Anda di halaman 1dari 33

SKPD 1013 Pengantar

Sains Sosial

Konsep-konsep Asas Sains Sosial (1)


Objektif ahli-ahli sains sosial ialah mengkaji dan
memahami manusia, masyarakat dan budaya,
khususnya corak kehidupan manusia dan berbagai
fenomena sosial yang berkaitan dengan kehidupan
manusia.
Satu ciri utama fenomena sosial ialah sifat
kolektifnya.
Fenomena sosial dikatakan bersifat kolektif kerana
fenomena sosial adalah berkenaan dengan kehidupan
kelompok-kelompok manusia (human groups and
collectivities), khususnya, segala aspek yang
berkenaan dengannya.
Oleh itu, kuliah ini bertujuan untuk memperkenalkan
beberapa konsep asas yang menerangkan sifat
kolektif fenomena-fenomena sosial – konsep-konsep
itu berperanan sebagai alat analitikal (analytical
tools) untuk kajian fenomena sosial.

Konsep - ialah perkataan atau beberapa perkataan


yang menerangkan satu idea umum (generalised
notion) mengenai sifat sesuatu benda, kejadian atau
fenomena, atau tentang hubungan di antara
fenomena-fenomena. Konsep merupakan satu cara
untuk mengaturkan berbagai jenis fenomena empiri.
Ia berperanan penting dalam proses menghasilkan
generalisasi dan membina teori.
Contoh konsep-konsep - masyarakat, komuniti,
budaya dan kebudayaan, sistem sosial, struktur
sosial, peranan sosial, institusi sosial, dan organisasi
sosial.

Ada konsep-konsep lain yang menerangkan proses-


proses yang dialami oleh kelompok manusia semasa
perkembangan kehidupan mereka – contoh proses-
proses ialah sosialisasi, mobiliti sosial, konflik
sosial, stratifikasi sosial, perubahan sosial,
perubahan budaya dan interaksi sosial.
Masyarakat

Satu kelompok besar masyarakat yang mana ahli-


ahlinya hidup saling berhubungan dan saling
bergantungan berasaskan kepada satu budaya
tertentu.
Semua ahli dalam kelompok manusia itu dikatakan
mempunyai dan mengamalkan satu budaya yang
sama, atau dalam kata lain, ia adalah satu “system of
interrelationships which connects together the
individuals who share a common culture”.
Masyarakat dibezakan dari komuniti dari segi jenis
hubungan sosial dan susunan sosial yang diamalkan .
Ferdinand Tonnies kemuka dua konsep khas untuk
membezakan konsep masyarakat dari konsep
komuniti, iaitu “gemeinschaft” and “gesellschaft” –
namun, kedua bentuk ini hanyalah ideal-type
constructs

“Gesellschaft” atau masyarakat - kelompok manusia


yang mana ahli-ahlinya mempunyai hubungan sosial
yang lebih specific, impersonal dan instrumental;
hubungan yang lebih bersifat secondary dan hanya
melibatkan sebahagian dari individu dalam
kelompok manusia berkenan, ada ikatan sosial yang
lebih bercorak sukarela, contractual dan berdasarkan
kepada kepentingan diri sendiri.
Komuniti

Sekelompok manusia yang umumnya lebih kecil


yang mana kebanyakannya ahli-ahlinya berinteraksi
secara langsung.

“Gemeinschaft” atau komuniti - Kelompok


manusia yang mempunyai hubungan sosial yang
bersifat primary yang rapat dan bersemuka;
hubungan yang berasaskan kepada ikatan
kekeluargaan dan ikatan persahabatan yang rapat.
Gemeinschaft merujuk kepada masyarakat
pra-industri

Gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang


telah mengalami proses perindustrian, oleh
itu.

Peralihan daripada gemeinschaft ke


gesellschaft selalunya dikaitkan dengan
perindustrian
Budaya dan kebudayaan

Ahli-ahli dalam kelompok manusia mempunyai dan


mengamalkan budaya yang tertentu dan khusus
kepada kelompok itu.

Ringkasnya, budaya bermaksud segala aspek cara


hidup sesuatu kelompok manusia.

Mengikut Hunt dan Colander (1993, hlm. 110),


budaya ialah “the total pattern of human behaviour
and its products embodied in thought, speech, action,
and artefacts and dependent on the capacity for
learning through the use of tools, language, and
systems of abstract thought”.
Budaya juga bererti semua nilai, norma dan
kebendaan yang mencirikan sesuatu kelompok atau
masyarakat.

Mengikut Giddens, budaya adalah “the values,


norms, and material goods characteristic of a given
group…no culture could exist without a society.But
equally, no society could exist without a culture”.

Budaya ialah satu konsep yang sering digunakan


dalam sains sosial, terutamanya dalam sosiologi dan
antropologi.
Bagi ahli antropologis Edward Tylor, aspek-
aspek budaya termasuk ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-
undang, adat resam dan kebolehan dan
kebiasaan yang diperolehi anggota-anggota
dalam masyarakat itu.

Cara hidup itu diwarisi manusia dari satu


generasi ke generasi yang lain melalui proses
pembelajaran.
Budaya merangkumi aspek kebendaan dan aspek
bukan kebendaan.

Aspek kebendaan atau “artifact” ialah apa saja


ciptaan manusia yang mempunyai bentuk-bentuk
tertentu seperti alat kesenian, senjata memburu,
perkakas memasak, bentuk rumah, kenderaan dan
lain lain.

Aspek bukan kebendaan merangkumi segala ciptaan


manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan,
adat resam, undang-undang dan sebagainya.
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan; akan
tetapi kebudayaan sesuatu masyarakat berbeza
dengan kebudayaan masyarakat lain.

Namun begitu, terdapat persamaan kebudayaan di


antara masyarakat-masyarakat itu segi bahasa, objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan,
nilai, kesenian.

Dalam kata lain, setiap masyarakat akan mempunyai


ciri-ciri kebudayaan yang dianggap ciri kebudayaan
sejagat atau pola kebudayaan sejagat.
Sistem sosial

Sesuatu kelompok manusia, samada masyarakat atau


komuniti, juga boleh dianggap satu sistem sosial
apabila kelompok manusia atau masyarakat itu
mempunyai pelbagai rol sosial yang dimainkan oleh
ahli-ahli masyarakat dan yang membenarkan mereka
berinteraksi atas dasar nilai, norma dan matlamat
yang sama.
Satu sistem sosial boleh mengandungi sekurang-
kurangnya dua rol sosial yang berinteraksi (e.g.
suami dan isteri), atau banyak rol sosial.
Ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat atau komuniti
boleh memainkan beberapa rol sosial pada masa
yang sama.
Peranan sosial (rol sosial/social role)

Satu pola kelakuan jangkaan (expected behaviour)


yang berkaitan dengan status atau kedudukan sosial
seseorang dalam sesuatu kelompok manusia, cthnya,
pelajar, pensyarah, ibu, bapa, anak, doktor,
pembantu rumah, dsb semuanya mempunyai rol-rol
sosial yang tertentu dan dijangkakan.

Peranan atau rol sosial ialah kelakuan yang


dijangkakan.

Rol sosial berkait dengan status atau kedudukan


dalam masyarakat atau kelompok manusia.
Peranan atau rol sosial hanya kelakuan yang
dijangkakan dan tidak semestinya diterima oleh
semua anggota masyarakat.

Setiap individu dalam masyarakat mempunyai


banyak status dan memainkan rol sosial yang
berlainan (multiple roles) pada masa yang sama.

Konflik rol berlaku apabila wujud pertentangan di


antara dua atau lebih rol yang dimainkan oleh
seseorang individu.
Struktur sosial

Para pengkaji sains sosial boleh mengkaji sesuatu


kelompok manusia dengan melihat kelompok itu
sebagai dibentuk oleh pelbagai struktur sosial.

Struktur sosial merujuk kepada penyusunan unsur-


unsur, atau unit-unit (cth. sub-sistem, jenis
organisasi dan institusi) dalam masyarakat atau
kelompok manusia berkenaan.

Struktur sosial adalah berkenaan dengan susunlapis


dalam masyarakat, atau bentuk masyarakat.
Unsur-unsur yang disusun itu boleh dilihat
sebagai rol-rol atau peranan-peranan sosial,
atau kedudukan-kedudukan.

Oleh itu, struktur sosial boleh dilihat sebagai


susunan rol-rol atau peranan sosial, atau
kedudukan-kedudukan.
Rol-rol atau kedudukan-kedudukan itu disusun
mengikut kuasa, kekayaan dan status (darjat), dsb. -
sebagai contohnya, dalam struktur sosial
kekeluargaan itu, terdapat susunan yang berasaskan
status-status seperti peranan yang dimainkan oleh
seorang ibu, bapa, anak, anak saudara, bapa saudara
dan sebagainya, atau dalam struktur mana-mana
organisasi swasta atau awam, susunan berasaskan
kedudukan seperti pengarah, eksekutif, akauntan,
pengurus, kerani dsb.

Oleh itu, ada struktur formal dan struktur informal.


Struktur formal - struktur yang berasaskan
kedudukan formal dalam organisasi, katakan
kedudukan dan pangkat dalam sesebuah organisasi –
struktur ini boleh dilihat seperti carta struktur
organisasi, dsb.
Struktur informal - struktur yang berasaskan kepada
hubungan bersifat informal atau peribadi, iaitu
hubungan kekeluargaan dan kekerabatan,
perkahwinan, persahabatan, hubungan persekolahan
(school ties), dan sebagainya.
Rol-rol itu berhubungan dan membentuk rangkaian
hubungan sosial dalam masyarakat itu – jadi,
struktur sosial juga merujuk kepada elemen-elemen
yang saling berkait dan tersusun dalam sesuatu
kelompok manusia atau masyarakat.
Rangkaian hubungan itu sebenarnya memperlihatkan
pola-pola tingkah-laku tertentu yang teratur,
berkekalan dan stabil.

Struktur sosial - satu rangkaian kompleks hubungan


sosial yang wujud dalam sesuatu masyarakat
berasaskan kedudukan dan peranan-peranan atau rol
sosial tertentu - pandangan ini dikemukakan oleh
ahli antropologis A.R. Radcliffe-Brown.
Struktur sosial - sesuatu yang bukan jitu atau konkrit
dan tidak dapat dilihat, tetapi suatu model
masyarakat dan alat analitikal (analytical tool) yang
dibina atau diwujudkan oleh para pengkaji untuk
tujuan kajian masyarakat berkenaan, jadi struktur
sosial adalah analytical construct pada pandangan
setengah pengkaji – struktur informal biasanya
adalah analytical construct kerana struktur jaringan
sosial hanya boleh dibina dan dikaji dengan teliti
oleh pengkaji dalam usaha kajian mereka.
Konsep dan idea struktur sosial berguna dalam
kajian masyarakat kerana ia secara sistematiknya
dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai
keadaan masyarakat yang dikaji, seperti mengenai
pola-pola tingkah laku manusia dalam kehidupan
sosial mereka.
Institusi sosial

Dalam sesuatu kelompok manusia, masyarakat atau


komuniti, terdapat cabang-cabang kehidupan utama
di mana setiap cabang mempunyai tradisi, nilai,
peraturan dan adat resam mereka yang tersendirinya.

Cabang-cabang kehidupan itu digelar institusi-


institusi sosial - institusi ekonomi, institusi politik
dan pemerintahan, institusi perkahwinan, institusi
keluarga dan kekerabatan, insitusi agama dan
kepercayaan, institusi pendidikan, institusi undang-
undang dan sistem keadilan, institusi pertahanan,
institusi perubatan dan kesihatan.
Tradisi, peraturan dan adat resam dalam setiap jenis
institusi sosial mempengaruhi perlakuan dan proses
interaksi anggota masyarakat secara umumnya, dan
khususnya ahli-ahli masyarakat yang berkaitan
dengan insitusi sosial yang berkenaan – pengaruh itu
kelihatan ketika ahli-ahli masyarakat itu melakukan
kegiatan secara berorganisasi dan menentukan rol
(peranan dalam masyarakat) dan kedudukan mereka
dalam sistem susunlapisnya dalam institusi
berkenaan khususnya, dan dalam masyarakat
umumnya.
Oleh itu, pendeknya, satu institusi sosial bermaksud
suatu sistem (cabang) yang menunjukkan peranan
sosial (atau rol sosial) dan norma tertentu yang
saling berkait yang telah disusun untuk memenuhi
kehendak atau fungsi sosial tertentu.

Dalam setiap jenis institusi sosial ada norma-norma


dan nilai sosial tersendiri - misalnya, dalam institusi
politik, terdapat norma-norma sosial yang
menentukan tingkah laku yang diterima bagi peranan
seorang perdana menteri, ahli dewan rakyat, pihak
pembangkang dan lain-lain orang yang terlibat
dalam perhubungan politik itu.
Institusi sosial merujuk kepada prosedur
kelompok “menyediakan peraturan perjalanan
masyarakat”.

Prosedur kelompok itu adalah “tatacara atau


kaedah yang diterima oleh ahli masyarakat
sebagai sesuatu yang wajar, sah dan mantap
dalam melakukan sesuatu”.
Sesuatu institusi sosial juga berkait rapat dengan
institusi-institusi sosial lain, sebagai contohnya,
institusi pendidikan berkaitan dengan institusi
politik, keluarga, undang-undang dan sebagainya –
pihak-pihak yang terlibat ialah pihak kerajaan,
keluarga para penuntut, undang-undang mengenai
sistem pendidikan dan sebagainya.

Dalam setiap institusi, ada pelbagai jenis organisasi-


organisasi sosial.
Organisasi Sosial

Anggota-anggota dalam kelompok manusia,


samada masyarakat atau komuniti,
menubuhkan berbagai organisasi sosial.

Organisasi sosial - perkumpulan jitu anggota-


anggota suatu masyarakat.
Organisasi sosial juga mengambarkan proses
bagaimana anggota-anggota masyarakat
berinteraksi.

Organisasi sosial ialah perkumpulan manusia


yang jitu dan tersusun, dan berasaskan proses
interaksi dan aktiviti yang tertentu yang juga
jitu dan disusun mengikut susunan yang
saling berkait.
Proses perkumpulan dan interaksi berasaskan kepada
struktur rol dan kedudukan yang sedia ada dan yang
bersesuaian dengan aturan dan kehendak yang
ditetapkan oleh institusi-institusi sosial yang terdapat
di masyarakat berkenaan.

Mengikut Raymond Firth, organisasi sosial juga


boleh dilihat sebagai susunan kerja sesuatu
masyarakat.

Organisasi sosial mempunyai matlamat-matlamat


yang secara sosialnya telah pun ditentukan.
Norma sosial

Norma-norma sosial iaitu peraturan-peraturan yang


menentukan tingkah-laku manusia dalam sesuatu
kelompok manusia, tidak kira masyarakat ataupun
komuniti.

Peraturan-peraturan itu samada boleh membenarkan


sesuatu tingkah-laku atau melarang tingkah-laku itu.
Manusia dalam masyarakat berkenaan
mematuhi norma-norma sosial yang terdapat
dalam masyarakatnya, dan ketidakpatuhan
pada norma-norma itu akan mengakibatkan
orang yang berkenaan dikenakan “informal
disapproval” ataupun dihukum secara formal
iaitu hukuman bersifat fizikal.
Nilai

Nilai-nilai sosial ialah ide-ide yang dipegang oleh


individu dalam kelompok manusia itu yang
berkenaan dengan perkara yang dianggap sempurna,
baik atau tidak baik.

Nilai yang berbeza-beza mengambarkan kebudayaan


yang berbeza-beza.

Nilai seseorang individu dipengaruhi kuat oleh


kebudayaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai