Anda di halaman 1dari 12

KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN.

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, objektif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada persediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Berasaskan pemahaman dan analisis ten tang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan mengajar. Di sekolah tersebut, sukatan matapelajaran mengikut kementerian pelajaran Malaysia. Pemerhatian yang saya buat pada murid tahun dua bagi subjek bahasa Melayu, guru tersebut telah menggunakan KSSR sebagai pengajarannya di dalam kelas. Pengajaran yang diajar adalah berkaitan kemahiran membaca dan menulis. Melalui pemerhatian saya, kanak-kanak pada peringkat ini sudag boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas yang mudah iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M).

Melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid guru perlulah memerhatikan keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka mengikut kebolehan masing-masing. Apa yang saya perhatikan did ala kelas tersebut guru tersebut telah membahagikan beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan 3M mereka. Bagi kanak-kanak yang kurang dalam kemahiran 3M diberi lebih penekanan oleh guru tersebut.

Bagi kelas pendikan jasmani pula, melalui pemerhatian saya guru telah mengajar murid-murid mengikut sukatan yang telah disediakan. Bagi murid tahun 5, guru tersebut telah menggunakan pendekatan KBSR. Aktiviti yang telah dijalankan di padang pada hari itu ialah berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular. Guru tersebut telah membuat permainan Belalang dan Belatuk. Pelajar

di dalam kelas tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan belalang dan kumpulan belatuk. Melalui aktiviti yang mengikut sukatan pelajaran itu, pelajar tersebut dapat membina kemahiran daya tahan kardiovaskular kerana aktiviti tersebut memerlukan kemahiran berlari (mengejar rakan) yang berperanan mebuat jantung bekerja dengan lebih baik. Di samping itu, dengan permainan tersebut kemahiran psikomotor pelajar juga dapat dibentuk. Menurut teori Robert Havighurst, kanak-kanak pada peringkat ini dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak sudah mula berkembang pada ketika itu. Oleh kerana, bilik stor sukan tidak dapat dibuka pada hari itu guru tersebut telah membuat keputusan yang bijak dengan melakukan aktiviti yang sesuai tanpa menggunakan alatan. Seharusnya, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert. Selain itu, permainan belalang dan belatuk memerlukan kumpulan pemenang sebagai menjadi juara. Oleh itu melalui pemerhatian saya kanak-kanak dapat belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa permainan tersebut telah dijalankan. Mereka dapat membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Implikasi daripada tugas perkembangan melalui permainan ini adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanakkanak tersebut. Disamping itu, saya dapat perhatikan melalui permainan ini juga kanak-kanak tersebut dapt membezakan peranan lelaki dan perempuan kerana saya melihat kank-kanak lelaki telah mengejar rakan-rakannya yang mempunyai jantina yang sama dengan mereka. Walaupun ketua kelas tersebut adalah perempuan namun mereka sudah dapat

memberi komitmen yang baik terhadap ketua kelas mereka kerana apabila disuruh beratur mereka mengikut kata ketua mereka.

Permainan belalang dang belatuk sedang dijalankan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU MATAPELAJARAN KELAS (1) : USTAZ ABD RAZAK B. ABDULLAH : AGAMA ISLAM : 1PROFESOR

Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan ? Alat hasil pengajaran dan pembelajaran digantung di sekeliling dinding dan siling kelas. Alat hasil pembelajaran dan pengajaran diletakkan di ruangan khas sudut ruang pembacaan dan diletakkan dalam keadaan tersusun kemas. Guru melekatkan maklumat dan informasi tambahan ilmu di dinding untuk dijadikan bahan bantuan mengajar (BBM).

(2)

Apakah bahan yang murid boleh gunakan apabila mereka memerlukan? Buku-buku diniah seperti buku Iqra dan buku akademik yang telah disediakan di rak buku. Carta-carta yang terdapat pada papan kenyataan dan papan P&P. Bahan-bahan yang terletak pada sudut ruangan bacaan seperti buku cerita,yang diletakkan pada rak buku bacaan.

(3)

Sejauh manakah pergerakan murid dibenarkan? Murid dibenarkan bergerak dalam kelas atas arahan dan keizinan guru sahaja. Pergerakan murid terbatas dalam kumpulan masing-masing sahaja dan dipantau oleh guru. Pergerakan murid dibenarkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung tetapi tidak dibenarkan mengganggu proses pembelajaran dua hala.

(4)

Kenalpasti bagaimana cara murid diletakkan dalam kumpulan? Murid diletakkan dalam pembahagian tiga pecahan kumpulan. Enam orang murid diletakkan secara tiga berpasangan di penjuru kiri dan kanan berhadapan meja guru. Baki murid diletakkan secara rawak di kanan , kiri dan tengah kelas.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU MATAPELAJARAN KELAS : PUAN ROZAIDA BT. SAAD : BAHASA MELAYU : 3 PROFESOR

(1)

Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan ? Alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan didalam keadaan kemas dan terkawal. Guru menggunakan alatan pembelajaran sebagai bahan bantuan mengajar. Kebanyakan alatan pengajaran disimpan dan disusun dalam almari yang disediakan.

(2) (3)

Apakah bahan yang murid boleh gunakan apabila mereka memerlukan? Carta-carta yang terdapat pada papan kenyataan dan papan P&P. Bahan bacaan ilmiah yang terdapat didalam rak buku. Alatan seni yang disediakan didalam bakul alatan seni. Sejauh manakah pergerakan murid dibenarkan?

- Pergerakan murid hanya ditempat sendiri.Murid dibenarkan bergerak atas arahan guru.

- Pergerakan murid adalah atas arahan guru sama ada bergerak ke hadapan atau dalam kumpulan ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

(4) -

Kenal pasti bagaimana cara murid diletakkan dalam kumpulan? Murid diletakkan secara berdua. Kedudukan disusun secara berbaris. Murid yang bising diletakkan dalam kumpulan berhadapan meja guru.

Bagi pendapat saya perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas melalui pemerhatian dan soal selidik bersama guru tersebut ialah kelas tahun 3 lebih teratur dan selesa. Keadaan murid tahun 3 lebih terkawal, manakala murid tahun 1 lebih aktif dan susah dikawal. Guru memerlukan tenaga dan kaedah yang efektif bagi mengawal dan menyampaikan arahan untuk menarik minat murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru-guru tersebut telah memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru juga telah menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Hal ini kerana menurut teori Robert Havighrust pelajar pada peringkat ini boleh menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup.

KOKURIKULUM Pada minggu PBS yang dijalankan di sekolah tersebut hari yang telah dikhaskan untuk aktiviti kokurikulum tidak dapat berjalan seperti minggu yang sebelumnya kerana sekolah tersebut sibuk dengan persiapan hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Namun, sekolah tersebut mempunyai jenis kokurikulum yang terbahagi kepada permainan, persatuan dan unit beruniform. Melalu perbincangan dengan guru penolong kanan kokurikulum iaitu Pn.Khalijah Bt. Othman aktiviti kokurikulum di sekolah tersebut juga turut mengaplikasi teori tugas perkembangan Robert Havighurst kerana sekolah tersebut turut mengamalkan 1 murid 1 sukan yang memerlukan semua murid menyertai sekurang-kurangnya satu kelab sukan di sekolah tersebut. Melalui aktiviti kokurikulum ini kemahiran fizikal para pelajar bolehlah diperkembangkan. Melalui aktiviti kokurikulum melibatkan sukan dan permainan, persatuan dan unit beruniform kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya juga dibentuk. Para pelajar boleh juga boleh dibimbing dengan nilai murni, moral dan mampu berdikari melalui aktiviti yang telah dijalankan di sekolah tersebut. Antara aktiviti kokurikulum yang pernah dijalankan di sekolah tersebut.

Pelajar yang terlibat dalam olahraga sekolah.

Aktiviti yang dilakukan untuk ahli kelab bola tampar pada minggu-minggu yang lepas.

Aktiviti persatuan Puteri Islam sekolah.

Hari sambutan maulidur rasul peringkat sekolah yang disertai oleh semua murid di bawah kelab dan persatuan masing-masing.

SENARAI NAMA KELAB PERMAINAN, PERSATUAN DAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Kelab Permainan dan sukan Badminton Bola tampar Bola sepak Sepak takraw Ping pong Bola jarring Bola baling Lontar peluru Softball

Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8

Persatuan dan kelab Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Komputer dan ICT Anti Jenayah Pengguna Jalanraya

Bilangan 1 2 3 4

Unit dan badan beruniform Puteri Islam Pengakap Bulan Sabit Merah KRS

Anda mungkin juga menyukai