Anda di halaman 1dari 11

2.

PERBANDINGAN

PEMBELAJARAN

SECARA

KELAS

DAN

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PERKARA

PEMBELAJARAN SECARA KELAS

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

DEFINISI/ KONSEP

Pendekatan secara pasif

pembelajaran Pendekatan dimana

pembelajaran

semua dimana murid membina sendiri oleh pengetahuan secara aktif

maklumat

disampaikan

guru tanpa penglibatan daripada berdasarkan pengetahuan dan murid. (Berpusatkan guru) pengalaman sedia ada. (Berpusatkan murid)

PERANAN GURU

Guru

bertanggungjawab ke atas

Guru

membantu

murid

sepenuhnya bahan bantu

membina

kemahiran

mengajar

menyelesaikan masalah.

yang akan digunakan.

PERANAN MURID

Mendengar

apa

yang

Murid

bebas

memberi

disampaikan oleh guru. Mencatat nota. Menghafaldan mengiganti isi pelajaran.

pendapat dengan panduan guru. Murid bertanggungjawab pembelajaran

terhadap mereka.

KAEDAH DAN

Demonstrasi

Sumbang saran dan debat

STRATEGI PENGAJARAN

Soal jawab Bercerita Latihan

Main lapangan.

peranan,kerja

Penerangan dan praktikal. Aktiviti berkumpulan

KEBAIKAN

Guru maklumat

menyampaikan dan ilmu yang

Membolehkan terlibat secara aktif. Proses dan

murid

pengetahuan

aktiviti

kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Guru maklumat menyampaikan yang tidak

pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksa oleh guru. Guru berperanan sebagai pemudahcara fasilitator. Menggalakkan kreativiti pelajar . Membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Berlakunya pengalaman daya atau

dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam sumber

mana-mana

walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh

pengalaman guru

pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

KELEMAHAN

Pengetahuan sedia ada murid tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting. Pendapat dan

Bersifat pembelajaran. Tempoh

tumpuan

berlaku

pembelajaran yang optima akan mengambil masa

pandangan pelajar tidak

yang panjang.

diambil kira. Murid cepat bosan.

Lebih akan

banyak dihadapi

cabaran semasa untuk murid objektif

pelaksanaannya membolehkan mencapai

pembelajaran yang telah ditetapkan.

(a) Definisi dan konsep pembelajaran. Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan sekolah adalah pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakkan masa persekolahan dalam suasana pembelajaran yang pasif dimana semua maklumat yang disampaikan adalah daripada guru tanpa memerlukan penglibatan daripada murid. Menurut Elizabeth et al,.2002, Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah pembelajaran jenis ini adalah lebih kepada berpusatkan guru. Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran. Manakala, menurut Khoo,2003, Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan menghubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan. Kaedah pembelajaran ini di kenali sebagai kaedah pembelajaran secara konstruktivisme kerana pendekatan pembelajaran dimana murid akan membina sendiri pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Kaedah pembelajaran ini adalah berpusatkan murid.

(b) Peranan guru. Dalam kaedah pembelajaran secara kelas ini, guru memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru merupakan penyampai utama. Guru bercakap lebih dari pelajar semasa pengajaran dan hanya komunikasi sehala berlaku, dimana hanya guru yang banyak bercakap. Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar di dalam kelas. Seterusnya, guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan. Pelajar juga tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah. Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif kerana berlaku pembelajaran sehala sahaja. Dalam

pada itu juga, guru hanya mementingkan pencapaian objektif pendidikan sahaja tanpa memikirkan tahap penguasaan murid. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan nilai murni ataupun perkembangan emosi. Bagi kaedah pengajaran secara konstruktivisme pula, guru merupakan fasilitator kepada murid-murid. Guru akan menggalakkan murid untuk menerangkan idea mereka serta menghargai setiap pandangan yang diutarakan oleh murid-murid. Guru juga akan menggalakkan murid untuk membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis,meramal,meneroka dan membuat hipotesis dan

seterusnya menggalakkan mereka untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai jawapan mereka. Guru juga akan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat tentang sesuatu permasalahan.

(c) Peranan murid Semasa pembelajaran secara kelas, murid berperanan untuk mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Maka tujuan utama murid hadir ke kelas adalah bagi mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka. Murid hanya perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Berdasarkan strategi ini beberapa ahli akademik berpendapat bahawa pengajaran berpusatkan guru adalah tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum yang membolehkan mereka berfikir secara kritikal. Murid akan menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik. Seterusnya, murid akan bertindak balas kepada

jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru dalam proses perkembangan berperingkat melalui aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru. Segala hasil kerja murid akan dinilai sepenuhnya oleh guru. Bagi jenis pembelajaran secara konstruktivisme pula, murid berperanan untuk mengemukakan soalan-soalan dan isu-isu yang berkaitan dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut dan kemudiannya,mereka akan membuat analisis dan juga menjawab soalan-soalan tersebut. Mereka juga bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid juga selalu berbincang dengan guru dan sesama rakan-rakan yang lain kerana mereka lebih digalakkan untuk bekerja secara kumpulan kerana di dalam perbincangan itu akan membantu murid untuk mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut akan dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham mengenai tajuk dan isu yang dibincangkan. Mereka juga akan mencabar hipotesis yang telah dibuat dan mereka juga digalakkan untuk berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam bentuk kumpulan. Disamping itu juga, mereka akan menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulative atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

(d) Kaedah dan strategi pengajaran Bagi kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran secara kelas dapat dijalankan dengan menggunakan kaedah demonstrasi iaitu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu cara atau perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid. Seterusnya, menggunakan kaedah soal jawab. Kaedah ini merupakan satu aspek penting yang boleh membawa murid kepada aktiviti kognitif aras tinggi dan berupaya membantu murid mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran murid. Guru juga menggunakan kaedah bercerita dimana guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan pengajaran untuk diajar pada hari tersebut. Dalam pada masa yang sama, guru juga akan memberi latihan kepada murid-murid untuk menguji kefahamam pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Manakala kaedah dan strategi pengajaran bagi pembelajaran secara konstruktivisme pula, guru perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas dimana mereka boleh melakukan aktiviti sumbang saran dan debat mengenai tajuk yang diberikan oleh guru.seterusnya, guru boleh memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Hal ini sekali gus dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Aktiviti berkumpulan merupakan kaedah utam bagi pembelajaran secara kelas ini. Hal ini kerana, semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan murid dapat mengembangkan idea-idea mereka dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka disamping dapat meningkatkan kemahiran sosial meraka.

(e) Kebaikan Pembelajaran secara kelas dan konstruktivisme Pembelajaran secara kelas jiga mempunyai beberapa kebaikannya tersendiri. Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru. Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut. Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu. Jika dilihat kebaikan bagi pembelajaran secara konstruktivisme pula kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran cara ini membolehkan

berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

(e) Kelemahan pembelajaran secara kelas dan konstruktivisme. Terdapat beberapa kelemahan pada pembelajaran secara kelas dan konstruktivisme ini. Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar. Pengetahuan sedia ada murid juga tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting kerana jenis pembelajaran ini hanyalah berpusatkan guru. Dalam pada masa yang sama murid cepat bosan kerana mereka hanya pasif didalam kelas.. Bagi kelemahan untuk strategi atau kaedah pembelajaran secara

konstruktivisme pula adalah ia lebih bersifat tumpuan pembelajaran. Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan dalam kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

3.0 PILIH SATU JENIS PEMBELAJARAN UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH Menurut Rutherford dan Algren yang menyatakan murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. John Dewey menguatkan lagi teori yang dikemukakan oleh Rutherford dan Algren ini dengan mengatakan bahawa pendidik cekap haruslah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi jenis pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah jenis pembelajaran yang dikemukakan oleh Gagne (1985) iaitu strategi kognitif. Yang sebenarnya, terdapat lima jenis pembelajaran yang telah dikemukakan oleh Gagne (1985) iaitu kemahiran intelek, maklumat verbal, strategi kognitif, kemahiran psikomotor dan sikap. Menurut Gagne (1985), Strategi kognitif merupakan kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal sendiri proses-proses dalaman seperti memberi perhatian, belajar, mengingat dan memikirkan sesuatu. Kemahiran-kemahiran ini mempunyai namanama spesifik yang berlainan seperti Bruner (1971) menamakannya sebagai strategi kognitif sama seperti Gagne (1985) namun Skinner (1968) menamakannya sebagai tingkahlaku pengurusan kendiri. Strategi kognitif amat sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana ia mampu menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu pembelajaran dengan lebih teliti. Untuk membolehkan kemahiran kognitif ini diperoleh, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari. Dengan cara ini, pembelajaran akan menjadi lebih mudah kerana pelajar akan mengingati setiap yang mereka pelajari untuk jangkamasa yang panjang. Tambahan pula, melalui pembelajaran strategi kognitif, pelajar dapat menguasai strategi untuk mengaktifkan serta menguruskan pembelajaran dan menggunakan kemahiran yang sedia ada.

Apa yang dapat dinilai sekiranya pelajar menggunakan pembelajaran secara strategi kognitif ialah mereka akan lebih menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Hal ini kerana tumpuan kognitif mereka hanya pada cara untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain itu, cara pemikiran mereka juga akan berubah menjadi lebih matang dan mempu berfikir di luar kotak untuk meningkatkan pencapaian kognitif mereka. Oleh yang demikian, ingatan mereka akan bertambah aktif dan lebih maju ke hadapan. Sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran perhatian maka pelajar tersebut dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam semua matapelajaran tanppa mengira kandungan. Oleh yang demikian, strategi-strategi yang terkandung dalam strategi kognitif seperti

mengingat, berfikir dan mengingat kembali haruslah dikuasai untuk memudahkan pembelajaran pelajar. Selain itu, jenis pembelajaran secara strategi kognitif mempunyai prinsipprinsip pembelajaran yang penting dalam aplikasi pembelajaran iaitu ia

membekalkan peluang untuk amalan strategik bersama sokongan dan maklumbalas. Guru memainkan peranan untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran ketika melakukan sesuatu tugasan yang diberikan. Melalui prinsip tersbut, pelajar dapat melakukan tugasan tersebut dengan lebih mahir berikutan dengan bantuan daripada orang lain. Selain itu, prinsip seterusnya ialah mendemonstrasikan strategi sekiranya bersifat umum. Pelajar dapat melihat dan memberikan perhatian semasa sesi pengajaran dengan baik kerana ditunjukkan cara untuk melakukan sesuatu tugasan itu telah diberi dan ditunjukkan oleh guru. Mereka akan menjadi lebih mudah untuk memahami apa yang disampaikan. Antara aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar menguasai strategi kognitif ialah dengan menunjukkan cara strategi kepada pelajar. Sebagai contoh yang lebih mudah, guru perlulah menunjukkan demonstrasi agar pelajar dapat melihat apa yang diajar oleh guru dengan lebih teliti. Teknik menyoal pelajar mampu menggalakkan pelajar berfikir dengan lebih kritis untuk meningkatkan strategi kognitif mereka. Selain itu, guru perlulah memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan strategi tersebut secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai strategi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai