Anda di halaman 1dari 10

LMCR1412 SET 8 PENGURUSAN PROGRAM BERIMPAK

PENSYARAH

DR. NUR SHAKILA BINTI MAZALAN

TAJUK

PERANAN MAHASISWA DALAM MENTERJEMAHKAN GAGASAN


MALAYSIA MADANI

NAMA AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA NO.MATRIK EMEL

1 Rabiatul An-Nisa Binti Majdi A201617 a201617@siswa.ukm.edu.my

2. Nur Aleya Binti Khairuddin A202681 a202681@siswa.ukm.edu.my

3. Farraedyiahidayah Binti Fadzil A201844 a201844@siswa.ukm.edu.my

4. Nur Aifaa Arisya Binti Razak A201939 a201939@siswa.ukm.edu.my

5. Muhamad Aamirul Irsyad Bin A200209 a200209@siswa.ukm.edu.my


Muhamad Rawee
ABSTRAK

Penulisan esei ini adalah berkaitan tentang Peranan Mahasiswa Dalam Menterjemahkan Gagasan
Malaysia Madani. Objektif esei ini adalah untuk menunjukkan bahawa mahasiswa sebagai agen
perubahan yang penting dalam masyarakat, memegang peranan yang signifikan dalam
menterjemahkan gagasan Malaysia Madani ke dalam realiti yang dapat dirasakan oleh seluruh
lapisan masyarakat. Mahasiswa merupakan golongan yang penting dalam memastikan teras-teras
yang terdapat dalam gagasan Malaysia Madani tercapai melalui peranan mereka secara langsung
mahupun tidak langsung terhadap pentadbiran negara. Antara peranan mahasiswa dalam
menterjemahkan gagasan malaysia Madani ialah pelaksanaan projek komuniti, penglibatan
dalam aktiviti sosial, pendidikan dan program, penerapan nilai-nilai moral dan meletakkan
kesedaran yang tinggi. Data serta idea dalam aspek peranan mahasiswa itu sendiri membantu
untuk memaparkan harapan atau cadangan untuk memantapkan teras yang terdapat dalam
gagasan Malaysia Madani. Secara kesimpulannya, mahasiswa memainkan peranan yang sangat
penting dalam menterjemahkan gagasan Malaysia Madani melalui penyertaan serta penglibatan
aktif mereka dalam pelbagai aspek dan disiplin ilmu. Pentingnya bagi pemimpin dan masyarakat
untuk memberikan sokongan dan perhatian kepada mahasiswa untuk melaksanakan peranan
mereka sebagai mahasiswa serta rakyat Malaysia yang membawa kepada transformasi kepada
negara Malaysia.
1.0 PENGENALAN

Gagasan Malaysia Madani merupakan langkah membangunkan Malaysia berteraskan


konsep perpaduan dalam kepelbagaian yang dikaitkan dengan sejarah perpaduan negara.
Menurut Kementerian Perpaduan Negara, kerangka membangun Malaysia Madani melalui
konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian ini telah dibentuk berdasarkan buku Membangun
Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi dan Dasar Perpaduan Negara (DPN) serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan di bawah KPN. Mahasiswa memainkan peranan penting
dalam mewujudkan gagasan Malaysia Madani. Mereka bertindak sebagai agen perubahan boleh
memupuk nilai-nilai kewarganegaraan, menyuarakan keadilan sosial, dan mendorong dialog
antarabangsa di kalangan rakan sejawat. Pembelajaran dan pemahaman yang holistik di
universiti membolehkan mahasiswa memimpin inisiatif untuk memupuk keharmonian dan
kesetaraan dalam masyarakat. Gagasan Malaysia Madani merangkumi semangat keterbukaan
dan kerjasama, yang dapat dipupuk oleh mahasiswa melalui aktivisme, penyelidikan, dan
penglibatan dalam projek komuniti. Keseluruhannya, hubungan mahasiswa dengan gagasan
Malaysia Madani memainkan peranan utama dalam membentuk masa depan negara yang adil,
inklusif, dan bersatu padu.

Menurut Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, mahasiswa mempunyai
peranan kepada negara dalam mewujudkan perpaduan bangsa atau masyarakat madani yang
maju, terampil, terangkum dan saling bertoleransi. Bagi merealisasikan Gagasan Malaysia
Madani ini, golongan mahasiswa juga tidak ketinggalan dalam terlibat secara langsung dan tidak
langsung untuk mencapai agenda yang diketengahkan oleh gagasan. Penglibatan golongan ini
amat diperlukan kerana dapat memberi impak yang sangat besar terhadap pencapaian dasar-dasar
yang sudah diperkenalkan. Dengan itu, peranan mahasiswa bagi mencapai Gagasan Malaysia
Madani akan dibincangkan di sini.
2.0 PERANAN MAHASISWA DALAM MENTERJEMAHKAN GAGASAN
MALAYSIA MADANI

2.1 Pelaksanaan Projek Komuniti

Mahasiswa bertanggungjawab melibatkan diri bahkan dengan autoriti yang ada sebagai
seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi mengusahakan sendiri projek-projek komunti yang
merangkumi nilai-nilai Malaysia Madani. Inisiatif ini amat sejajar dengan strategi pelaksanaan
isu dan cabaran menguruskan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama (defisit
sosial). Pelaksanaan projek komuniti wajar dijalankan secara menyeluruh kerana penglibatan
komuniti merupakan suatu proses di mana individu atau kelompok secara aktif terlibat dalam
aktiviti atau keputusan yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan komuniti mereka.
Dalam konteks Malaysia Madani, penglibatan komuniti memainkan peranan penting dalam
membina kesedaran, keharmonian dan kewargenegaraan yang dinamis. Pelaksanaan projek
komuniti oleh mahasiswa mendedahkan mereka kepada kemahiran berfikir secara kritis dan
analitis di mana mahasiswa diberi peluang untuk membuat keputusan dan menyuarakan
pandangan mereka kepada kelompok komuniti bagi mencapai objektif sesebuah projek atau
program yang dilaksanakan. Keadaan ini secara tidak langsung memberi keberkesanan terhadap
strategi utama Malaysia Madani yang digariskan iaitu menjamin kesejahteraan insan.

2.2 Penglibatan Dalam Aktiviti Sosial

Seterusnya, seorang mahasiswa perlulah bergiat aktif sepanjang berada di institut


pengajian. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial di peringkat universiti dapat bantu meningkatkan
nilai keadilan, kebajikan dan kemanusiaan dalam diri mahasiswa dan masyarakat setempat.
Aktiviti kesukarelawanan yang boleh disertai seperti projek bantuan banjir, memperjuangkan
hak asasi manusia dan membantu golongan yang memerlukan bantuan. Mereka juga dapat
menyumbangkan pandangan mereka tentang isu ketidakadilan dalam kalangan masyarakat.
Kebijaksanaan dalam menyampaikan pendapat yang realistik, dapat menjadikan seseorang
mahasiswa itu untuk lebih dekat kepada komuniti. Aktiviti- aktiviti sosial juga dapat memupuk
keakraban dalam kalangan mereka dengan peserta lain. Dengan adanya kegiatan sosial ini, boleh
meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta memperbaiki nilai kepimpinan dan keyakinan
dalam diri mereka. Gagasan Malaysia Madani dapat dipertingkatkan dengan kelahiran
mahasiswa yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyuarakan hak asasi manusia.

2.3 Pendidikan dan Program

Setiap mahasiswa perlu melibatkan diri dalam program yang dilaksanakan oleh pihak
Kementerian mahupun Kerajaan. Setiap program atau inisiatif yang dilaksanakan ini akan
memberi manfaat yang mendalam kepada mahasiswa lebih-lebih lagi mereka juga dicanang
sebagai masa depan sesebuah negara. Ramai mahasiswa pada generasi kini tidak mahu untuk
melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan berikutan situasi politik
terkini serta dunia yang semakin mencabar. Namun, ia hanya akan menjauhkan mereka dari
mengetahui perkembangan yang berlaku di negara ini, lebih-lebih lagi ketika konsep Malaysia
Madani ini mempunyai pelbagai jenis manfaat kepada rakyat di negara ini.

Bukan itu sahaja, pihak yang melaksanakan program juga haruslah memfokuskan kepada
generasi belia mahupun mahasiswa supaya ia dapat menarik minat mahasiswa ini untuk
melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan oleh Kerajaan sekaligus memperkasakan
Malaysia Madani. Kerjasama dengan pihak IPT seluruh negara juga dapat dilaksanakan supaya
inisiatif-inisiatif ini dapat dijalankan di peringkat universiti serta memberi peluang untuk
mahasiswa dalam menjalankan program berkaitan konsep Malaysia Madani ini.

2.4 Penerapan Nilai-Nilai Moral

Penerapan nilai-nilai moral juga merupakan salah satu peranan mahasiswa dalam usaha
merealisasikan Gagasan Malaysia Madani. Para mahasiswa seharusnya menjadi suri teladan
kepada masyarakat dengan mempraktikkan nilai sosial dalam kehidupan seharian. Sebagai
seorang penuntut di institusi pendidikan tinggi, keperibadian yang murni dan terpuji amatlah
penting bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti seiring dengan salah satu rukun Gagasan
Malaysia Madani iaitu melahirkan insan yang memiliki ihsan. Begitu juga dengan menjauhkan
diri daripada gejala yang bertentangan dengan nilai sosial seperti pecah amanah, penyelewengan,
penipuan dan sebagainya. Sekiranya mahasiswa berjaya menjadi contoh yang baik kepada orang
awam, generasi muda yang berempati tinggi terhadap masyarakat akan dapat dilahirkan. Hal ini
sekaligus dapat mendorong mahasiswa untuk terlibat aktif dalam pembangunan negara yang
selamat dan sejahtera khususnya dari aspek sosial.

2.5 Meletakkan Kesedaran yang Tinggi.

Akhir sekali, mahasiswa perlu sentiasa meletakkan kesedaran yang tinggi pada setiap diri
masing-masing dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Mahasiswa yang
memiliki kesedaran yang tinggi terhadap isu-isu sosial dan gagasan seperti Malaysia Madani
membawa pelbagai kelebihan. Mereka lebih cenderung untuk menjadi agen perubahan melalui
peranan yang aktif dalam membentuk masyarakat yang lebih adil. Oleh itu, berfikiran
profesional perlu ada dalam setiap diri agar tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dapat
menterjemahkan gagasan Malaysia Madani. Mahasiswa boleh meningkatkan kesedaran terhadap
gagasan Malaysia Madani dengan menyertai aktiviti dan inisiatif yang mengamalkan nilai-nilai
kewarganegaraan, keadilan, dan perpaduan. Mereka boleh menganjurkan forum dan seminar
untuk membincangkan isu-isu sosial, menggalakkan dialog antarbudaya, dan menyemai
semangat kerjasama. Melibatkan diri dalam projek-projek sukarelawan yang menyentuh
aspek-aspek pembangunan masyarakat juga merupakan cara yang berkesan. Selain itu,
menyuarakan pandangan mereka melalui media sosial atau media tradisional dapat membantu
menyebarkan kesedaran terhadap konsep Malaysia Madani kepada masyarakat. Kesemuanya,
mahasiswa memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang lebih adil dan bersatu
dalam pelbagai kepelbagaian
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan mahasiswa dalam merangka dan membentuk Gagasan Malaysia


Madani adalah penting dalam menggerakkan transformasi masyarakat ke arah yang lebih adil
dan saksama. Ini kerana mahasiswa merupakan bakal pemimpin-pemimpin negara pada masa
hadapan. Ilmu dan tingkah laku harus diterapkan semasa zaman pembelajaran agar mereka
mempunyai nilai yang memenuhi syarat gagasan Madani ketika bekerja atau selepas bergraduasi.
Oleh itu, antara peranan yang sewajarnya mereka lakukan ialah pelaksanaan projek komuniti,
penglibatan dalam aktiviti sosial, pendidikan dan kesedaran, penerapan nilai-nilai moral dan
meletakkan kesedaran yang tinggi. Para mahasiswa juga perlu sedar bahawa mereka adalah
generasi yang bakal memikul tanggungjawab negara suatu hari nanti. Penglibatan mereka dalam
konsep Malaysia Madani ini dapat membentuk masyarakat yang saling bertoleransi malah ia juga
dapat menjadi inspirasi kepada golongan muda yang lain di negara ini untuk mengambil berat
tentang konsep Malaysia Madani ini sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih
maju dalam pelbagai aspek.
4.0 RUJUKAN

Kementerian Perpaduan Negara. 2023. Membangun Malaysia Madani Melalui Konsep


Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Abdul Razak Idris. 18 April 2023. Peranan Mahasiswa Teras Pembentukan Perpaduan
Masyarakat Madani. Utusan Malaysia.

Danial Dzulkifly. 4 September 2023. Malaysia Madani, A New Take On Unifying The
Malaysian Consciousness. Selangor Journal.

Kementerian Pendidikan Tinggi. 19 Januari 2023. Malaysia Madani: Haluan Baharu


Pembangunan Negara.

Nadzarul Amir Zainal Azam. 2 March 2023. Mahasiswa Berpotensi Jadi Peneraju Utama
Agenda Madani.

Tinta Minda Bernama. 2023. Kemenjadian Mahasiswa Dalam Pendidikan Tinggi Pemacu
Ekonomi Madani. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2225885

Astro Awani. 14 November 2023. Kolumnis Awani. Memahami dan Menghayati Matlamat
Pendidikan Negara Berteraskan Rukun Malaysia Madani.
5.0 LAMPIRAN

Membangun Malaysia Madani Melalui Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian


Diskusi Pemerkasaan Mahasiswa Madani

Anda mungkin juga menyukai