Anda di halaman 1dari 5

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Wacana Ilmu Membina Tamadun


Rumah Profil Penulis

Pengajaran Berpusatkan Murid


Jun 16, 2008 Murid-murid hari ini sangat berbeza dengan murid-murid lima tahun dahulu. Kalau tahun-tahun 70an, 80an dan 90an dahulu murid-murid duduk mendengar dengan tekun, ada juga yang nakal, kaki bising tetapi tak ramai. Murid-murid kini kurang boleh mendengar. Masa tumpuan mereka untuk belajar sekejap sahaja. Walau pun menggunakan alat bantu mengajar yang tercanggih pun masa tumpuan mereka tak dapat dipanjangkan. Menggunakan alat pemancar LCD tidak menjamin masa tumpuan murid dapat dipanjangkan. Alat canggih itu mungkin tak berbaloi jika digunakan dengan CD yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh itu pendekatan mengajar yang sesuai perlu dicuba. Dalam pengalaman saya sebagai guru selama 31 tahun, saya menggunakan pendekatan dimana murid yang bercakap dalam kelas, saya hanya mendengar sahaja. Saya gunakan kaedah yang pernah digunakan oleh seorang guru saya ketika beliau mengajar Kesusasteraan Melayu tahun 1971 dahulu. Cik gu Muhamad Hassan (Dato) telah menggunakan satu pendekatan yang sangat menarik. Mulanya beliau ajar dahulu asas-asas menganalisis sajak, cerpen dan novel kemudian setiap orang murid (kami) diberikan tugas untuk menganalisa sama ada cerpen, sajak atau novel.

Beliau akan menetapkan masa pembentangan. Bila sampai waktu yang ditetapkan murid tertentu akan membuat pembentangan dihadapan kelas. Murid-murid lain mendengar dengan teliti disamping menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tajuk pada hari itu. Setiap orang murid mesti mendapat tugasan dan mesti membuat pembentangan. Hasil dari pendekatan ini 16 orang daripada 32 murid mendapat A2 Kesusasteraan Melayu dalam MCE tahun 1971 itu. Pengalaman ini saya telah praktikkan dalam P & P masa kini. Malangnya bukan semua murid menyahut cabaran untuk membuat dan membentang tugasan. Saya applikasikan pendekatan ini dalam mengajar sains. Saya bentuk kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu sub tajuk untuk dibuat tugasan. Setiap kumpulan akan membentangkan empat perkara bagi setiap sub tajuk. Pertama mereka mesti mencari kata kunci dalam sub tajuk berkenaan. Kedua, membina peta minda atau peta konsep bagi sub tajuk berkenaan. Ketiga membina/mencari lima ke 10 soalan objektif, satu atau dua soalan struktur bagi sub tajuk berkenaan dan Keempat, setiap kumpulan mesti menyediakan nota berdasarkan Learning Outcome yang tertera bagi sub tajuk berkenaan. Tugasan mesti disiapkan dalam masa dua minggu, pembentangan bagi satu sub tajuk dibuat dalam masa satu waktu pembelajaran (40 minit). Pembentangan boleh dibuat menggunakan kertas sebak (mahjong) atau menggunakan power point. Pendekatan ini boleh menjadi applikasi kepada pendekatan Konstruktivisme dan Pembelajaran Kenteksual. Pendekatan ini menjadi pendekatan Konstruktivisme kerana murid sendiri membina konsep tentang pembelajaran mereka. Usaha mereka melibatkan 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate). Pendekatan ini menjadi Pembelajaran Konteksual kerana murid membina konsep berdasarkan pengalaman yang bermakna dan juga melibatkan hands on. Usaha mereka merangkumi konsep REACT (Relating, Experiencing, Applying, Cooperating and Transfering) Kerja guru adalah menjadi fasilitator, ketika yang sama guru mengawal kelas, membetulkan apa yang salah atau silap dari segi konsep atau fakta, mengukuhkan perkara yang betul, membuat sedikit komenter dan memuji yang betul. Secara tidak langsung guru dapat menanam self confidence (keyakinan kendiri) kepada murid-murid kita, mengurangkan teachers talk dan mengwujudkan students centered learning. Suara guru akan kurang kedengaran, suara murid tidak bising tetapi terarah. Kepada rakan-rakan guru selamat mencuba. Baru-baru ini (12 November 2009) ada rakan yang bertanyakan aku tentang Pengajaran Berpusatkan Murid, oleh yang demikian aku cuba tuliskan dibawah ini beberapa prinsip utama bagai melaksanakan pendekatan pengajaran ini. 1. Murid bertanggung jawab sepenuhnya tentang pembelajarannya. 2. B ahan yang dipelajarinya mempunyai releven dan bermakna kepada pelajar. 3. Keterlibatan dan penyertaan adalah penting dalam pembelajaran 4. Hubungan interpersonal antara para pelajar 5. Guru sebagai fasilitator dan manusia sumber 6. Pelajar melihat dirinya berbeza sebagai hasil dari pengalaman pembelajaran 7. Pengalaman pelajar bertemu dalam pembelajaran Kalau nak detail dan penjelasannya bolehlah menghubungi saya. (Ditambah entri pada 14 November 2009) BAB 7: BEBERAPA BIDANG PENYELIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH

TUMPUAN KEPADA PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU Adakah benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru? Iaitu, guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran. Dalam masa 35 minit, guru mungkin bercakap selama 25 minit menerangkan sesuatu dan baki 10 minit murid membuat latihan. Adakah ini benar bagi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah? Ramai guru telah didedahkan kepada pelabagi kaedah mengajar yang berpusatkan murid, tetapi masih menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan guru. Kaedah mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk:

menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi menambahkan keyakinan diri memberi murid peluang membuat penyampain dan bercakap menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat menggalakkan murid membina ilmu mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid

PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID Kuliah Perbincangan Kumpulan Kecil Simulasi Sumbangsaran Main Peranan Pengajaran oleh Rakan Sebaya Penerangan dan Membuat Latihan Inkuiri Penemuan Penerangan dan Praktikal Pembelajaran Koperatif Beberapa Kaedah dan Teknik Mengajar

Makmal atau Bengkel Bercerita Pengajaran Berbantu Komputer Projek Kerja Lapangan

Rajah di atas menyenaraikan beberapa kaedah dan teknik mengajar yang digunakan di dalam sekolah rendah untuk mengajar pelbagai mata pelajar. Bayangkan betapa kaya pengalaman murid sekolah rendah sekiranya semua kaedah dan teknik mengajar ini di amalkan di semua sekolah rendah di Malaysia.
3.2 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah:
1. Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum. 2. Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu. 3. Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai