Anda di halaman 1dari 12

ACARA LOMPAT KIJANG

FASA LOMPAT KIJANG 1) fasa penujuan 2) fasa lonjakan ( hop) 3) fasa langkahan ( step) 4) fasa lompatan (jump) 5) fasa pendaratan

1.0 FASA PERLAKUAN KEMAHIRAN: FASA LONJAKAN (HOP)

Fasa lompatan pertama ialah lakuan melonjak atau hop iaitu melonjak dan mendarat pada kaki yang sama. Tujuan fasa lonjakan atau hop adalah untuk mencapai kelajuan menegak melintang atau horizontal vertical velocity (ke depan dan ke atas) selepas landas dari papan, bukan kelajuan melintang menegak atau vertical horizontal velocity (atas dan ke depan seperti dalam lompat jauh).

Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan sebagai kaki lonjak kerana fasa ini memerlukan pelaku untuk melakukan dua hingga tiga loncatan . Semasa menghampiri papan lonjakan, pelaku itu tidak seharusnya

mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu untuk melonjak seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu dan diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

2.0 TEKNIK DAN BUTIRAN PERLAKUAN

Latihan: Sekiranya kaki landas pelaku adalah kaki kanan seperti pelaku rajah di atas. Kaki landas sepenuhnya dipanjangkan seperti di gambar A. Paha kaki drive pula dibengkokkan hampir sejajar dengan tanah dan kaki landas santai. Badan masih berada dalam posisi tegak tetapi dalam kedudukan sedikit ke depan. Selepas itu, kaki landas kemudian ditarik ke punggung seperti di gambar B. Kaki drive diputarkan dari depan tubuh dan dibawa ke belakang seperti di gambar C. Kaki landas ditarik maju kehadapan dimana tumit kaki landas diputar tinggi menyebabkan paha kaki landas mencapai selari dan dibawa maju kehadapan melebihi lutut dengan dorsi kakinya tertekuk. Posisi ini akan membuatkan pelaku berasa seolah-olah dia berjalan daripada papan. Setelah kaki landas dipanjangkan, pelaku kemudian dengan tegas membawa kaki landas ke bawah dan melakukan pendaratan aktif seperti di gambar D. Sentiasa mengingatkan pelaku untuk tetap tegak dan tidak pernah melihat ke bawah atau bersandar ke depan. Hal ini kerana tubuh dengan secara spontan akan bersandar ke depan ketika tangan diperpanjang untuk kembali mendarat. Jika pelaku menyandarkan tubuhnya terlalu maju, ini akan menyukarkan pelaku untuk membawa kaki yang berbeza untuk fasa seterusnya.

3.0 TURUTAN GRAFIK PERLAKUAN

Turutan perlakuan fasa lonjakan atau hop

Turutan perlakuan fasa-fasa lompat kijang.

A menunjukkan fasa lonjakan atau hop


4

D2 menunjukann fasa lonjakan atau hop

Gambar sisi hadapan perlakuan fasa-fasa lompat kijang

4.0 LATIHAN ANSUR MAJU KEMAHIRAN 1. Mulakan latihan ansur maju fasa lonjakan (Hop) dengan belajar Lompat Kijang Berdiri. a) Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki lonjakan). Contohnya kaki kanan. b) Hop dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki kanan juga.

c) Melangkah ke depan dengan kaki kiri untuk melakukan fasa seterusnya iaitu fasa melangkah. d) Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendarat di atas kedua-dua kaki. e) Langkah c dan d dilaksanakan untuk membiasakan pelaku melakukan rangkaian fasa dengan betul. f) Ulangi latihan di atas untuk beberapa kali. g) Ulang dengan memberi perhatian pada butiran yang dinyatakan di bawah. h) Berdiri di atas sebelah kaki (kanan) dengan kaki kiri dipegang oleh tangan kiri. i) Hop dengan kaki kanan dan mendarat di atas kaki kanan juga.

2. Latihan ansur maju masih sama tetapi ditambah dengan penujuan tiga langkah ke garisan lonjakan untuk menambahkan kelajuan.

a) Lari tiga langkah sebelum menuju ke garisan lonjakan. b) Hop menggunakan kaki lonjak iaitu kaki kanan melintasi garisan lonjakan tanpa berhenti untuk mengekalkan kelajuan dan menambah daya loncatan. c) Mendarat menggunakan kaki kanan juga.

LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT KIJANG 1. Lakukan bangkit tubi L-seat. Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal. 2. Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding. Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat). 3. Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal. Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan). Tujuannya: Menguatkan achcillies tendon.
8

4. Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh). Tujuannya: Menguatkan quadriceps 5. Latihan - plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu. Tujuannya: Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan. 6. Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan. Tujuannya: Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki. 7. Lari,lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. Tujuannya: Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

REFLEKSI Oleh Mohamad Naim bin Mohamad Zul 900823 14 5571

Dalam usaha menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan. Namun dalam menempuhi masalah dan cabaran tersebut saya sebenarnya telahpun belajar tentang banyak pekara. Antara cabaran yang saya hadapi adalah cabaran untuk mendapatkan maklumat yang kukuh mengenai tajuk tugasan yang diberi iaitu kemahiran lompat kijang khusus kepada fasa lonjakan atau hop. Selain itu, halangan yang hadapi ialah kesukaran memperoleh bahan rujukan ekoran sumber buku rujukan yang agak terhad dan kesukaran mendapatkan bahan-bahan yang terkini. Namun masalah ini telah dapat saya atasi seberapa segera dengan

bantuan dan kerjasama yang diberi oleh rakan-rakan yang tidak lokek membantu. Kami juga telah mengadakan perkongsian bahan dan sesi perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Hasil daripada perkongsian bahan dan perbincangan yang dijalankan telah memberikan variasi maklumat yang lebih luas dan menyeluruh bagi menyempurnakan tugasan ini dengan lebih baik. Selain itu juga, saya juga telahpun mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk tugasan ini dengan menggunakan kemudahan internet. Maklumat yang pelbagai dan mempunyai batas pemikiran yang luas menjadikan tajuk tugasan ini lebih menarik untuk dikaji. Malah, dengan menggunakan internet dan kemudahan ICT juga dapat mengajar dan membiasakan saya untuk mempraktikkan penggunaan ICT dalam kehidupan. Antara lain, tugasan ini telahpun memperincikan tentang cara pelaksanaan fasa lonjakan atau hop dalam acara lompat kijang. Perkara ini amat berguna kepada saya
10

sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya nanti. Dalam ruang waktu yang agak terhad dengan keperluan serta tanggungjawab yang telahpun diamanahkan, saya telah membahagikan masa yang ada dengan baik bagi memastikan tugasan yang saya lakukan ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan piawaian Kerja Kursus Pendek. Saya telahpun membuat jadual pelaksanaan tugasan bagi memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam tugasan saya ini. Kesimpulannya, tugasan bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini amat baik dan berguna kepada saya kerana tugasan ini mampu mendidik saya untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai fasa-fasa perlakuan dalam lompat kijang dan cara atau kaedah pelaksanaannya.

11

BIBLIOGRAFI

Bahan bacaan: Helen Ten (1996), Manual Olahraga, Junjuaraa Publications Sdn Bhd 1996 Doherty, K. J. (1985). Track and Field OmniBook Forth Edition. Los Altos, CA. Tafnews Press.

Laman sesawang: http://www.everythingtrackandfield.com/catalog/matriarch/OnePiecePage.asp_Q_PageI D_E_303_A_PageName_E_ArticleGirouxTripleJump, diakses pada 07 April 2010. http://www.trackandfieldnews.com/technique/146_Todd.pdf, diakses pada 07 April 2010. http://www.brianmac.demon.co.uk/triplejump/index.htm, diakses pada 09 April 2010. http://www.familyresource.com/health/exercise/the-fundamental-aspect-of-the-triplejump-for-dummies, diakses pada 09 April 2010 http://www.brianmac.co.uk/triplejump/index.htm, diakses pada 10 April 2010. http://www.faqs.org/sports-science/Sp-Tw/Triple-Jump.html, diakses pada 10 April 2010.

12

Anda mungkin juga menyukai