Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kerja kursus ini sangat memanfaatkan kami. Bahasa Melayu adalah suatu
bahasa yang dituturkan oleh semua orang pada zaman ini mahupun pada zaman
sebelum ini. Bahasa Melayu dituturkan kepada genarasi yang lain sejak zamanberzaman.
Bahasa Melayu telah dituturkan oleh orang-orang Melayu. Ia ditutur oleh
orang melayu yang berada di rantau kepulauan Melayu. Van Linschotten,
seorang sarjana Belanda yang banyak menulis tentang hal ehwal Kepulauan Melayu,
pada abad ke-18 telah berkata, Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat
harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa
timur. Beliau juga berpendapat bahawa orang yang tidak tahu akan
bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, dapatlah dibandingkan dengan orang yang
tidak tahu akan bahasa Perancis di Belanda pada zaman itu. Hal ini dapat
dilihat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang agung dan
masyhur sejak zaman dahulu lagi.
Kerja kursus ini menerangkan tentang bahasa Melayu yang terdapat pada
zaman dahulu.
adalah

Antara bahasa Melayu yang terdapat pada zaman sebulum ini

bahasa Melayu kuno dan klasik. Bahasa Melayu yang digunakan pada

zaman ini adalah bahasa Melayu moden. Ketiga- tiga bahasa Melayu ini berbeza
dari segi ciri dan perkembangannya. Bahasa Melayu moden diklasifikasikan oleh
orang Inggeris.

Fonetik dan Fonologi adalah salah satu bahagian dalam bahasa

Melayu. Fonetik berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud bunyi. Fonetik
adalah suatu kajian tentang bunyi- bunyi ujaran manusia. Fonologi pula kajian
tentang system bunyi bahasa. Ia mempunyai berbagai- bagai teori bahasa.
Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik
memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh
bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji
fenomena bunyi bahasa manusia sejagat. Secara keseluruhanya, bahasa Melayu
adalah bahasa yang banyak digunakan oleh semua masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai