Anda di halaman 1dari 6

Kecelaruan sosial punca kes buang bayi meningkat

Oleh : Nurul Fatini bt Ahmad Sukri

Malaysia merupakan negara yang semakin maju selaras dengan Wawasan 2020.
Perkembangan negara kian pesat dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, politik
mahupun sosial. Dalam peningkatan pembangunan fizikal itu, negara kita mengalami
masalah sosial yang serius, seperti remaja mengandung luar nikah. Isu ini semakin
menggugat keharmonian masyarakat, semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan
gambar-gambar bayi yang dibuang macam sampah oleh pelaku tidak bermoral itu, semakin
meningkat pula bilangan bayi-bayi yang dibuang.

Petikan berita dari sebuah akhbar Sinar, 9 Mei 2014,


‘Polis menahan sepasang kekasih berusia 16 dan 18 tahun bagi membantu siasatan kes
penemuan mayat bayi lelaki ke dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, kelmarin.’
‘Ketua Jabatan siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah
berkata, pelajar perempuan tingkatan empat itu ditahan di rumahnya kira-kira jam2.30 tengah
hari kelmarin tiga jam selepas mayat berkenaan ditemui.’

Kes pembuangan bayi semakin berleluasa dan ini amat membimbangkan. Alangkah
sedihnya, mayat bayi dibungkus dengan plastik, ada yang dicekik sebelum ditanam, dibuang
bayi ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang ditanam hidup-hidup. Mengapa anak-anak
remaja kini semakin runtuh akhlaknya dan terhakis sikap malu dan adab sopan sebagai
manusia? Pelbagai punca dan sebab yang boleh mendorong perkara seumpama ini berlaku.
Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka,
ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa
melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja
terjebak dalam gejala pembuangan bayi.
Apabila kita merenung kembali, terdapat punca-punca masalah sosial remaja berlaku
tanpa disedari.
Di antara punca-punca masalah sosial remaja adalah seperti berikut:
1. Kendiri
Remaja hari ini kurang mampu mengurus diri sendiri kerana sikap ibu bapa yang
memanjakan anak-anak dengan material dan perhatian berlebih-lebihan menjadikan anak-
anak kurang berdikari dan tidak mahu susah dalam kehidupan mereka. Kesannya anak-anak
remaja sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan dengan masalah hidup dan tekanan.
Kebanyakan remaja tidak tahu mengendalikan emosi marah, gembira, sedih atau cinta yang

1
melingkari kehidupan mereka. Jika mereka berhadapan dengan tekanan dan pujukan rakan-
rakan yang mengajak melakukan jenayah atau kehidupan sosial negatif seperti minum arak,
dadah, seks bebas dan sebagainya, mereka tidak mampu menepis dan menolak pujukan
tersebut kerana tidak mempunyai jati diri yang kukuh.

2. Keluarga
Kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki untuk memberi kesenangan kepada anak-
anak dan keluarga telah menyebabkan pengabaian penghidupan berkeluarga yang berkualiti.
Pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu diberi perhatian. Anak-anak yang ditinggalkan di
rumah tanpa pengawasan memberi ruang kepada mereka untuk melakukan jenayah dan
kegiatan tidak sihat di rumah sendiri atau di kawasan persekitaran rumah seperti menagih
dadah, menonton video lucah, mencuri dan sebagainya. Masalah seperti percakaran ibu bapa
di hadapan anak-anak juga memberi kesan pembesaran yang tidak sihat. Anak-anak akan
mengalami kerapuhan diri dan jiwa yang membolehkan mereka mudah terdedah dengan
tarikan sosial negatif di luar.

3. Kewangan
Keinginan anak-anak muda hari ini terhadap penggunaan barangan mewah bagi
menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya.juga meningkat. Bagi
remaja dari keluarga susah, yang mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah akan
menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber kewangan. Faktor ini boleh mendorong
mereka untuk melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit,
melacur, mengedar dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber
kewangan bagi menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

4. Kemasyarakatan
Masyarakat hari ini sudah kurang peka terhadap nilai hidup kejiranan dan bermasyarakat.
Struktur pembinaan perumahan hari ini juga banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat
yang negatif. Kondominium dan pangsapuri mewah mementingkan gaya hidup individualistik.
Rumah-rumah banglo pula diiklankan dengan gaya hidup berfokuskan keselamatan yang
berlebihan guarded and gated agar tidak diganggu penjenayah. Sedar atau tidak,
masyarakat kita telah membina jurang hidup secara manual dengan jiran dan masyarakat
setempat.

2
5. Rakan-rakan
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pembentukan sahsiah seseorang remaja. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam
kegiatan jenayah dan masalah sosial, remaja yang lemah jati diri dan tiada tujuan hidup akan
mudah terikut.

6. Keagamaan
Pendidikan agama yang terabai menjurus kepada lemah pegangan agama. Faktor ini
menjadikan remaja hari ini tidak mampu berfikir mengenai perbuatan buruk yang mereka
lakukan dan menjadi punca masalah sosial ini berterusan.

Cara alternatif terbaik untuk mengatasi maslah:


1. Tempat perlindungan
Kewujudan ruang khas Pelindung Bayi atau Baby Hatch seperti yang terdapat di
Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor membolehkan bayi yang dilahirkan, dijaga dan
dapat diserahkan kepada keluarga angkat yang sesuai. Penyediaan ruang ini bagi
membolehkan sesiapa yang terdesak meninggalkan bayi mereka di tempat selamat.
Penyediaan tempat seperti ini bukan bertujuan untuk menggalakkan mereka membuat
perlakuan yang bercanggah dengan tatasusila moral, tetapi merupakan langkah bagi
menyelesaikan masalah sosial yang berat, seperti pembuangan bayi yang seterusnya boleh
mengakibatkan pembunuhan. Selain dari tempat perlindungan bayi, Jabatan Kebajikan
Masyarakat menyediakan pusat seperti Taman Seri Puteri Cheras yang memberi
perlindungan dan pemulihan kepada remaja yang terbabit.

2. Hukuman berat
Berikutan peningkatan kes pembuangan bayi dilaporkan, Kabinet Malaysia telah
memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh
bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut
Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini,
semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang
boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan.
Disarankan supaya kerajaan mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan
supaya denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Hukuman berat
penting supaya mereka akan berhati-hati ketika bergaul dan mengelak hubungan yang

3
melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan
kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.
Sebagai masyarakat Islam kita patut sama-sama mencari penyelesaian kepada masalah
ini dengan memberi penekanan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak dan
menjaga nasib bayi yang bakal dilahirkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ini.
Keluarga adalah institusi utama dalam membina pembentukan sahsiah dan kesejahteraan
psikologi dalam kalangan remaja.
Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak perlu diperkemaskan. Ibu bapa hendaklah
meluangkan masa untuk anak-anak. Di samping itu, bantuan pihak sekolah secara
berterusan juga boleh membantu remaja yang terlanjur. Dua institusi ini, iaitu institusi
keluarga dan sekolah begitu dekat dengan remaja dan dengan pengembelingan padu oleh
kedua-dua pihak dapat menyumbang kepada pengurangan kes remaja hamil luar nikah dan
pembuangan bayi, yang tidak berdosa. Insitusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan masjid juga perlu memainkan peranan
lebih aktif dan mencari jalan pencegahan serta penyelesaian holistik untuk mengelak
berlakunya kes buang bayi atau menyekatnya daripada merebak sehingga tidak boleh dikawal
lagi.
Masalah sosial di kalangan remaja adalah bersama. Setiap pihak perlu sama-sama
berganding bahu untuk menanganinya,

4
Rujukan:
Remajadanmasalahsosial
Oleh PROF. MADYA DR. RUSINAH SIRON
03ogos2010 2
Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&sec=Rencana&pg=re_
09.htm#ixzz4rZ2T4BcR

Hukuman lebih berat untuk perogol kanak-kanak wajar


01/08/2010 5:06pm arkib

5
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=T
erkini&pg=bt_13.htm
Muka depan Utusan Malaysia 01 Ogos 2010

Anda mungkin juga menyukai