Anda di halaman 1dari 17

Kepentingan teori-teori pembelajaran dalam membantu guru

mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan


pembelejaran
Teori Pembelajaran Behavioris
Teori pembelajaran behavioris telah diasaskan oleh Ivan Pavlon, Edward Thorndike
dan B.F.Skinner. Ahli-ahli behavioris menekankan pengalaman dalam mengawal
tingkah laku. Ahli behavioris mengemukakan dua jenis pelaziman untuk tujuan
pembelajaran iaitu pelaziman klasik dan operan.
Implikasi pengajaran pembelajaran seimbang:
a) Sediakan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti yang seimbang dengan setiap peringkat
perkembangan individu.
b) Sediakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penemuan
( aktiviti hands on dan minds on ).
c) Tentukan murid bersedia secara mental untuk belajar sesuatu pengalaman
pembelajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mereka.
d) Peka terhadap perbezaan individu dalam kalangan murid dan kadar
perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza. Maka aktiviti harus seuai untuk
kumpulan tertentu dan bukan seluruh kelas.
e) Pembelajaran lebih berkesan jika guru menyediakan bahan maujud dan contohcontoh yang konkrit untuk kumpulan murid tahap rendah.
Pembelajaran bermula daripada spesifik kepada yang umum. Ia secara
induktif di mana guru bermula daripada contoh-contoh dalam menerangkan sesuatu
konsep sehingga membuat generalisasi.Antara implikasi pengajaran-pembelajaran
hasil daripada teori Bruner adalah:
a) Pembelajaran Penemuan: Menyediakan situasi masalah yang dapat merangsang
pelajar untuk melibatkan diri dalam penemuan. Guru harus member situasi
penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk menyoal,meneroka dan
bereksperimen.
b) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat
membentuk prinsip yang umum. Contohnya memberi contoh tentang bentuk
segitiga dan bukan segitiga untuk pelajar memahami prinsip-prinsip penting
bentuk segitiga.

c) Memberi contoh-contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep untuk
bantu pelajar melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam suatu konsep.
d) Membantu pelajar membuat perkaitan antara konsep dengan bantuan gambar
rajah,lakaran dan ringkasan nota.
e) Menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran untuk memastikan pelajar
memahami konsep.
f) Mengajar mengikut kobolehan pelajar. Contohnya,banyak menggunakan bahan
bantuan mengajar untuk pelajar tahun satu dan menyusun isi kandungan dari
mudah ke sukar. Manakala untuk pelajar tahap tinggi,guru gunakan kaedah
penyelesaian masalah dan pembelajaran penemuan.
Teori pembelajaran Ausubel menekankan proses penguasaan maklumat
melalui bahasa yang bermakna.Ausubel mengemukakan model pengajaran
ekspositori di mana guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang
teratur supaya pelajar dapat menerima dengan berkesan.Antara implikasi teori
pembelajaranAusubel dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
a) Menggunakan penyusun awal dalam pengajaran kerana ia dapat menggerakkan
minda pelajar untuk menerima bahan pengajaran yang baru.
b) Menggunakan contoh-contoh yang spesifik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
c) Pembelajaran ekspositori sesuai untuk kanak-kanak yang matang kerana
mereka perlu mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan idea-idea
secara mental.
d) Guru perlu menyusun isi pelajaran dengan jelas dan berperingkat supaya
pelajar dapat menerima pembelajaran dengan berkesan. Pembelajaran
resepsi sesuai jika guru hendak menyampaikan maklumat yang banyak.
e) Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru mengajar daripada umum
kepada spesifik. Guru memberikan prinsip sebelum diberikan contoh-contoh
spesifik.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme


Konstruktivisme merujuk kepada pandangan bahawa pelajar membina pengetahuan
mereka berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka. Setiap pelajar

membina

fahaman semasa ia belajar. Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan


tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar. Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru
menyediakan peluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan
membentuk kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman
lampau (old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan.
Daripada

perspektif

konstruktivisme,guru

harus

pastikan

bahawa

pembelajaran dapar berlaku dalam konteks yang pelbagai dan bermakna dapat
keperihatinan refleksi dan pemikiran kritis. Aktiviti-aktiviti sebenar dan penilaian perlu
disediakan. Bagi mencapai semua matlamat ini,guru sepatutunya memilih jenis-jenis
aktiviti bilik darjah yang dapat membantu pelajar membina makna dalam apa jua
yang mereka buat. Sebagai contoh, seorang guru mungkin menggunakan kerja
projek untuk menggalakkan motivasi dan pemikiran kritis di kalangan pelajar.Antara
implikasi teori pembelajaran konstruktivisme terhadap pengajaran dan pembelajaran
ialah:

a) Kaitkan peristiwa-peristiwa positif dan menyeronokkan dengan tugasan


pembelajaran. Dalam aktiviti bilik darjah penekanan perlu dibuat terhadap kerja
kumpulan dan pembelajaran koperatif. Banyak aktiviti yang boleh dibuat secara
berkumpulan dan pelajar boleh merancang dan menyiapkan projek-projek
mereka bersama.
b) Guru sepatutnya menyediakan respons yang bersesuaian agar kanak-kanak
dapat menyebut dan menulis respons tersebut dengan baik. Tujuan utama ialah
untuk mewujudkan tingkah laku yang sepatutnya menerusi pelbagai kawalan
stimulus. Penggunaan program pembelajaran dipermudahkan dengan cara
tugasan pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil dan disusun dalam
urutan yang teratur.
c) Bantu pelajar membanding dan membezakan pelbagai situasi supaya dapat
mengenai perbezaan dan persamaan. Aktiviti ini dapat membantu pelajar
mendiskriminasi dan membuat generalisasi dengan tepat.
d) Apabila memuji,seorang guru perlu jelas dan ikhlas. Guru perlu pastikan bahawa
pelajar tahu pujian diberi untuk tingkah laku yang baik.

e) Pastikan bahawa tujuan sesuatu pelajaran atau tugasan adalah jelas kepada
pelajar. Guru sepatutnya menerangkan tujuan kita belajar dan menggalakkan
pelajar mengaplikasi dan memindahkan kefahaman mereka kepada situasisituasi baru.
f) Guru perlu membimbing penglibatan pelajar dalam kelas dengan member
maklumat,memberi panduan dan memberi galakan kepada pelajar. Guru perlu
membantu dalam pembelajaran,kemahiran mendemonstrasi,memberi maklum
balas dan memberi tumpuan terhadap perhatian pelajar.
g) Bantu pelajar mengaitkan maklumat dan pengalaman baru dengan
pengetahuan lepas.
h) Penyampaian pelajaran harus jelas dan teratur. Tugasan seharusnya
dipecahkan kepada unit-unit kecil agar terdapat penguasaan kemahiran
bagi setiap unit.

Teori Pembelajaran Sosial


Toeri pembelajaran sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan
mahzab behavioris dengan mazhab kognitif. Tokoh mahzab sosial , seperti Bandura
menegaskan pembelajaran melalui proses permodelan,iaitu pembelajaran melalui
proses pemerhatian atau peniruan. Dalam pembelajaran tiruan,perkara-perkara
berikut seharusnya ada bagi menjamin keberkesanan pembelajaran:
1. Umur dan jantina model hendaklah sama dengan murid-murid.
2. Status model adalah tinggi.
3. Kesamaan model dengan subjek adalah penting.
4. Tingkah laku dan model yang diberikan ganjaran lebih kerap ditiru.
5. Subjek hendaklah bermotivasi untuk meniru sesuatu tingkah laku.
Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:
a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak
langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat
gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian,
pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.
b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan
sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B.
Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak

boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan


adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu
berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru
amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa
tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang
baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan mula menjeritkan
jawapan.
c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut
melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun
mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid
lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya.
Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca.
Sekiranya tiadak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk
membaca tidak timbul.
Antara implikasi teori pembelajaran sosial dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
:
a) Guru hendaklah menunjukkan contoh hasil tangan,seni lukis atau kemahiran
gimnastik atau permainan yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
b) Guru hendaklah menjadi model yang baik kerana selalu dicontohi murid. Oleh itu,
pakaian,tingkah laku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik.
c) Di samping model hidup,murid-murid boleh juga belajar daripada model simbolik.
Selain itu,penerangan guru tentang sesuatu hendaklah jelas dan jitu.
d) Murid-murid juga belajar daripada gsmbar,video,tayangan fikem dan gamabar.
Oleh itu,guru hendaklah memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi
usur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid.
e) Teori ini dapat menyumbangkan teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh
menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada
tingkah laku yang diingini. Dengan demikian,tingkah laku yang diingini hendaklah
diberi pujian atau ganjaran.
f) Teori ini juga menyumbangkan teknik pengajaran seperti main peranan dan
simulasi. Oleh itu,guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi mengajar
nilai murni,melakonkan watak-watak dan sebagainya.

Teori Pembelajaran Kognitif


Teori pembelajaran kognitif ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal
fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
Teori pembelajaran ini ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik
akal,kaedah penyelesaian masalah,penemuan,kategori pembelajaran dan resepsi.
Pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai
cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping
mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:
i) Pembelajaran isyarat
Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih
merupakan

perubahan

tingkah

laku

yang

disebabkan

oleh

pengaruh

kebiasaan.Misalnya, apabila loceng berbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan
berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus berdiri serta
memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.ini merupakan pembelajaran
isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.
ii) Pembelajaran mengganggu gerak balas
Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini
bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.
iii) Rangkaian
Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain
untuk melengkapi satutugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola
dalam permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak
yang munasabah dan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis
dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.
iv) Pertalian berbahasa
Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku
apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan
nama objek secara menyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak
tersebut terus menyebut bola.

v) Pembelajaran diskrimanasi

Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai
untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat
membezakan antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.
vi) Pembelajaran Konsep
Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas
atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan
menggolongkan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala
bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk.
vii) Pembelajaran hokum
Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran
konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa
apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah
membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu
dirangkaikan bersama untuk membentuk hokum.
viii) Penyelesaian Masalah
c) Menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar
Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan
supaya menggunakan celik akal mereka,demi memdapat kesimpulan atau
penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutangeneralisasi.
urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.
d) Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh
Urutan langkah itu seperti berikut:
boleh menggunakan mereka untuk menyelesaikan masalah.
a) mengenal masalah
e) Dari aspek rangkaian motor,guru hendaklah menggunakan prinsip ulangan
b) mencari maklumat
serta membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Prinsip ini amat
c) membuat hipotesis
berguna bagi guru yang mengajar Pendidikan Jasmani,piano,organ atau gitar.
d) menguji hipotesis
f) Guru hendaklah membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau
e) membuat rumusan
membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan
Antara implikasi teori pembelajaran kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran
mendiskriminasi juga boleh digunakan untuk membezakan cirri-ciri sesuatu
ialah:
kumpulan tumbuhan dengan kumpulan yang lain.
a)
galakkan
kepada
pelajar supaya
pelajar
boleh
menggunakan
g)Guru
Gurumemberi
hendaklah
membantu
murid-murid
mengenal
pasti
ciri-ciri
utama bagi satucelik
akalnya
untuk
menyelesaikan
pelajaran.
satu kelas
objek
agar
pembentukanmasalah
konsep mudah
diperoleh. Soalan-soalan yang
b) Membimbing
pelajar
menggunakan
persepsinya
untukkonsep
menghubungkaitkan
boleh memandu
murid-murid
ke arah
pembentukan
dengan jelas
unsur-unsur
dalam persekitaran.
hendaklah digunakan.
h) Pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang
baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses komodasi untuk mengubah
struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran
yang dihadapinya.
i) Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu,
guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.

Teori Pembelajaran Humanis


Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri
seseorang individu seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis
menekankan cara fikiran,pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang
sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Menurut pendekatan ini,kuasa motivasi
seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai
hasrat diri ( self-actualization ). Teori humanis menekankan objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan pelajar.
2. Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab untuk menentukan perkara yang
ingin mereka pelajari.

3. meningkatkan daya cipta pelajar-pelajar.


4. Mengembangkan minat dalam bidang seni.
5. Meningkatkan naluri ingin tahu pelajar-pelajar.
Antara implikasi teori pembelajaran humanis dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah:
a) Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok,gembira,harmonis
dan selamat melibatkan diri dalamnya.
b) memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi
motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguhsungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
c) Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan nereka dan seterusnya meningkatkan peluang
memenuhi keperluan penyuburan mereka,iaitu kesempurnaan kendiri,
memperoleh ilmu pengetahuan,menikmati dan menghasilkan karya atau
ciptaan estetik yang bermutu tinggi.
d) Memastikan keperluan asa pelajar telah dipenuhi.
e) Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying.
f) Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,
menerima diri,melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial dan seterusnya
menentukan aktualisasi kendiri,iaitu arah hidup dan masa depan sendiri
mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.
g) Guru sesuai dijadikan sebagai fasilator dan pendorong agar memotovasikan
pelajar menggunakan cara pembelajaran sendiri untuk mencapai tahap
kesempurnaan kendiri.

Huraian dengan contoh yang relevan dalam mengaplikasikan teori


pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
1. Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Contoh 1.
Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains,contohnya membezakan
haiwan mengikut ciri luaran.
Peranan guru dalam proses pengajaran ini ialah sebagai penggerak dan
pembimbing. Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang melibatkan
pelajar secara aktif dalam membina pemikirannya.
Guru menggalakkan proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen. Guru boleh
menggunakan pedagogi yang berpusatkan pelajar. Pengajaran ini mengutamakan
pembelajaran berfikrah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini pelajar boleh membina
kefahaman dan ilmu melalui tindakan aktif dan pemikirannya.
Contoh 2:
Semasa menjalankan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni. Guru meminta
murid-murid membuat kad kasih sayang kepada ibu atau bapa.
Mula-mula guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Murid-murid boleh
membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada. Pada
masa itu,guru lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator.
Guru

akan

menyedikan

pelbagai

jenis

bahan

pembelajaran

dan

menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan


pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.
Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat
memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka.
Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan.

Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanakkanak.

Bahan-bahan

pembelajaran

yang

mencukupi

dan

mencabar

akan

memudahkan murid-murid membina pengetahuan.


Teori Pembelajaran Sosial
Contoh 3.
Dalam apa-apa jua permainan aktiviti peniruan sememangnya berlaku. Sebagai
contoh guru akan memanggil seorang pelajar keluar dan memberi sekeping gambar
kepada pelajar itu melihat dan meminta murid tersebut membuat pergerakan
mengikut gambar bagi pelajar-pelajar yang lain meneka apakah jawapannya.
( Permainan ini dijalankan secara bergilir-gilir )
Sebelum pelajar itu mula membuat pergerakan,guru akan membuat
demostrasi kepada pelajar-pelajar supaya membolehkan pelajar menirunya dengan
mudah dan tepat.
Selepas itu,pelajar tersebut akan meniru pergerakan berdasarkan perhatian
yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak dicontohi,sama ada melalui
penglihatan atau penggunaan deria. Hasil pemerhatian akan disimpan dalam
ingatan. pelajar tersebut akan membuat gerak balas yang ditimbulkan adalah
berdasarkan perkara yang dilihat,didengar atau dirasai.
Ganjaran akan diberi untuk meneguhkan gerak balas itu.
Contoh 4.
Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung
kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya
melalui lawatan sambil belajar.
Apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan
mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses
menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah,
murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan
bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping
untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan
tersebut.
Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses

pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman


sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih
memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang
untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan.
Dengan menggunakan bahan memberikan pengalaman secara langsung
dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Teori Pembelajaran Humanis
Contoh 5.
Semasa guru memberi latihan soalan aneka pilihan,murid-murid akan menyukarkan
untuk menjawab soalan dengan baik. Soalan aneka pilihan mempunyai banyak
jawapan,tanpa keyakinan seseorang murid akan mengambil masa yang lama untuk
menjawab satu-satu soalan.
Justeru, dengan latihan semasa bermain Sahibba ini diharap dapat meningkat
keyakinan diri pelajar ke arah yang optimum. Selain itu juga, dengan bermain
Sahibba, tanggapan mereka terhadap subjek bahasa yang membosankan akan
berubah. Hal ini permainan ini mampu mewujudkan suasana yang harmoni di
samping dapat mambantu pelajar meningkat kemahiran mereka dalam bahasa.
Keperluan kasih sayang dalam diri manusia dapat dipupuk dalam permainan
Sahibba kerana di samping bersaing untuk menang seseorang itu juga dapart
menghiburkan diri di samping dapat bergaul dengan rakan sekelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Keperluan kasih sayang ini dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dalam bilik darjah seterusnya mewujudkan ruang yang
kondusif bagi satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku.
Peranan yang sesuai dimainkan oleh guru ialah sebagai fasilator dan
pendorong agar memotivasikan pelajar menggunakan cara pembelajaran sendiri
untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

Masalah yang pernah saya hadapi semasa mengaplikasikan teori


pembelajaran dan cadangan yang berkesan untuk mengatasi
pelbagai masalah tersebut.
Cadangan
1.Untuk mengajar dengan berkesan,saya
telah mengaitkan pengalaman positif dengan
tugasan pembelajaran demi menghasilkan
gerak balas terlazim.
2.Bimbing murid menggunakan kemahiran
untuk

membuat

generalisasi

dengan

tepat,dengan memberi pelbagai contoh yang


berkaitan.
3.Bimbing murid menggunakan kemahiran

Masalah
Murid

tidak

membezakan
segiempat

dapat
bentuk

sama

dan segisama kaki.

sisi

untuk

membuat

diskriminasi,misalnya

mengenal pasti ciri-ciri khusus segiempat


sama sisi dan segiempat sama kaki.
4.Berikan

latihan

yang

cukup

untuk

mengukuhkan rangsangan terlazim dengan


gerak

balas

terlazim.

Misalnya,member

latihan penyelesaiaan masalah Matematik


kerap kali.
5.Membantu

murid

memulihkan

ingatan

dengan memberikan masa rehat yang cukup


hingga gangguan pembelajaran yang sedia
ada dihilangkan.
6.Dalam proses pengajaran,guru hendaklah
menggunakan

rangsangan

memotivasikan

pelajar

belajar

dan

yang

supaya

mengelakkan

boleh

berminat

penggunaan

rangsangan yang ,membawa kesan negatif.


( Teori Pembelajaran Behavioris)

Cadangan
1.Saya

akan

membimbing

menggunakan

persepsinya

menghubungkaitkan

unsure-unsur

murid
untuk
dalam

persekitaran.
2.Saya akan mula mengajar berdasarkan
tahap kebolehan murid dan pengalaman
mereka.
3.Saya akan menyampaikan pengajaran
selangkah demi selangkah mengikut urutan
yang sesuai.

Masalah
Terdapat

sebilangan

murid tahun satu dalam


kelas saya tidak dapat
membunyikan
kata dengan betul.

suku

3.Menyediakan bahan-bahan pelajaran yang


lengkap.
4.Peneguhan secara berterusan dan diikuti
dengan secara berkala hendaklah diberkan
supaya kemahiran atau teknik itu dapat
dikukuh dan dikekalkan.
5.Penggunaan
membawa
berkesan

peneguhan

positif

yang

adalah

lebih

peneguhan

yang

keseronokan
daripada

membawa kesakitan.
6.Tetapi kadangkala,saya juga akan member
peneguhan
mendapat

negatif
tingkah

yang
laku

sesuai
yang

untuk
diingini.

Misalnya,menarik balik pemberian masa


rehat jika murid itu tidak dapat membunyikan
suku kata yang mudah seperti ba + ca =
baca,i + bu = ibu.
( Teori Pembelajaran Behavioris )
( Teori Pembelajaran Kognitif )

Cadangan
1.Melaksanakan rancangan pelajaran secara
sistematik dan menarik serta bermakna.
2.Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai serta teknik variasi
rangsangan untuk mengekalkan minat murid
pelajar.
3.Menggunakan

pemusatan

strategi

pemusatan murid dan bahan-bahan dalam


aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Masalah

4.Penyampaian guru hendaklah cekap dan

Murid-murid tidak minat

menarik agar menjadi role model yang

dalam pengajaran. Oleh

gemar dicontohi oleh murid.

itu

5.Demonstrasi guru hendaklah cekap dan

akan

akan

masalah

disiplin

ditimbulkan.

Ini

mengganggu

menarik

agar

membolehkan

murid

menirunya dengan mudah dan tepat.

proses pengajaran dan

6.Rakan sebaya menjadi role model untuk

pembelajaran.

membuat demonstrasi dalam kelas juga


boleh digunakan.
7.Selain itu, motivasi yang sesuai juga harus
digunakan.
8.Ganjaran atau peneguhan yang sesuai
untuk respons atau gerak balas yang betul
daripada murid perlu diadakan.
9.Gunakan teknik penyoalan supaya muridmurid

menumpukan

perhatian

aktiviti pengajaran guru.


( Teori pembelajaran Behavioris )
( Teori Pembelajaran Sosial )

terhadap

Cadangan
1.Guru memilih struktur yang disesuaikan
dengan isi kandungan.
2.Guru memilih struktur yang disesuaikan
dengan matlamat pembelajaran (samada
untuk tujuan pencapaian akademik atau
kemahiran sosial).
3.Guru

menentukan

kriteria

untuk

membentuk pasukan pelajar (secara rawak,


mengikut

pelbagai

4.Menyediakan

bahan

arahan,

kertas

kebolehan)
sama

sebak

ada

dan

kad

lain-lain.

5.Merancang penggunaan optima masa dan


Masalah

ruang

(susun

atur

tempat

dll.)

Murid-murid tidak dapat

6.Menjelaskan

memberikan

7.Memberi maklumat asas untuk membentu

yang

jawapan

memuaskan

matlamat

duduk

pembelajaran

proses p & p.

semasa sesi penyoalan

8.Menentukan langkah penyelarasan aktiviti

dijalankan.

(silent

signal,

sistem

ganjaran

dll.)

9.Menentukan pengendalian aktiviti penilaian


(pembentangan,
10.Membentuk

pair-check
semangat

dll.).
pasukan/

bekerjasama.
11.Menjelaskan kemahiran.
12.Melakukan brain breaks (aktiviti untuk
mengekalkan dan meningkatkan motivasi).
13.Penilaian merujuk kepada:
masteri (berpandukan Taksonomi Bloom)
kemahiran berfikir
pengongsian maklumat (sama ada antara
ahli pasukan atau antara pasukan-pasukan
lain).
( Teori Pembelajaran Konstruktivisme )

Cadangan
1.Mengenalpasti
objektif

serta

pengajaran

menyenaraikan

dan

pembelajaran

secara eksplisit
2.Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang
diperlukan bagi sesuatu topik dan skim
matematik yang sedia ada dalam minda
pelajar.
3.Memilih kaedah dan alat bantu mengajar
yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu
konsep
4.Mempertimbang dan menyediakan aktiviti
latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran
Masalah

khususnya dalam penyelesaian masalah.

Murid suka menghafal

5.Mempertimbangkan

apa yang diajar oleh

instrumen

guru tanpa memahami

proses pengajaran dan pembelajaran.

konsep yang sebenar.

6.Melatih

Oleh itu, didapati ramai

berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan

daripada

mereka

pelajar.

kurang

mampu

7.Guru

untuk
dan

boleh

kaedah

menilai

serta

keberkesanan

meningkatkan

menggunakan

kemahiran

permainan

menyelesaikan

berdasarkan kepada konsep atau prinsip

masalah dengan cara

dengan

yang betul.

tangga-ular,teka-teki, silang kata, mencari

menggunakan

format

seperti

benda tersembunyi, jigsaw dan lain-lain.


7.Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti
luar kelas.
8.Proses pemikiran dan penaakulan secara
analitik dan sistematik akan membantu
murid memperkukuhkan kefahaman dan
pengetahuan matematik mereka kepada
tahap yang lebih mendalam.
( Teori Pembelajaran Kognitif )

Anda mungkin juga menyukai