Anda di halaman 1dari 20

(JXGA 6107)

METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF


ISU: PEMBUANGAN BAYI TAJUK: Isu Buang Bayi Punca dan Penyelesaian : Satu Tinjauan Remaja Bermasalah di Kuala Lumpur

Nama Pelajar: (JGA100020)

Mohd.Irwan

Bin

Mohd.

Sazali

Norazila Binti Khamis (JGA100022)

Sesi:2010/2011

PENDAHULUAN: Dewasa ini, kita dikejutkan dengan isu pembuangan bayi yang semakin liar berlaku. Banyak berita tentang pembuangan bayi tersiar di dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Sungguh sadis melihat gejala ini semakin berleluasa merempuhi masyarakat Malaysia khususnya. Banyak pihak menuding jari sesama sendiri sebab berlakunya gejala ini. Namun, pada hakikatnya semua pihak terlibat dalam isu ini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada di antara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di kebanyakan institut pengajian tinggi yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam menjadi tempat di mana bayi-bayi malang ini ditemui. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan
2

untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi.

HIPOTESIS: Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibubapa menyebabkan remaja kini terjebak dalam permasalahan seks luar nikah dan meningkatkan kes buang bayi di Kuala Lumpur.

OBJEKTIF UMUM: Objektif umum kajian ini adalah untuk membincangkan punca permasalahan isu buang bayi dalam kalangan remaja bermasalah dan penyelesaiannya bagi membendung masalah ini berlarutan.

OBJEKTIF KHUSUS:

Menghuraikan definisi tentang remaja yang bermasalah berkaitan isu buang bayi Mengenalpasti punca-punca berlakunya isu buang bayi dalam kalangan remaja yang bermasalah

Membincangkan beberapa tindakan penyelesaian yang dapat membanteras isu buang bayi dalam kalangan remaja

Menentukan sama ada terdapat hubungan antara remaja bermasalah dengan isu buang bayi dalam kalangan remaja di Kuala Lumpur

FOKUS KAJIAN: Kajian ini dijalankan untuk melihat punca terjadinya isu buang bayi yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini, terutamanya golongan remaja. Banyak kes buang bayi yang dikesan oleh pihak berkuasa melibatkan remaja yang bermasalah dari segi latarbelakang kehidupan mereka. Justeru, berdasarkan kajian ini lokasi Kuala Lumpur di pilih sebagai kajian kes ini kerana lokasi ini merupakan lokasi yang semakin pesat membangun dengan pelbagai kemajuan dan kecanggihan. Hal ini menyebabkan pelbagai unsur-unsur luar yang negatif mudah terserap masuk dalam kalangan remaja di Kuala Lumpur. Dunia tanpa sempadan ini telah meletakkan golongan remaja di Kuala Lumpur sebagai kelompok yang sangat bermasalah dari segi moral dan akhlak mereka.

PERSOALAN KAJIAN: Golongan remaja yang difahami secara umum ialah mereka yang berumur antara 12 hingga 21 tahun. Golongan ini merupakan manusia yang sangat penting dan perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat kerana golongan ini merupakan tonggak
4

harapan tamadun sesebuah bangsa. Justeru, remaja yang bermasalah dalam sesuatu komuniti menjadi satu rujukan khas dalam mencari titik penyelidikan tentang isu buang bayi yang terjadi. Remaja yang bermasalah boleh saja terdiri daripada kalangan remaja yang cemerlang dari segi akademik tetapi tercorot dalam pengurusan sahsiah diri dan moral. Ramai yang tersilap dengan persepsi bahawa pelajar yang cemerlang akademik tidak perlu dipantau dari sudut sahsiah, ahkhlak dan moral kerana menyangka mereka juga berjaya dalam pengurusan sahsiah diri. Rentetan itu, masalah sosial yang melanda masyarakat bukan saja terkena kepada orang dewasa tetapi melibatkan para remaja. Fakta yang diperolehi oleh penyelidik menunjukkan semua jenis masalah remaja bertambah seiring dengan pesatnya perkembangan industrialisasi dan urbanisasi (Ibrahim Mamat, 1997:23) Masalah sosial ini wujud apabila remaja melakukan segala bentuk tingkahlaku yang tidak sesuai, menyimpang dan melanggar norma-norma umum, adat resam dan undang-undang yang terdapat dalam masyarakat; malahan ada yang sangat bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan langsung tidak boleh diterima. Masalah buang bayi merupakan salah satu masalah sosial yang semakin membarah dalam masyarakat kini. Melihat bayi dibuang seperti sampah, ditinggalkan di merata tempat, menggambarkan sifat manusia yang semakin kejam hingga sanggup membunuh sedangkan al-Quran menegaskan tiada siapa yang boleh mencabut nyawa sama ada dirinya atau orang lain. Firman Allah bermaksud: Dan apabila bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup di tanya. Apakah dosanya sehingga dia dibunuh?
5

(Surah at-Takwir: ayat 8-9) Permasalahan Kajian: Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang. Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan). Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan, katanya1. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Seterusnya, pada tahun 2009 pula menyaksikan 79 kes buang bayi dilaporkan dengan 25 kes bayi lelaki dan 29 perempuan manakala 25 janin yang tidak dikenalpasti jantina. Manakala daripada Januari 2010 sehingga Ogos 2010 sahaja terdapat 65 kes pembuangan bayi.2 Menurut statistik rasmi lagi , sejumlah 472 kes buang bayi dilaporkan sejak 2005 sehinggalah ke Ogos 2010. Daripada jumlah tersebut, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengatakan bahawa 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah

dipetik daripada Bernama pada 17 Mei 2010. dipetik dari www.scribd.com pada 19 Ogos 2010 jam 10:30 p.m

meninggal.3 Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dihimpit dengan beberapa tekanan dan masalah disekeliling mereka tanpa disedari mereka sendiri. Tekanan dan masalah disekeliling ini yang melahirkan generasi yang bermasalah seterusnya menyumbang kepada golongan remaja yang cenderung membuang bayi mereka sendiri tanpa rasa belas kasihan. Golongan yang melakukan jenayah buang bayi ini pula rata-rata merupakan golongan remaja yang masih mentah tentang resam kehidupan. Hal ini dibuktikan dengan banyak kes-kes yang dipaparkan di dada akhbar melibatkan golongan remaja. Berikut merupakan antara petikan-petikan kes yang melibatkan remaja sebagai pesalah buang bayi:Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. (Berita Harian:17 Jun 2010) Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini (BERNAMA: 18 Mei 2010) Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. (Utusan Melayu:17 Mei 2010)

Dipetik daripada akhbar Utusan Melayu pada 16 Ogos 2010

Pelbagai punca yang cuba diketengahkan oleh semua lapisan masyarakat dalam menyalahkan sesama sendiri apabila isu buang bayi ini semakin menjadi-jadi. Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi kepada isu yang semakin serius ini menegaskan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pihak yang terbabit dengan kes kejam ini. Beliau turut mengatakan bahawa punca sebenar permasalahan ini adalah dari bidang pendidikan. Dan penyelesaiannya juga turut membabitkan sektor tersebut. Bagaimanapun, Najib menyerahkan isu ini kepada pihak polis dan Peguam Negara bagi menangani hukuman bagi pesalahlaku terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori4. Daripada menteri hinggalah kepada pelajar-pelajar sekolah, banyak pihak yang memberikan respons terhadap isu ini dengan pelbagai bentuk cadangan dan penyelesaian menurut akal masing-masing. Namun seperti biasa, cadangan yang diberikan itu adalah lebih kepada bentuk merawat daripada mencegah. Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.5Justeru itu, kajian ini mencari dan mengkaji punca dan penyelesaian yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini daripada berlarutan.

Dipetik daripada akhbar Utusan Melayu pada 25 Ogos 2010 Dipetik daripada akhbar Berita Harian pada 19 Ogos 2010

Latar belakang kajian: Pelbagai pihak cuba mencari punca berlakunya gejala buang bayi ini dalam kalangan remaja masa kini. Remaja yang tegar melakukan kesalahan buang bayi ini kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang bermasalah dari segi salah laku dan moral. Pelbagai teori juga yang diperdebatkan oleh ahli-ahli penyelidik terutamanya ahli psikologi tentang unsur-unsur yang memperlihatkan banyak sebab penyimpangan tingkah laku remaja. Kehidupan remaja banyak terpengaruh oleh unsur-unsur yaang terdapat dalam masyarakat. Unsur-unsur tradisi seperti keluarga, rakan sebaya, dan sekolah memainkan peranan besar dalam perkembangan remaja menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat (Ibrahim Mamat, 1997: 31). Menurut Ibrahim Mamat (1997: 36) lagi, daripada kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar, terdapat hubungan kait secara langsung antara kemunculan salah laku remaja dengan unsur-unsur baru yang dibawa masuk dari luar seperti perkembangan sains dan teknologi, urbanisasi, kemewahan dan media massa. Fornas (1995) menyatakan bahawa kajian tentang remaja telah bermula sejak 1904 oleh Stanley Halls On Adolescence. Banyak kajian telah dijalankan tentang budaya di kalangan remaja dari pelbagai aspek. Kazuto Kojima (1986) dalam tulisannya Youth and Television in Contemporary Japan Analytical Framework, Background and Characteristic pula menyatakan bahawa hubungan antara remaja dan televisyen adalah satu subjek yang penting dalam kajian masyarakat kotemporari. Remaja merupakan

satu fasa perkembangan fizikal dan psikologi yang berlaku kepada semua manusia dalam rentetan kehidupan. Remaja juga merupakan satu kategori sosial, yang diperlihatkan dengan institutsi social tertentu bermula dengan zaman kanak-kanak dan berakhir apabila tubuh badan telah berhenti perkembangannya (Fornas, 1995). Ketika peringkat inilah perasaan ingin mencuba dan ingin merasa sesuatu datang membuak-buak. Antaranya ialah meniru dan mencuba apa yang ditayangkan di televisyen terutamanya perkaraperkara yang mendatangkan keseronokan. Perasaan ini tidak salah, namun remaja perlu bijak menapis perkara yang ditiru, sama ada mendatangkan kesan yang positif atau negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia. Jika rakyat Amerika menukar tabiat mereka, kita meneladaninya.

10

Sebald (1997) menyatakan bahawa media massa moden mempunyai kuasa mensosialisasi golongan muda. Antara media massa ini, televisyen mempunyai pengaruh yang paling besar. Kajian longitudinal terhadap remaja (Gebner et. al., 1980; Morgan, 1987; Morgan et. al., 1990) menunjukkan bahawa televisyen mempunyai

pengaruh bebas terhadap sikap bergantung kepada masa menonton (Gerbner, 1998). Hasil kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kesan media bukanlah kecil dalam kehidupan seharian. Rentetan itu, banyak aksi-aksi porno yang mengghairahkan telah diikuti oleh para remaja masa kini setelah menonton televisyen. Manual Latihan Fasilitator Prostar (2001) melaporkan 4.6% daripada seramai 1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18 tahun telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS pada tahun 1996 yang membabitkan 4,347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun pula mendapati 6% daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Angka ini pastinya telah berganda pada tahun 2006 dan pastinya terus meningkat sekiranya tidak dibendung secara bersama dari sekarang. Penjelasan kepada keadaan ini antara lain ialah pendedahan media asing yang berleluasa kepada remaja. Kekangan ilmu agama dan amalan menjadikan pengaruh ini lebih kuat daripada yang dijangkakan dan menjadikan agama, budaya tradisi dan norma yang disanjung kian dilupakan. Sikap-sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran remaja dan peras ugut adalah antara sikap yang dipelajari daripada televisyen. Siri-siri seperti detektif, peguam dan orang tahanan yang lari dari penjara, meninggalkan kesan ke atas remaja dan kanak-kanak, khususnya kepada mereka yang mengalami masalah psikologi. Kini didapati ramai penduduk negara ini khususnya di Lembah Klang yang
11

memiliki lebih daripada dua peti televisyen di rumah mereka dan ini membolehkan remaja menonton televisyen tanpa dikawal ibu bapa. Bagaimanapun televisyen bukanlah faktor tunggal ke arah keruntuhan moral kerana persekitaran dan keadaan turut menyumbang kepada gejala itu. Penyakit sosial buang bayi ini sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia disebabkan oleh banyak faktor, antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah secara mendadak terutamanya dengan pengaruh media massa dan elektronik yang saban hari memaparkan tentang eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja yang keterlaluan yang banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi. Faizah Abdul Rahim(1996/1997) menerusi kajian beliau Pembuangan Bayi Di Kalangan Masyarakat Kini, Perbandingan Dengan Zaman Jahiliah. Pembuangan bayi dalam masyarakat kini mempunyai perbezaan dengan Zaman Jahiliah. Zaman Jahiliah merupakan zaman di mana manusia masih jahil dan tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Mereka membuang bayi perempuan pada zaman Jahiliah kerana mengganggap bayi perempuan menyusahkan dan membawa malang kepada keluarga. Disebabkan persepsi negatif ini maka masyarakat Jahiliyah membuang bayi mereka. Pembuangan bayi ini menjadi sebagai amalan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat zaman sekarang membuang bayi mereka kerana telah melakukan kesalahan dengan mengandung sebelum tiba waktu yang sepatutnya. Ada

12

di antara mereka yang mengandung sebelum berkahwin menyebabkan mereka tiada jalan lain selain membuang bayi tersebut. Berlainan pula dengan Farhana Ab Manang (2009/2010) menerusi Kesalahan Pembuangan Bayi Menurut Perspektif Islam Dan Undang-Undang membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan sebuah kesalahan dalam perspektif Islam malahan dari sudut perundangan negara. Kajian beliau ini, memfokuskan terhadap definisi dan pandangan umum tentang kesalahan membuang bayi ini tanpa merujuk pada peringkat umur. Beliau mengkaji tentang kesalahan yang dikira dari sudut agama Islam apabila seseorang itu membuang bayinya. Membuang bayi merupakan kesalahan yang berat dalam penguatkuasaan undang-undang. Berdasarkan Masalah Pembuangan Bayi Di Lembah Kelang : Satu Tinjauan Menurut Sosio-Perundangan Islam hasil penyelidikan Normaiza Abdul Rahim (1995) memperlihatkan satu kajian kes yang melibatkan sebuah lokasi yang telah dipilih. Pembuangan bayi menurut sosio-perundangan Islam merupakan satu kesalahan yang perlu segera dibanteras agar kesucian dan kemurnian agama Islam tidak dicemari dengan gejala ini. Siti Hajar Abu Bakar Ah (2006) dalam bukunya yang bertajuk Kebajikan Sosial:Aplikasi dalam Perkhidmatan Manusia membincangkan mengenai kepentingan peranan institusi kebajikan sosial dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup manusia. Sebarang kelemahan daripada insitusi kebajikan ini akan memberi impak negatif kepada sistem sosial masyarakat dalam negara ini. Setiap anggota masyarakat yang terlibat dalam perkhidmatan kebajikan sosial harus melaksanakan tanggungjawab
13

mereka dengan penuh dedikasi serta masyarakat setempat harus memahami fungsi sebenar badan kebajikan ini supaya masalah sosial seperti pembuangan bayi dapat ditangani. Christina S.C Lee dan Sharon E. Beatty (2002) dalam Journal of Consumer Marketing telah membincangkan mengenai pengaruh membuat keputusan dalam keluarga dan kesannya kepada remaja. Hal ini dibincangkan di bawah tajuk Family Structure and Influence In Family Decision Making. Jurnal ini lebih menumpukan kepada peranan mengikut jantina terutama peranan ibu dalam membuat keputusan mendidik anak-anak. Menurut Lee dan Betty lagi, keputusan seorang anak juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan anak tersebut merasa tidak dihargai dan melakukan sesuatu di luar batasan sosial. Tambahan pula, terdapat sesetengah keluarga moden yang lebih suka anak-anak mereka membuat keputusan tetapi tidak memberikan bimbingan yang betul dalam memilih dan membuat keputusan yang tepat. Perkara ini juga akan menjejaskan sesebuah institusi keluarga tersebut. Punca dan penyelesaian dalam mengatasi masalah ini masih lagi tidak dikaji oleh penyelidik-penyelidik lain. Perkaitan antara remaja yang bermasalah dengan gejala ini juga menjadi tanda tanya sesetengah pihak yang semakin buntu dengan rencaman ini. Remaja yang bermasalah yang lazimnya bercirikan demografi di bandar sering menjadi rujukan mahupun telunjuk apabila isu buang bayi ini semakin melarat. Pelbagai punca cuba di ketengahkan pihak-pihak tertentu, antaranya berpunca daripada latar belakang keluarga, agama, media massa dan sebagainya lagi. Seiring dengan itu juga, banyak langkah penyelesaian yang timbul berdasarkan punca yang wujud, antaranya dari sudut pihak kerajaan, institusi pendidikan, keluarga dan sebagainya lagi.
14

KESIGNIFIKAN KAJIAN: Kajian yang dilakukan ini mempunyai kepentingan yang cukup tinggi kepada sosiobudaya masyarakat, agama dan negara. Seperti yang diketahui umum, kes buang bayi di negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, kajian yang menyeluruh perlu dilakukan supaya langkah penyelesaian yang efektif dapat diperolehi. Masalah buang bayi ini mampu meruntuhkan institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji akan menyentuh berkenaan punca-punca terjadinya gejala buang bayi ini dan sekali gus memberikan langkahlangkah penyelesaian yang dapat digunakan bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, hasil kajian ini dapat memberi gambaran sebenar gejala yang dihadapi ini dan secara langsung dapat mengatasi gejala ini hingga ke akar umbi.

METODOLOGI KAJIAN: Sesebuah penyelidikan dan kajian yang mahu dilakukan mestilah melalui proses metodologi kajian. Hal ini demikian kerana bagi memastikan sesuatu bidang ilmu yang mahu dikaji tersebut tercapai dengan jayanya. Selain itu, metodologi kajian ini dilakukan bagi memastikan kajian yang dihasilkan sistematik dan lebih bermanfaat dari pelbagai segi. Kaedah kajian adalah kaedah bagaimana seorang pengkaji mendapatkan maklumat yang bakal dianalisis dan dikaji dalam kajiannya. Perancangan awal perlu dibuat sebelum melakukan kajian kerana banyak halangan dan cabaran yang akan ditempuhi oleh pengkaji. Tambahan pula, perancangan yang teliti dan sistematik dapat
15

menjamin kualiti kajian yang baik dan kajian yang dilakukan dapat mencapai objektif yang diingini. Kaedah kepustakaan merupakaan satu kaedah yang paling kerap digunakan oleh pengkaji dalam melakukan kajianini. Kaedah ini membantu pengkaji membuat pemilihan tajuk dan teori serta hipotesis yang sesuai dengan kajian. Selain itu, kaedah kepustakaan membantu pengkaji mendapatkan data yang diperlukan bagi membantu kajian yang dilakukan. Kaedah kepustakaan bukan sahaja berbentuk buku tetapi merangkumi pelbagai bahan lain antaranya ialah majalah, jurnal, latihan ilmiah, tesis, rencana, artikel dan lain lain. Selain itu, pencarian di OPAC di perpustakaan juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk melihat kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk. Pencarian ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bakal dianalisis dan maklumat mengenai retorik,ucapan dan beberapa konsep yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hal ini demikian kerana bagi melancarkan kerja kerja kajian supaya lebih teratur dan sempurna. Lokasi yang dipilih oleh pengkaji adalah perpustakaan. Antara perpustakaan yang menjadi pilihan pengkaji mendapatkan data ialah perpustakaan Utama Universiti Malaya, perpustakaan Zaba, perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Perpustakaan Muzium Negara, Perpustakaan Negara dan perpustakaan Awam Negeri. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan data di Arkib Negara. Kaedah Kajian Lapangan juga digunakan oleh pengkaji dengan menggunakan borang kaji soal selidik. Para responden terdiri daripada masyarakat di sekitar kuala lumpur terutama remaja dan ibu bapa yang sesuai dengan peringkat kajian ini. Borang
16

kaji soal selidik yang dimuatkan dengan soalan-soalan yang ringkas dan tepat digunakan sebagai satu kaedah pengumpulan data. Kemudian, data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hal ini demikian kerana penggunaan perisian tersebut akan memudahkan kerja pengkaji dalam penganalisisan data. Kaedah ini bersesuaian dengan kajian pengkaji yang bersifat kuantitatif.

Bibliografi Abdul Rahman Md. Aroff. 1999.Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
17

Ahmad Azam Abdul Rahman. Media Massa Barat Dan Penghinaan Terhadap Islam.: Bengkel Peranan Media Massa dan Sastera Untuk Pembangunan Ummah (28 Jan 2003 : Kuala Lumpur) : Paper 2 (6p.)

Ahmad Adnan Mohammad. 1986. Masalah Sosial Belia Bandar. Kuala Lumpur.

Akim Buntat. 1984. Masalah Sosial dan Latihan Dalam Perniagaan Orang Asli di Malaysia. Kuala Lumpur.

Amran Kasimin. 1993. Masalah Sosial dan Hubungannya dengan Didikan Agama. Kuala Lumpur : Dinie Publishers.

Arumugam. 2004. Pendidikan Moral : Tingkatan 5 : Buku Teks Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bertens, K. (Kees), 1936-, (2003).Etika Dan Moral : Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Charles H. McCaghy et. al. 7th ed. 2003. Deviant Behavior : Crime, Conflict, And Interest Groups. United States of America.

Christina K. C. Lee and Sharon E. Beatty. 2002. Family Structure and Influece In Family Decision Making. Journal Of Consumer Marketing, Vol 19, No. 1. United States of America.

Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ishak Isjoni. 2002. Masalah Sosial Masyarakat. Indonesia : Unri Press.

18

Khoo Kay Khim. 1937. Masalah Sosial dan Politik di Malaysia : Kumpulan Esei Mengenai Isu Semasa. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House.

Laurence Steinberg. 1999. Adolescence, Fifth Edition. The McGraw-Hill Companies, Inc.United States. Mc Whirter. 1998. At Risk Youth: A Comprehensive Response, Second Edition. The Mc Whirters. California.

Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi dan Kaunseling Remaja: Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nur Munirah Teoh Abdullah. 2002. Pendidikan Moral:Tingkatan 4 : buku teks. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahimin Affandi Abd. Rahim. Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia:Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam .Jurnal Usuluddin. 1999: 10: 125-134.

Robiah Kulop. 2002. Panduan Membimbing Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sayed Abd. Rahman Sayed Mohd. 1996. Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelbagai Pihak. Majalah Malaysiana. Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial : Aplikasi Dalam Perkhidmatan Manusia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Sumber dari Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Media_massa_Malaysia Diambil pada 1 September 2010


19

http://ms.wikipedia.org/wiki/Black_Metal Diambil pada 15 September 2009

www.zappafly.com/kesan+budaya+barat+di+malaysia.html Diambil pada 16 September 2010

www.scribd.com/doc/.../Pengertian-Masalah-Sosial-Remaja diambil pada 18 September 2010

asnahhamid.blogspot.com/ diambil pada 18 September 2010

www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2079 diambil pada 20 September 2010

www.mbnk.org/download/masalah.pdf diambil pada 1 Oktober 2010

mutiaraislam.wordpress.com/.../masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-danpenyelesaian/ - diambil pada 1 Oktober 2010

digg.com/news/offbeat/Masalah_Sosial_Remaja_Malaysia diambil pada 1 Oktober 2010

20

Anda mungkin juga menyukai