Anda di halaman 1dari 23

Konsep Budaya Dalam Masyarakat Pluralistik

Pengertian Budaya Sungguh pun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi 1

keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Pola Budaya sebagai Perlakuan dan Kawalan Sosial Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Fungsi Budaya Dalam penyelidikan, fungsi budaya mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. 2

Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalisme. Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial. Aneka budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan. Pengertian masyarakat Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masingmasing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. 3

Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan system interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri. Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciriciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu: Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggotaanggota masyarakat. Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. 4

Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat.

Masyarakat dan Budaya Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya. Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Dalam pengertian yang luas, budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Menurut Raymond William (1962) pula mendefinisikan budaya sebagai "suatu cara hidup tertentu" yang dibentuk oleh nilai, tradisi, kepercayaan, objek material dan wilayah (territory). Beliau juga menyatakan bahawa budaya adalah suatu ekologi

yang kompleks dan berubah dalam komunikasi serta interaksi sosial yang kebiasaannya berlaku. Menurut Herskovits, budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau ( atau ringkasnya superorganik). Mengikut pandangan Andreas Eppink, budaya merupakan keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah kemasyarakatan. Pandangan Andreas Eppink tersebut dipersetujui oleh Edward B. Taylor di 5

mana beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Menurut Gemble, Teri Kwal dan Michael (2002), budaya membawa maksud cara hidup yang dipraktikkan di dalam sesebuah komuniti masyarakat. Budaya boleh dikongsi oleh masyarakat lain yang mempunyai latar belakang komuniti, masyarakat yang berbeza. Budaya terbentuk dengan menggabungkan ciri-ciri seperti: Sistem agama dan politik Adat istiadat Bahasa Perkakas (sebagai hiasan atau masakan) Pakaian Karya seni Bangunan Kesimpulannya, budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Ciri-Ciri Budaya Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia : 1. Budaya itu dikongsi - Ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya tentunya

sedia maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam masyarakat itu. Contohnya seorang lelaki di suatu tempat di Afrika akan berasa besar hati apabila dia terjumpa seorang lelaki lain dari kelompoknya sedang menjelirkan lidah kepadanya. Hal ini kerana bagi masyarakat itu, jeliran lidah bermaksud hello. Umumnya apabila seorang Melayu masuk ke rumah seorang Melayu lain, tanpa disuruh pun dia akan terus menanggalkan kasutnya. 6

Umumnya apabila seorang Jepun didatangi tetamu, mereka sama-sama akan membongkokkan diri tanpa disuruh. Perlakuan-perlakuan ini terjadi dengan sendirinya kerana elemen budaya itu sudah dikongsi menyebabkan ia dimaklumi oleh ahli-ahli dalam masyarakat tersebut. Apabila budaya tidak dikongsi, akan berlakulah kekecohan dan ada kalanya kelucuan. Seorang mat saleh akan terus masuk ke rumah temannya orang Melayu tanpa membuka kasut. Mat saleh itu pula akan terasa hati apabila sahabatnya orang Melayu tadi meletakkan tuala dan persalinan di katil. Baginya perlakuan itu seolah-olah mengatakan dirinya busuk dan mesti segera mandi. Padahal memang menjadi adab orang Melayu untuk menyediakan tuala dan pakaian salin dengan segera kepada tetamu yang mahu bermalam, tidak kira bila si tetamu hendak mandi. Budaya mat saleh dan budaya Melayu sudah tentu banyak perbezaannya. Jelasnya di sini, budaya itu dikongsi oleh sesuatu masyarakat. 2. Budaya itu dipelajari - Budaya tidak diturunkan dari satu generasi ke satu generasi

secara genetik. Budaya dipelajari oleh ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka saling berinteraksi dengan persekitaran sosial mereka. Contohnya apabila seseorang itu hendak berkahwin, dengan sendirinya dia akan berusaha mengambil tahu tentang adat budaya perkahwinan dalam masyarakatnya. Ilmu itu tidak sedia ada pada dirinya melainkan mestilah dipelajari. 3. Budaya itu tidak kelihatan - Budaya dikatakan tidak kelihatan kerana ia mempengaruhi

tindak-tanduk dan pemikiran kita kerana ia sudah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Contohnya ada orang-orang Cina di Tanah Melayu pada zaman dahulu tidak membuka kelambunya selepas bangun pada waktu pagi. Malam nanti terus sahaja masuk tidur. Ia bukan satu kejanggalan kerana hal itu sudah sebati dalam diri masing-masing ahli masyarakat Cina itu. Orang Melayu pula sebaliknya apabila bangun pagi terus membuka dan melipat kelambu serta menggulung tilam. Begitu juga dengan perlakuan kita menggosok gigi pada setiap pagi. Kita tidak perlu berfikir tentangnya lagi, tapi terus melakukannya sebagai rutin. 4. Budaya mempengaruhi proses-proses biologi - Manusia mempunyai kehendak-

kehendak biologi yang sama iaitu makan, minum, buang air, rehat, tidur, berlindung dan sebagainya, walaupun cara manusia memenuhi tuntutan biologi itu adalah mengikut acuan adat budaya masing-masing. Contohnya (secara umum) orang Melayu suka makan menggunakan tangan dengan duduk bersila di bawah, orang Arab suka dihidangkan roti terus di atas meja 7

tanpa berlapik, orang Cina menggunakan penyepit dan orang Barat menggunakan sudu dan garfu. Orang Cina suka melebihkan sayur manakala orang Arab suka melebihkan daging. Orang Iran makan nasi sebagai makanan ruji, orang Mesir makan gandum (roti), sementara ada masyarakat lain di dunia ini yang makan jagung. Ringkasnya, semua ahli masyarakat di atas tadi makan, sekalipun bentuk makanan dan cara makannya ada perbezaan. 5. Budaya itu mengalami perubahan - Budaya berubah dari semasa ke semasa, sedikit

atau banyak, cepat atau lambat. Perubahan budaya berlaku melalui proses inovasi atau difusi. Inovasi ialah idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat seperti kemajuan komputer dan media telah merubah budaya hidup dan budaya sosial kita. Penciptaan dapur gas membuatkan makanan lebih cepat disediakan berbanding dapur kayu, maka masyarakat makan dengan lebih menu. Begitu juga dengan perkhidmatan bas, penciptaan motosikal, telefon bimbit dan sebagainya. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak kepada budaya-budaya lain. Contohnya budaya MTV yang berasal dari Amerika Syarikat. Budaya ini begitu banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global. 6. Budaya itu sejagat - Umumnya dalam masyarakat yang mana pun di serata pelusuk

dunia ini, mereka mempunyai unsur-unsur budaya sejagat iaitu wujudnya seni beladiri, tarian, peraturan moral atau agama, berpantang selepas bersalin, perubatan, upacara pengkebumian, hiasan tubuh, istilah kekerabatan, pembahagian tugas, keraian dan pelbagai lagi. 7. Budaya itu Adaptif dan Maladaptif - Budaya dikatakan adaptif kerana ia memastikan

kelangsungan masyarakat manusia. Contohnya manusia mencipta peralatan untuk memasak, memburu, membela diri, menghidupkan api dan sebagainya. Sifat adaptif budaya ini membuatkan manusia terus kekal dan dominan di atas muka bumi. Namun begitu budaya juga bersifat maladaptif. Maksudnya dalam masa yang sama juga ia tidak menyumbang kepada kelangsungan manusia. Contoh paling mudah ialah budaya merokok yang tersebar ke serata ceruk dunia. Maladaptifnya budaya merokok ini adalah kerana ia menjejaskan kesihatan manusia dan kesihatan alam sekitar. Budaya minum sesuatu yang memabukkan juga bersifat maladaptif. Pendek kata, budaya itu ada yang adaptif dan ada yang maladaptif. 8. Budaya itu bersifat Intergratif - Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait

rapat antara satu sama lain seperti aspek agama, politik, ekonomi, social, kekeluargaan, 8

perubatan, hiburan dan sebagainya. Aspek-aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu perubahan kepada salah satu aspek, aspek-aspek yang lain akan turut mengalami perubahan. Contohnya apabila sesuatu masyarakat itu menerima agama baharu, segenap aspek kehidupan mereka akan turut berubah.

Masalah dalam integrasi dan perpaduan etnik Walaupun sudah 50 tahun Malaysia merdeka, tetapi perpaduan atau integrasi kaum masih berada ditahap yang menggusarkan. Ianya mempunyai banyak punca. Selain daripada latar belakang sejarah, budaya, bahasa, agama yang berbeza antara kaum-kaum ini, ada lagi sebab-sebab lain yang menyumbang ke arah kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan. Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah : 1. Ketidakstabilan Sosio-Ekonomi Antara Kaum Ini adalah antara punca awal yang membawa kepada kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Dari aspek sosial, kesan daripada konstruksi penjajah dahulu, kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan petempatan. Orang Melayu di kampung-kampung, orang Cina di pekan dan bandar-bandar, orang India pula berada di estet-estet. Keadaan ini memang meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit. Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia. 9

Akibatnya, kaum-kaum ini mula menyimpan semangat permusuhan dan salah faham antara satu dengan yang lain. Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan India pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini, yang akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum secara terbuka seperti apa yang berlaku didalam peristiwa 13 Mei 1969. 2. Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masingmasing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan sosial. Politik perkauman ialah kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik. Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah parti-parti politik, persatuan-persatuan, NGO dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat banyak organisasi yang ditubuhkan berdasarkan faktor perkauman ini. Misalnya UMNO, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Peniaga India, GPMS dan lain-lain organisasi. Pertubuhan-pertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi satu-satu kaum sahaja. Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam sebuah pertubuhan perniagaan Cina. Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Kaum-kaum di Malaysia akan berada di dalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong ke arah itu. Lebih malang lagi, kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum, bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya, muncul suatu civil society yang sudah dewasa, tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama. Apa yang menggusarkan, agenda organisasi-organisasi berlandaskan kaum ini 10

adakalanya telah diletakkan di tempat yang lebih tinggi berbanding dengan agenda perpaduan kaum. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Mereka lebih rela tidak bersatu ataupun bermusuhan, asalkan organisasi perkauman mereka berada di dalam keadaan yang paling baik. Hal ini telah menimbulkan semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. 3. Sistem pendidikan yang berbeza Pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Namun, adalah malang, di Malaysia, sistem pendidikannya terutama di sekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. Orang Melayu kebanyakannya bersekolah di sekolah kebangsaan, orang Cina pula di sekolah-sekolah Cina, begitu juga dengan kaum India. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan di dalam konteks ini kerana mereka diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza. Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. Akibat itu, kebanyakan anak-anak orang Cina akan bersekolah rendah di sekolah rendah aliran Cina dan anak-anak orang India akan bersekolah rendah di sekolah aliran Tamil. Anak-anak kecil yang tidak diintegrasikan semenjak kecil ini akan sukar untuk bermasyarakat dengan kaum-kaum lain ketika dewasa kelak. Hasilnya, perpaduan kaum yang longgar akan berlaku. Pendidikan yang seharusnya menjadi platfom terawal ke arah penerapan nilai perpaduan di dalam jiwa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum telah secara tidak langsung, memecahbelahkan kaum-kaum ini semenjak kecil lagi. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan, kerana wujudnya sistem pendidikan berteraskan kaum ini, faham perkauman telah diterapkan di dalam minda masyarakat pelajar semenjak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi. Justeru, apabila mereka ini berada di sekolah menengah dan institut pengajian tinggi, tidak hairan jika mereka saling bergaduh antara satu kaum dengan kaum yang lain. 11

4. Media Massa Media massa juga merupakan antara penyumbang ke arah kegagalan integrasi kaum di Malaysia walaupun sudah mencapai 50 tahun usia kemerdekaannya. Media massa yang memang begitu rapat dengan rakyat turut berperanan menyumbang ke arah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Akhbar misalnya, setiap kaum mempunyai akhbar di dalam bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan Berita Harian, orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau berbanding dengan akhbar Kosmo, begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih memilih akhbar Makkal Ossai berbanding dengan akhbar Sinar. Begitu juga akhbar-akhbar di Sabah dan Sarawak yang dibuat khusus untuk bacaan khalayak tertentu. Hal ini memanglah kelihatan kecil, bahkan mungkin ada yang mengatakan jika kita jadikan masalah bahasa ini sebagai punca pepecahan kaum, itu sudah melanggar hak menggunakan bahasa ibunda oleh kaum-kaum di Malaysia. Namun, harus diingat bahawa penggunaan akhbar-akhbar ini bukan sekadar menggunakan bahasa ibunda, bahkan turut meniupkan semangat perkauman kepada pembaca akhbar mereka. Apa yang menguntungkan, bahasa pengantar akhbar itu tidak difahami oleh semua orang kerana ia menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing. Inilah masalahnya yang boleh kita kaitkan dengan media massa. Media massa sedikit sebanyak telah menyumbang ke arah segregasi kaum di Malaysia. Kerana wujudnya situasi sebegini, perbezaan kaum akan lebih terserlah. Identiti kaum akan lebih kuat dan diutamakan. Identiti nasional dan kebangsaan tidak dipedulikan. Masalah perpaduan dan integrasi kaum akan terus wujud jika kita masih bertegas untuk membeza-bezakan kaum yang ada di dalam Malaysia. 5. Salah Faham Terhadap Dasar Kerajaan Perkara ini juga merupakan antara punca utama masalah integrasi kaum di Malaysia masih belum menemui jalan keluarnya. Semuanya berkaitan dengan persepsi negatif dan prejudis kaum-kaum bukan bumiputera terhadap dasar-dasar utama kerajaan, khususnya dasar sosial yang dianggap sebagai berat sebelah dan hanya untuk menguntungkan orang Melayu sahaja. Dasar-dasar utama kerajaan ini yang matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan perpaduan negara yang lebih baik telah menerima sambutan dingin daripada kaum-kaum bukan bumiputera ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan misalnya dianggap oleh kaum bukan bumiputera 12

sebagai suatu dasar untuk menghapuskan sistem pendidikan kaum mereka dan untuk mengurangkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Walhal, dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan kewujudan suatu sistem, bahasa pengantar dan silibus pelajaran yang sama bagi semua aliran sekolah di Malaysia. Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil melalui dasar ini. Begitu juga halnya dengan dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Rasa prejudis yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada di dalam keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap menggubal dasar dan undang-undang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Salah faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Ringkasnya, sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada di dalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di Malaysia.

Langkah-langkah mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam mengekalkan kesejahteraan negara Kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini? Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan integrasi dan mengekalkan keharmonian kaum dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia. 13

1. Peranan ibu bapa di rumah - Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. 2. Peranan sekolah dan institusi pendidikan - Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatifinisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah. 3. Memahami dan menghayati sejarah Negara - Pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang 14

dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. 4. Peranan masyarakat setempat - Masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktivitiaktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, serampang dua mata. Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. Selain itu Konsep Rumah Terbuka semasa perayaan juga memainkan peranan penting. Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. 5. Peranan media massa - Media massa, kedua-dua media- elektronik dan cetak memainkan 15

peranan penting bagi membina kesedaran dan galakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Maklumat yang disebarkan melalui media massa boleh memberi mesej perpaduan kerana nilai-nilai perpaduan boleh dibentuk dalam rancangan terbitan televisyen atau radio di samping paparan artikel di akhbar. Kajian yang dilakukan ke atas keberkesanan media massa dalam memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional memperlihatkan pengaruh media massa ke atas nilai dan sikap masyarakat terhadap perpaduan telah merumuskan media massa di Malaysia menjadi elemen yang berkesan bagi memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional. Dapatan kajian turut memperlihatkan televisyen sebagai sumber utama mesej berbanding radio dan akhbar. TV3 adalah saluran utama yang ditonton dan TV1 adalah saluran yang paling kurang ditonton. Stesen radio Era.fm adalah pilihan utama dan akhbar Utusan Malaysia pula menjadi akhbar pilihan ramai (21.1%), diikuti Berita Harian (16.0%) dan The Star (15.2%). Secara umum dapat diketahui bahawa lebih ramai penduduk Malaysia membaca akhbar berbahasa Melayu dan mesej perpaduan negara telah membawa kesan positif kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. 6. Peranan individu sebagai rakyat Malaysia - Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakantindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul Negarakuku. Lagu rap yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara. 7. Peranan Kerajaan - Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana 16

Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah Negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat bunga agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan. Kesimpulannya, melihat betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kejayaan umat dan negara, maka kita mestilah sentiasa memupuk kesedaran masyarakat supaya menghargai nilai perpaduan ini serta berusaha menjaga dan memperelokkannya. Kita juga mestilah mengajak masyarakat supaya menjauhi gejala-gejala yang boleh membawa perpecahan di samping mengajak mereka berpegang dengan nilai-nilai hidup murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya. Namun yang paling utama, kita sendiri mestilah memulakan cara hidup yang mulia ini sebelum kita mengharapkan orang lain dapat mengamalkannya pula. Kesedaran bermula daripada anda sendiri. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat penting kerana rakyat di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh kita di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduanlah merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini. Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu nikmat kurniaan Tuhan yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup dalam kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat ini mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Oleh itu, untuk mencapai matlamat 17

perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020. Pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 55 tahun kemerdekaan akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

18

RUJUKAN

1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=re_02.htm

2. http://melayumaya.blogspot.com/2012/09/tiga-cabaran-perpaduan-dan-integrasi.html

3. http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2013/02/model-perpaduan-kaum-di-malaysia.html

4. http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20120924/re_03/Wasiat-Dr-Mahathir-demiperpaduan-Melayu

5. http://www.bharian.com.my/articles/MindaPengarang_PeringatanSeriPadukatentangper paduanuntuksemua/Article/

6. http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab09.pdf 7. http://www.scribd.com/doc/63179251/Masalah-Cabaran-Perpaduan-Kaum 8. http://www.slideshare.net/ChinWei1/usaha-dan-strategi-yang-diambil-oleh-kerajaanbagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-inter 9. Abdul Halim Ramli (Prof Madya) Hubungan Kaum: Sejarah dan Asas Perpaduan (2009)

21

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnianya dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik yang diberikan oleh pensyarah. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami dan anak-anak yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian di bawah program PPG ini. Bukan mudah untuk saya menbahagikan masa antara untuk belajar, bekerja sebagai guru, suri rumah, isteri dan ibu kepada anak -anak tersayang. Saya amat berharap agar pengorbanan ini disusuli dengan kejayaan yang manis. Saya amat menghargai dan bersyukur dengan apa jua keadaan dan situasi malah saya akan menganggap ianya sebagai salah satu cabang kejayaan. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah, Encik Hamdan Bin Misram di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini. Subjek Hubungan Etnik ini lebih kepada sejarah Perlembagaan Malaysia. Tetapi, implikasi daripada sejarah inilah wujudnya keharmonian di Malaysia. Sewaktu pengajaran subjek ini, pemahaman dan pendekatan terhadap sejarah kehidupan masa sebelum merdeka dan selepas merdeka memberi banyak makna dalam kehidupan kita pada masa kini. Apa pun ia memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya hidup bermasyarakat dalam pelbagai kelompok kaum. Perpaduan yang dicapai hari ini perlulah diteruskan untuk generasi yang akan datang. Saya suka subjek ini sebab ia memberi peluang kepada kita untuk menyuarakan pendapat di samping memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan untuk menjawab kertas kerja. Penerangan yang baik dari pensyarah juga memberi kesan kepada pelajar untuk memahami intipati yang disampaikan. Apa pun , yang tidak dapat saya lupakan ialah 'tiada jawapan yang salah kecuali final exam' itulah yang sering kali diucapkan oleh pensyarah yang membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri membuka minda lebih luas dalam mempelajari subjek hubungan etnik ini. 19

Melalui mata pelajaran ini juga banyak memberi pengetahuan tentang kepelbagaian etnik yang ada di negara kita dengan cara hidup yang tersendiri dan unik. Selain daripada itu ia juga mengajar kita betapa pentingnya mengamalkan sikap perpaduan sesama kaum. Perpaduan yang utuh akan menjamin kesejahteraan hidup dan menjadikan sesebuah negara itu membangun dengan pesatnya. Malah secara tidak langsung ia akan membuka mata Negara lain untuk mencontohi Negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya rasa bertuah kerana tinggal dalam Negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan aman dan damai. Semua ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama. Kestabilan dan keharmonian yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dating dari kelemahan saya sendiri. Wassalam. Disediakan oleh SAIYAH BINTI ACHIL PPG BM D SEM 3 AMBILAN FEBRUARI 2012 NO MATRIKS: PPG 2012191360070

20

PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat saya menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ini. Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi kursus WAJ 3106 Hubungan Etnik dalam Program PPG Semester ke 3 ini. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Hamdan Bin Misram, Jabatan Sains Dan Sosial, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur iaitu pensyarah bagi kursus ini yang telah memperkenalkan dan memberi bimbingan kepada saya melalui modul yang dibekalkan. Ternyata ianya amat berfaedah kepada saya dalam mempertingkatkan pengetahuan dan secara tidak langsung membantu diri saya dalam usaha memperlengkapkan diri sebagai pendidik.Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Izzat Bin Abdullah selaku tutor di atas kerjasama, bimbingan serta teguran beliau sehingga tugasan ini selesai disiapkan mengikut masa yang ditentukan. Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi sumbangan berupa idea dan bahan-bahan rujukan serta bahan-bahan ilmiah berkaitan sebagai rujukan untuk melengkapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya amat berharap semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat serta sumbangan kepada pihak yang membacanya. Semoga Allah s.w.t menjadikan semua ini sebagai ilmu yang bermanfaat buat saya. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran yangberlipat ganda buat anda semua serta beroleh keberkatan-Nya.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai