Service, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Thambi,
PEERS mungkin boleh diajar oleh guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan
yang berkaitan sains seperti sistem reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran
serta penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan oleh individu-individu yang benarbenar arif (Kosmo, 3 Januari 2011).
Menurut beliau lagi, Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan
bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab
antara pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu
tidak mahir sepenuhnya. Pelajar juga berkemungkinan akan bertanyakan soalan yang
tidak bersangkutan tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti
pendidikan bakal teruji.

Penyampaian yang betul oleh warga pendidik amat penting berikutan risiko
penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi. Imaginasi kanakkanak dan remaja sangat tinggi dan kreatif. Pemikiran mereka kadang-kala melampaui
apa yang mereka dengar. Oleh itu, guru harus bijak dalam menyampaikan dan
membincangkan perkara-perkara berkaitan reproduktif dan seks.
Hal ini boleh membuatkan guru dilema antara tugas mengajar subjek seks seperti
yang di arah oleh kementerian atau kebimbangan menyentuh sensitiviti fahaman
agama dan kaum. Ini bukan tugas yang mudah untuk guru laksanakan terutama untuk
mengajar perkara yang sebelum ini dibincangkan secara tertutup. Malah guru perlu
mengajar subjek ini di dalam sebuah kelas bercampur lelaki dan perempuan. Saya
yakin guru juga mempunyai perasaan malu dan segan untuk membincangkan perkara
yang dianggap sensitif oleh masyarakat dengan murid-murid yang masih berusia
setahun jagung. Walaupun murid-murid ini masih dalam peringkat umur yang muda
tetapi murid sudah boleh memahami apa itu seks, anggota reproduktif, dan sebagainya.
Perkara ini menuntut seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang pendidikan seks untuk mengajar subjek ini. Jadi kementerian perlu teliti dalam
memilih calon guru yang sesuai. Bagi merealisasikan tujuan ini, guru-guru yang
mengajar subjek PEERS perlu diberi latihan dan kursus bagi meningkatkan
pengetahuan dan memantapkan kemahiran professional guru dalam menyahut cabaran
pendidikan semasa. Latihan dan kursus ini memerlukan jurulatih yang pakar dalam
bidang berkaitan seperti biologi dan lain-lain.
Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan
reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian
kepada masalah sosial dalam kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban
guru (Berita Harian, 22 April 2010). Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan PengetuaPengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah
cadangan itu dan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi
bermula di rumah. Asas didikan fardhu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk
mengelakkan remaja daripada muda terjebak dengan gejala itu. Justeru PKPSMM tidak
mempersetujui idea itu kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan
pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah katanya.
Mengajar adalah core-business seorang guru. Jadi sepatutnya tidak timbul
pengajaran PEERS boleh menambah beban tugas guru kerana tugas utama guru
adalah mengajar. Mungkin pada mulanya tugas guru yang mengajar PEERS banyak
kerana guru PEERS perlu menghadiri kursus dan latihan khusus sebelum mengajar
subjek ini. Tetapi kursus ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran profesional

guru. Guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam
terutamanya dalam subjek yang diajar. Kursus dan latihan ini juga termasuk dalam
tugas rasmi seorang guru. Kesimpulannya, PEERS tidak menambah beban tugas guru.
Berkaitan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi, semua pihak harus
memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa di rumah berperanan menjaga dan
melindungi anak-anak mereka di samping memberi didikan agama sejak dari kecil. guru
di sekolah memberi pengetahuan dan menerapkan nilai-nilai murni, organisasi NGO
pula menyumbang dengan kempen dan begitu juga dengan pihak-pihak lain.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Masyarakat pastinya ingin tahu apakah kandungan pelajaran yang digubal untuk
pendidikan PERRS ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
satu jawatankuasa yang akan dianggotai pakar bidang pendidikan seks, biologi dan hal
berkaitan akan mengkaji kurikulum berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan
seks dengan teliti. Oleh itu, banyak pendapat telah dilontarkan oleh ahli-ahli ilmiah
berkenaan kurikulum yang sesuai untuk dimasukkan dalam kurikulum pendidikan
PEERS.
Bagi menambahbaik kurikulum pendidikan PEERS,pendidikan seks perlu
berlandas ajaran Islam (Harian Metro, 31 Mac 2010). Dalam Islam, pendidikan
seksual adalah sebahgian daripada pendidikan akhlak iaitu mendidik nafsu dan
memberi pengajaran bagi manusia supaya beriman dan mematuhi segala perintah dan
menjauhi larangan-Nya. Akhlak mengajar seseorang supaya bersifat malu membuat
sesuatu yang salah atau tidak sopan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Apabila hilang budaya malumu, maka kamu akan lakukan apa saja yang kamu
kehendaki. (Riwayat al-Bukhari). Oleh yang demikian, pendidikan akhlak dan nilai
murni harus dititikberatkan dalam kurikulum pendidikan seks. Pendidikan seks perlu
mempunyai matlamat untuk melahirkan remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan
seks yang tinggi dibatasi pendidikan agama dan moral.
Dalam konteks masyarakat di Malaysia, faktor budaya etnik memainkan peranan
penting dalam soal berkaitan seks. Sebagai contoh masyarakat Melayu sejak dulu tidak
akan memperkatakan dan bercakap mengenai seks secara terbuka. Oleh
itu, pendidikan seks yang perlu disampaikan mestilah mengikut perkembangan
peringkat umur dan kematangan seseorang. Pendidikan untuk kanak-kanak
peringkat umur awal haruslah mengenai perkara asas seperti bahagian-bahagian tubuh
yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain, sentuhan yang tidak
dibenarkan antara lelaki dan perempuan, menjaga kebersihan diri dan pakaian dan lainlain. Kanka-kanak pada peringkat rendah tidak perlu yang mengetahui perkara-perkara

berkaitan seksualiti yang lain seperti bagaimana kehamilan boleh berlaku, cara
mencegah kehamilan, dan hal-hal lain yang tidak sesuai dengan peringkat umur kanakkanak.
RUMUSAN
Pada awal perancangan untuk melaksanakan PEERS di sekolah banyak pihak yang
menentang usul ini kerana adat budaya timur yang tidak membincangkan perkara
berkaitan seks secara terbuka. Perbincangan berkenaan pengetahuan seks biasanya
dibincangkan dalam kalangan orang yang berkepentingan seperti pesakit dan doktor,
seminar kesihatan, seminar perkahwinan, dan sebagainya secara tertutup. Setelah
kementerian mengkaji baik dan buruk serta merancang kurikulum yang sesuai, PEERS
mula diterima oleh masyarakat kerana PEERS mengajar tentang nilai-nilai murni seperti
kebersihan diri dan menjaga maruah diri.
Saya menyambut baik hasrat kementerian supaya PEERS diajar di sekolah kerana
terdapat pelbagai pelajaran yang terkandung di dalamnya seperti pelajaran sains
perbezaan fizikal lelaki dan perempuan, aspek kesihatan, aspek keselamatan cara
melindungi diri dari perkara yang tidak selamat, pengurusan konflik dan lain-lain.
Menurut pakar seksologi, Dr. Angelo Grazioli, pendidikan seks yang berkesan
sepatutnya bersifat holistik (menyeluruh). Pendidikan seks perlu melibatkan
pembangunan insan, kemahiran interpersonal, hubungan masyarakat yang baik,
tingkah laku seksual, kesihatan seksual, dan masyarakat dan kebudayaan.
Saya juga lebih menyukai jika PEERS diajar dengan bertunjangkan ajaran agama
kerana agama mengajar tentang perkara yang baik dan menegah dari melakukan
perkara mungkar (kejahatan). Ajaran agama juga mengawal perkara buruk dari akar
umbinya. Langkah pencegahan yang telah diajar oleh agama untuk mengawal nafsu
agar tidak terangsang dan terdorong untuk berzina seperti tidak tidak menonton bahan
lucah, berpakaian sopan, dan tidak berdua-duaan di tempat sunyi juga harus
ditekankan sebagai elemen penting dalam pendidikan seks.
Pendedahan tentang pengetahuan Pendidikan Kesihatan Reproduktif bukan
merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata. Walaupun sebahagian besar
masa remaja dihabiskan di sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat
penting. Di samping memantau tingkah laku anak-anak, ibu bapa juga disarankan untuk
melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan pendidikan seks. Didikan dari rumah
dan dari ibu bapa anak itu sendiri lebih berkesan. Guru merupakan pelengkap kepada
peranan ibu bapa.

Kesimpulannya, PEERS sesuai untuk diajar di sekolah kerana murid-murid


memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam memahami perkara berkaitan kesihatan
reproduktif dan sosial. Ini disokong oleh pandangan sarjana Abdullah Nasir Ulwan,
beliau menyebut bahawa pendidikan anak-anak dalam Islam ini meliputi tujuh
kompenan dan salah satu daripadanya ialah pendidikan seks.
Posted by Guru Kini dan Selamanya..... at 12:57 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Isu Semasa
2012 (6)
September(5)
Artikel 1: Guru Ponteng Sebelum Cuti Dikenal Pasti...
Artikel 2: Pupuk Budaya Penyelidikan
Artikel 3: Boleh Rotan atau Tidak?
Artikel 4: Kurikulum Seks Sekolah; PEERS Semai Nil...
Artikel 4: Situasi kurang pengetahuan seks @ PEERS...
August (1)

KamiBerempat
Guru Kini dan Selamanya.....

Guru Pelatih IPG KTB, young, cherish


View my complete profile

Opick - Cahaya Hati

Followers
Total Pageviews

12319

background
Watermark template. Powered by Blogger.

http://empatcikgu.blogspot.com/2012/09/artikel-4-kurikulum-seks-sekolahpeers.html

Anda mungkin juga menyukai