Anda di halaman 1dari 51

BAB DUA

SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN FALSAFAH LIBERALISME DAN


JARINGAN ISLAM LIBERAL

2.0. PENDAHULUAN

Dalam bab ini penulis membincangkan mengenai sejarah perkembangan aliran

liberalisme unsur-unsur fahaman Liberalisme, sejarah kemunculan aliran pemikiran

Jaringan Islam Liberal, para tokoh JIL, empat agenda JIL, analisis keempat-empat

agenda JIL menurut perspektif Islam dan Kesimpulan.

2.1. SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN LIBERALISME

Fahaman liberalisme telah muncul pada abad ke 14, dan telah memberi pengaruh

yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya setelah tercetusnya Revolusi

Perindustrian pada abad ke-18. Di samping itu, liberalisme juga menjadi salah satu

ideologi yang utama kepada hampir seluruh negara maju di Barat pada masa itu.1 Dalam

masa yang sama idea-idea liberalisme sama ada dalam bidang politik, budaya, ekonomi

mahupun sosial telah dipraktikkan oleh kebanyakan negara melalui beberapa peringkat

revolusi.

Negara England merupakan negara pertama yang menganut fahaman liberalisme

dalam sistem politik negara ekoran daripada tercetusnya perang saudara pada tahun

1642 M. Perang Saudara tersebut tercetus disebabkan kerana ketidakpuasan hati para

ahli parlimen pada ketika itu terhadap kuasa mutlak Charles. Sewaktu pemerintahan

1
Mohamad Kamil Ab Majid, (2008). Kertas Kerja yang bertajuk“Aliran Pemikiran Islam antara
Konservatisme dan Liberalisme”. Seminar Isu-isu Liberalisme di Dunia Islam anjuran Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan dan Jabatan Mufti Perlis di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala
Lumpur pada 14 Ogos 2008.
27
Raja Charles 1 lagi berlakunya pemusatan kuasa di bawah kekuasaan Raja namun

penentangan secara terbuka terhadap kuasa politik raja hanya berlaku selepas zaman

pemerintahan Oliver Cronwell dan Raja Charles 1 iaitu anak Raja Charles melalui

Revolusi Inggeris 1688.2

Ekoran itu, sistem pemerintahan yang mengiktiraf kuasa dan peranan parlimen

serta negara berjaya dibentuk di England. Justeru, negara England telahpun menjadi

sebuah negara moden yang menggunapakai fahaman politik liberalisme seperti

demokrasi dan dicemburui oleh negara lain dalam abad ke 18. Selain itu, berikutan

kejayaan negara Amerika membebaskan diri daripada cengkaman kuasa penjajahan

Inggeris melalui Revolusi Amerika Syarikat pada tahun 1776 M juga telah membawa

fahaman liberalisme untuk dipraktikkan di dalam sistem politik Amerika.

Perkara sedemikian dapat disaksikan dengan kenyataan-kenyataan yang

dimuatkan ke dalam Deklarasi Kemerdekaan Amerika pada tahun 1776 M yang

menyatakan bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Pencipta dan setiap individu

dianugerahkan hak-hak semulajadi yang tidak boleh disekat antaranya termasuklah hak

untuk hidup, kebebasan dan hak-hak untuk mengejar kebahagiaan.3

Seterusnya, dunia turut menyaksikan Revolusi Perancis pada tahun 1789 M

ekoran daripada kejayaan pembentukan kerajaan Amerika yang turut menjadi inspirasi

kepada Perancis.4 Fahaman liberalisme di Perancis dapat dilihat dengan berlakunya

penentangan terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan

bangsawan termasuk paderi yang menikmati pelbagai hak dan keistimewaan negara.

Sementara itu, dengan adanya rangsangan daripada golongan Englightenment Perancis

seperti Voltaire, Jean Jacques Rousseau dan Montesquieu dalam memperjuangkan hak

2
Andrew Gamble (1985), An Introduction To Medern Social And Political Thought. London: Mac
Milland Education Ltd, h.67
3
_____________, (1994). Dictionary of Modern Politics. London: Cassel Publishers Limited, h.174
4
G.M Spencer (1986), Time Handbook of Modern Politics. Singapore: Federal Publications, h. 187
28
semulajadi manusia. Oleh yang demikian, parlimen Perancis telahpun meluluskan

Pengistiharaan Hak-Hak Manusia dan Warganegara pada tahun 1789.5

Fahaman liberalisme dapat dilihat melalui pengisytiharaan tersebut di mana

telah meluluskan bahawa setiap individu haruslah mendapat hak yang sama

berdasarkan undang-undang dan bakat seseorang. Di antara hak-hak tersebut ialah

kebebasan bersuara, berpolitik dan berharta. Justeru, revolusi ini telah berjaya

melahirkan masyarakat Eropah yang bersikap terbuka berdasarkan konsep toleransi,

kebebasan, perlembangaan dan tidak lagi dikongkong oleh gereja.6 Sehubungan itu,

penekanan juga diberikan kepada tiga prinsip utama iaitu kebebasan peribadi,

persamaan dan persaudaraan yang telah menjadi prinsip asas dalam fahaman

liberalisme.7

Seterusnya, fahaman liberalisme ini terus berkembang dan berdiri kukuh

berikutan penggunaan istilah liberalisme sebagai falsafah dalam bidang politik pada

abad ke-18, walaupun pada mulanya falsafah liberalisme ini muncul pada abad ke-16

lagi. Ahli falsafah yang muncul pada waktu itu dan bertanggungjawab dalam

memperjuangkan falsafah liberalisme tersebut antaranya ialah John Locke (1634-1704),

Immanuel Kant (1724-1804), Adam Smith (1723-1790), Thomas Paine (1737-1809),

Benjamine Costant (1767-1830), James Madison (1751-1836), Jeremy Bentham (1748-

1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). 8

Tidak kurangnya falsafah liberalisme dalam bidang ekonomi. Kemunculan

liberalisme dalam bidang ekonomi dilihat cuba untuk mengetengahkan idea free-

enterprise, laissez-faire dan kapitalisme. Bagi golongan liberalisme ekonomi, falsafah

5
Ruggiero, Guido de (1927), The History of European Liberalisme, Oxford:Oxford University, h.4-13.
6
Ibid, dan lihat juga Sivachandralingam Sundara Raja (2002), op.cit., h.169
7
Andrew Gamble (1985), op.cit., h.101.
8
Khalif Muammar (2006). op.,cit, h.75
29
utama yang didokong oleh mereka hanyalah bebas daripada campurtangan kerajaan

pemerintah dalam bidang ekonomi.9

Walaupun fahaman liberalisme kelihatan lebih mendominasi dalam bidang

politik dan ekonomi sehingga melahirkan revolusi Perancis dan Amerika, namun ianya

tetap mengalami perkembangan seiring dengan kelahiran pemikir-pemikir liberalis yang

muncul selepas John Locke. Menurut John Stuart Mill fahaman liberalisme yang

mendokong kebebasan ini tidak hanya terhad kepada kepentingan kebebasan politik dan

ekonomi semata-mata tetapi turut memberi penekanan kepada aspek individualisme10

dan moral11. Manakala J. Laski, Harold berpendapat bahawa aspek sosial turut

menjadi perhatian dalam fahaman liberalisme12.

2.2. Unsur-unsur liberalisme

Fahaman liberalisme yang difahami sebagai fahaman yang memberikan

kebebasan ini bukanlah suatu ideologi yang boleh bertahan dengan sendirinya tanpa

unsur-unsur atau sifat-sifat lain yang menyokongnya. Di sini penulis akan menerangkan

mengenai idea-idea liberalisme.

2.2.1. Sekularisme

Sekularisme dari sudut bahasa lebih hampir kepada sesuatu yang bersifat

keduniaan serta terpisah daripada nilai-nilai agama. Dari segi istilah pula,

sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan

daripada urusan keagamaan (keakhiratan). Ia meninggalkan peranan agama dan

9
Harold J.Laski (1936). op.cit, h.21-29.
10
Wolff, Robert Paul(1968). The Poverty of Liberalism, United States of America:Beacon Press, h.4-5.
11
Ibid, h.4.
12
Laski, Harold J, (1930). Liberty in The Modern State, London:Ruskin House, h.135-145.
30
Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia.13 Lahirnya falsafah sekularisme yang

cuba memisahkan aspek keduniaan dan kerohanian inilah maka munculnya

falsafah-falsafah lain yang mula menuntut mengenai kebebasan, tidak kiralah

kebebasan dari apa jua aspek sekalipun.14

Harvey Cox15 berpendapat, sekularisasi yang membebaskan manusia dari

didikan agama ini sememangnya menjadi keharusan untuk dipegang oleh

masyarakat kristian kerana lahirnya sekularisasi juga adalah ekoran daripada Bible

itu sendiri. Maka sememangnya menjadi tanggungjawab masyarakat Kristian untuk

menyokong dan mempertahankan sekularisme yang merupakan pendokong kepada

sekularisasi.16

Berikutan itulah golongan sekularisme ini meletakkan hak dan kebebasan

individu tanpa campurtangan agama sebagai dasar pegangan. Hal ini contohnya

yang berlaku di negara Amerika Syarikat.17 Dalam masyarakat sekular ini agama

tidak ditolak sama sekali, tetapi agama harus mengikut kehendak masyarakat.18

Dalam erti kata lain corak agama ditentukan oleh kehendak manusia dan manusia

bebas mencorakkannya mengikut citarasa masing-masing. Oleh kerana berpegang

kepada konsep sekularisasi inilah maka munculnya pelbagai ideologi lain

mengikut kebebasan masing-masing.

13
Muhammad Qutb, (1983). Madhahib Fikriyyah al-Mu‟asyarah. Kaherah: Dar al-Syuruq, h. 11
14
Laski, Harold J (1936), op.cit, h.67.
15
Merupakan penulis buku The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective.
Buku ini merupakan Best Seller di Amerika Syarikatdengan lebih 200 ribu naskah terjual dalm rempoh
kurang dari setahun. Buku ini merupakan karya utma yang menarik perhatian masyarakat kepada isu
sekularisasi. Tidak dinadikan juga bahawa buku ini banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam
terutamanya golongan berpemikiran Islam Liberal.
16
Harvey Cox (1967), The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective,
The Macmillan Company :New York, h.15.
17
Adian Husaini (2005), op.cit, h.10.
18
Ibid, h.15.
31
2.2.2. Kebebasan Mutlak

Kebebasan mutlak merupakan unsur kepada fahaman liberalisme.19 Hal ini

dapat dilihat daripada pendefinisian dan fahaman golongan barat terhadap

kebebasan. Bagi golongan barat kebebasan adalah segalanya. Pelbagai definisi

diberikan kepada kebebasan namun tidak dapat dinafikan bahawa semua definisi

yang diberikan jelas menuntut kepada kebebasan mutlak yang tiada sebarang ikatan

dengan mana-mana pihak. Berikut adalah antara definisi kebebasan yang diberikan:

“ Tuhan telah memberikan kebebasan kepada manusia untuk


mentafsirkan atau menemukan hukum tuhan dengan akal dan
pancaindera. Maka secara tabii manusia memiliki kebebasan
mutlak untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai
tanpa memerlukan persetujuan orang lain”20-John Lock

“kebebasan secara umumnya tiada halangan untuk


merealisasikan keinginan”21-Betrand Russel

Justeru lahirlah kebebasan di dalam pelbagai aspek yang melibatkan

sosial, ekonomi, politik, hak asasi, individu, agama,moral dan sebagainya.22

2.2.3. Rasionalisme:

Rasionalisme lebih dikenali sebagai sikap atau pemikiran yang

mempercayai bahawa kepercayaan agama seharusnya ditolak jika ia didirikan tanpa

asas rasional atau suatu komitmen yang kuat kepada ketaakulan dan menentang

19
Anthony Arblaster, (1984). The Rise and Decline of Western Liberalism, New York :Basil Blackwell,
h. 56 lihat juga Laski, Harold J(1930), Op.cit, h.80.
20
John Locke (1960), The Second Treatises of Government , Cambridge:Cambridge University Press,
h.287.
21
Khalif Muammar (2005), op.cit, h.46.
22
K.Bertens (2006), Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi. Cet.2, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
h.69-84.
32
sebarang bentuk kepercayaan, prejudis, cara hidup ataupun apajua pegangan yang

dianggap tidak rasional23.

Maka seorang rasionalis adalah seorang yang mengunakan akal fikirannya

secara maksimum beserta keyakinan bahawa akal fikirannya itu mampu

menemukan kebenaran yang hakiki24. Menurut mereka lagi rasa (sense) dan

pengalaman tidak dapat memberikan kepada manusia suatu pertimbangan yang jitu

dan benar secara universal.Hal ini jugalah yang didokong oleh golongan liberal

yang merupakan unsur kepada liberalisme.25

Locke umpamanya yang berpegang bahawa rasional adalah kayu pengukur

tertinggi dalam kehidupan manusia. Walaupun Locke dikatakan seorang yang

berpegang kepada wahyu namun beliau tetap meletakkan akal lebih tinggi dari

segalanya. Hal ini mungkin kerana Locke melihat bahawa agama hanya relevan

apabila ia tunduk kepada pentafsiran kajian empirik dan akal yang rasional.26

2.2.4. Demokrasi liberal

Demokrasi menurut kamus dewan pemerintahan oleh rakyat atau wakil

yang dipilih di dalam pilihanraya dengan sistem berparlimen yang dijalankan

secara perwakilan. Selain itu ia juga merupakan unit sosial atau politik yang pada

dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya dan juga dikatakan sebagai keadaan

23
Ahmad Sunawari Long (2006). Sejarah Falsafah. Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
h 36.
24
Ghazali Darusalam, (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, h 95.
25
Laski, Harold J(1936), op.cit, h.70.
26
Khalif Muammar (2006), op.cit, h.77.
33
sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.27 Akan tetapi yang menjadi

permasalahannya di sini ialah apabila sistem demokrasi yang diperjuangkan

mencapai tahap yang ekstrim sehingga ianya boleh membawa kepada kesan yang

buruk kepada orang ramai.

Sistem Demokrasi liberal ini dikatakan telah lahir pada abad ke-20

berikutan kekalahan fahaman komunisme. Pada waktu itu, manusia telah

bersepakat untuk mempraktikkan sistem demokrasi liberal. Dalam masa yang

sama, zaman itu turut dikenali dengan zaman pengakhiran sejarah (The End of

History) yang menaikkan nama Francis Fukuyama bersama sarjanawan yang

terkenal adalah Huntington.28 Maka sistem Demokrasi liberal inilah yang menjadi

salah satu daripada unsur fahaman liberalisme.29

Walau bagaimanapun, sistem demokrasi liberal ini turut menawarkan nilai-nilai

positif kepada umat manusia seperti keterbukaan dalam sistem pemerintahan. Namun

sistem demokrasi liberal barat yang diamalkan ini tetap tidak terlepas daripada

mendapat kritikan-kritikan yang hebat. Oleh itu, Sistem demokrasi liberal bukan

sekadar menawarkan nilai-nilai yang positif tetapi ianya juga turut mempunyai

kelemahan-kelemahan antarabangsa yang fundemantal.30

Dalam sistem ini, ilmu pengetahuan tidak dihargai dengan sebaik mungkin.

Mereka yang berpendidikan tinggi disama kedudukan haknya dengan mereka yang

berpendidikan rendah atau tidak berpendidikan. Oleh itu, dilihat seorang professor, ahli

politik sekalipun tetap mempunyai hak untuk bersuara yang sama dengan seorang rakyat

27
Noresah Baharom (2002), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.287. Lihat
perkataan demokrasi.
28
Adian Husaini (2005), op.cit, h.84-85
29
Anthony Arblaster (1984), op.cit, h.75.
30
Adian Husaini (2005), op.cit, h.84-85.
34
biasa. Manakala seseorang yang taat beragama sama hak untuk bersuara dengan

seseorang yang melakukan kekejaman.31

Lebih malang lagi, sistem demokrasi liberal yang dipraktikkan telah

meninggalkan aspek nilai dan moral yang sebenar. Justeru, bagi pendokong demokrasi

liberal, kebenaran moral ditentukan oleh suara majoriti.32 Selain itu demokrasi liberal

mengharuskan sekularisasi dan sekaligus pluralisme yang tidak membezakan manusia

atas dasar agama namun manusia diperalatkan atas dasar bangsa dan negara.33

Barat sebenarnya telah menyedari bahawa sistem demokrasi liberal tidak dapat

memperjuangkan sepenuhnya segala aspek kehidupan umat manusia, khususnya di

dunia antarabangsa. Walaubagaimanapun, perjuangan ke atas sistem demokrasi liberal

terus diperjuangkan, tetapi ianya cuba dikuasai oleh pihak tertentu kerana masih

bimbang suara ramai tidak dapat menjamin keputusan yang terbaik.

Tambahan pula, ianya dibimbangi kemahuan atau keputusan yang dihasilkan

bertentangan dengan pihak pemerintah. Hal ini jelas terjadi sejak awal berdirinya PBB

pada 24 Oktober 1945 apabila Barat memaksa kekuasaan PBB diserahkan hanya kepada

beberapa negara yang dikenali sebagai “The Big Five” (Amerika Syarikat, Rusia,

Prancis, Inggeris dan China).34

Sekiranya diperhatikan, maka jelaslah bahawa Barat sendiri tidak konsisten

dalam memperjuangkan prinsip-prinsip demokrasi yang kononnya memberi ruang dan

hak yang sama kepada manusia sesuai dengan prinsip equality. Namun dari satu

31
Ibid, h.85.
32
Ibid, h.11.
33
Ibid, h.17.
34
Ibid, h.86.
35
perspektif apa yang dilakukan itu menggambarkan sistem Demokrasi liberal yang pada

praktikalnya mengandungi ideologi hampir sama dengan fahaman Marxisme-Leninisme

yang mendiskrimasi sosial.35

2.2.5. Feminisme

Menurut The Encyclopedia Americana International, istilah feminisme mula

digunakan oleh dramatis Perancis Alexandre Dumas pada tahun 1872 dengan

mengistilahkannya sebagai „gerakan pembebasan wanita/women liberation‟, „emansipasi

wanita‟, „hak wanita‟ dan sebagainya.36 Encyclopedia Feminisme mendefinisikan ia

sebagai doktrin persamaan hak bagi perempuan (gerakan untuk mencapai hak asasi

perempuan).37 Secara tidak langsung ia menjadi unsur kepada gerakan liberalisme.38

Walaupun, gerakan feminisme begitu menonjol pada abad ke-19 dan ke-20

namun, kelahirannya telah lahir sejak zaman sebelum masihi. Seorang tokoh falsafah

barat, Plato telah menganjurkan agar peranan keluarga dan sosial yang ditentukan oleh

jantina dihapuskan. Beliau juga mendesak agar wanita diajar bermain muzik dan

bergimnastik agar dapat ditontoni oleh lelaki.39

Fahaman ini kemudiannya diperkukuhkan di zaman kini oleh John Stuarts Mill

iaitu seorang ahli falsafah dan ekonomi di zaman Victoria di England dan Fredrich

Engels berbangsa Jerman serta berfahaman sosialis.40 Engles mengumumkan bahawa

35
Ibid, h.87.
36
___________, (1970). The Encyclopedia Americana International . Vol. 11. New York: Americana
Corporation, h. 107.
37
Maggie Humm (2002). Encyclopedia Feminisme. Mundi Rohayu (terj.). Yogyakarta: Fajar Pustaka
Baru, h. 158.
38
Ugi Suharto, (2007).op.,cit, h.30.
39
Fazlur Rahman, (1978). Encyclopedia of Seerah, vol. 5, London: Seerah Foundation, h. 513.
40
Maryam Jameela (1976), Modern Technology and the Dehumanizatoin of Man, Majid Abdul Katib
(terj.). Utusan Kiblat, Julai 1976, h.33.
36
perkahwinan merupakan satu perhambaan yang membosankan dan mendesak supaya ia

dimansuhkan serta membuat cadangan bahawa penjagaan anak-anak menjadi

tanggungjawab awam.41

Di Amerika Syarikat, feminisme pada awalnya merupakan perjuangan wanita

untuk menentang perhambaan dan kezaliman suami, menentang minuman keras,

berjuang memiliki hak yang sah dalam perkahwinan dan mendapat gaji yang sama

dengan lelaki. Akhirnya ia menjadi lebih radikal apabila menyedari tentang

kepentingannya untuk perjuangan yang lebih berkesan.42 Dalam The New Encyclopedia

Britannica menyebutkan wanita Barat sedikit demi sedikit mendapat hak berpolitik

seperti di New Zealand, Australia, Finland, Norway, Great Britain Soviet Union dan

Amerika Syarikat.43

Manakala feminisme di Mesir pula muncul pada permulaan abad ke-21.44 Wanita

golongan pertengahan dan atasan telah menyedari manfaat kemodenan dan

kemungkinan kehidupan baru untuk diri mereka tidak sama seperti yang dinikmati oleh

golongan lelaki. Feminisme ini menyuarakan hak-hak wanita dengan membincangkan

hal-hal yang berkaitan dengan modenisme Islam dan nasionalisme Sekular. Tokoh-tokoh

feminisme Mesir di peringkat awal ialah Aisha El-Taimuriya, Warda El-Yaziji dan

Zainab Fawwaz yang telah mengekspresi kemunculan kesedaran feminise dalam puisi-

puisi, esei, dan cerita-cerita mereka.45 Maka jelas bahawa golongan feminisme yang

berfahaman liberal ini cuba meperjuangkan pelbagai aspek kehidupan yang konon

perlunya menjadi hak wanita.

41
Ibid.
42
Ghazali Darusalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Barat: Ancaman Postmordenisme Terhadap
Umat Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, h. 45.
43
____________, (1994). The New Encyclopedia Britannica. op.cit, h. 731.
44
Indriaty Ismail (2006), op.cit, h. 168.
45
Ibid, h. 169.
37
2.2.6. Hermeneutik

The New Encyclopedia Britanica menyebut bahawa hermenuetik adalah

pengkajian terhadap prinsip-prinsip umum mengenai penafsiran Bible.46 Sehubungan

dengan itu, dikatakan tujuan hermanuetik ini adalah untuk menemukan kebenaran dan

nilai-nilai dalam Bible. Oleh itu, pelbagai model yang digunakan dalam

menginterpretasikan Bible untuk memastikan Bible sesuai dengan makna yang jelas dan

selari dengan kehendak penulis Bible. Selain itu hermaneutik ini juga dipengaruhi oleh

tradisi mistik Yahudi (Kabbala) yang diantaranya mencuba mencari makna –makna

mistis dari angka-angka dan huruf-huruf Hebrew.47

Tambahan dengan kemunculan hermaneutika moden yang dipelopori oleh

Friedrich Schleiermacher (1768-1834) di mana cuba menetapkan semua jenis teks pada

posisi yang sama tanpa memperdulikan apakah teks itu “devine” (dari Tuhan) atau tidak

dan tidak lagi memperdulikan adanya autoriti dalam petafsirannya.48 Selain itu, metode

hermeneutik ini juga jelas menekankan aspek sejarah dan kedudukan penulis teks

tersebut. Justeru hal ini menggambarkan sikap liberal dikalangan pendokongnya.

2.2.7. Pluralisme

Pluralisme di dalam Kamus Dewan di sebut sebagai keadaan yang majmuk,

kemajmukan, keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan,

kepercayaan agama dan sebagainya.49 Maka dapat diketahui bahawa fahaman

46
Ibid.h.169.
47
Ibid, h.290-291.
48
Ibid, h.302.
49
Noresah binti Baharom (2002), op.cit, h.1046. Lihat perkataan pluralisme.
38
pluralisme agama adalah suatu kefahaman terhadap pelbagai agama-agama dan

beragam.50

Selain itu, fahaman Pluralisme agama telah diperkenalkan di Eropah oleh W.C.

Smith dengan nama “universal teology of religion.” Idea ini kemudiannya diteruskan

oleh John Hick dan Hans Kung dan mendapat sambutan yang hebat oleh masyarakat

dunia.51 Manakala bagi golongan liberalis pula fahaman pluralisme agama merupakan

suatu tuntutan yang amat penting bagi memperolehi kerukunan hidup beragama.

Dalam hal ini jelas menjadi unsur kepada liberalisme yang mementingkan toleransi.

Pada hakikatnya, semua agama asalnya berpegang pada eksklusivisme kerana

semua agama secara semula jadinya berpegang kepada fahaman tersebut. Akan tetapi

setelah golongan agama Barat menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk

mempertahankan kebenaran agama mereka secara rasional, maka mereka terpaksa

menyerah kepada gagasan yang dibawa oleh golongan sekular.52

Selain itu, fahaman Pluralisme agama mendapat kedudukan dalam proses

sekularisasi. Justeru, kajian yang bersifat fenomenologi yang diperkenalkan oleh para

sarjana Barat sekular jelas untuk membatasi peranan agama dan menggabungkannya

dengan pengaruh sosio-budaya. Setelah agama diletakkan dalam kerangka budaya maka

ia dengan sendirinya bersifat relatif dan subjektif.53

Di sini penulis dapat merumuskan bahawa semua unsur-unsur yang lahir

daripada fahaman Liberalisme Barat adalah untuk memperjuangkan hak kebebasan

50
Adian Husaini (2005), op.cit, h.21-22
51
Adnan Aslan (1998), Religious Pluralism in Christian and Islamic Philosophy: The Thought og John
Hick and Seyyed Hossein Nasr, Richmond Surrey: Curzon Press.
52
Khalif Muammar (2006), op.cit, h.62
53
Ibid.h, 62
39
dalam semua aspek sama ada teologi, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Secara

umum barat telah meninggalkan ajaran agama dan mereka memilih dengan tidak terikat

kepada ikatan agama.

2.3. PERKAITAN ANTARA JARINGAN ISLAM LIBERAL DENGAN


FAHAMAN LIBERALISME BARAT

Pada tahun 1970 gagasan liberalisasi berkembang di Indonesia yang dipelopori

oleh Nurcholish Madjid. Beliau telah mengemukakan gagasan-gagasan tersebut pada 3

Januari 1970 yang bertempat di Gedung Pertemuan Islamic Research Center, Mentang

Raya, Jakarta. Manakala matlamat gagasan-gagasan tersebut dilancarkan adalah

bertujuan untuk menjalankan proses liberalisasi terhadap agama Islam. Oleh yang

demikian, proses tersebut mengandungi tiga perkara iaitu sekularisasi (secularization),

kebebasan berfikir (freedom of thought) dan gagasan kemajuan ( idea of progress). 54

Seterusnya beliau mentakrifkan proses yang pertama ialah sekularisasi sebagai

suatu bentuk pembebasan terhadap pandangan-pandangan keagamaan yang keliru tetapi

ianya sudah mantap disebabkan pengaruh tradisi. Beliau juga berpendapat bahawa

membela Islam sama dengan membela tradisi. Maka lahirlah kesan bahawa kekuatan

Islam adalah kekuatan tradisi yang bersifat reaksioner.

Justeru, tegasnya inilah sebabnya Islam tidak mampu memberikan jawapan

yang sewajarnya terhadap proses modernisasi. Oleh itu, beliau menyarankan agar proses

sekularisasi menjadi langkah pembebasan sikap mental untuk mempersiapkan diri bagi

menerima proses modernisasi sebagai material, moral mahupun historis.55 Manakala

proses yang kedua ialah proses kebebasan berfikir amat diperlukan bagi melakukan

pengkaji terhadap agama untuk mendapatkan kebenaran secara objektif.

54
Nurcholish Madjid, “Beberapa Renungan tentang Kehidupan Keagamaan untuk Generasi
Mendatang,”Ceramah Budaya di Taman Ismail Marzuki, 21 Oktober. Lihat juga M. Syafi‟I
Anwar,(2006). Op.,cit, h.60
55
Ibid, h.61
40
Selain itu, beliau juga menyeru umat Islam supaya terbiasa dengan berfikir

secara ilmiah, rasional dan kritis terhadap perkembangan keadaan seiring dengan

proses modernisasi. Proses yang ketiga beliau juga berharap agar umat Islam bersikap

terbuka terhadap perubahan melalui proses modernisasi. Seterusnya beliau berharap

supaya umat Islam tidak menolak proses modernisasi. Tegasnya umat Islam mestilah

bersikap kritis dan selektif terhadap proses tersebut dan menggunakan idea-idea yang

baik daripada modernisasi itu sendiri. Beliau juga kesal dengan sikap umat Islam dan

para pemimpin mereka telah menjadi jumud.56

Gagasan liberalisasi yang didokong oleh Nurcholish Madjid telah disahut oleh

para intelektual Jaringan Islam Liberal. Golongan ini ingin menyegarkan kembali

pemahaman Islam dengan menegaskan perlunya suatu pembaharuan yang liberal

dalam pemikiran Islam.57 Ini dapat dilihat daripada kenyataan Koordinator JIL, Ulil

Abshor Abdalla yang telah menegaskan bahawa Islam Liberal dapat menerima bentuk

negara sekular kerana negara sekular boleh membawa kekuatan kebaikan dan

kemaksiatan dengan menyeluruh.58 Golongan ini juga memperjuangkan empat agenda

iaitu sistem politik demokrasi, telorensi agama, emansipasi wanita dan kebebasan

berpendapat.59

Luthfi Assyaukanie telah menjelaskan bahawa fahaman liberal di kalangan

umat Islam ini muncul daripada gerakan kebangkitan Islam sejak awal abad ke-19 di

seluruh dunia Islam. Justeru, pada satu aspek, istilah “ liberal” sendiri bermaksud “

pembebasan” yang menyeluruh. Manakala pada satu sisi, ia bererti pembebasan umat

Islam dari kolonialisme yang mana pada waktu itu sedang menguasai hampir seluruh

56
Ibid,h.61
57
Ahmad Gaus Af, (2005). Op.,cit, h.98
58
Ulil Abshar Abdalla, (2001). Majalah Tempo. Op,cit, h.xxx. sila rujuk http: // www.Islamlib.com.
25/11/2008
59
Luthfi Assyaukanie, (2007). Op.,cit ,h.72
41
dunia Islam. Manakala pada aspek lain, ia bererti pembebasan umat Islam dari fikiran

yang jumud dan fahaman agama yang mengongkong kemajuan.60

Selanjutnya Ulil Abshar Abdalla berpendapat bahawa liberal di kalangan umat

Islam ini adalah merujuk kepada agama Islam yang memberikan kebebasan kepada

individu dan pembebasan daripada sosial politik yang menindas. Liberal ditakrifkan

olehnya dengan dua definisi iaitu kebebasan dan pembebasan. Justeru, beliau percaya

bahawa Islam sentiasa disandarkan dengan kata sifat kerana pada hakikatnya Islam

ditafsirkan secara berbeza-beza mengikut kesesuaian pentafsirnya. Selain itu, beliau

memilih satu tafsiran dan seterusnya kata sifat tersebut disandarkan kepada Islam iaitu

liberal. Maka dengan itu lahirlah istilah “Islam Liberal” dan beliau juga mengasaskan

kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL).61

Kesimpulannya Jaringan Islam Liberal telah terpengaruh dengan fahaman

Liberalisme Barat kerana mereka mahu menegakkan gagasan liberalisasi yang

diperkenalkan oleh Nurcholish Madjid. Di samping itu mereka juga ingin melakukan

pembaharuan yang liberal dalam pemikiran Islam agar Islam dipandang mulia oleh

golongan non muslim dan sebagainya.

2.4. PERKEMBANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL (JIL) DI INDONESIA:

Pada tanggal 9 March 2001 Jaringan Islam Liberal ditubuhkan.62 Ini

diperkuatkan lagi oleh kenyataan saudara Novriantoni yang menyatakan bahawa

Jaringan Islam Liberal ditubuhkan pada tarikh tersebut.63 Dalam masa yang sama

golongan ini melancarkan sebuah laman web yang diberi nama

60
Ibid, h. 61.
61
Budi Handrianto, (2007) .Lima puluh Tokoh Islam Liberal Indonesia Pengusung Ide
Sekularisme,Pluralisme, dan Liberalisme Agama. Cet. 2. Jakarta Timur: Hujjah press, h.265.
62
Nong Darol Mahmada dan Burhanuddin, (2006). Pewaris Pemikiran Pembaruan Islam di Indonesia.
Cet.1. Jakarta Selatan: Jaringan Islam Liberal,h.301
63
Temubual dengan Novriantoni pada hari Khamis 4.12.2008. Pukul 5.30-6.30 ptg, di Pejabat Jaringan
Islam Liberal Jalan Utan Kayu N0 68H. Jakarta.
42
islamliberal@yahoogroup.com yang pada mulanya dianggotai oleh puluhan aktivis

intelektual muda sahaja daripada pelbagai persatuan muslim moderat. Jaringan ini

dianggap sebagai sebuah forum bersama umat Islam moderat bagi mendokong gagasan

mereka mengenai isu-isu sosial keagamaan dari perspektif demokrasi dan pluralisme.

Justeru kemunculan Jaringan ini pada awal tahun 2001 amat bersejarah dengan

menampilkan pandangan golongan muslim moderat melalui media massa. 64

Selain itu, penubuhan jaringan ini juga berkait rapat dengan penentangan

terhadap golongan garis keras seperti Hizbut Tahrir, FPI (Front Pembela Islam ) JI (

Jamaah Islamiyyah) dan sebagainya. Golongan ini juga dianggap sebagai pro kepada

keganasan, kekerasan dan sebagainya.65 oleh itu, jaringan ini juga telah berusaha untuk

tampil ke dalam masyarakat dengan mengadakan sebuah program yang

menghimpunkan pandangan keagamaan yang mencerminkan demokrasi, plural, sensitif

gender dan bermatlamatkan kepada kemajuan. Di samping itu, ianya berusaha

memperlihatkan wajah golongan muslim moderat sebagai sebuah kesatuan.66

2.5.0. Para aktivis Jaringan Islam Liberal

Terdapat beberapa tokoh utama JIL, antaranya:

1. Luthfi Assyaukanie

Beliau merupakan aktivis Jaringan Islam Liberal di Jakarta. Seterusnya beliau

menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda di Fakulti Shari‟ah daripada

Jordan Universiti, Amman Jordan. Kemudiannya beliau menamatkan pengajian

di peringkat sarjana di International Institute of Islamic Thought and

Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur Malaysia dengan berjaya menghasilkan

tesis yang bertajuk Pemikiran Arab Kontemporer. Selain itu, beliau merupakan

64
Nong Darol Mahmada dan Burhanuddin, (2006).op.,cit,h.301
65
Ibid, 302
66
Ibid,h,302
43
pensyarah di Fakulti Sejarah dan Pemikiran Islam di Universiti Paramadina

Jakarta. Sekarang beliau menyambung pengajiannya di peringkat ijazah

kedoktoran di Melbourne Institute of Asian Languages and Societies (MIALS),

daripada University of Melboure, Australia.67

2. Nong Darol Mahmada

Beliau menamatkan pengajian di dalam jurusan Tafsir Hadith Fakulti Usuluddin

daripada UIN Jakarta pada tahun 1998. Beliau kemudiannya menjadi mantan

Imam forum Mahasiswa Ciputat. Seterusnya beliau merupakan aktivis Jaringan

Islam Liberal dan beliau menjadi salah satu koordinator di divisi Pengembangan

Media dan Advokasi daripada ISAI Jakarta. Kini beliau menjawat jawatan

sebagai salah seorang manager di Freedom Institute Jakarta.68

3. Ulil Abshor Abdalla

Beliau dilahirkan di Pati, Jawa Tengah pada 11 Januari 1967M. Seterusnya,

beliau melanjutkan pendidikannya di Madrasah Mathali‟ ul Falah, Kajen, Pati,

Jawa Tengah. Kemudiannya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat

sarjana muda dalam bidang Syariah Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab

(LIPIA).69 Selain itu, beliau merupakan koordinator Jaringan Islam Liberal

Jakarta dan menyandang jawatan direktur program Freedom Institute Jakarta.70

4. Dr Abd Moqsith Ghazali

Beliau mendapat master dari UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Manakala beliau

juga mendapat sarjana Kedoktoran di Universiti yang sama. Di samping itu,

beliau juga menjadi sebagai koordinator kajian Jaringan Islam Liberal Jakarta.

67
Ulil Abshar Abdalla, ( 2005). Op.,cit, h. 287
68
Ibid,h. 288
69
Budi Handrianto, (2007). Op.,cit, h.265
70
Ulil Abshar Abdalla, ( 2005). Op.,cit, h. 290
44
Ia sebagai pensyarah di Universiti Paramadina Jakarta dan Perguruan Tinggi

Ilmu al-Qur‟an (PTIQ), Jakarta.71

5. Hamid Basyid

Beliau merupakan salah seorang aktivis Jaringan Islam Liberal. Selain itu,

beliau merupakan alumni daripada Universiti Islam Indonesia (UII),

Yogyakarta. Kini beliau aktif di Yayasan Aksara dan menjadi penerbit buku

Alfabet, Jakarta dan dalam masa yang sama beliau turut menjadi perintis kepada

penubuhan The Indonesia Institute Jakarta.72

6. Novriantorni

Beliau menamatkan persekolahannya di PP Darussalam Gontor Ponotogo.

Manakala beliau merupakan bekas mahasiswa Universiti al-Azhar dalam

jurusan Aqidah Filsafat. Beliau juga melanjutkan ijazah sarjana dalam bidang

sosialogi di Pascasarjana Universiti Indonesia. Akhir sekali beliau bertugas

sebagai redaktur Jaringan Islam Liberal (JIL), Jakarta.73

7. Muhammad Guntur Ramli

Mantan Aktivis JIL dan Peneliti di P3M Jakarta. Beliau garduan Universiti al-

Azhar di dalam bidang Akidah dan falsafah di Kaherah.Mesir.74

Sesungguhnya terdapat ramai lagi para aktivis JIL yang sedang aktif bergerak

dalam kumpulan ini. Masing-masing berperanan menggerakkan JIL bagi mencapai

objektif penubuhannya.

71
Ibid, h.285
72
Ibid, h.286
73
Ibid, h.288
74
Ibid, h.288
45
2.6.0 PRINSIP-PRINSIP JARINGAN ISLAM LIBERAL

Jaringan Islam Liberal adalah suatu bentuk pentafsiran tertentu terhadap Islam dengan

berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

a. MEMBUKA PINTU IJTIHAD PADA SEMUA DIMENSI

“Aliran pemikiran Jaringan Islam Liberal mempercayai bahawa ijtihad atau

penalaran rasional terhadap teks-teks Islam adalah prinsip utama yang memungkinkan

Islam terus boleh bertahan dalam segala keadaan. Penutupan pintu ijtihad, baik secara

terbatas atau secara keseluruhan, adalah ancaman terhadap Islam itu sendiri, kerana

dengan demikian Islam akan mengalami kehancuran.

Selain itu, Jaringan Islam Liberal mempercayai bahawa ijtihad boleh

diselenggarakan dalam semua segi, baik segi muamalat (interaksi sosial), ubudiyyat

(ritual), dan ilahiyyat (teologi).”75 Golongan ini memandang bahawa penggunaan

ijtihad dalam Ubudiyat memang lebih sempit dibandingkan dengan dua ruang lainnya.

Matlamat yang hendak disampaikan oleh mereka adalah bertujuan supaya umat Islam

boleh terus menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan zaman dan menjadi muslim

yang baik.76

b. MENGUTAMAKAN SEMANGAT RELIGIO ETIK, BUKAN MAKNA


LITERAL TEKS

Konsep Ijtihad yang dikembangkan oleh Jaringan Islam Liberal adalah usaha

untuk mentafsirkan Islam berdasarkan semangat religio-etik (ertinya semangat

beragama) Qur‟an dan Sunnah Nabi. justeru bukan mentafsirkan Islam semata-mata

75
http://www.Islamlib.com. 20/07/2008
76
Suciati. S.Sos, M.Si, (2006). Mempertemukan Jaringan Islam Liberal dengan Majelis Tarjih PP
Muhammadiyah.Cet.1. Yogyakarta: Arti Bumi Intaran,h.49.
46
berdasarkan makna literal sebuah teks. Pentafsiran yang literal hanya akan

melumpuhkan Islam. Oleh itu, melalui penafsiran yang berdasarkan semangat religio-

etik, Islam akan hidup dan berkembang secara kreatif menjadi sebahagian dari

peradaban kemanusiaan yang bersifat universal. 77

c. MEMPERCAYAI KEBENARAN YANG RELATIF, TERBUKA DAN


PLURAL

Jaringan Islam Liberal ini juga berdiri pada gagasan tentang kebenaran (dalam

pentafsiran keagamaan) sebagai sesuatu yang relatif. Ini kerana pentafsiran adalah suatu

kegiatan manusiawi yang terkongkong oleh konteks tertentu; terbuka, kerana setiap

bentuk pentafsiran berkemungkinan salah dan berkemungkinan benar; plural, kerana

pentafsiran keagamaan, dalam satu dan lain cara, adalah cerminan daripada keperluan

seorang pentafsir di suatu masa dan ruang yang terus berubah-ubah.78

d. MEMIHAK PADA YANG MINORITI DAN TERTINDAS

Jaringan Islam Liberal menumpukan kepada pentafsiran Islam yang memihak

kepada kaum minoriti yang tertindas dan dipinggirkan. Setiap struktur sosial-politik

yang mengamalkan ketidakadilan ke atas golongan minoriti adalah berlawanan dengan

semangat Islam. Minoriti di sini difahami dalam maknanya yang luas, mencakupi

minoriti seperti agama, etnik, ras, jender, budaya, politik dan ekonomi.79

e. MENYAKINI KEBEBASAN BERAGAMA

Golongan Jaringan Islam Liberal meyakini bahwa urusan beragama dan tidak

beragama adalah hak perseorangan yang mesti dihormati dan dilindungi. Selain itu,

77
http://www.Islamlib.com. 20/07/2008
78
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
79
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
47
Jaringan Islam Liberal tidak membenarkan penganiayaan (persekusi) ke atas dasar suatu

pendapat atau kepercayaan.80

f. MEMISAHKAN OTORITI DUNIAWI DAN UKHRAWI, OTORITI


KEAGAMAAN DAN POLITIK

Golongan ini juga menyakini bahawa kekuasaan keagamaan dan politik mestilah

dipisahkan. Islam Liberal menentang negara agama (teokrasi). Selain itu, Jaringan Islam

Liberal juga menyakini bahawa bentuk negara yang sihat bagi kehidupan agama dan

politik adalah negara yang memisahkan kedua-dua hal tersebut. Justeru, agama

merupakan sumber inspirasi yang dapat mewujudkan sebuah perundangan kepada

masyarakat, tetapi agama tidak memiliki hak suci untuk menentukan segala bentuk

perundangan kepada masyarakat. Oleh itu, agama berada di ruang privat, dan urusan

masyarakat semestinya diselenggarakan melalui proses Ijma‟.81

2. 6.1. MENGAPA DISEBUT JARINGAN ISLAM LIBERAL?

Menurut golongan ini nama “Jaringan Islam liberal” menggambarkan prinsip-

prinsip yang mereka anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan pribadi dan

pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. “Liberal” di sini mempunyai

dua maksud iaitu kebebasan dan pembebasan. Golongan ini mempercayai bahawa

Islam selalu disandarkan dengan kata sifat, kerana pada kenyataannya Islam

ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keperluan pentafsirnya. Justeru, mereka

memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, iaitu

“liberal” bagi mewujudkan Islam Liberal, dan mereka membentuk Jaringan Islam

Liberal (JIL). 82

80
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
81
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
82
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
48
2.6.2. MENGAPA JARINGAN ISLAM LIBERAL?

Tujuan utama mereka adalah menyebarkan gagasan Islam Liberal seluas-

luasnya kepada masyarakat. Kemudiannya mereka memilih suatu bentuk jaringan,

bukan organisasi kemasyarakatan, ataupun parti politik. Jaringan Islam Liberal adalah

wadah yang memberikan kelonggaran kepada siapa sahaja yang memiliki aspirasi dan

kepekaan terhadap gagasan Islam Liberal.83

2.6.3. MATLAMAT JARINGAN ISLAM LIBERAL

Jaringan Islam Liberal telah menggariskan beberapa matlamat penubuhannya

dan ia adalah seperti berikut:

Pertama: golongan ini ingin mengembangkan pentafsiran Islam yang liberal

bertepatan dengan prinsip-prinsip yang mereka pegang dan menyebarkan seluas

mungkin kepada masyarakat awam.84

Kedua: mengusahakan terbukanya ruang dialog yang bebas dari tekanan

fahaman konservatisme. Oleh itu, mereka menyakini bahawa dengan terbukanya ruang

dialog dapat mecambahkan idea pemikiran dan gerakan yang sihat.85

Ketiga: mengusahakan supaya kewujudan struktur sosial dan politik yang adil

dan bersifat kemanusiaan.86

Secara umumnya, gerakan ini bertujuan untuk menandingi gerakan

fundamentalis keagamaan di Indonesia serta ingin mempamerkan kepada masyarakat

awam terhadap pemahaman keagamaan yang berkonsepkan pluralis dan demokratis.

Selain itu, Jaringan ini juga dapat membendung penerapan syari‟at Islam secara
83
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
84
Nong Darul Mahmada dan Burhanuddin. Jaringan Islam Liberal (JIL): Pewaris Pemikiran Pembaruan
Islam Di Indonesia. Cet.1. Jakarta Selatan: Jaringan Islam Liberal,h.312
85
Ibid,h.312-313
86
Ibid,h.313
49
menyeluruh dan ia juga mendokong dan menyebarkan gagasan keagamaan Islam yang

pluralis, terbuka dan humanis serta mencegah pandangan-pandangan keagamaan yang

militan dan pro keganasan .87

2.7.0. EMPAT AGENDA UTAMA JARINGAN ISLAM LIBERAL

Menurut Luthfi Assyaukanie, Jaringan Islam Liberal mempunyai empat agenda

iaitu sistem politik sekular, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan

berpendapat. Oleh itu, golongan ini berharap agar umat Islam melihat empat agenda

tersebut dari perspektif mereka sendiri dan bukan dari perspektif masa silam yang

menimbulkan kontroversi dalam menyelesaikan permasalahan dengan baik.88

Lutfhi as-Syaukanie membawakan pandangan Ali Abd al-Raziq mengenai

pelaksanaan negara Islam. Jelas sekali Ali Abd al-Raziq menegaskan bahawa Islam

adalah agama moral. Manakala Nabi Muhammad s.a.w., diutuskan kepada bangsa Arab

bagi memperbaiki akhlak mereka. Maka tugas baginda adalah menyampaikan risalah

kenabian yang memiliki ajaran-ajaran moral. Semasa baginda mendirikan negara

Madinah, baginda tidak pernah menyatakan bagaimana bentuk pemerintah yang harus

diterapkan dan tidak juga baginda menetapkan kepada para Khulafa‟ al-Rashidun suatu

bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu pandangan sesetengah orang bahawa agama

Islam menyuruh umatnya menegakkan negara Islam dengan perundangan dan sistem

politik Islam adalah pandangan yang keliru.

Selain itu, sejarah membuktikan bahawa apa yang dianggap sistem yang Islami

tidak lain adalah ijtihad politik daripada para sarjana muslim selepas pemergian baginda

s.a.w. Oleh yang demikian, pemilihan ketua negara dan sistem pemerintahan yang

diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakr r.a amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh

87
Ibid,h.313
88
Luthfi Assyaukanie, (2007). Islam Benar versus Islam Salah. Cet.1. Jakarta Selatan: KataKita,h.72
50
Sayyidina „Umar Ibn al-Khattab. Begitulah seterusnya apa yang dilaksanakan oleh

mereka amat berbeza sama sekali. „Ali Abd al-Raziq telah merumuskan bahawa sistem

khilafah bukanlah merupakan kewajipan kepada umat Islam untuk menegakkannya dan
89
ianya bukan sama sekali daripada ajaran Islam. Beliau telah menlontarkan

pandangannya seperti berikut:

“ Agama Islam terbebas daripada khilafah yang dikenali oleh umat Islam
selama ini. Ianya juga bukanlah sebahagian daripada ajaran agama bagi
menguruskan negara. Bahkan ianya adalah rencana politik yang tidak ada
kaitan dengan ajaran agama. Justeru, agama tidak pernah mengenalnya,
menolaknya, memerintahkannya apatah lagi melarangnya. Namun ianya
merupakan sesuatu yang ditinggalkan kepada kita supaya kita
menentukannya berlandaskan kaedah rasional, pengalaman dan aturan-
aturan politik. Begitu juga dengan lembaga ketenteraan, pengurusan
wilayah dan pentadbiran negara ianya tidak ada kaitan dengan agama.
Sebaliknya ia diserahkan kepada rasional akal dan juga pengalaman
manusia untuk menggubalnya dengan baik.”90

Manakala pilihan tersebut menurut beliau, sama ada dalam bentuk sebuah

negara, republik, kerajaan, semi kerajaan, berparlimen dan sebagainya merupakan

pilihan manusia dan ianya bukan sama sekali pilihan Tuhan kerana umat Islam

mengetahui urusan keduniaan mereka sendiri sepertimana yang disabdakan oleh

Baginda Nabi s.a.w., yang berbunyi:

،‫ كالمها عن األسود بن عامر‬،‫ح ّدثنا أبو بكر بن أيب شيبة وعمرو النّاقد‬
‫ ح ّدثنا محّاد بن سلمة عن ىشام بن‬:‫قال أبو بكر ح ّدثنا أسود بن عامر‬
‫يب صلّى اهلل‬
ّ ّ‫ عن أنس؛ أ ّن الن‬،‫ عن عائشة وعن ثابت‬،‫ عن أبيو‬،‫عروة‬
‫ فخرج‬: ‫ (( لو مل تفعلوا لصلح)) قال‬:‫ فقال‬،‫مر بقوم يلقحون‬ّ ‫عليو وسلّم‬
‫ قال ((أنتم‬،‫ كذا وكذا‬:‫ قلت‬: ‫ (( ما لنخلكم؟ )) قالوا‬:‫فمر هبم فقال‬
ّ ،‫شيصا‬
91
))‫أعلم بأمور دنياكم‬

89
Luthfi Assyaukanie, (2006). Tak ada Negara Islam dari pandangan daripada Ali Abd al-Raziq.Cet.1.
Jakarta: Jaringan Islam Liberal,h. 2-3
90
Ali Abd al-Raziq, (1925).op.,cit, h. 103
91
Al-Imam al-Hafiz Abi al-Husain Muslim, (t.t). Sahih Muslim. Kitab al-Fadhail. Jil. 4. Al-Kaherah: Dar
Ihya‟ al-Kutub al-Arabiyyah, No hadith 2363., h. 1836
51
Terjemahan:

Telah diriwayatkan daripada Abu Bakr bin Abi Shaiybah dan


„Amru al-Naqid, kedua meraka meriwayatkan hadith daripada al-
Aswad bin „Amir. Maka telah berkatalah Abu Bakr. Telah
diriwayatkan daripada al-Aswad bin „Amir, maka telah
diriwayatkan daripada Hammad bin Salamah daripada Hisham bin
Urwah, daripada bapanya, daripada „Aisyah dan daripada Thabit,
daripada Anas; sesungguhnya Nabi s.a.w., menemui sekelompok
manusia
Maksudnya : “ Kamu lebih mengetahui mengenai urusan
keduniaan kamu”.

Oleh itu, tegasnya lagi urusan politik adalah urusan dunia. Maka menjadi hak

umat Islam memutuskannya. Beliau berani berhujah dengan alasan bahawa tidak

terdapat suatu ayat pun di dalam al-Qur‟an yang memerintahkan umat Islam

membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Apa yang diperintahkan oleh Allah

S.W.T kepada mereka ialah supaya memiliki keperibadian yang jujur dan berlaku adil

sesama mereka dan beliau turut berpendapat bahawa pada masa kini dalam sistem

politik boleh diterima apa pun cara termasuklah sistem demokrasi yang dianggap

merupakan jalan alternatif yang terbaik jika dipraktikkan.92 Selain itu, Ulil Abshar

Abdalla berpendapat bahawa JIL boleh menerima negara sekular kerana negara sekular

di dalamnya mempunyai unsur-unsur keagamaan dan juga unsur-unsur kemaksiatan.93

Justeru, penulis dapat merumuskan bahawa di antara agenda uatama yang

diperjuangkan oleh aktivis liberal ini ialah sistem politik demokrasi yang mutlak.

Menurutnya Nabi S.A.W., menyerahkan segala urusan dunia kepada umat Islam.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak terdapat sepotong ayat al-Qur‟an yang

menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau

92
Ibid,h.72
93
Ulil Abshar Abdalla. (2001). Op.,cit. Edisi 19-21. Bil. 38, h. xxx. Sila rujuk, http:// www. Islamlib.com.
25/11/2001

52
melihat bahawa sistem demokrasi yang mutlak merupakan cara yang terbaik jika

diamalkan.

Manakala menurut beliau agenda yang kedua adalah kehidupan dan hubungan

antara agama. Tambahnya lagi, masyarakat majmuk yang wujud di serata dunia Islam

dewasa ini memerlukan kepada teologi Pluralisme. Beliau membawa contoh yang

berlaku di dalam masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.,

yang sering kali dijadikan model kepada konsep toleransi dalam kehidupan beragama

dalam Islam. Maka dengan ini Islam dianggap sebagai sebuah agama yang

menghormati kewujudan pelbagai agama dan ianya bersifat inklusif dan toleransi.

Tambah beliau lagi, dalam kehidupan antara agama tidak hanya tertakluk

kepada pengalaman negara Madinah malahan kitab suci al-Qur‟an yang menjadi

panduan kepada umat Islam sendiri banyak terkandung ayay-ayat yang mewajibkan

umat Islam tidak hanya menghormati keberadaan pelbagai agama lain tetapi menyeru

mereka mencari kesamaan ( kalimatun sawa).94

Banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t memberikan

jaminan kepada para penganut agama lain seperti Yahudi, Kristen, Sabean dan

sebagainya akan memperolehi ganjaran pahala sesuai dengan perbuatan baik yang

dilakukan oleh mereka dan diberikan jaminan kepada mereka dengan berada di dalam

perlindungan Allah s.w.t., ayat yang berbunyi:

‫إ ّن الّذين ءامنوا والّذين ىادوا والنّصرى والصبئني من ءامن باهلل‬


‫واليوم األخر وعمل صاحلا فلهم أجرىم عند رّهبم وال خوف عليهم وال ىم حيزنون‬

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani,


Shabiin (semacam ahli Kitab). Barang siapa yang beriman di antara
mereka itu kepada Allah dan hari Kemudian serta beramal salih. Maka
bagi meraka memperoleh ganjaran pahala di sisi Tuhan dan tiada

94
Ibid,h.74
53
ketakutan ke atas mereka tiada mereka berdukacita.” (Surah al-Baqarah
ayat : 62).

Seterusnya beliau membawakan firman Allah S.W.T, yang berbunyi:

‫الص ّديقني‬
ّ ‫الرسول فاولئك مع الّذين أنعم اهلل عليهم من النّ ّبني و‬
ّ ‫ومن يّطع اهلل و‬
‫الصاحلني وحسن أولئك رفيقا‬
ّ ‫الشهدآء و‬
ّ ‫و‬
Maksudnya:
“Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul. Maka mereka itu bersama
orang-orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka iaitu para nabi,
orang yang benar, orang yang syahid dan orang yang salih. Alangkah
baiknya berteman dengan mereka itu.”
(Surah al-Nisa‟ ayat: 69)

Oleh itu, ayat-ayat tersebut saling menguatkan antara satu sama lain bagi

menyatakan bahawa semua agama selagi mana mengakui kepatuhannya kepada Allah

pada dasarnya adalah sama. Tegas beliau lagi, jangan hairan terhadap perkara tersebut

kerana Nabi Muhammad s.a.w., pernah bersabda yang berbunyi:95

‫ عن سعيد بن أيب‬،‫الغفاري‬
ّ ‫حممد‬
ّ ‫على عن معن بن‬ ّ ‫حدثنا عمر بن‬
‫النيب صلّى اهلل عليو‬
ّ ‫ادلقربي عن أيب ىريرة رضى اهلل عنو عن‬ّ ‫سعيد‬
96
‫السمحة‬
ّ ‫أحب ال ّدين إىل اهلل احلنيفيّة‬
ّ :‫وسلّم قال‬

Terjemahan:
Telah diriwayatkan daripada Umar bin „Ali daripada Muin bin
Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin „Abi Said al-Maqbiri
daripada „Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : “agama yang
paling dicintai oleh Allah adalah “ al-hanafiyyah al-samhah” yang
bermaksud agama yang bertoleransi.”

Selain itu, Budhy Munawar-Rahman telah membawakan pandangan Nurcholish

Madjid mengenai konsep persamaan di antara semua agama ( kalimah sawa‟).97

95
Ibid,h. 74
96
Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182
97
Budhy Munawar-Rachman, ( 2001). Islam Pluralis Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Cet. 1. Jakarta:
Paramadina, h.55
54
Menurut Nurcholish konsep tersebut telah difirmankan oleh Allah s.w.t., yang

berbunyi:

‫قل يأىل الكتب تعالوا إىل كلمة سواء بيننا وبينكم أالّ نعبد إالّ اهلل وال نشرك‬
‫بو شيئا وال يتّخذ بعضنا بعضا أربابا ّمن دون اهلل فإن تولّوا فقولوا اشهدوا‬
‫بأنّا مسلمون‬
Maksudnya:

“ Katakanlah (olehmu, Muhammad) „ Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada


satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya
sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan
sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan
didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka berpaling
(enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: “ saksikanlah kamu
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali Imran ayat: 64)
Tegasnya lagi, berdasarkan ayat di atas titik persamaan di antara semua agama samawi

ialah prinsip penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa.98

Di samping itu, beliau juga membawakan sepotong hadith Nabi s.a.w yang

berbunyi:

‫ عن سعيد بن أيب‬،‫الغفاري‬
ّ ‫حممد‬
ّ ‫على عن معن بن‬ ّ ‫حدثنا عمر بن‬
‫نيب صلّى اهلل عليو‬
ّ ‫ادلقربي عن أيب ىريرة رضى اهلل عنو عن ال‬
ّ ‫سعيد‬
99
‫السمحة‬
ّ ‫أحب ال ّدين إىل اهلل احلنيفيّة‬
ّ :‫وسلّم قال‬

Telah diriwayatkan daripada Umar bin „Ali daripada Muin bin


Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin „Abi Said al-Maqbiri
daripada „Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : “Sebaik-baik
agama di sisi ialah al-hanafiyyah al-samhah iaitu semangat mencari
kebenaran secara berlapang dada, bertoleransi, tidak jumud, tanpa
kefanatikan dan tidak membelenggu jiwa.”

98
Nurcholish Madjid,(1995). Islam, Doktrin dan Peradaban. Cet. 3. Jakarta: Paramadina, h. 7-8
99
Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182

55
Ringkasnya golongan liberalis menganggap semua agama samawi adalah sama

kerana prinsip penyembahan hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu,

mereka juga membawakan argumentasi daripada al-Qur‟an dan al-Hadith bagi

menyokong hujah mereka.

Agenda yang ketiga ialah emansipasi wanita di mana ianya menyeru umat

Islam bagi memikirkan kembali beberapa doktrin agama yang merugikan dan menindas

golongan wanita. Walaupun pada hakikatnya, doktrin-doktrin tersebut amatlah

bertentangan dengan semangat prinsip Islam yang mengakui hak persamaan dan

menghormati hak semua jantina. Namun menurut gagasan ini sudah sampai masanya

bagi umat Islam bersikap kritis dalam menilai warisan keagamaan mereka. Ini kerana

sebahagian daripada pesan-pesan yang terkandung dalam warisan-warisan keagamaan

itu dibentuk mengikut keadaan sosial-budaya yang tertentu. Justeru, ianya perlu

kepada pentafsiran dan pemahaman semula.100 Al-Qur‟an telah menyatakan perihal

tersebut:

‫الصدقني‬ّ ‫أ ّن ادلسلمني وادلسلمات وادلؤمنني وادلؤمنات والقنتني والقنتات و‬


‫الصربات واخلاشعني واخلاشعات وادلتص ّدقني وادلتص ّدقات‬ّ ‫الصربين و‬
ّ ‫الصدقات و‬
ّ ‫و‬
‫الصائمات واحلافظني واحلافظات وال ّذاكرين اهلل كثريا وال ّذاكرات أع ّد‬
ّ ‫الصائمني و‬
ّ ‫و‬
‫اهلل ذلم ّمغفرة ّوأجرا عظيما‬
Maksudnya:

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan


yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan
perempuan yang khusuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki
dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara
kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah.
Maka Allah telah menyediakan kepada mereka keampuanan dan mendapat
ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35).

100
Ibid,h.74
56
Manakala Dr Nasaruddin Umar telah mengemukakan pendapatnya mengenai

konsep keserataan gender dengan membawa argumentasi daripada ayat-ayat al-Qur‟an.

Misalnya firman Allah yang berbunyi:

‫اجلن واالنس إالّ ليعبدون‬


ّ ‫وما خلقت‬
Maksudnya:
“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku”.
(Surah al-Dhariyat ayat 56)

Seterusnya beliau membawakan firman Allah yang berbunyi:

‫يأيّهاالنّاس إنّا خلقنكم ّمن ذكر و أنثى وجعلنكم شعوبا وقبآئل لتعارفوآ إ ّن أكرمكم‬
‫عند اهلل أتقاكم إ ّن اهلل عليم خبري‬
Maksudnya:

“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada


seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling bersua kenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu. Maka sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha mengenali”.
(Surah al-Hujarat ayat: 13 )

Beliau juga membawakan firman Allah s.w.t.,yang berbunyi:

‫من عمل صاحلا من ذكر أو أنثى وىو مؤمن فاحنيينّو حياة طيّبة ولنجزينّهم أجوىم‬
‫بأحسن ما كانوا يعملون‬

Maksudnya:
“ Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, sama ada lelaki mahupun
wanita dalam keadaan beriman. Maka akan kami berikan kepada mereka
kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami member ganjaran pahala
kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah al-Nahl ayat: 97)

57
Beliau menegaskan lagi bahawa peranan lelaki dan wanita adalah sebagai

khalifah di muka bumi dengan membawa firman yang berbunyi:

‫وىو ال ّذي جعلكم خالئف األرض ورفع بعضكم فوق بعض درجات لبيلوكم ىف ما ءاتكم‬
‫إ ّن ربّك سريع العقاب وأنّو لغفور رحيم‬

Maksudnya:
“ Dan Dialah yang menjadikan kamu semua sebagai para khalifah di muka
bumi dan Dialah yang mengangkat sebahagian daripada kamu beberapa
darjat untuk mengujimu mengenai apa yang diberikan-Nya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhan kamu amat segera siksaannya dan sesungguhnya
Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(surah al-An‟am ayat: 165)

Beliau seterusnya mengemukakan lagi hujahnya dengan membawakan firman

Allah s.w.t., yang berbunyi:

‫إّن جاعل ىف األرض خليفة قالوا أجتعل فيها من يفسد‬


ّ ‫وإذ قال ربّك للمالئكة‬
‫إّن أعلم ما ال تعلمون‬
ّ ‫نسبح حبمدك ونق ّدس لك قال‬
ّ ‫فيها ويسفك الدماء وحنن‬

Maksudnya:

“ Ingatlah ketika mana Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat :


“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”
Lalu mereka berkata: “ Mengapa Engkau hendak menjadikannya khalifah
di bumi orang yang melakukan kerosakan padanya dan menumpahkan
darah. Pada hal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
menyucikan Engkau?. Maka Tuhan berfirman: “ Sesungguhnya Aku lebih
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(surah al-Baqarah ayat : 30)

Oleh yang demikian, beliau menjelaskan bahawa kalimah khalifah dalam

kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan kepada salah satu jantina atau etnik tertentu.

Maka lelaki dan perempuan mempunyai fungsi yang sama sebagai khalifah di mana

58
mereka akan memegang amanah dan tanggungjawab di muka bumi.101 Ringkasnya

ayat-ayat tersebut saling berkait antara satu sama lain bagi memperlihatkan konsep

kesamarataan di antara kaum Adam dan Hawa yang dibawa oleh Jaringan Islam

Liberal.

Selain itu, golongan liberalis juga memberikan hak kepada golongan wanita

untuk menjadi imam di dalam solat. Ini boleh dilihat kepada kenyataan Husein

Muhammad, menurutnya golongan wanita dibolehkan menjadi imam di dalam solat

bagi siapa sahaja sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita.102 Beliau memberikan

argumentasi dengan menyandarkan kepada hadith Ummi Waraqah yang mana

dianggapnya sebagai lebih kuat keabsahan sanad apatah lagi matannya.103 Hadith

tersebut berbunyi:

، ‫حممد بن الفضيل عن الوليد بن مجيع‬


ّ ‫ ح ّدثنا‬: ‫احلضرمي‬
ّ ‫ح ّدثنا احلسن بن محّاد‬
‫األول‬
ّ ‫ عن ّأم ورقة بنت عبداهلل بن احلارث هبذا احلديث و‬،‫الرمحن بن خالّد‬
ّ ‫عن عبد‬
‫ وجعل ذلا مؤذّنا‬،‫ وكان رسول اهلل صلّى اهلل عليو وسلّم يزورىا يف بيتها‬:‫ قال‬.ّ‫أمت‬
‫ فأنا رأيت مؤذّهنا شيخا‬: ‫الرمحن‬
ّ ‫ قال عبد‬.‫ وأمرىا أن تؤم أىل دارىا‬،‫يؤذّن ذلا‬
104
‫ رواه أبو داود‬.‫كبريا‬
Terjemahan :

Telah diriwayatkan oleh al-Hassan bin Hammad al-Hadrami:


daripada Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai‟ daripada
„Abd al-Rahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti „Abd Allah
ibn al-Harith. Maka beliau berkata bahawa “Rasulullah s.a.w, telah
berkunjung ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi
Muadzin bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat
bersama ahli keluarganya”. Seterusnya berkatalah „Abd al-Rahman: Aku
melihat Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia.

101
Nasaruddin Umar, (2001). Argumen Kesetaraan Jender Perspektif al-Qur‟an. Cet.2. Jakarta Selatan:
Paramadina,h.253.
102
Ulil Abshar Abdalla, (2005). Ijtihad Islam Liberal Upaya merumuskan Keberagamaan Yang Dinamis.
Cet.1. Jakarta: Jaringan Islam Liberal Jalan Utan Kayu No.68H, h,279
103
Ibid, h.281.
104
Abi Daud, ( t.t). Sunan Abi Daud. Jil. 3. Mesir : Dar al-Fikr al Islami, h.208-209
59
Tegasnya lagi, hadith ini amat jelas sekali dibolehkan bagi golongan wanita

menjadi imam di dalam solat berdasarkan kepada zahir ayatnya dan disebut juga di

dalam hadith tersebut golongan yang turut menjadi ma‟mum seperti seorang lelaki yang

lanjut usia.105

Di sini penulis, dapat meyimpulkan bahawa golongan liberalis sememangnya

mendukung agenda emansipasi wanita yang berhubungkait dengan kesamarataan

gender. Bagi mereka wanita mempunyai hak kesamarataan dengan golongan lelaki

dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan negara. Selain itu, engan

tegasnya golongan ini mengatakan kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam

dalam mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan

lelaki dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba

dan pemakmur alam ini.

Disebabkan itu, golongan ini membolehkan kaum wanita mengimami kaum

lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan

oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi S.A.W.,

menyuruh Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di

dalam rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur.

Seterusnya Lutfhi as-Syaukanie menjelaskan agenda yang terakhir ialah

kebebasan berpendapat yang menjadi begitu penting dalam kehidupan umat Islam pada

zaman sekarang ketika mana persoalan ini berkait rapat dengan masalah hak asasi

manusia. Oleh itu, Islam sudah tentu amat menghormati hak asasi manusia dan juga

menghormati kebebasan berpendapat.

Apabila dibuka semula pintu ijtihad yang telah ditutup lebih daripada satu abad

lamanya, maka tidak ada sebarang alasan bagi seorang muslim berasa takut untuk

105
Ulil Abshar Abdalla, (2005).Op.,cit, h.281
60
memiliki pandangan tersendiri. Selain itu, pandangan mengenai ijtihad merupakan

sesuatu yang amat dihargai dan dihormati dalam agama Islam. Beliau mengemukakan

kaedah fekah yang menegaskan bahawa seseorang akan diberikan dua ganjaran pahala

jika sekiranya benar dalam berijtihad dan dia akan diberikan satu ganjaran jika salah.106

Maka di atas prinsip ini, golongan ini berpendapat Islam amat menghargai

pandangan seseorang itu. Oleh itu, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang orang

lain memiliki kebebasan pendapat. Namun Islam mengakui wujudnya batasan dalam

berpendapat. Maksud berpendapat adalah persoalan cara dan bukan pemilikan yang

berimplikasi pada masalah hukum yang menjadi urusan negara. Manakala seseorang

yang melanggar cara-cara berpendapat akan berhadapan dengan undang-undang yang

telah disusun oleh negara. 107

Justeru, bagi mereka isu-isu kebebasan berpendapat yang selama ini menimpa

umat Islam adalah menjadi tanggungjawab negara bagi menyelesaikannya dan ianya

bukan merupakan tanggungjawab para ulama‟. Maka para ulama tidak mempunyai hak

bagi menilai dan juga menghukum individu yang berkaitan dengan kebebasan

berpendapat.108

Berikutan itu, dapat dirumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat yang

diperjuangkan oleh aktivis JIL ini adalah berdasarkan kepada hujah bahawa Islam

menghargai kebebasan berpendapat. Selain itu, golongan JIL turut menegaskan konsep

Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama‟ malahan sesiapa sahaja boleh

melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan dihargai oleh Islam.

Ringkasnya golongan ini ingin memperlihatkan kepada masyarakat awam

dengan apa yang dilakukan ini menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi

106
Luthfi Assyaukanie, (2007). op.cit.,h.75
107
Ibid,h.75
108
Ibid,h.75
61
masyarakat non muslim dan ianya selari dengan perkembangan di zaman kontemporari.

Bagi golongan JIL empat agenda utama yang diperjuangkan iaitu sistem politik,

toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat yang diberikan

penekanan oleh mereka ini adalah bertujuan untuk memuliakan dan memartabatkan

kembali agama Islam yang kini dianggap sebagai pembela keganasan oleh masyarakat

non muslim terutamanya barat. Selain itu golongan JIL juga mengharapkan agar Islam

akan dipandang mulia dengan sifat universal, plural, bertoleransi dan sebagainya.

2.8.0. ANALISIS PANDANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL MENURUT


PERSPEKTIF ISLAM

Penulis berpendapat bahawa keempat-empat agenda yang dibawa oleh golongan

liberalis banyak menggunakan rasional akal semata-mata untuk membuat pentafsiran

yang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Selain itu, penulis juga akan cuba

menjawab berkenaan keempat-empat agenda tersebut dengan membawakan pandangan

para ilmuan Islam.

Bagi menjawab agenda pertama iaitu mengenai sistem politik yang tidak terikat

dengan keagamaan atau sistem demokrasi mutlak, penulis akan membawakan beberapa

argumentasi bagi menjawab permasalahan tersebut. Menurut Dr Fathi al-Durayni

Islam telah pun melakukan perubahan pada konsep agama kerana ia berbeza dengan

agama lain. Tegasnya Islam telah menghubungkan agama dengan politik, sains, dunia

dan akhirat. Sehubungan itu, segala aktiviti yang dilakukan oleh seseorang muslim itu

maka ianya dianggap sebagai ibadah apatah lagi dalam bidang politik.109

Seterusnya Dr „Abd al-Karim Zaidan pula berpendapat bahawa ajaran Islam

sesekali tidak pernah memisahkan sistem politik dengan agama. Tegasnya lagi,

sesungguhnya Rasulullah S.A.W., mendirikan sebuah negara Islam yang pertama di


109
Fathi al-Durayni, (1987). Khasa is al-Tashri‟ al-Islami fi al- Siyasah wa al-Hukm. Cet. 2. Beirut:
Muassasat al-Risalah, h.14-15
62
Madinah selepas baginda berhijrah daripada Mekah. Selain itu, baginda juga menjadi

ketua negara Islam yang pertama di Madinah dan mengadakan perjanjian dengan kaum

Yahudi dan sebagainya. Maka hal ini menunjukkan perihal seorang pemimpin negara

Islam.110 Begitu juga dngan pendapat Syaikh „Atiah Saqar yang menjelaskan bahawa

Islam tidak pernah meminggirkan politik. Bahkan politik merupakan sebahagian

daripada Islam.111

Manakala Dr Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa Islam dengan politik

dilihat sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada agama Islam. Selain itu, beliau

menegaskan bahawa pemisahan sistem politik daripada Islam merupakan suatu

kejahilan dalam memahami ajaran Islam.112 Seterusnya beliau membawakan sepotong

ayat al-Quran yang berbunyi:

‫تؤدوا اآلمانات إىل أىلها وإذا حكمتم بني النّاس‬


ّ ‫إ ّن اهلل يأمركم أن‬
‫نعما يعظكم بو إ ّن اهلل كان مسيعا بصريا‬
ّ ‫أن حتكموا بالعدل إ ّن اهلل‬

Maksudnya:

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada


yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan
hukum di antara manusia agar kamu menetapkan dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah al-Nisa‟ ayat: 58)

Tegas beliau lagi ayat di atas merupakan salah satu perlembangan Allah

ataupun dikenali sebagai al-dustur al-Ilahi.113

110
Abd al-Karim Zaidan, ( 1992). Ushul al-Dakwah. Cet. 6. Irak: Maktabah al-Quds, h 205
111
Syaikh „Atiah Saqar, (t.t) al-Fatawa Min ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam. Jil.2. Kaherah :
al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 364-365
112
Yusuf al-Qardawi,(1997). Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam. Cet. 1. Mesir : Dar al-Shuruq, h.26
113
Ibid,h.26
63
Kesimpulanya, daripada pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana

Islam tadi, maka jelaslah bahawa agama Islam tidak memisahkan antara agama dan

politik seperti mana yang berlaku di Barat. Malah ianya saling lengkap melengkapi

antara satu sama lain.

Seterusnya, penulis akan mengemukakan beberapa argumentasi dengan

menggunakan tafsir al-Qur‟an bagi menjawab agenda kedua yang berhubungkait

dengan konsep toleransi agama atau pluralisme agama. Begitu juga dengan dakwaan

semua agama adalah sama dan setiap manusia tidak kira apa agamanya selagi mana dia

percaya kepada Tuhan maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Justeru surah al-

Baqarah ayat 62 dibawa bagi menjawab dakwaan tersebut.

Menurut hemah penulis ayat tersebut tidak menyatakan bahawa semua

golongan sama ada kaum Yahudi mahupun Sabien dianggap beriman. Tetapi ianya

menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan di kalangan mereka itu ada yang mahu

beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Ibn Kathir menegaskan bahawa ayat ini

diturunkan kerana Salman al-Farisi selalu memuji-muji golongan Ahl Kitab kerana

mereka beriman kepada Allah S.W.T., lalu Nabi s.a.w., menegaskan bahawa mereka

adalah ahli neraka.

Sesungguhnya kenyataan tersebut amat mengejutkan Salman. Kemudian

turunlah ayat tersebut yang menerangkan bahawa golongan tersebut tidak dianggap

beriman selagimana mereka tidak menyakini kepada kerasulan baginda. 114 Manakala

Imam al-Qurtubi pula berpendapat bahawa pendapat yang kuat adalah pendapat Ibn

Abbas. Tegasnya lagi ayat tersebut sudah dimansuhkan115 dengan ayat yang berbunyi:

114
Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004).Tafsir al-Qur‟an al-Adzim al-Ma‟ruf Tafsir Ibn Khatir.
Cet. 6. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Salam h. 154. Lihat juga, _________________, (1994). Tafsir Pimpinan al-
Rahman.Cet. 9. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, h.21.
115
Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, (2000). Al-Jami‟li Ahkam al-Qur‟an. Jil.1. Beirut: Dar al-Kutub al-
„ilmiyyah, h.296
64
‫ومن يبتغ غري االسالم دينا فلن يقبل منو وىو ىف األخرة من اخلسرين‬

Maksudnya:

“ Dan barangsiapa mencari selain Islam sebagai agamanya maka tidak


diterima daripadanya dan di akhirat kelak dia termasuk di dalam golongan
yang rugi.”
(Surah Ali Imran ayat: 85)
Penulis juga membawakan firman Allah yang berbunyi:

‫إ ّن ال ّدين عند اهلل اإلسالم‬

Maksudnya :

“ Sesungguhnya satu-satunya agama di sisi Allah ialah agama Islam”.


(Surah Ali „Imran ayat: 19)

Seterusnya penulis melihat dalil tersebut menunjukkan bahawa hanya agama

Islam agama yang diredai oleh Allah S.W.T dan hanya agama Islam yang tinggi

kedudukanya sehinggakan tiada agama lain yang mampu menandinginya.

Selain itu, penulis membawakan pandangan para ulama‟ dalam mentafsirkan

ayat ke-64 dari surah ali Imran di mana ayat ini telah diinterpertasikan oleh golongan

liberalis dengan menganggap semua agama samawi adalah sama di sisi Allah kerana

prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa.

‫قل يأىل الكتب تعالوا إىل كلمة سواء بيننا وبينكم أالّ نعبد إالّ اهلل وال نشرك‬
‫بو شيئا وال يتّخذ بعضنا بعضا أربابا ّمن دون اهلل فإن تولّوا فقولوا اشهدوا‬
‫بأنّا مسلمون‬
Maksudnya:

65
“ Katakanlah (olehmu, Muhammad) „ Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada
satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya
sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan
sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan
didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka berpaling
(enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: “ saksikanlah kamu
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali Imran ayat: 64)

Menurut Ibn Kathir ayat tersebut telah ditujukan kepada Ahl Kitab daripada

Yahudi dan Nasrani. Manakala kalimah Sawa‟ yang bererti kalimah tauhid tetapi Nabi

Muhammad S.A.W., mengajak golongan Ahl Kitab supaya tidak menyekutukan-Nya

dengan apa jua bentuk persembahan dan menyeru mereka agar meng-Esakan Allah

S.W.T. Sekiranya mereka enggan beriman kepada Allah S.W.T., maka mereka

tergolong daripada orang-orang kafir.116

Al-Sobuni berpendapat bahawa Nabi Muhammad S.A.W, menyeru golongan

Ahl Kitab supaya berimana kepada Allah. Manakala kalimah Sawa‟ yang bermaksud

kalimah tauhid iaitu dengan meng-Esakan Allah S.W.T., dalam ibadah dan tidak

menyembah makhluk ciptaan-Nya atau patung berhala. Jika sekiranya mereka menolak

dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka tergolong

daripada orang-orang kafir.117

Fakhr al-Din al-Razi berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w., mengajak

golongan Ahl Kitab supaya beriman kepada Allah. Manakala kalimah sawa‟ yang

bermaksud kalimah tauhid iaitu tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Jika

116
Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004). Op., cit. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Salam, h. 511
117
Al-Syaikh Muhammad „Ali al-Sobuni, (2005). Al-Tafsir al-Wadih al-Muyassar. Cet. 6. Beirut: al-
Maktabah al-Asriyyah, h. 129
66
sekiranya mereka menolak seruan yang disampaikan oleh baginda. Maka mereka

tergolong daripada orang-orang yang kafir.118

Di sini penulis dapat merumuskan bahawa apa yang ditafsirkan oleh golongan

liberal terhadap kalimah Sawa‟ sebagai semua agama samawi adalah sama di sisi

Tuhan kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah tidak

benar sama sekali kerana para ulama‟ telah menafsirkan kalimah Sawa‟ yang

bermaksud kalimah tauhid kepada Allah. Jika sekiranya golongan Ahl-Kitab menolak

seruan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka tergolong

daripada orang-orang kafir.

Kesimpulannya golongan liberalis ini telah menolak pandangan ulama‟

terdahulu dan metodologi tafsir yang membahaskan mengenai nasakh dan mansuh

sesuatu ayat serta mereka hanya menggunakan rasional akal semata-mata bagi

menyokong gagasan mereka.

Selanjutnya, penulis mengkaji dan meneliti hadith yang berbunyi : al-

hanafiyyah al-samhah” yang bermaksud agama yang bertoleransi. Hadith ini seringkali

dijadikan hujah bagi golongan liberalis bagi membenarkan konsep pluralisme agama.

Menurut Taha „Abd al-Rauf Saad, hadith tersebut bermaksud agama Islam sahaja yang

memberikan kemudahan dan kelonggaran kepada umatnya. Maka dinamakan agama

Islam adalah agama yang mudah kerana ianya mendapat kedudukan yang paling tinggi

daripada agama sebelumnya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa Allah S.W.T mengangkat segala

kesukaran dan kepayahan yang terdapat daripada agama sebelumnya. Manakala

118
Al-Imam Fakhr al-Din al-Razi, ( 2003). Al-Tafsir al-Khabir aw Mafatih al-Ghaib. Jil. 7. Kaherah: al-
Maktabah al-Tawfiq, h. 80-82
67
kalimah hanafiyyah yang membawa makna agama yang benar yang dibawa oleh Nabi

Ibrahim A.S. itulah agama Islam.119

Selain itu, hadith tersebut ingin menekankan konsep wasatiyyah atau

kesederhanaan dalam melaksanakan ajaran agama sepertimana yang dijelaskan oleh Dr

Muhammad Said Ramadhan al-Buthiy, bahawa apa yang dimaksudkan al-hanafiyyah

al-samhah” ialah agama yang memberikan kelonggaran bagi seseorang yang mukallaf

sekiranya terdapat kesusahan untuk melaksanakan hukum syara‟ seperti melaksanakan

solat Jama‟, Qasar, solat dengan duduk, berbuka puasa sekiranya bermusafir, sakit dan

bersangatan lapar dan dahaga.120

Justeru, penulis mendapati bahawa hadith tersebut bukanlah membenarkan

konsep pluralisme agama sepertimana yang difahami oleh golongan liberalis. Tetapi

sebenarnya hadith tersebut menerangkan mengenai agama Islam adalah agama yang

mudah dan bertolak-ansur kepada umat-Nya.

Agenda yang ketiga adalah emansipasi wanita dan kesamarataan gender di

antara lelaki dan wanita dalam bidang kepimpinan. Menurut Dr Nasiruddin Umar hal

ini dirujuk kepada ayat-ayat daripada surah al-Ahzab : 35, al-Dhariyat: 56, al-

Hujurat:13 dan al-Nahl bagi menegaskan isu kesamarataan gender dalam memperoleh

pahala daripada Allah S.W.T. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa ayat-ayat

daripada surah al-An‟am: 165 dan al-Baqarah : 30 turut membahaskan mengenai

kesamarataan gender dalam memegang amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin

negara.

Maka penulis akan membawakan beberapa argumentasi daripada sarjana Islam


bagi menangani permasalahan ini. Selain itu penulis turut merujuk kepada firman
Allah s.w.t., yang berbunyi:
119
Taha „Abd al-Rauf Saad, ( 1992). Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Cet. 1. Jil.1. Mesir : Dar al-
Qhadd al-„Arabi, h.182.
120
Muhammad Said Ramadhan al-Buthy, ( 2005). Dhawabit al-Maslahah fi al-Shari‟ah al-
Islamiyyah.Cet. 4. Syira: Dar al-fikr, h.288.
68
‫فضل اهلل بعضهم على بعض ومبا‬
ّ ‫الرجال ّقومون على النّساء مبا‬
ّ
‫أنفقوا من أمواذلم‬
Maksudnya :

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab


terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(member nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
(Surah al-Nisa‟ ayat : 34)

Selain itu, penulis juga membawakan pandangan para Mufassirin dalam

mentafsirkan ayat tersebut. menurut Ibn Kathir ayat di atas menunjukkan bahawa

golongan lelaki sebagai pemimpin bagi kaum wanita dan sebagai pembimbing kepada

mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan.121 Selain itu, beliau menegaskan

bahawa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kaum lelaki adalah

untuk menyara keluarga dan sebagainya.122

Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili berpendapat kalimah “al-qawamah”


123
bermaksud pemimpin dan ketua keluarga serta rumah tangga. Selain itu, beliau

menegaskan bahawa sebab “al-qawamah” bagi kaum lelaki terdapat dua faktor.

Pertama, golongan lelaki memiliki bentuk fizikal yang kuat dan yang kedua kaum

lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat iaitu menyara keluarga dan kaum

kerabatnya.124

Syaikh Muhammad „Ali Sobuni kalimah pula menjelaskan “qawamah”

bermaksud taklif iaitu bebanan atau tanggungjawab dan ianya bukanlah bermaksud

121
Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004). Op., cit. Jil. 3, h. 673.
122
Ibid, h. 673.
123
Wahbah al-Zuhaili, (2005). Al-Tafsir al-Munir fi „Aqidah wa al-Shari‟ah wa al-Manhaj. Cet. 8. Jil. 3.
Syria: Dar al-Fikr, h. 56
124
Ibid, h. 57-58.
69
tashrif iaitu kemuliaan.125 Manakala Dr Yusuf al-Qardawi berpendapat bahawa “al-

qawamah” membawa maksud al-Masuliyyah dan amanah.126

Seterusnya, Syaikh Muhammad Mutawalli al-Sha‟rawi pula, berpendapat

bahawa kalimah al-qawamah bukanlah bermaksud tamlik dan tafdil (pemilikan atau

keistimewaan). Malah ianya bermaksud Masuliyyah iaitu tanggungjawab dan taklif

iaitu bebanan.127 Syaikh „Atiah Saqar berpendapat bahawa kalimah “al-qawamah”

membawa maksud masuliyyah iaitu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh golongan

lelaki bagi memberikan nafkah dan menyara kehidupan keluarga.128

Berdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh para ilmuan

Islam, maka dapatlah dirumuskan bahawa konsep kepimpinan Islam tidak memandang

kepada kemulian golongan lelaki sepertimana yang berlaku di Barat tetapi ianya

memperlihatkan suatu tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul oleh golongan

tersebut. Selain itu, Allah S.W.T., menjadikan kaum Adam dan Hawa dengan penuh

keunikan.

Selain itu, kaum lelaki juga dijadikan bagi memikul bebanan dengan mencari

nafkah dan menyara keluarga serta memimpin masyarakat kerana bersesuaian dengan

sifat fizikal dan emosi golongan tersebut yang mampu menangani pelbagai

permasalahan berbanding kaum wanita yang mempunyai perasaan keibuan bagi

mendidik anak dan menguruskan rumahtangga serta menjadi penolong kepada kaum

lelaki dalam setiap perkara.

Selanjutnya bagi menjawab mengenai pandangan golongan liberalis yang

membolehkan golongan wanita menjadi imam di dalam solat bersandarkan kepada

125
Al-Syaikh Muhammad „Ali al-Sobuni, (2005). Op.,cit, h. 185.
126
Yusuf al-Qardawi,(1997). Op.cit, h. 162.
127
Muhammad Mutawalli al-Sha‟rawi, (1990). Al-Mar‟ah fi al-Qur‟an al-Karim. Cet.1. Kaherah:
Maktabah al-Sha‟rawi,h. 74-75
128
Syaikh „Atiah Saqar, (t.t) al-Fatawa Min ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam. Jil.2. Kaherah :
al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 226-227
70
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, maka di sini penulis membawakan beberapa

pandangan ulama dalam membicarakan permasalahan tersebut.

Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili tidak sah wanita dan khunsa mengimami solat

bagi golongan lelaki sama ada solat fardhu mahupun sunat.129 Selain itu, beliau

menegaskan bahawa bagi pengikut madhhab al-Shafieyyah dan pengikut madhhab al-

Hanabilah, mereka berpendapat sah solat bagi golongan wanita yang mengimami solat

sesama wanita sahaja. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan al-Dar al-

Qutni daripada Ummi Waraqah yang berbunyi: Sabda Nabi s.a.w.

، ‫ ثنا عمر بن شبة أبو أمحد الزبريى‬، ‫حدثنا أمحد بن العباس البغوى‬
‫ أ ّن رسول اهلل صلّى اهلل عليو‬: ‫ عن أم ورقة‬، ‫ثنا الوليد ابن مجيع‬
130
‫ وتؤم نساءىا‬،‫وسلّم أذن ذلا أ ّن يؤذن ذلا ويقام‬
Terjemahan:

Telah diriwayatkan kepada kami daripada Ahmad bin al-Abbas al-


Baghwi, daripada Umar bin Shibah Abu Ahmad al-Zubairi, daripada al-
Walid ibn Jumai‟, daripada Ummu Waraqah: sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. mengizinkan seseorang untuk mengazankan dan mengiqamahkan
untuk Ummu Waraqah serta baginda menyuruh beliau mengimami solat
bagi golongan wanita.

Beliau menegaskan lagi bahawa pengikut madhhab Malikiyyah bersepakat

bahawa tidak sah wanita mengimami solat bagi lelaki dan disyaratkan hanya golongan

lelaki sahaja menjadi imam.131 Manakala pengikut madhhab al-Hanafiyyah berpendapat

bahawa tidak sah wanita mengimami solat bagi kaum lelaki sama ada solat tarawih,

jenazah dan sebagainya.132

129
Wahbah al-Zuhaili,( 2004). Fiqh al-Islami wa adillatuhu. Cet.4. Jil.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 1194
130
Al-Imam „Ali ibn Umar al-Dar Qutni, ( 1966). Sunan al-Dar Qutni tahqiq al-Syaid Abd al-Allah
Hashim Yamani al-Madani. Cet. 1. Jil. 1. Al-Kaherah: Dar al- Mahasin, h. 279
131
Wahbah al-Zuhaili,( 2004). Op.,cit, h. 1194
132
Ibid, h. 1194
71
Manakala al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri pula cuba mentafsirkan hadith yang

diriwayatkan oleh Imam Abu Daud mengenai wanita mengimami solat. Hadith

tersebut berbunyi:

، ‫حممد بن الفضيل عن الوليد بن مجيع‬ ّ ‫ ح ّدثنا‬: ‫احلضرمي‬


ّ ‫ح ّدثنا احلسن بن محّاد‬
‫األول‬
ّ ‫ عن ّأم ورقة بنت عبداهلل بن احلارث هبذا احلديث و‬،‫الرمحن بن خالّد‬ ّ ‫عن عبد‬
‫ وجعل ذلا مؤذّنا‬،‫ وكان رسول اهلل صلّى اهلل عليو وسلّم يزورىا يف بيتها‬:‫ قال‬.ّ‫أمت‬
.‫ فأنا رأيت مؤذّهنا شيخا كبريا‬: ‫الرمحن‬
ّ ‫ قال عبد‬.‫ وأمرىا أن تؤم أىل دارىا‬،‫يؤذّن ذلا‬
133
‫رواه أبو داود‬
Maksudnya:

Telah diriwayatkan oleh al-Hassan ibn Hammad al-Hadrami: daripada


Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai‟ daripada „Abd al-
Rahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti „Abd Allah ibn
Harith. Maka beliau berkata bahawa “Rasulullah s.a.w, telah berkunjung
ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi Muadzin
bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat bersama ahli
keluarganya”. Seterusnya berkatalah „Abd al-Rahman: Aku melihat
Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia.

Menurut beliau hadith tersebut bukan bermaksud sedemikian, tetapi hadith ini

menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh Ummi Waraqah untuk

mengimami orang yang berada di dalam rumahnya iaitulah para wanita. Maka hadith

ini mengharuskan wanita mengimami solat hanya bagi kaum wanita sahaja.134

Ringkasnya apa yang dapat penulis simpulkan daripada pandangan yang telah

dikemukakan oleh al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri bahawa wanita hanya diharuskan

mengimami solat sesama kaum wanita sahaja. Manakala Dr Wahbah Zuhaili dan

beliau membawakan pandangan pengikut madhhab yang empat, mereka bersepakat

menegaskan bahawa wanita tidak sah menjadi imam bagi kaum lelaki berdasarkan

hadith yang telah diterangkan tadi. Justeru, penulis melihat bahawa golongan liberalis

133
Abi Daud, ( t.t). op.cit, h.208-209
134
Syaikh Khalil al-Saharan Puri, (1977). Badzl al-Majhud fi Hal Abi Daud. Cet. 1. Jil.3. Kaherah: Dar
al-Rayyan li Tuwrath, h.209
72
menolak pandangan ijma‟ ulama yang mengharamkan kaum wanita menjadi imam

kepada kaum lelaki.

Agenda yang terakhir adalah kebebasan berpendapat atau berfikir. Di sini

penulis berpandangan sekiranya kebebasan berpendapat yang tidak bertentangan

dengan ajaran agama Islam maka perkara tersebut tidak menjadi masalah. Namun apa

yang berlaku kepada golongan ini sebaliknya, di mana mereka cuba untuk melakukan

ijtihad dalam semua aspek terutamanya yang melibatkan hukum-hakam yang sudah

qat‟i seperti konsep pluralisme agama, kesamarataan gender, menolak konsep

pemerintahan Islam dan sebagainya. Oleh itu, perkara sedemikian adalah dilarang sama

sekali.

Demikian juga penulis berpendapat bahawa hanya permasalahan furu‟(cabang)

sahaja yang memerlukan kepada Ijtihad. Contohnya seperti muamalat ( perniagaan) di

mana ianya tidak terdapat hukum yang jelas di dalam al-Qur‟an dan al-sunnah. Perlu

juga diketahui bahawa di dalam Islam matlamat Ijtihad adalah untuk mencapai kepada

hukum syara‟ dan bukannya untuk tujuan lain. Selain itu, seseorang yang hendak

berijtihad perlulah memiliki syarat-syarat seperti berikut:

1. Memiliki kepakaran dalam bidang fekah.

2. Menghafaz al-Qur‟an.

3. Mempunyai kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam mazhab yang

diikuti.

4. Memiliki kefahaman yang tajam.

5. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Arab dan juga

tatabahasa Arab.

6. Mempunyai kepakaran dalam membuat perbandingan di antara pandangan-

pandangan ulama‟ bagi mencapai kesahihan dan kebenaran.

73
7. Memiliki kepakaran dengan menggunakan metode yang digunakan oleh para

ulama‟ Usuluddin dan Fuhaqa‟seperti penggunaan al-Mutlak dan Muqayyad, al-

Am dan al-Khash dan sebagainya.135

Kesimpulannya, seseorang yang tidak memenuhi syarat Ijtihad tidak dibenarkan

untuk berijtihad kerana dibimbangi akan membawa kepada kekeliruan dan juga

kesesatan. Di sini penulis mendapati bahawa golongan liberalis tidak memiliki

sepenuhnya syarat-syarat tersebut bagi melakukan Ijtihad.

2.9.0 KESIMPULAN

Penulis dapat merumuskan bahawa terdapat empat agenda JIL iaitu, sistem

politik sekular, toleransi beragama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat.

Agenda yang pertama berkaitan dengan sistem politik demokrasi yang hendak

diperjuangkan oleh aktivis liberal. Menurut JIL Nabi s.a.w., menyerahkan segala

urusan dunia kepada umat Islam. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak

terdapat sepotong ayat al-Qur‟an yang menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk

sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau melihat bahawa sistem demokrasi merupakan

cara yang terbaik jika diamalkan.

Menurut pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana Islam seperti Dr

Yusuf al-Qardawi, Dr Fathi al-Durayni dan sebagainya, agama Islam adalah agama

yang tidak memisahkan antara agama dan politik seperti mana yang berlaku di Barat.

Malah ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

135
„Abd al-Muiz „Abd al-Aziz Hariz, ( 2002). Majalah al-Shari‟ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah. Bil.50.
Kuwait: Majlis al-Nashr al-Ilmiah Jamiah al-Alamiyyah, h.244.
74
Manakala agenda yang kedua berkenaan dengan toleransi beragama. Menurut

golongan liberalis semua agama samawi adalah sama kerana prinsip penyembahan

hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu, mereka juga membawakan

argumentasi daripada al-Qur‟an dan al-Hadith bagi menyokong hujah golongan

tersebut.

Di sini penulis membawakan apa yang ditafsirkan oleh golongan liberal

terhadap kalimah „Sawa‟‟ sebagai semua agama samawi adalah sama di sisi Tuhan

kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah tidak benar

sama sekali kerana para ulama‟ telah mentafsirkan kalimah „Sawa‟ yang bermaksud

kalimah tauhid kepada Allah. Jika sekiranya golongan Ahl-Kitab menolak seruan yang

disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., maka mereka tergolong daripada orang-

orang kafir. Selain itu, golongan liberalis ini telah menolak pandangan ulama‟

terdahulu dan metodologi tafsir yang membahaskan mengenai nasakh dan mansuh

sesuatu ayat serta mereka hanya menggunakan rasional akal semata-mata bagi

menyokong gagasan mereka.

Seterusnya penulis membawakan agenda yang ketiga yang berkaitan dengan

emansipasi wanita. Menurut golongan liberalis wanita mempunyai hak kesamarataan

dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan

negara. Tegas, golongan ini kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam dalam

mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan lelaki

dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba Allah

dan pemakmur alam ini.

75
Berdasarkan kepada konsep kepimpinan Islam tidak memandang kemuliaan

golongan lelaki sepertimana yang berlaku di Barat tetapi ia memperlihatkan suatu

tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul oleh golongan tersebut. Selain itu,

Allah menjadikan kaum Adam dan Hawa dengan penuh keunikan. Kaum lelaki

memikul bebanan dengan mencari nafkah dan menyara keluarga serta memimpin

masyarakat. Ini bersesuaian dengan sifat fizikal dan emosi golongan tersebut yang

mampu menangani pelbagai permasalahan berbanding kaum wanita yang mempunyai

naluri keibuan bagi mendidik anak dan menguruskan rumahtangga serta menjadi

penolong kepada kaum lelaki dalam setiap perkara.

Selain itu, golongan ini juga membolehkan kaum wanita mengimami kaum

lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan

oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi s.a.w., menyuruh

Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di dalam

rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur.

Ringkasnya apa yang dapat penulis simpulkan daripada pandangan yang telah

dikemukakan oleh al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri bahawa wanita hanya diharuskan

mengimami solat sesama kaum wanita sahaja. Manakala Dr Wahbah Zuhaili

membawakan pandangan pengikut madhhab yang empat dan mereka telah bersepakat

menegaskan bahawa wanita tidak sah menjadi imam bagi kaum lelaki berdasarkan

hadith yang telah diterangkan tadi. Justeru, penulis melihat bahawa golongan liberalis

menolak pandangan ijma‟ ulama yang mengharamkan kaum wanita menjadi imam

kepada kaum lelaki.

Penulis dapat merumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat merupakan

agenda utama yang diperjuangkan oleh aktivis JIL ini kerana menurut mereka, Islam

amat menghargai kebebasan berpendapat.

76
Selain itu,beliau menegaskan konsep Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para

ulama‟. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan

dihargai oleh Islam. Manakala menurut perspektif Islam yang sebenar, seseorang yang

tidak memenuhi syarat Ijtihad tidak dibenarkan untuk berijtihad kerana dibimbangi

akan membawa kepada kekeliruan dan juga kesesatan. Di sini penulis mendapati

bahawa golongan liberalis tidak memiliki sepenuhnya syarat-syarat tersebut bagi

melakukan Ijtihad.

Kesimpulannya penulis melihat bahawa ke-empat-empat agenda yang

diperjuangkan oleh JIL amatlah bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, penulis

melihat bahawa kesemua agenda tersebut merupakan sebahagian daripada unsur-unsur

fahaman liberalisme Barat.

77

Anda mungkin juga menyukai