Anda di halaman 1dari 1

Sekapur Sireh.

Kami bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya kami dan kumpulan kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah Tamadun Islam dan Asia (TITAS) bertajuk Keutuhan Budaya dan Moral Mengikut Pandangan Islam.

Oleh yang demikian kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Profesor Dr.Ramli Bin Saadon selaku pensyarah bagi tugasan ini kerana memberi tunjuk ajar dan nasihat untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti sejajar dengan kehendak tugasan. Kami juga ingin merakamkan

ribuan terima kasih kerana tanpa kehadiran dan pertolongan beliau, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini, dan sudah tentu kami tidak akan berpeluang mempelajari sesuatu yang baru dalam kursus ini.

Tidak dilupakan juga kepada ahli dalam kumpulan ini yang banyak membantu dalan usaha mengumpulkan bahan-bahan untuk tugasan ini. Tugasan yang disiapkan ini memerlukan kami mencari bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber seperti buku rujukan dan internet. Namun bahan yang diperlukan itu akhirnya berjaya ditemui dan diaplikasikan di dalam kerja kursus ini. Jasa kalian hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya kelak.

Sekalung penghargaan kami tujukan kepada Perpustakaan IPGK Kampus Bahasa Melayu di atas segala bantuan yang telah dihulurkan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kepada semua jasa kalian akan tetap dikenang. Hanya tuhan yang

Tanpa kalian, mungkin kajian ini tidak sesempurna ini.

membalasnya. Semoga ilmu yang baik ini dapat kami manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila kami ditempatkan di sekolah nanti.

Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai