Anda di halaman 1dari 20

BIODATA GURU PELATIH

NAMA: NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN NO. KAD PENGENALAN: 930203-06-5738 SEMESTER: 3 PISMP UNIT: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

NAMA

: NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN

TANDATANGAN

TARIKH HANTAR

: 27 MAC 2014

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN SURAT

MUKA

BIODATA DIRI

HALAMAN PENGAKUAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN KANDUNGAN 1) 1.0 PENGENALAN

2 3 4

2) 2.0 NOTA RINGKAS 3) 3.0 ANSUR MAJU MELOMBOL 4) ANALISIS KESALAHAN

6-11 12-16 17-18

REFLEKSI RUJUKAN

19 20

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T Segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur di atas limpah kurnia-Nya serta taufik dan hidayah-Nya kerana akhirnya kerja kursus ini telah banyak memberikan pengajaran yang berguna dalam proses pembelajaran. Berkat dorongan dan pertolongan pensyarah saya dalam subjek ini, iaitu Encik Yakcob bin Mamat yang telah banyak membantu saya, akhirnya

terlaksana juga kajian ini dengan baik. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan moral sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada rakan-rakan yang memberikan kerjasama untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai tajuk yang diberikan. Diharap kajian yang dilakukan ini mudah difahami dan diterima dengan sebaiknya. Sekian terima kasih.

1.0 PENGENALAN Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

2.0 NOTA RINGKAS

TERBAHAGI KEPADA DUA KATEGORI IAITU LELAKI DAN PEREMPUAN

LEBIH BERFOKUS KEPADA KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN KEMAHIRAN MOTOR

MENEKANKAN TIGA AKTIVITI UTAMA IAITU IMBANGAN, KETANGKASAN DAN MELOMBOL GIMNASTIK ARTISTIK

PERGERAKAN TUBUH BADAN YANG MEMERLUKAN FLEKSIBILITI, IMBANGAN, KEKUATAN, KETANGKASAN DAN DAYA TAHAN OTOT YANG BAIK

MELIBATKAN BEBERAPA POLA PERGERAKAN

PENDARATAN

HAMBURAN

AYUNAN

POLA PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK

PUTARAN

STATIK

GERAK EDAR

GIMNASTIK ARTISTIK

LELAKI

PEREMPUAN

SENAM LANTAI

KEKUDA BERPELANA

GELANG

MELOMBOL

BATANG TITIAN

MELOMBOL

PALANG TUNGGAL

PALANG SEJAJAR

PALANG BERTINGKAT

SENAM LANTAI

GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI

SENAM LANTAI

Suatu siri 'Tumbling' dipersembahkan dahulu sebagai demonstrasi dan kekuatan. Dilakukan tanpa muzik dan menyentuh lantai walau sekali semasa rutin.

KEKUDA BERPELANA

Melibatkan penggunaan sebelah kaki dan kedua belah kaki. Menghayunkan kaki dengan mengikut arah putaran jam atau sebaliknya mengikut kesesuaian masing-masing. Gelang digantung dengan wayar kabel selaras dengan ketinggian ahli gimnastik. Gimnastik bergayut pada wayar tersebut dan menghayun badan serta berputar sebelum mendarat.

GELANG

MELOMBOL

Berlari pada landasan maksimum 25meter sebelum melompat pagar ke atas papan anjal dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

PALANG SEJAJAR

Memerlukan kekuatan bahu. Satu siri hayunan dilakukan berkali-kali dan dengan selaras.

PALANG TUNGGAL

Sebatang besi dengan ukuran 2.4cm digunakan sebagai palang. Aktiviti yang dilakukan ialah hayunan, putaran dan bertukar pegangan.

GIMNASTIK ARTISTIK WANITA

MELOMBOL

Berlari pada landasan maksimum 25meter sebelum melompat pagar ke atas papan anjal dan mendarat dengan keduadua belah kaki.

Juga dikenali sebagai palang asymetric, gimnas mengemudi dua palang pada ketinggian yang berbeza. PALANG BERTINGKAT Pergerakan melalui handstand dan melakukan ayunan, bulatan dan sebagainya.

BATANG TITIAN

Gimnas perlu melakukan tarian yang direka dalam tempoh 60-80 saat yang mengandungi somersault, akrobatik, lompatan dan putaran. Ia memerlukan kestabilan, kelenturan dan kekuatan.

Dilakukan di atas permaidani atau foam keras di atas papan lapis yang lebih lembut dari lantai biasa. SENAM LANTAI Gimnas menggunakan alunan muzik sebagai iringan dan berbeza dengan lelaki.

10

TEKNIK KHUSUS KEMAHIRAN MELOMBOL

MELOMBOL BOLEH DIGUNAKAN DENGAN PETI LOMBOL, BUCK DAN HORSE

DIMULAKAN DENGAN MELAKUKAN SENAMAN BADAN

BERDIRI TEGAK DAN MENGANGKAT TANGAN KANAN SEBAGAI TANDA SEDIA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI

KEDUA-DUA BELAH TANGAN MENAPAK DI ATAS LOMBOL DAN KEDUA-DUA KAKI DIBUKA/ KANGKANG LUAS KETIKA FASA LAYANGAN

LARI KE ARAH PAPAN LONJAK DAN MELONJAK DENGAN KEDUA BELAH KAKI

KEDUA-DUA TANGAN TOLAK DENGAN KUAT LOMBOL UNTUK MEMUDAHKAN PERGERAKAN

MENDARAT DENGAN KEDUA-DUA BELAH KAKI

11

3.0 ANSUR MAJU MELOMBOL 3.1 FASA-FASA MELOMBOL a) Fasa Larian

Ianya adalah jarak larian di antara tempat permulaan larian ke peti lombol. Jarak larian tertakluk kepada keupayaan dan keperluan pelaku. Arah larian lurus.

b) Fasa Lonjakan

Lakuan melonjak sebaik sahaja sampai ke peti lombol. Melonjak di atas papan anjal / papan lonjakan.

c) Fasa Layangan

Fasa ini adalah merupakan fasa di udara selepas pelepasan dari papan anjal dan sebelum mendarat.

d) Fasa Mendarat Pendaratan ke atas lantai. Mendarat dengan kedua kaki. Penyerapan daya sewaktu mendarat penting bertujuan mengelakkan kecederaan.

e) Fasa Pemulihan Berkedudukan ke posisi asal / posisi mula. Mengimbangkan badan penting dalam fasa ini. Berakhir dengan berdiri tegak lurus jengketkan bahagian hujung kaki dan mendada. Mendepakan tangan dan menapak sebelum beredar.

12

3.2 ANSUR MAJU LOMBOL TEGAK KANGKANG a) ANSUR MAJU MELOMPAT MELEPASI GARISAN ATAU TALI Lakukan aktiviti dengan rakan secara berselang-seli. Rapatkan kaki ketika melompat. Lompat dan mendarat dengan membengkokkan lutut. Pastikan mata sentiasa memandang ke hadapan.

RAJAH 1 : MELOMPAT MELEPASI GARISAN

13

b) ANSUR MAJU MELOMPAT MENGGUNAKAN PAPAN ANJAL Ambil lajak ketika berlari ke papan anjal dan dan lompat dengan kedua-dua belah kaki. Lonjakkan badan setinggi mungkin dan luruskan tangan sebagai keseimbangan. Mendarat dengan membengkokkan kaki untuk menyerap daya. Luruskan kaki dan tangan disisi. Tegakkan badan seperti fasa persediaan. Ulang beberapa kali.

RAJAH 2 : MELOMPAT MENGGUNAKAN PAPAN ANJAL

14

c) ANSUR MAJU MELOMPAT KE ATAS LOMBOL Rapatkan kaki dan berdiri tegak dalam keadaan sedia. Letakkan kedua-dua tapak tangan di tengah peti lombol dan lonjakan kedua-dua kaki serentak dan kemudiannya kangkangkan kedua-dua belah kaki untuk melepasi peti lombol sambil tangan menolak peti lombol. Berhenti di atas peti lombol terlebih dahulu. Penyokong diperlukan di hadapan atau pun di sisi peti lombol sebagai langkah keselamatan untuk menyokong dengan cara memegang bahu pelaku sekiranya hampir terjatuh dari peti lombol. Melompat mendarat dengan dua belah kaki dengan lutut sedikit bengkok. Berdiri tegak dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas. Mata pandang ke hadapan. Aktiviti diulang dengan menambah satu demi satu bahagian peti lombol.

RAJAH 3 : MELOMPAT MENGGUNAKAN LOMBOL

15

d) ANSUR MAJU MELOMBOL DAN MENDARAT ATAS TILAM Rapatkan kaki dan berada dalam keadaan sedia. Ambil lajak dan lari dan lompat ke atas papan anjal dengan kedua-dua belah kaki serentak. Lonjak tinggi ke atas dan ke hadapan dengan tangan lurus ke hadapan. Letakkan kedua-dua tapak tangan di tengah peti lombol dan kangkangkan kedua-dua belah kaki dan berhenti sekejap di atas peti lombol terlebih dahulu. Penyokong berada di hadapan peti lombol akan memegang bahu pelaku sekiranya hampir terjatuh dari peti lombol. Pelaku melompat dan mendarat di atas tilam dengan dua belah kaki dengan lutut sedikit bengkok. Tegakkan badan, kaki hampir rapat, depakan tangan dan mata pandang ke hadapan. Ulang latihan.

RAJAH 4 : MELOMBOL DAN MENDARAT ATAS TILAM

16

4.0 ANALISIS KESALAHAN

KESALAHAN

PEMBETULAN

GAMBAR

Tidak memanaskan badan terlebih dahulu.

- Aktiviti pemanasan badan perlulah dilakukan untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada otot. - Contohnya kilasan badan, sit up dan sebagainya.

Postur badan tidak tegak ketika fasa persediaan dan selepas mendarat.

- Postur badan perlulah berada dalam keadaan sedia dan mata memandang ke hadapan.

Mata tidak memandang ke hadapan dan menyebabkan pergerakan melombol tidak kemas.

- Mata perlulah difokuskan sentiasa di hadapan memandang lombol dan tidak banyak menunduk.

Tidak membengkokkan lutut ketika fasa pendaratan.

- Serapan daya diperoleh sekiranya kaki dibengkokkan selepas melakukan lombolan. Hanya bengkokkan separuh lutut.

17

Melompat terlalu dekat dengan peti lombol.

- Jarak diperlukan ketika melakukan lombolan untuk mengelakkan kecederaan berikutan jatuh atau terhentak. Apabila terlalu dekat dengan peti lombol, melombol tidak akan berjaya.

Tidak membuka kangkangan dengan luas.

-Kangkangan kaki hendaklah diluaskan untuk memudahkan lombolan berlaku tanpa sekatan.

18

REFLEKSI Salam sejahtera pembuka kata. Pertama sekali saya berasa amat bersyukur kerana telah menyiapkan tugasan kerja kursus Gimnastik PJM 3107. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah iaitu En Yakcob bin Mamat bagi subjek ini yang telah banyak membantu dalam memberikan penerangan secara jelas mengenai tugasan ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang telah membantu dan memberi dorongan dalam melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang melakukan tugasan ini, pelbagai pengalaman dan ilmu telah saya perolehi. Pada pendapat saya, tugasan ini telah meningkatkan lagi kefahaman saya dalam subjek mengenai gimnastik artistik. Tugasan ini memerlukan saya dan rakanrakan memilih aktiviti kemahiran gimnastik dan membuat ansur maju mengenai aktiviti tersebut dan menganalisis kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam kemahiran gimnastik tersebut. Semasa pencarian maklumat di internet dilakukan, kemudahan internet adalah sangat perlahan dan hal ini menimbulkan masalah di samping telah melambatkan kerja saya. Oleh yang demikian, saya mencari beberapa inisiatif lain seperti meminjam modem internet dari rakan-rakan lain untuk memudahkan pencarian maklumat di dalam internet. Pencarian maklumat mengenai rujukan gimnastik adalah sangat penting untuk dijadikan bahan rujukan. Kerja kursus ini telah siap pada masa yang telah ditetapkan. Namun demikian, saya mengalami pelbagai masalah sepanjang menyiapkan tugasan ini dan dapat menyelesaikannya dengan baik. Antaranya ialah tarikh tugasan ini bertindih dengan tarikh tugasan-tugasan yang lain. Saya perlu menyiapkan tugasan subjek lain juga untuk dihantar. Kekangan masa adalah masalah utama saya dalam menyiapkan tugasan ini. Namun demikian, setelah dibahagikan masa dengan betul barulah saya dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan cepat. Saya berpandangan bahawa ilmu-ilmu yang telah saya pelajari ini akan banyak membantu saya dalam cara pengajaran pelajar-pelajar kelak. Saya dapat bertolak ansur dengan rakan-rakan lain dalam berkongsi maklumat. Maklumat yang dikongsi juga telah menambahkan lagi ilmu-ilmu yang diperoleh. Akhir kata, semoga tugasan ini dapat memenuhi kehendak soalan dan kehendak pensyarah.

19

RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kokurikulum Saifol Bahari & Hasnul Faizal (2007). Gimnastik Artistik, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Pendidikan Malaysia. Laman web : http://www.moe.gov.my/bpk/index.php? option=com_wrapper&Itemid=66 Sekolah Rendah (KBSR): Pendidikan Jasmani. Dari Kementerian

Media sukan. (2009). Kenali sukan : Gimnastik. Dari Silversports Media Sukan Jaringan Informasi Sukan Anda. Laman web : http://www.mediasukan.com.my/kenali %20sukan2.htm

20

Anda mungkin juga menyukai