Anda di halaman 1dari 12

Tarikh

Hari
Masa
Tempat
Peserta

PROGR
AM
KEPIM
PINAN
DAN
KESEJ
AHTER
AAN
DIRI

: 16 April 2015
: Khamis
: 10.00 pagi 1.00 petang
: Dewan SK Coronation Park
: 1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Perpustakaan

3. Ketua Kelas
: En Khairul bin Abd Aziz

Penceramah

Anjuran:

Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling,


Unit Hal Ehwal Murid,
SK Coronation Park

PENDAHULUAN

Program Kepimpinan dan Kesejahteraan Diri adalah program yang dirancang di


bawah kelolaan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Unit Hal Ehwal Murid SK
Coronation Park. Ia juga merupakan satu program yang dirancang bagi mencapai
misi dan visi sekolah yang berlandaskan pemantapan kecemerlangan dalam
sahsiah. Oleh itu, program ini yang dianjurkan dengan melibatkan 35 orang peserta
ini dianjurkan dengan objektif seperti berikut:
i.

Memberi kesedaran kepada pemimpin pelajar tentang betapa pentingnnya

ii.

disiplin dalam membina sahsiah yang terpuji dan disanjungi.


Pendedahan tentang peranan pelajar dalam membantu pihak sekolah

iii.

membanteras dan meningkatkan pencapaian prestasi disiplin pelajar.


Mewujudkan suasana harmoni dan sepadu dalam menjalankan

iv.

tanggungjawab.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
memilih kasih dalam melaksanakan tanggungjawab.

Aktiviti pendaftaran

Program ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00
petang. Acara dimulakan dengan aktiviti pendaftaran pada pukul 10.00 pagi. Muridmurid perlu mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Setelah itu, murid dibekalkan
dengan fail serta bekalan makanan berbentuk roti dan air mineral. Murid-murid
mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.
Kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Cik Siti Nur Falthonah binti Abdullah

Pada pukul 10.30 pagi, acara program dimulakan dengan kata alu-aluan
daripada pengerusi majlis ini iaitu Cik Siti Nur Falthonah. Pengerusi Majlis ini
mengalu-alukan kehadiran murid-murid dan guru-guru ke program ini. Beliau juga
turut menerangkan tentang tujuan program ini diadakan serta meminta murid-murid
untuk duduk dalam keadaan tenang dan mendengar dengan khusyuk ceramah yang
akan disampaikan. Seterusnya, beliau menjemput adik Izhar Naqis untuk
menyampaikan bacaan doa.

Bacaan doa oleh Izhar Naqis

Sebelum acara seterusnya dimulakan, majlis didahului dengan bacaan doa


yang dibacakan oleh adik Izhar Naqis, murid Tahun 6. Doa dipanjatkan kepada
Tuhan agar perjalanan majlis ini dilancarkan serta dipermudahkan sehingga ke
penghujungnya.
Sesi Ceramah Motivasi oleh Cikgu Khairul bin Abd Aziz

Aktiviti pertama program motivasi ini dimulakan dengan sesi ceramah motivasi
yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul. Cikgu Khairul merupakan guru aliran perdana
di SK Coronation Park. Dalam ceramah motivasi ini, beliau memberi ceramah yang
memberi semangat kepada murid dalam menjadi seorang pemimpin. Antara ciri-ciri

seorang pemimpin seperti yang disampaikan oleh beliau ialah berani dan
berkeyakinan diri. Antara kata-kata semangat yang diajar oleh beliau ialah apabila
guru menyebut SK Coronation Park, murid-murid membalas perkataan WOW.
Apabila guru menyebut Aku tanya apa khabar, murid menjawab HEBAT. Ceramah
yang diberikan amat memberangsangkan dan menarik minat murid untuk menjadi
seorang pemimpin yang memiliki karisma.

Dalam slot ceramah ini juga, Cikgu Khairul mengajak murid untuk sama-sama
menyanyikan lagu yang boleh menaikkan semangat dan motivasi mereka. Antara
lagu yang dinyanyikan ialah lagu Gemuruh. Murid dilihat menyanyikan lagu tersebut
dengan penuh semangat dan bersorak beramai-ramai. Nyanyian tersebut dapat
memberi semangat kepada murid kerana liriknya memiliki nilai motivasi.

Aktiviti LDK 1 (Pimpin Kawan, Berganding Bahu)

Setelah selesai sesi ceramah tadi, aktiviti diteruskan dengan sesi LDK 1 yang
dikendalikan oleh Cikgu Khairul, guru-guru dan guru-guru pelatih. Aktiviti ini
dimulakan dengan pembahagian kumpulan antara peserta. Peserta dibahagikan
kepada 4 kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan memiliki ketua masingmasing. Ahli-ahli kumpulan akan ditutup mata menggunakan kain. Kemudian, setiap
kumpulan akan diberi soalan tugasan masing-masing.

Ketua kumpulan perlu memimpin ahli kumpulan untuk berjalan dan mencari
gelung di kawasan yang ditetapkan. Ketua kumpulan perlu memastikan ahli
kumpulan berjalan dalam satu barisan dan memberi arahan kepada rakan-rakan
tentang laluan yang perlu dilalui. Dalam aktiviti ini, ketua kumpulan perlulah bijak
memimpin ahli kumpulan agar tiba di destinasi dengan betul dan selamat.

Setelah misi berjaya dicapai, peserta perlu berkumpul semula di dalam dewan
dan membuka penutup mata. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang bagus sebagai
seorang pemimpin. Dalam setiap kepimpinan, terdapat seorang ketua dan ahli. Oleh
itu, ketua perlu sentiasa berperanan dalam memimpin anak buahnya agar dapat
melaksanakan tugas dan tidak terkandas.
Aktiviti LDK 2 (Kita Bijak, Telur Selamat)

Aktiviti LDK 2 diteruskan dengan dikendalikan oleh Cik Rabiatul Adawiyah binti
Wahid dan rakan-rakan. Dalam aktiviti ini, peserta perlu berkumpul dalam kumpulan
masing-masing seperti dalam LDK 1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 biji telur,
surat khabar dan pita pelekat. Setiap kumpulan perlu menggunakan kreativiti dan
idea tersendiri untuk menyelamatkan telur tersebut daripada pecah, setelah telur
tersebut dibaling dari tingkat 2. Pelbagai cara yang digunakan oleh setiap kumpulan
dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini mementingkan kerjasama oleh setiap ahli kumpulan. Ketua


kumpulan perlu merangka strategi yang berkesan dalam melindungi telur daripada
pecah. Sekiranya murid berganding bahu dalam menyelesaikan tugasan, pasti
tugasan tersebut dalam diselesaikan dengan mudah.

Setelah setiap kumpulan membalut telur masing-masing mengikut masa yang


telah ditetapkan, kemudian tibalah masanya untuk telur tersebut diuji. Guru meminta
murid untuk berkumpul di dataran. Guru membaling telur tersebut daripada tingkat 2
dan dikutip oleh setiap kumpulan murid. Setelah itu, guru meminta murid untuk
masuk ke dalam dewan untuk melihat keadaan telur kumpulan masing-masing.

Murid dilihat berusaha dan tidak sabar-sabar untuk melihat keadaaan telur
mereka. Didapati hanya 2 kumpulan yang berjaya melindungi satu daripada dua telur
mereka daripada pecah.

Setelah tamat aktiviti tersebut, guru meminta ketua kumpulan untuk berdiri di
hadapan. Guru membuat sesi refleksi bersama murid-murid. Pelbagai kesimpulan
diberikan oleh murid-murid daripada aktiviti tersebut. Sebagai seorang pemimpin,
kita mesti memiliki sifat kerjasama, bijak, tidak tamak dan sabar. Penerangan tentang
rasional dan nilai murni daripada aktiviti tersebut diharapkan dapat diterapkan
kepada murid.
Ucapan perasmian penutup oleh guru besar

Setelah selesai semua acara bersama peserta, pengacara majlis meneruskan


majlis dengan menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan perasmian
penutup.

Majlis penyampaian hadiah

Seterusnya, Tuan Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada


peserta yang terlibat. Terlebih dahulu, beliau menyampaikan cenderahati dan sijil
kepada penceramah motivasi yang dijemput, En Khairul bin Abd Aziz.

Acara mengambil gambar beramai-ramai

Setelah selesai semua acara yang dijalankan, majlis ditutup dengan acara
mengambil

gambar

beramai-ramai

yang

melibatkan

semua

peserta

dan

jawatankuasa program. Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan untuk


program yang telah dijalankan ini. Acara selesai pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh:

___________________________
(SITI NUR FALTHONAH BINTI ABDULLAH)

Anda mungkin juga menyukai