Anda di halaman 1dari 11

UNIT 3

KEMAHIRAN PROFESIONAL

TAJUK 3.1

3.1.1

Asas Gimnastik

Apakah yang anda faham mengenai gimnastik artistik ?


Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat
aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan.
Keempat-empat aktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam
pola pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar,
putaran, hamburan dan hayunan.
Pola-pola ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran gimnastik
artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagai
asas persediaan pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang lebih
sukar dalam gimnastik artistik.
Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan
iaitu :
Pendaratan
Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan
daya akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan
merendahkan pusat graviti dimana lutut dan pergelangan kaki
dibengkokkan.

Statik / kestabilan
Kestabilan boleh diperolehi apabila seseorang itu berakhir
dalam keadaan statik bermaksud keupayaan badan untuk
kembali ke posisi yang seimbang selepas ianya dipindahkan /
digerakkan. Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat
graviti :
Stabiliti.
Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih
Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak
adalah lebih stabil.
Semakin luas tapak adalah lebih stabil.

Gerak edar
Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan
pemindahan pusat graviti akan mengakhibatkan pergerakan.
Bagi setiap pergerakan badan akan dipengaruhi oleh masa,
daya, aliran dan ruang.

Putaran
Setiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil jejari
akan mengakhibatkan semakin pantas putaran sedangkan
semakin besar jejari akan menyebabkan semakin perlahan
putarannya.

Hamburan
Untuk menggerakkan sesuatu objek daya diperlukan. Dengan
mengaplikasikan daya objek tersebut akan bergerak
mengikut arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga
penting dalam menghasilkan hamburan dimana setiap aksi
mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya.
Contohnya Hambur Arab.

Hayunan
Daya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh
dipercepatkan lagi dengan menambah unsur-unsur hayunan
seperti menghayun hujung kaki. Contohnya hayunan pada
palang.
Sewaktu melakukan kemahiran-kemahiran gimnastik
beberapa kriteria perlu diberikan pertimbangan yang
utama antaranya :

Pergerakan
Pergerakan yang sempurna adalah hasil dari teknik yang
betul. Sesuatu pergerakan yang kompelks mestilah dilakukan
yang asas dahulu melalui proses ansur majunya.

Rangkaian
Rangkaian merupakan gabungan dari kemahiran-kemahiran
asas seperti kemahiran imbangan, ketangkasan dan lombol.
Satu rangkaian pergerakan yang sempurna adalah apabila
ianya terlaksana dengan licin dan berterusan.

Kecergasan
Kecergasan amat penting untuk membantu pelaku
menghasilkan gerakan-gerakan dalam gimnastik artistik.
Aktiviti regangan, kelenturan, kekuatan serta daya tahan
seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan
kemahiran.

Nilai Kinestetik dan Estetik


Penghayatan keindahan dan kecantikan postur sesuatu
pergerakan dapat ditonjolkan dengan kefahaman gerakan-

gerakan otot dan anggota badan dalam usaha menerapkan


nilai kinestetik dan estetik.

Postur dan keyakinan diri


Postur yang betul perlu ditegaskan dari awal, sewaktu
memulakan, semasa melakukan dan sewaktu mengakhiri
aktiviti ketika mendarat. Dengan menerapkan prinsip ansur
maju sewaktu pelaksanaan secara tidak langsung akan
memupuk keyakinan diri pelaku.

Alatan
Segala alatan yang digunakan haruslah dipastikan
kesempurnaannya dan ketinggiannya bersesuaian dengan
kebolehan dan keupayaan pelajar. Alat reka ganti boleh
digunakan sebagai menggantikan alat sebenardengan syarat
dipastikan dari segi kesesuaian dan keselamatan.

UNIT 3

KEMAHIRAN PROFESIONAL

TAJUK
3.1.2

Aktiviti Gulingan

3.1.2.1 Gulingan
Aktiviti gulingan adalah kemahiran-kemahiran mengguling yang
merangkumi aktiviti seperti guling depan, guling belakang, guling sisi,
guling bahu.

Guling Depan
Teknik Lakuan

Berdiri tegak
Mencangkung dan dan dari kedudukan dakap, letak kedua
belah tangan di atas lantai
Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikan
bahagian punggung
Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke depan
dengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu.
Selepas gulingan, berdiri tegak.
Butiran Mengajar
Mencangkung di hujung kaki

Tangan lurus seluas bahu dan jari mengarah ke hadapan.


Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada untuk
membulatkan badan
Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi daripada
bahagian kepala
Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskan

Rajah 10 : Guling Depan

Pengajaran ansurmaju ( cadangan )


Lakuan membuaikan badan

Duduk dengan kedua tangan memaut lutut


Kedua peha dirapatkan ke dada.
Bulatkan badan
Membuai badan

Berguling dari atas peti lombol

Gunakan peti lombol pada aras dua tingkat


Meniarap di atas peti lombol dengan kedua
tangan mencecah lantai
Mengensot ke depan dengan membulatkan
badan
Mengguling

Mengguling dengan bantuan rakan

Pelaku dalam posisi kereta sorong


Rakan memegang kedua-dua pergelangan kaki
pelaku
Rakan mengangkat dan menolak pelaku ke
depan
Pelaku mengguling

Mengguling dengan bantuan sudut

Gunakan papan anjal untuk mencipta sudut


Lonjak, bulatkan badan
Mengguling bersudut

Mengguling dari atas bangku

Ketinggian bangku lebih kurang 0.5 meter


Mencangkung di atas bangku
Naik dan luruskan kaki sedikit, tangan
mencecah lantai
Bulatkan badana dan mengguling

Imbangan
Terdapat berbagai jenis aktiviti yang boleh dikelaskan sebagai
imbangan. Ianya adalah lakuan dimana pelaku dapat
mengimbangkan
keseluruhan
badannya
dengan
menggunakan tangan atau kepala sebagai tapak / paksi.
Konsep stabiliti penting dalam mengimbangkan diri, dimana
unsur keluasan tapak dan kedudukan pusat graviti memainkan
peranan yang utama.
Jenis-jenis aktiviti imbangan adalah seperti imbangan skala
( skala depan, skala sisi ), imbangan Y, imbangan dekam,
imbangan bangau, dirian kepala, dirian tangan, dirian
harimau,
Dirian kepala
Teknik Lakuan

Duduk melutut
Jari tangan dibuka luas, menapak di lantai
Sujud, kedudukan tangan dan dahi berbentuk
segi tiga sama
Lurus dan rapatkan kedua kaki, naikkan
punggung ke atas.
Gerak ke lakuan ulat bulu sehingga kaki
terangkat dengan sendiri.
Apabila kaki terangkat imbangkan sehingga
ianya lurus menegak ke atas.
Kedua hujung kaki lentik dan dirapatkan

Butiran Mengajar

Kekuatan tangan harus seimbang


Tapak harus luas berpaksi di bahagian depan
dahi
Kedua kaki sentiasa lurus dan rapat

Rajah 11 : Pelbagai Jenis Imbangan

Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )

Lakuan imbangan dekam


Berpasangan : Lakuan dirian kepala 90 darjah
Berpasangan : Lakuan dirian kepala 180 darjah

Lombol
Lombolan adalah merupakan aktiviti yang dilakukan dengan
menggunakan peralatan seperti peti lombol, buck dan horse.
Teknik perlakuannya melibatkan lima fasa iaitu fasa larian,
fasa lonjakan, fasa layangan, fasa pendaratan dan fasa
pemulihan. Setiap fasa tersebut mempunyai keterkaitan di
antara satu sama lain dan teknik lakuan setiap fasa harus
betul bagi menjamin hasil lakuan yang sempurna.
Fasa Larian

Ianya adalah jarak larian di antara tempat permulaan


larian ke peti lombol.
Jarak larian tertakluk kepada keupayaan dan keperluan
pelaku.
Arah larian lurus.

Fasa Lonjakan

Lakuan melonjak sebaik sahaja sampai ke peti lombol.


Melonjak di atas papan anjal / papan lonjakan.

Fasa Layangan

Fasa ini adalah merupakan fasa di udara selepas


pelepasan dari papan anjal dan sebelum mendarat.

Fasa Mendarat

Pendaratan ke atas lantai.


Mendarat dengan kedua kaki.
Penyerapan daya sewaktu mendarat penting bertujuan
mengelakkan kecederaan.

Fasa Pemulihan

Berkedudukan ke posisi asal / posisi mula.


Mengimbangkan badan penting dalam fasa ini.

Berakhir dengan berdiri tegak lurus jengketkan


bahagian hujung kaki, mendada. mendepakan tangan
dan menapak sebelum beredar.

Jenis-jenis aktiviti yang dikelompokkan dalam kumpulan


ini adalah lombol lalu, lombol kangkang, lombol pencuri
dan lombol sisi.

Lombol Kangkang
Teknik Lakuan

Berdiri tegak di tempat mula.


Angkat tangan kanan lurus ke atas
menandakan bersedia untuk memulakan
aktiviti.
Lari ke arah papan anjal / papan lonjak.
Melonjak ke atas papan anjal dengan kedua
belah kaki.
Kedua-dua tangan menapak di atas peti lombol.
Melombol dengan kedua-dua kaki di buka /
kangkang luas dan lurus ke sisi sewaktu
layangan.
Kedua-dua tangan tolak dengan kuat dari peti
lombol supaya laluan layangan licin dan
sempurna.
Mendarat dengan merapatkan kedua kaki.

Butiran Mengajar

Berlari pantas dan lurus


Kaki kangkang dan lurus.
Kepala mendongak pandang ke atas, hujung
kaki kuis.
Kedua tangan menguis sewaktu kaki melayang
di atas peti.
Mendarat
tegak,
mendada
dan
kaki
dijengketkan.

Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )


Melonjak
Rajah 12 : Aksi Lombol Kangkang

Lonjak 1 : Lakuan melonjak-lonjak


lurus ke atas di atas papan anjal /
lonjakan.
Lonjak 2 : Jarak beberapa langkah dari papan
papan lonjakan, berlari perlahan ke
lonjakan, melonjak dan mendarat.

tegak
papan
anjal /
papan

Lonjak 3 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua


tangan menapak di atas peti, melompat,
kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi
( Peti melintang ).
Mendarat ditempat yang sama dengan
kedua belah kaki ditutup rapat.
Lonjak 4 : Berdiri menghadap peti lombol,
kedua tangan menapak di atas peti,
menggunakan papan anjal; melonjak,
kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi dan
mengangkang / mendarat di atas peti
( Peti melintang ).

Mendarat

4.

5.

Mendarat1 : Lari, lompat dan mendarat.


Mendarat 2: Berdiri di atas bangku panjang, lompat dan
mendarat.
Mendarat 3 : Berdiri di atas peti lombol ( peti
membujur) berjalan dan mendarat. ( aras
peti lima tingkat )

Latihan.
4.1

Aapakah yang anda faham mengenai keperluan utama


dalam pembelajaran kemahiran asas gimnastik artistik?

4.2

Apakah bentuk-bentuk atau pelakuan ansur maju yang


boleh
membantu pelajar melakukan aktiviti guling
depan dengan selamat ?

Rumusan.
Gimnastik artistik adalah satu daripada kemahiran yang penting
dalam aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan
pendekatan yang telah dicadangkan adalah merupakan
pengetahuan penting untuk melakukannya dalam bentuk amali.
Anda perlu peka dengan langkah-langkah keselamatan semasa
melakukan
aktiviti
gimnastik
kerana
kelalaian
boleh
mengakibatkan kemalangan. Antara pola-pola pelakuan tersebut
termasuklah aktiviti gulingan, imbangan dan lombol.

6.

Bacaan Asas.
6.1

Teng Boon Tong. (1995). Panduan Pengajaran


Gimnastik Artistik. Petaling Jaya : Longman.

6.2

Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam : Fajar


Bakti.

10

7.

Soalan Tutorial.
7.1

Anda dikehendaki berbincang dengan rakan untuk


mengenalpasti lima fasa dalam aktiviti lombol.
Nyatakan dengan jelas setiap fasa yang telah anda
kenalpasti dengan memberikan contohnya sekali.

11

Anda mungkin juga menyukai