Anda di halaman 1dari 2

PSV 3113(E)

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut
Gronlund (1981) penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran
dapat mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir,
sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam
proses yang berterusan (Wheeler, 1967).
Oleh yang demikian, bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara
tersusun dan sistematik. Peringkat akhir yang menentukan keberhasilannya ialah komponen
pentaksiran dan penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti
insan yang dihasilkan setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Malah,
pentaksiran di sekolah juga memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan
potensinya secara bebas. Maka, untuk mengesan kemajuan murid secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan murid, penilai perlu mengambil kira
keperluan dan kemampuan individu serta kepelbagaian cara. Dengan cara multiple delivery
ini maka, ia akan menjadi motivasi kepada seseorang murid untuk meningkatkan
pencapaian supaya selaras dengan pencapaian murid yang lain.
Di samping itu, penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan
kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi murid dapat
dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang murid lebih mudah diperolehi melalui
pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai
diperolehi melalui kaedah bukan ujian iaitu melalui pelbagai jenis pentaksiran Pendidikan
Seni Visual (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain).
Tambahan pula, pelbagai jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual dan penentuan
markah secara analitik membolehkan tindakan susulan dapat dibuat serta-merta. Ini
bermakna pentaksiran sebegini membantu murid yang berprestasi cemerlang untuk
diintegrasikan dengan pembelajarannya secara menegak mengikut tahun atau tahap yang
lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih
tinggi dalam tahun atau tahap yang sama. Manakala bagi murid yang berprestasi lemah
pula, pentaksiran membantu untuk membuat tindakan susulan untuk memperbaiki
kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan sehingga
membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Ekoran daripada tindakan
susulan ini maka pada akhir sesuatu tempoh, guru juga boleh mendapatkan gambaran
prestasi keseluruhan murid bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

88

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tegasnya, pelbagai jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual membantu untuk membentuk
satu program penilaian yang berkesan di peringkat sekolah.

89

Anda mungkin juga menyukai