Anda di halaman 1dari 5

Mas

a
7.30

Cue

Ann

Setelah semua hadirin


berada di tempat
duduk.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjai perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.
Bismillahirahmanirrahim.
Yang Berbahagia,Pn Lily Bt Haji
Murni,Penceramah jemputan,mantan
Pegawai Pelajaran Daerah,Daerah Miri,
Yang Berusaha,EN Roshaidin,Penceramah
jemputan,
Yang Berusaha,Bonda Fatimah Bt Hj
Nawi,Guru Besar SK Pulau Melayu,
Yang Dihormati,Ibu bapa,Penjaga,guruguru,hadirin dan hadirat serta anak-anak
yang dirahmati Allah SWT.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Majlis mengucapkan Selamat datan g
kepada YG Berbahagia,hadirn hadirat,serta
anak-anak didik Ke Majlis Seminar
Keibubapaan Ibubapa / Penjaga Murid Tahun
4,5 dan 6 serta
Ceramah Motivasi Tahun 5 dan 6 yang julung
kali diadakan bagi tahun 2011 ini.

Selepas ucapan alualuan pengacara


majlis.

Hadirin sekalian,
Sesungguhnya,majlis seperti ini dijalankan
untuk menambahkan pengetahuan dan
memberikan pendedahan kepada semua Ibu

Bacaan Doa

bapa dan murid-murid tentang


mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran ibu bapa/penjaga dalam
membimbing anak-anak belajar di rumah
dan memotivasikan murid-murid untuk
terus belajar.
Hadirin sekalian,
Bunga Mawar di atas beca,
Dibawa nyonya ke Tanjung Jati,
Tangan ditadah doa dibaca,
Semoga majlis sntiasa diberkati.
Bagi menambahkan keberkatan majlis pada
pagi ini,marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibacakan oelh
Al Fadhil Ust Roslan.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin-amin Ya Rabbil Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadhil Ust.ROSLAN atas bacaan doa itu tadi.
Bagi meneruskan acara,majlis
mempersilakan Yg Berusaha,Bonda PN
Fatimah Hj Nawi,untuk mengukap bicara dan
seterusnya perkongsian prestasi sekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas kata-kata
aluan GB

Majlis merakamkan Ribuan Terima kasih dan


setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg
Berusaha atas kesudian menyampaikan
ucapan alu-aluan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Hari ini menugal jagung,
Hari esok membuat joran,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Majlis Seminar Keibubapaan.
Tanpa membuang masa,majlis
mempersilakan Yg Berbahagia ,Pn Lily bt Hj
Murni, untuk menyampaikan ceramah,
Begitu juga Yg dihormati,En
Roshaidin,penceramah jemputan ,yang akan
menyampaikan ceramah Motivasi bagi
murid-murid Tahun 5 dan 6.
Dipersilakan.

Sebaik sahaja majlis


diserahkan kepada
pengacara majlis.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak


sekolah,majlis mempersilakan Yg
Berusaha,Bonda Pn Fatimah Hj Nawi,untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yg
berbahagia,Pn,Lily bt hj Murni.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas penyampain
cenderamata.

Seterusnya,Yg dihormati,En Roshadin,


Majlis merakamkan Ribuan terima kasih
yang Tidak terhingga kepada Yg
Berbahagia,PnLily Hj Murni,atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi begitu jua
Yg dihormati Eb Roshaidin.
Majlis turut merakamkan Ribuan terima
Kasih kepada Yg Berusaha, Bonda Pn
Fatimah Hj Nawi,atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Hadin Hadirat Yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan Cabutan Bertuah,


Dengan itu sekali lagi majlis mempersilakan
Yg Berusaha Bonda Pn Fatimah Hj Nawi
untuk membuat cabutan Bertuah, dan
menyampaikan Hamper kepada
pemenang .Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan Ribuan Terima Kasih


kepada Bonda PN Fatimah HJ Nawi.atas
kesudian membuat cabutan bertuah dan
penyampaian hamper itu tadi.
Terima Kasih
Hadirin Sekalian.
Tamat
Diharapkan apa-apa yang disampaikan tadi
dapat meningkatkan pengetahuan dan
memberikan pendedahan kepada hadirin
dan murid-murid semua UMPAMA:
Yang
Yang
Yang
Yang
Yang

salah diperbetulkan,
kurang ditokok,
lusuh diperbaharui,
koyak ditampal,
lapuk dikajangi.

Dengan itu Majlis Seminar Ke Ibubapaan


/Penjaga dan Motivasi Murid-murid Tahun 5
dan 6 akan melabuhkan tirainya.
Sebelum berpisah ,diharapkan segala
kepincangan dan kekhilafan yang berlaku
sepanjang majlis ini ditinggalkan di sini dan
yang dibawa pulang kenangan dan ilmu
yang berguna.
Dengan itu,berakhirlah sudah majlis kita
pada hari ini.

Sekian,terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai