Anda di halaman 1dari 29

MINGGU 1

Jelaskan konsep, objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Nyatakan proses dan
bentuk kemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu
KEMAHIRAN MENDENGAR
1.0 KONSEP
1) Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difaham dan diingat.
2) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat.
3) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya.
4) Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi pendengaran.
5) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik.
6) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
7) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea
utama, hujah dan bukti.
8) Pendengaran untuk tujuan hiburan, melibatkan tindakbalas positif terhadap
muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.
9) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk
dan isi.

PROSES
a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
b) Memahami bunyi-bunyi yang didengar
c) Menilai bunyi-bunyi yang didengar
d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi yang didengar

KEMAHIRAN BERTUTUR

2.0 KONSEP
i.

Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

ii.

Pertuturan berlaku pada peringkat penglahiran. Ia berlaku setelah si- penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan.

iii.

Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui


kecerdasan otaknya.

iv.

Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat


berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik pula akan membolehkan si
penutur berinteraksi secara berkesan.

v.

Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi


kemahiran bertutur.

vi.

Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi.

OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Objektif pengajaran lisan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR adalah untuk
membolehkan murid-murid:
1) Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah.
2) Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang
sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan
rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan
dan lain-lain.

MINGGU 2

Berdasarkan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, nyatakan prinsip-prinsip


pengajaran Bahasa Melayu dan kedah yang digunakan.

PRINSIP PRINSIP PENGAJARAN BAHASA


1 ) Berfalsafahkan aliran Behaviurisme
a ) Bahasa yang diutamakan ialah bahan lisan, bahasa tulisan merupakan
bahasa kedua terpenting .
b ) Bahasa ialah satu tabiat .
c ) Pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran .
d ) Latihan-pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan .
e ) Model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan .
f ) Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses
pembelajaran .
2 ) Berfalsafahkan aliran Kod-kognatif
a ) Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental
b ) Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah
dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian .
c ) Dalam keadaan yang normal , kadar perkembangan bahasa adalah sama
bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama .
d ) Dalam sesuatu huraian bahasa , penyampaian makna lebih diutamakan
daripada struktur bahasa .
e ) Dalam proses pembelajaran , tulisan dan bacaan adalah diutamakan .
f ) Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa
disampaikan secara formal .

3 ) Berfalsafahkan aliran Interaksionalisme


a ) Dalam sesuatu komunikasi bahasa , penyampaian makna adalah lebih
diutamakan .
b ) Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
c ) Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap
tugas-tugas atau aktiviti yang bermakna .
4 ) Berfalsafahkan aliran Fungsionalis
a ) Sistem tatabahasa dan fungsi bahasa adalah satu perkara yang
diutamakan .
b ) Variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran
berbahasa pelajar-pelajar .
KAEDAH
i.

Kaedah Tatabahasa Terjemahan

ii.

Kaedah Terus

iii.

Kaedah Semula Jadi

iv.

Kaedah Askar/Tentera

v.

Kaedah Ajuk-Hafaz

vi.

Kaedah Linguistik

vii.

Kaedah Oral-Aural

viii.

Kaedah Psikologi

ix.

Kaedah Terjemahan

x.

Kaedah Eklektik

xi.

Kaedah Kod-kognitif

xii.

Kaedah Khusus

xiii.

Kaedah Membaca

MINGGU 3

Berpandukan satu pengajaran Aktiviti Mendengar dan bertutur, terangkan objektif,


langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun

: 1 Canggih

Tarikh

: 27 Ogos 2008

Masa

: 60 minit

Bilangan murid : 28 orang


Tema

: Buah-Buahan

Tajuk

: Buah Apa Ini?

Objektif

: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i.

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi

ii.
iii.

yang baik dan jelas.


Membaca lancar dan memberi penjelasan tentang perkara yang dibaca.
Menyenaraikan isi dan idea yang terdapat dalam petikan.

Fokus utama :
2.1

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan


intonasi yang baik dan jelas.
Aras 3 (i) Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang
betul dan gaya penyampaian yang sesuai.

Fokus sampingan :

4.1

Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu


perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 2 (i) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang
dibualkan.

Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis


Sistem bahasa : 1. Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
2. Sintaksis : Ayat Tanya, Tanda Baca
3. Kosa kata : ranum, pondok
4. Simpulan Bahasa
Pengisian Kurikulum :
a. Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual
b. Nilai murni : baik hati, rajin, bersyukur, bantu-membantu
c. Kemahiran Bernilai Tambah :
-Kemahiran berfikir : menghubungkait, menganalisis, penyelesaian masalah
-Kecerdasan pelbagai : imaginasi, video
-Belajar Cara Belajar
-Strategi : kontesktual, direktif, metakognitif, konstuktivisme
Pengetahuan sedia ada
Ada:

pernah memakan buah-buahan


pernah mengunjungi dusun buah-buahan
pernah melihat iklan amalan gaya hidup sihat di kaca
televisyen

Bahan Bantu Belajar : Persembahan grafik tentang buah-buahan


Petikan Mari ke Dusun Pak Mamat
CADANGAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LANGKAH/
MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

CATATAN

Soalan :
1. Apakan buah-

menunjukkan

buahan

persembahan

kegemaran yang
Set induksi
( 5 minit )

grafik tentang

kamu paling
gemari?
2. Pernahkah kamu

Guru

buah-buahan.
Guru dan murid
bersoal jawab

mengunjungi

BBM:
Persembahan
Grafik tentang
Buah-buahan
Komputer
LCD
Nilai :
bekerjasama

tentang

dusun buah-

persembahan

buahan?

grafik yang

ditunjukkan
Guru mengaitkan
tajuk pelajaran
dan
membincangkan
kebaikan
memakan buahbuah-buahan

Petikan Mari ke Dusun

Pak Mamat
( Rujuk Lampiran A)

Langkah 1
( 15 minit )

Guru meminta
murid melihat

petikan Mari ke

Petikan Mari ke

Dusun Pak

Dusun Pak

Mamat di dalam

Mamat

buku teks
Guru membaca
petikan tersebut
dan diikuti murid
membacanya
dengan beramai-

BBM:
Buku Teks Tahun1

ramai.
Guru

membincangkan
tentang petikan
tersebut dengan

Lakonkan dialog

murid.
Guru dan murid

bersoal jawab
Guru meminta

berdasarkan petikan

beberapa orang

BBM :
Petikan Mari ke

murid mewakili

Dusun Pak

watak yang

Mamat

terdapat dalam

Langkah 2
( 15 minit )

petikan untuk

melakonkannya.
Murid tersebut

KP :
Verbal Linguistik

diminta untuk
melakonkannya

dihadapan kelas.
Guru memberi
ulasan dan
penilaian tentang
lakonan yang
telah ditunjukkan

Memberi maksud

simpulan bahasa yang


terdapat dalam petikan.
( Rujuk Lampiran B )

oleh murid
Guru melekatkan BBM :
Kad-kad simpulan
kad-kad
bahasa
simpulan bahasa
yang terdapat
dalam petikan di

Langkah 3
( 20 minit )

papan hitam.
Guru meminta
murid untuk

KB :
Penyelesaian
masalah

Strategi :
memberi maksud Kontekstual
simpulan

bahasa.
Metakognitif
Guru melekatkan
Nilai :
makna simpulan Kerjasama,
bahasa di papan keyakinan
hitam.
Guru meminta
beberapa orang
murid untuk
memadankan
simpulan bahasa
dengan makna
yang sesuai.

Penutup kognitif :
Apakah yang telah

Penutup
( 5 minit )

Penutup ( 5 minit )
Murid diminta

kamu pelajari sebentar

menyatakan

tadi?
Apakah pengajaran

perkara-perkara

ini?
Penutup sosial :

Rajin
Bersyukur
Bantu-membantu

yang telah

yang boleh diambil


daripada pelajaran hari

Nilai murni :

dipelajari
Guru membuat
penutup sosial

Kerja rumah : Membuat


latihan penjodoh
bilangan.
( Rujuk Lampiran C )

Objektif
Melihat kepada rancangan pengajaran harian di atas, aktiviti yang dijalankan
bagi aktiviti mendengar dan bertutur menekankan kepada kebolehan murid ini
membolehkan seseorang murid itu menyebut perkataan dan ayat dengan betul.
Sebutannya jelas dan tepat serta dituturkan dalam bentuk pertuturan yang biasa. Selain

itu, untuk melatih seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan orang lain
dengan baik. Oleh itu, guru akan memerhati dan menilai kebolehan murid dalam
keadaan iniuntuk menentukan kebolehan mereka dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur. Di samping itu, wakil-wakil pelajar yang berani tampil ke
hadapan memperlihatkan kebolehan dan keyakinan wakil pelajar tersebut dalam
menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman serta mengutarakan pendapat dan
pandangan yang jitu dan berkesan. Sekiranya perkara di atas dapat berjalan dengan
baik, maka objektif bagi aktiviti mendengar dan bertutur tercapai. Sebagai tambahan
guru boleh bersoal jawab dengan murid, sama ada mereka peka terhadap
pembelajaran hari tersebut dan penglibatan murid secara aktif. Kesimpulan,
penguasaan kemahiran mendegar dan bertutur di dalam kelas secara tidak langsung
melatih murid untuk menggunakan bahasa dengan baik dalam satu-satu situasi
mengikut keperluan menggunakannya.

Langkah - Langkah Sebelum Pengajaran


-

tajuk yang dipilih haruslah berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid
adakan rangsangan supaya murid dapat memperkatakan tentang sesuatu

perkara
menggalakkan sumbangsaran supaya murid bercambah pemikiran dengan apa

yang didengar
guru bersedia dengan persiapan pengajaran

Langkah Langkah Semasa Pengajaran


-

melakukan aktiviti yang bermakna dan menarik perhatian murid di mana murid

dapat mengikut proses pengajaran yang disampaikan


menyalurkan banyak isi dari pelbagai sumber dan pandangan agar membuka

minda murid
perhatian murid haruslah pada tajuk yang dibincangkan

Langkah Langkah Selepas Pengajaran


-

hasil pengajaran dapat dilihat dan dinilai secara umumnya.


murid dapat mengamalkan perkara yang dipelajari dalam kehidupan

aktiviti lisan murid bertambah baik dengan perbendaharaan kata yang lebih

konkrit
Keberkesanan murid dalam melakukan aktiviti

MINGGU 4
Tuliskan prinsip-prinsip pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran

PRINSIP-PRINSIP
Pelbagai Alat Bantu Mengajar
Mengikut Dale dan cone of experiencenya, beliau telah mengesyorkan
berbagai-bagai kegiatan/pengalaman yang sesuai untuk membantu murid-murid
belajar, mengikut peringkat-peringkat tertentu; daripada pengalaman langsung kepada
pengalaman yang abstrak. Prinsip umumnya, pembelajaran paling berkesan ialah
yang berdasarkan pengalaman langsung, kemudian pengalaman rekaan dan
pengalaman dramatized diikuti pula dengan demonstrasi dan pameran, seterusnya
dengan gambar-gambar dan rakaman-rakaman. Selepas itu pembelajaran boleh
dicapai melalui filem-filem dan pada tahap yang paling tinggi pembelajaran berlaku
dengan menggunakan lambing bahasa.
Mutu Alat Bantu Mengajar
Mutu alatan mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya
sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita
ajarkan dan secocok pula dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya perlu
dibuat berdasarkan lunas-lunas pembinaannya seperti kejelasan bunyi (sebutan),
kesesuaian intonasi dan nada (dalam rakaman), keharmonian warna (gambar),

kesesuaian saiz dan bentuk huruf (carta), keteguhan dan sebagainya. Alat ini juga
harus mudah diperbuat daripada bahan-bahan yang murah atau boleh didapati secara
percuma daripada setengah-setengah jabatan kerajaan, agensi kerajaaan, pejabat
pos, daripada pihak swasta dan sebagainya.
Kecekapan Menggunakan Alat Bantu Mengajar
Kecekapan seorang guru dalam menggunakan alat bantu mengajar sama
pentingnya dengan mutu alat itu. Penyalahgunaan alat bantu mengajar bukan sahaja
menyebabkan

pengajaran

menjadi

tidak

berkesan,

tetapi

kadangkala

boleh

merosakkan pelajaran itu seluruhnya.


Dalam masa menggunakan papan hitam, perlulah seseorang guru itu
menuliskan butir-butir diatasnya dengan jelas, terang dan boleh dilihat oleh semua
murid. guru mestilah seletive dan menentukan butir-butir penting sahaja untuk
dituliskan diatasnya.
Semasa menggunakan buku teks pula, guru harus jangan mematuhi buku teks
itu secara campur aduk. Ini beerti guru itu terus menggunakan segala isinya dengan
tidak langsung mempersesuaikannya denagn keperluan murid dan masa yang
diperuntukkan. Penggunaan buku teks yang cekap dan terancang akan menghasilkan
pembelajaran yang lebih berkesan.

PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Bahan-bahan yang telah dipilih dan disesuaikan itu perlu pula dinilai terutama bila
menggunakannya. Selepas menggunakan bahan bantu mengajar, sepatutnya guru
dapat memastikan kesan alat itu kepada pelajar dari segi emosi dan kognitif. Bahanbahan itu dapat digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan berkesan adalah
melalui kaedah-kaedah tertentu. Pembelajaran yang benar-benar bermakna ini hanya
akan dapat dicapai apabila guru cuba melibatkan beberapa banyak pancaindera
pelajarnya, seperti kata Wayne:

Seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada


berbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian
pengajaran.suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor seperti
kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal
yang direka untuk pembelajaran.(Wayne F.Virag, 1976)
a) PERTIMBANGAN SEBELUM MENGGUNAKAN ALAT
Walau apa jenis alat sekalipun, seorang guru perlu menilainya dari segi tujuan
menggunakan alat itu, kesesuaian, cara-cara menggunakan, jelas atau tidak idea
yang hendak disampaikan. Pendapat guru-guru lain patut ditanya berkenaan alat
bantu mengajar ini. (Norizah Abdul Hamid, 1981)
b) PERTIMBANGAN SEMASA MENGGUNAKANNYA
Alat itu harus dapat digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan
murid-murid. Ia harus memberi faedah pada semua murid dan tidak hanya
kepada sekumpulan kecil atau hanya beberapa orang individu sahaja. Muridmurid harus mempunyai respon yang baik terhadap alat-alat itu an pastikan
setiap orang daripada mereka terlibat dengan penggunaannya semasa ia
digunakan. Mesej atau idea yang hendak disampaikan itu harus jelas kepada
murid-murid dan sebagainya.
c) PERTIMBANGAN SELEPAS MENGGUNAKANNYA
Selepas alat itu digunakan, murid-murid harus mendapat kesan yang baik dari
segi emosi dan kognitif. Murid-murid harus dapat menunjukkan sama ada melalui
lisan atau tulisan kefahaman mereka terhadap idea yang telah dipelajari. Perlu
diingat bahawa alat-alat bantu mengajar tidak boleh berdiri sendiri tanpa kaitan
dengan idea, kaedah-kaedah mengajar, teknik-teknik yang digunakan serta
prinsip psikologi pembelajaran. Perkara-perkara seperti ini mestilah dipandang
berat oleh guru-guru semasa menyediakan dan menggunakan alat-alat itu di bilik
darjah.

MINGGU 5
Berdasarkan rencana yang anda baca, jelaskan dari sudut teknik intensif, ekstensif,
skimming dan scanning.

Mengikut rencana yang saya baca dan kaji iaitu tentang magis sains yang
membongkarkan taktik silap mata yang telah digunakan. Rencana tersebut bertajuk
Silap Mata Dan Sains oleh Alif Firdaus Azis, majalah Dewan Kosmik, Februari 2008.
Rencana ini mengisahkan bahawa silap mata yang sering dikaitkan dengan sihir
sebenarnya masih ada penerangan sains.
Oleh itu, saya mengkategorikan kepada beberapa sudut mengikut teknik-teknik
bacaan yang dipelajari bagi memahami dan mendapatkan perkara tunjang serta isi
dalam artikel yang mengaitkan silap mata dengan penerangan sains.

Intensif ( mendalam )
Dari sudut intensif yang menekankan ketepatan denagn kata lain pembacaan
terperinci iaitu memahami kandungan yang disampaikan secara keseluruhan rencana.
Dalam perkara ini, cara penyampaian rencana dilihat dengan meneliti gaya penulisan
yang mengaitkan unsur sihir dengan sains. Cara pembacaan adalah ringkas untuk
mendapatkan maklumat dan informasi dengan mudah. Situasi yang ditunjukkan dalam
rencana melihatkan tentang penggunaan ilmu sains untuk menampakkan seolah-olah
individu tersebut memiliki kuasa sihir.

Individu yang bijak pandai sudah mencipta

alternatif lain bagi memperlihatkan seoolah-olah dia memiliki kuasa sihir. Namun, setiap
peredaran masa terus berkembang seiring dengan penemuan sains baharu.

Ekstensif ( meluas )
Menerusi perspektif bacaan ekstensif pula, selalunya adalah bagi tujuan
kepuasan dan keseronokan sendiri. Bacaan ini boleh dikatakan sebagai bahan
tambahan yang dapat menampung apa yang dipelajari dan juga kepada ilmu
penerokaan yang lebih daripada kebiasaan. Secara tidak langsung dapat diilhamkan
sebagai pengalaman yang dapat membuatkan murid berfikir dan meluaskan pandangan
dalam ilmu sains. Bacaaan ini membentuk kepada kepantasan membaca, kelancaran
dan pemahaman yang meluas. Seperti di dalam rencana, isi utama yang disampaikan
adalah tentang silap mata yang sering dikaitkan dengan sihir. Namun, apabila dikaji dan
dipandang dari sudut ilmu sains, masih ada penerangan sains yang boleh menepis
anggapan

tersebut.

Terdapat

beberapa

contoh

silap

mata

yang

dicoretkan

mendedahkan bukti dan penerangan sains yang berkaitan dengan silap mata.

Ini

merupakan maklumat yang lebih jelas dengan kefahaman yang mendalam. Secara
tidak langsung mengenalpasti isi penting bersama huraian yang jitu dapat didapatkan.

Skimming
Bacaan secara skimming yang merujuk bacaan pantas untuk mendapatkan idea
keseluruhan. Dengan bacaan ini, teks dibaca sepenuhnya dan gambaran atau idea
keseluruhan dapat terjana di dalam pemikiran. Oleh itu, gambaran kasar diperoleh
dengan membaca mengikut sub-sub topik yang telah dikelaskan. Bacaan yang
dilakukan secara permukaan dan tidak mendalam. Oleh itu, kemungkinan huraian pada

isi yang dipaparkan terdapatnya unsur yang melibatkan pembohongan atau


ketidakpastian berlaku. Pertimbangan tepat melalui bacaan ini tidak dapat disahkan
kerana kajian yang tidak mendalam pada pembacaan. Oleh itu, pembacaan ini
merupakan bagi melihat cerita keseluruhan tentang rencana disampaikan.

Scanning
Bacaan scanning merujuk kepada pembacaan untuk mendapatkan maklumat
khusu daripada sesuatu teks. Maklumat yang diperoleh adalah secara khusus apabila
melihat kepada isi rencana dan juga huraian terhadap isi serta kefahaman yang lebih
mendalam daripada skimming. Pertimbangan dapat dilakukan pada tahap ini di mana
pembaca akan terus pada isi atau bahagian seterusnya sekiranya mendapati bahagianbahagian sebelum ini kurang penting. Hal ini menjimatkan masa dan memudahkan
kefahaman yang terus menjurus kepada apa yang dikehendaki. Maklumat khusus
diterima dan difahamkan untuk mendapatkan gambaran jelas rencana yang
disampaikan. Seperti di dalam artikel tersebut banyak menceritakan tentang kejadian
berlakunya silap mata dan dikaitkan dengan ilmu sains. Walaubagaimanapun, perkaraperkara lain yang tidak penting ditolak ketepi.

MINGGU 6
Dengan menggunakan Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Bacaan, bina empat
kaedah pengajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu-pendekataan
binaan, cerakinan, komunikatif, fonetik, abjad, pandang sebut, kaedah gabungan bunyi
kata dan sebagainya.

MINGGU 7
Buat satu catatan ringkas ( rajah pohon ) tentang teknik SQ3R dan KWLH

SQ3R merupakan kaedah membaca yang


memerlukan
seseorang
mempersoal
kesesuaian maklumat yang terdapat dalam
suatu bahan yang dibaca dengan tugasan
yang perlu diselesaikan

S (SURVEY) TINJAU

Q (QUESTION)
SOAL

-Untuk mendapatkan

-Langkah yang memerlukan pelajar

gambaran keseluruhan
tentang apayang terkandung
di dalam bahan bacaan

menyenaraikan satu siri soalan


mengenai teks

R (READ) BACA

-Menunjukkan keinginan pemnaca


tentang maklumat yang ingin diperoleh

SQ3R

-Membaca bahan atau teks


sesara aktif serta mencuba
mendapat segala jawapan
kepada soalan-soalan yang
telah disenaraikan sebelum
ini.

R (RECITE)
IMBAS KEMBALI
-Cuba meningat kembali apa

-Membaca bahagian buku atau teks


secara berpilih untuk mengesahkan
jawapan kepada soalan yang telah
dibuat.
R (REVIEW)

R (REVIEW)
BACA
SEMULA
-memastikan tiada fakta
yang tertinggal

yang telah dibaca dan


meneliti segala yang telah
diperoleh

TEKNIK MEMBACA KWLH


TUJUAN: menggalakkan pelajar
mencari maklumat tambahan
daripada pelbagai sumber
K-KNOW
W-WANT

(TAHU)

(HENDAK/INGIN
TAHU)

TEKNIK
KLWH

Hampir sama dengan teknik SQ3R


kerana pembaca perlu menentukan
fokus bacaannya melalui soalansoalan yang dibina

L-LEARN
H-HOW
(BAGAIMANA)

(PELAJARI)
Mementingkan pengetahuan sedia ada
pembaca kerana pengetahuan sedia
ada pembaca tentang tajuk yang akan
dibaca akan memudahkan
pemahaman
Sesuai dilaksanakan
untuk bacaan ekstensif
dan kritis

MINGGU 8 :
Jelaskan matlamat dan peringkat menulis

MATLAMAT
1. Kemahiran Menulis diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat
merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik
( penulisan ).
2. Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir
sebaik mungkin.
3. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga, dan jari ini akan menghasilkan
kemahiran menulis yang sistematik.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS


Peringkat kemahiran menulis terbahagi kepada tiga :
(a) Peringkat Pramenulis
(b) Peringkat Mekanis
(c) Peringkat Pelahiran
Peringkat Pramenulis
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti
mnulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam
tempoh masa ini latihan otot-otot,, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata
diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Antara contoh aktiviti pramenulis ialah :

Menulis dari kiri ke kanan


Menyambung titik-titik

Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk


Melukis gambar
Melukis sesuatu objek di udara
Melukis sesuatu objek di atas pasir
Menggerakkan tangan/jari

Peringkat Mekanis
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambing-lambang tulisan. Pada peringkat wal, dicadangkan murid membentuk huruf di
kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan,
baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula
membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus
bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Contoh
latihan terkawal bagi peringkat mekanis ialah :

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
Latihan membenyuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah
dibaca.

PERINGKAT PELAHIRAN
Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid digalakkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada
terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong,
melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan.di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh
dijalankan ialah :

Mengisi silang kata


Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan
Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
Menulis karangan daipada tajuk yang disediakan

MINGGU 9
Buat ringkasan tentang tujuan penulisan dan jenis penulisan karangan
TUJUAN PENULISAN
Menurut Zaba, (1952), mengarang itu sebenarnya ialah hendakkan supaya
orang yang membaca faham dan tahu akan fikiran dalam hati pengarang. Dalam
bukunya, Bahasa Melayu Sijil Persekolahan, (1969), beliau menjelaskan tujuan utama
berhubung dengan mempelajari Bahasa Melayu ialah belajar mengarang bagu
menyebutkan fikiran-fikiran atau pendapat sendiri dengan terang dan teratur untuk
dibaca oleh orang lain serta memberi kesan pada pembacanya. Menurut Zaba lagi
matlamat

yang

dituju

dalam

pengajaran

Bahasa

Melayu

ialah

kebolehan

menyampaikan fikiran dan pendapat sendiri secara bertulis dengan jelas dan mudah
difahami. (Zaba, 1969).
Mengikut Awang Mohd. Amin, 1983, objektif pengajaran dan pembelajaran
penulisan berbeza menurut peringkat umur pelajar. Untuk sekolah rendah objektif
pengajaran dan pembelajaran ialah bertujuan untuk memberikan kemahiran bertutur
dengan menggunakan kata-kata, frasa dan ayat yang berpadanan dengan peringkat
umur pelajar-pelajar. Bagi sekolah menengah pula, objektif pengajaran dan
pembelajaran penulisan ialah untuk memberikan kemahiran menggunakan bahasa
tulisan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar-pelajar yang berkenaan.
Dengan ini mereka dapat melahirkan buah fikiran, pengalaman dan imaginasi melalui

penggunaan bahasa yang mereka pelajari beberapa lama sejak daripada sekolah
rendah lagi. (Awang Mohd. Amin, 1983). Bagi peringkat yang lebih tinggi, objektifnya
menjadi lebih kompleks. Awang Mohd. Amin menerangkan, di peringkat ini mereka
sudah banyak pengalaman tentang selok belok pergaulan dalam masyarakat,
pengalaman sebagai pelajar, imaginasi dan emosi mereka yang kian berkembang dan
banyak perkara lagi yang sememangnya perlu mereka luahkan melalui gubahan atau
susunan dalam bentuk wacana atau karangan (Awang Mohd. Amin, 1983:189).

JENIS PENULISAN KARANGAN


Terdapat tiga jenis penulisan karangan iaitu :
a)
b)
c)
d)

Karangan lisan
Karangan bertulis
Karangan terkawal
Karangan bebasergambar, iaitu latihan bercakap mengenai

KARANGAN LISAN
Karangan lisan ialah latihan bercakap bahasa yang diajar bagi mempraktikannya.
Latihan-latihan bercakap itu dijalankan oleh guru dengan pelbagai cara melalui arahanarahan daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk
melaksanakan karangan jenis ialah :
1- Bersoal jawab perkara-perkara yang telah dialami oleh kanak-kanak dalam
kehidupannya sehari-hari.
2- Mengeluarkan semula secara lisan akan isi-isi atau perenggan-perenggan
daripada buku bacaan
3- Menceritakan semula cerita yang didengar daripada guru mereka, ibu bapa atau
buku-buku yang pernah dibacanya
4- Karangan bergambar, iaitu latihan bercakap mengenai gambar yang disediakan
oleh guru
5- Berkenaan dengan ucapan-ucapan yang disediakan oleh murid-murid itu sendiri
berkaitan dengan pengalamannya.
KARANGAN TULISAN
Karangan bertulis adalah lanjutan daripada karangan lisan. Ia mestilah dilakukan
selepas pelajar-pelajar menjalani latihan-latihan praktik dalam bahasa lisan. Sebelum

latihan menulis dijalankan guru perlulah menyediakan beberapa perkara untuk


menggelakkan kesukaran menulis :

Soalan-soalan lisan
Menggunakan gambar-gambar
Membaca dengan kuat
Menyediakan ucapan-ucapan pendek
Membaca senyap
Persediaan di luar kelas

Persediaan-persediaan seperti di atas adalah perlu bagi membolehkan :


1)
2)
3)
4)
5)
6)

Murid-murid tahu apa yang hendak dibuat


Murid-murid mengeluarkan idea-idea yang baik
Bertambahnya perbendaharaan kata kanak-kanak
Murid-murid memilih perkataan dengan betul
Murid-murid fasih dalam penggunaan bahasa
Karangan murid menjadi lebih baik

KARANGAN TERKAWAL
Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asas atau pertama, yang
harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Karanga terkawal ialah
segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal ketat dan
sedikit-sedikit dipimpin ke arah karanga bebas. Tujuan karangan terkawal ini ialah untuk
mengurangkan kesilapan-kesilapan berlaku di kalangan murid-murid. Apa yang
dititikberatkan dalam karangan terkawal ini ialah kelancaran dalam penggunaan bahasa
dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal
bahasa. Karangan jenis ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis :
i.
ii.
iii.

100% terkawal atau kawalan sepenuhnya. Ia hampir menyerupai peringkat


menyalin semula
Separuh terkawal iaitu peringkat menghasilkan semula
Hampir terkawal iaitu peringkat menggabungkan semula ayat-ayat

Tujuan karangan terkawal :


1. Karangan terkawal dilakukan kerana cara ini akan dapat mengurangkan
kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak
2. Karangan terkawal ini juga menjadi asas kepada karangan bebas. Kanak-kanak
dilatih dan dipimpim sedikit demi sedikit ke arah karangan bebas yang
menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa
3. Untuk membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lancer dan
mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan
berbahasa.

Bentuk-bentuk karangan terkawal :


1. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung
dengan sesuatu tajuk
2. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan
3. Menulis surat. Isi surat itu ditetapkan oleh guru. Ini akan menyenangkan muridmurid menulisnya
4. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah
disediakan
5. Menuliskan ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan
6. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan yang diberi
KARANGAN BEBAS
Karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh
menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, murid-murid diberi
tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa
yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimanan hendak menulisnya. Oleh kerana
murid-murid ini telah mempunyai kemahiranmekanikal yang mencukupi, maka guru
hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.
Untuk sekolah menengah pada peringkat kelas-kelas yang lebih tinggi, jenis-jenis
karanagn ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk dan bentuk-bentuk ini
dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu karangan bentuk naratif, deskriptif,
imaginative, kreatif dan argumentatif.

MINGGU 10
Berdasarkan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis-jelaskan proses pengajaran
dengan menggunakan kemahiran LEA
Penekanan
Pengajaran kemahiran menulis karangan yang berfokuskan pengetahuan sedia ada
pelajar dan apa-apa yang telah ditempuhi atau dialami oleh pelajar .

Pengalaman
a. Pengalaman adalah apa sahaja yang berlaku kepada diri kita dalam kehidupan
seharian .
b. Pengalaman adalah apa sahaja yang dinikmati , dirasai atau di deritai .
c. Pengalaman bahasa yang ditempuhi oleh seseorang itu berbeza dengan orang
lain , biasanya dipenngaruhi oleh masyarakat .
d. Pengalaman terbahagi kepada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain .

MINGGU 11
Jelaskan kemahiran mengarang dengan menggunakan bahan rangsangan

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia serta buku-buku teks bahasa Malaysia banyak
menyogokkan murid-murid tajuktajuk karangan yang beraneka jenis. Ini satu
petanda baik kerana kita mahu supaya murid-murid boleh menulis pelbagai jenis
karangan, termasuklah karangan-karangan jenis surat, laporan, ulasan dan
berbagai- bagai lagi. Pengajaran karangan daripada jenis-jenis yang disebutkan tadi
kadangkala

memerlukan

bahan-bahan

rangsangan

sebagai

memudahkan

pembelajaran .
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran ini terbahagi
kepada tiga kategori iaitu bahan rakaman, gambar dan bahan bercetak. Bahanbahan rakaman adalah seperti muzik, lagu, perbualan, ceramah, ucapan, cerpen,
syarahan, pembacaan sajak dan sebagainya. Gambar yang dipilih seharusnya
mempunyai satu dua sifat yang ketara yang dapat memberikan kesan kepada yang
melihatnya. Guru boleh mempelbagaikan tema gambar-gambar ini seperti
kesedihan, kegembiraan, keluasan, kesempitan, kebanggaan, kekayaan dan
sebagainya. Daripada bahan-bahan bercetak pula, guru-guru boleh gunakan sajak,

seni kata lagu, karangan-karangan yang bersifat pengembaraan, petikan, cerpen


atau novel .

MINGGU 12
Nyatakan secara ringkas kaitan tajuk, kohensi, koheran dan pemerengganan dalam
kemahiran mengarang.

Menghasilkan karangan yang baik dan berkesan bukanlah satu usaha yang mudah.
Kegiatan menulis karangan memerlukan kecintaan dan kesetiaan terhadap tugas
menulis. Penulisan karangan menjadi semakin kompleks sifatnya pada peringkat
pengajian tinggi. Kemahiran menulis pelbagai bentuk karangan yang lebih tinggi amat
diperlukan oleh para pelajar pada peringkat ini. Latihan menulis karangan yang banyak,
berdisiplin diri dan mental yang tinggi serta berpengetahuan tentang tajuk yang ingin
ditulis menjadi syaratsyarat penting bagi menghasilkan karangan yang baik. Tajuk
memainkan peranan penting dalam proses menulis karangan kerana ia menentukan
tujuan penulisan tersebut serta menjadi garis panduan kepada penulis .
Beberapa aspek berkaitan binaan perenggan mestilah dipenuhi. Karangan yang
baik dan lengkap perlu terdiri daripada bahagian pengenalan, isi kandungan dan
penutup. Ketigatiga bahagian ini perlu di susun dalam perenganperengan yang saling
berhubungan bagi mendapatkan kesan kesatuan pada perenggan. Perenggan tidak
boleh dibina sesuka hati tetapi dibina kerana adanya sesuatu isi atau maklumat tertentu
yang perlu dihuraikan. Ayatayat dalam perenggan perlu saling bertaut dalam suatu
rangkaian untuk membentuk sebuah kesatuan idea yang tersusun baik. Hubungan
antara perengganperengan yang baik menghasilkan karangan yang baik dan
berkesan .

Sebuah perenggan yang baik ialah perenggan yang dapat menjalankan


fungsinya dengan baik. Perenggan akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya ciriciri
ini iaitu kesatuan dan kepautan dipenuhi. Perenggan hanya akan dianggap mempunyai
kesatuan sekiranya ayatayat dalam perenggan tersebut berfokuskan kepada tajuk
yang ingin dibincangkan dan tidak memasuki halhal yang tidak relevan. Manakala
kepautan membawa maksud ayatayat yang di bina di dalam karangan bergerak lancar
dan dapat dibaca dengan mudah daripada satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada
ruang kosong atau idea yang terputus serta tidak dikemukakan. Perenggan yang lemah
kesatuannya juga akan lemah kepautannya. Jikalau perenggan yang lemah
kesatuannya adalah disebabkan oleh kelemahan rujukan terhadap ayat topik maka
perenggan yang lemah kepautannya pula disebabkan oleh kelemahan rujukan terhadap
ayat sebelumnya atau hubungan ayat dengan ayat .

Anda mungkin juga menyukai