Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri guru yang terbaik

Menurut Mok Song Sang (2003), guru ialah pendidik dan pengasuh kanak-
kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk
kemajuan negara pada masa depan. Segala perbuatan, gerak laku serta tingkah
laku seorang guru akan diperhati oleh murid.
Bagi merealisasikan kejayaan para pelajar, guru perlu berusaha menjadi
guru yang terbaik. Antara ciri guru yang terbaik ialah seorang guru perlu
mempunyai sifat peribadi yang murni agar dapat melahirkan generasi yang
berakhlak. Seorang guru yang terbaik seharusnya mempunyai sifat peribadi
yang baik. Antara sifat peribadi yang baik ialah baik hati, sabra dan
bertanggungjawab.
Selain itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh
menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Antara tingkah laku guru
yang boleh menjadi contoh teladan muridnya ialah menepati masa, berpakaian
kemas, bersopan santun dan berfikiran positif.
Di samping itu, guru yang terbaik perlu mempunyai sifat dan kualiti
professional dengan mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion
Keguruan agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Untuk
menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti sikap ingin tahu, berdaya usaha
dan peka terhadap perkembangan semasa. Guru yang terbaik juga mempunyai
sikap prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Seterusnya, guru juga perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan


dan kemahiran yang mendalam tentang bidang tugas mereka. Kesannya, guru
dapat mengajar dengan penuh keyakinan dan merancang pengajaran dengan
baik. Guru yang terbaik akan sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
yang berkaitan serta berbincang mengenainya.
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti
serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa. Memetik
kata-kata mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (2019), “Guru harus
memainkan peranan utama sebagai ejen perubahan. Guru yang terbaik harus
dapat mengintegrasi dan membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi
pada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
kerana ia mampu mempengaruhi minat pelajar dan mengubah amalan
pengajaran dan pembelajaran sedia ada serta membawa amalan itu ke peringkat
yang lebih berkualiti,”
Kejayaan Cikgu Norhailmi, seorang guru yang inovatif dalam
menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan platform digital seperti yang
dizahirkan dalam ucapan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin
ketika Sambutan Hari Guru baru-baru ini harus menjadi contoh buat semua guru
untuk menjadi guru yang kreatif dan inovatif.

Tuntasnya, guru yang terbaik akan melahirkan generasi baharu yang lebih
gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan kerana guru ialah insan yang sentiasa
dahagakan ilmu dan tidak jemu melengkapkan diri dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar prinsip pembelajaran sepanjang hayat
selaras dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, 'Berguru Demi Ilmu,
Bina Generasi Baharu'.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai