Anda di halaman 1dari 2

Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan


bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni serta seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani. Ini bermaksud FPK berhasrat melahirkan masyarakat
berakhlak mulia dan sempurna yang seterusnya akan menjadi warganegara yang
baik serta memiliki ciri-ciri seperti mempercayai dan mematuhi Tuhan, berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bermoral tinggi, bersahsiah, seimbang, bersedia
menyumbang

kepada

masyarakat,

agama,

bangsa,

dan

negara,

serta

bertanggungjawab kepada diri, agama, bangsa, masyarakat, dan negara (Ee Ah Meng,
1999). Bagi mencapai matlamat ini, kita harus mengharungi beberapa perubahan yang
berlaku di negara kita dan juga di dunia.
Perubahan sesebuah negara dan masyarakat sering kali dikaitkan dengan
pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pelbagai bidang
khasnya dalam bidang pendidikan. TMK sentiasa membawa perubahan yang paling
besar dan proses perubahan ini perlu selaras dengan perkembangan TMK yang telah
menjurus kepada suatu zaman baharu yang dikenali sebagai Arena Ledakan
Maklumat yang dipengaruhi oleh alatan elektronik terutama dalam bidang pendidikan.
Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha
menggabungkan TMK sebagai salah satu pelantar bagi melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Hal ini kerana, penggunaan dan pengaplikasian TMK yang berkesan dalam sistem
pendidikan negara, mampu lebih memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan keperluan serta kehendak semasa.
Menurut Norsalleh dan Sahat (2004), teknologi ialah suatu sistem bagi
memudahkan manusia memenuhi keperluannya dari semasa ke semasa. Seterusnya
maklumat bermaksud data yang tersusun dan komunikasi ialah proses saling
menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain. Secara
ringkasnya, TMK bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula
daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya
berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai. Di samping itu, Ahmad
Fuad (2003) pula menyatakan dalam konteks pendidikan, TMK merupakan satu
rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur
dan menyampai maklumat secara efektif, pantas serta banyak untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, penggunaan TMK dalam
bidang pendidikan bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Masyarakat dunia pada kurun ke-21 sudah mula memperkatakan tentang literasi komputer,
pembangunan sesebuah negara diukur dengan kualiti guna tenaganya.

Ini bermakna

sistem pendidikan sesebuah negara perlu berupaya meningkatkan kualiti, menambahkan


kuantiti dan memenuhi keperluan tenaga kerja di pasaran semasa dan akan datang (Arby
Ahmady, 1990).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggalakkan penggunaan teknologi
maklumat dalam sistem pendidikan negara, serta ke arah memperkasa dan memantapkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seandainya hal ini diaplikasikan

seperti yang dikehendaki, ia dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Menurut Abdul
Rasid dan Arba'ie Sujud (2001), KPM telah memperkenalkan komputer sebagai alat
pengajaran. Ini bermakna transformasi positif dalam bidang pendidikan akan berlaku.
Sebagai contoh, sumber seperti buku teks telah bertukar kepada sumber yang berbentuk
maya seperti Internet.

Anda mungkin juga menyukai