Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI:

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

TAJUK TUGASAN:

PROJEK KAJIAN PEMBELAJARAN MOTOR (PEMBENTANGAN POSTER) :


PERBANDINGAN LATIHAN SECARA BLOK DAN RAWAK DALAM TEKNIK
PUKULAN LOB HADAPAN DAN PUKULAN KILAS BELAKANG SUKAN
BADMINTON

KURSUS:

MOTOR LEARNING

KOD KERTAS:

QSU 3053 // KUMPULAN E

PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. JEFFREY LOW FOOK LEE

KUMPULAN KAJIAN 2 (PAGI)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK

JASMIN NABILLA BINTI SUKARDI D20182085500

NOOR SARAH ATHIQAH BINTI ZAINUDIN D20182085521

DANIAL HAFIZI BIN HASDI D20182085524

HANNAN HANAFI BIN ASKARI D20182085543


PERBANDINGAN LATIHAN SECARA BLOK DAN RAWAK DALAM TEKNIK

“FOREHAND” DAN “BACKHAND” UNDERARM CLEAR SUKAN BADMINTON

PENGENALAN TOPIK

Badminton adalah salah satu sukan paling popular di dunia, dengan lebih daripada 200 juta

orang mengambil bahagian di seluruh dunia (Phomsoupha & Laffaye, 2015). Sukan

badminton dicirikan sebagai aktiviti sukan yang berintensiti tinggi yang diberikan waktu

rehat yang singkat seperti dalam sukan raket yang lain. (Seth, 2016). Kemahiran sukan

badminton adalah kemahiran terbuka (open skill) kerana persekitaran yang berkaitan

permainan badminton adalah berbeza-beza dan tidak dapat diramalkan” iaitu keadaan

persekitaran untuk bermain badminton memang sukar diramal dan dikendalikan oleh pemain

badminton kerana kejatuhan bulu tangkis yang berubah-ubah.

Menguasai kemahiran teknik badminton adalah salah satu peruntukan yang mesti dikuasai

oleh pemain dalam mencapai prestasi sukan yang tinggi. Permainan badminton dapat

berfungsi dengan baik sekiranya mempunyai teknik pukulan yang berkualiti tinggi. Pukulan

clear merupakan salah satu teknik pukulan dalam badminton. Pukulan clear dilakukan untuk

memberi masa kepada atlit kembali ke posisi bersedia di tengah-tengah gelanggang (Sidek,

2003). Ia adalah pukulan strategi yang digalakkan terutama di dalam acara perseorangan.

Pukulan ini boleh dilakukan di bawah tangan melalui pukulan hadapan (forehand) atau

pukulan kilas (backhand). Menurut Sidek (2003), tujuan asas pukulan clear ini adalah

menjauhkan bulu tangkis dari pihak lawan dalam masa yang sama memaksa dia bergerak

mengejar bulu tangkis. Jika bulu tangkis di belakangnya, pihak lawan tidak mempunyai
cukup masa untuk membuat pukulan balas yang baik dan jika banyak pergerakan yang

dibuat, ia akan meletihkan pihak lawan. Persoalannya, apakah kaedah yang berkesan untuk

melatih kemahiran ini. Secara lazim, praktis yang berulang dan menumpu kepada penguasaan

teknik perlakuan kemahiran tersebut. Praktis ini melibatkan pelajar atau pemain memukul

bulu tangkis berulang kali sama ada dengan sendiri atau diberi (feed) oleh jurulatih. Praktis

ini dinamakan praktis secara blok (Kaipa, & Kaipa, 2017). Praktis secara blok adalah kaedah

latihan yang hanya tertumpu pada satu aspek kemahiran dan diulang dalam jangka masa

tertentu atau sehingga atlet menguasai aspek teknikal sebelum beralih ke aspek teknikal yang

lain. Menurut Zipp dan Gentile (2010) praktis secara blok adalah sesuatu aktiviti yang

dilakukan secara berulang-ulang sebelum beralih ke aktiviti yang lain. Ia bermaksud latihan

jenis ini dapat membolehkan pelajar menumpukan perhatian pada pergerakan yang satu itu.

(Panji, 2019). Kelebihan kaedah praktis secara blok terletak pada prestasi berulang yang

membolehkan pelajar membetulkan dan menyesuaikan diri dengan aspek kemahiran yang

diajar. (Edward,. 2011). Selain itu, apakah kaedah praktis yang boleh juga digunakan untuk

melatih teknik pukulan hadapan (forehand) dan pukulan kilas (backhand) dalam badminton

selain praktis yang dinyatakan sebelum ini iaitu praktis secara blok. Praktis ini melibatkan

pemain memukul bulu tangkis dalam pergerakan yang berbeza-beza. Praktis ini dinamakan

sebagai praktis secara rawak. Praktis secara rawak adalah kaedah untuk mendapatkan

penguasaan terhadap sesuatu kemahiran melalui latihan yang mengubah urutan elemen dalam

kemahiran tersebut. (Riyan, 2017). Semasa praktis secara rawak, pelajar berlatih pada

beberapa kemahiran yang berbeza pada masa yang sama. Kelebihan praktis secara rawak

adalah bahawa pelajar terus membandingkan dan membezakan aspek kemahiran yang diajar

sehingga menjadikan ingatan bagi setiap kemahiran lebih khas dan bermakna. (Edward,.

2011). Walaubagaimanapun, kekurangan kaedah praktis secara rawak adalah sukar bagi

pelajar kerana memerlukan masa yang lebih lama dalam menyesuaikan diri dan bertindak
balas dalam aspek kemahiran yang diajar oleh pelatih sehingga prestasi semasa latihan akan

menurun. (Edward, 2011). Praktis kemahiran yang sama untuk sekumpulan percubaan atau

masa, sebelum beralih ke kemahiran seterusnya, mendorong gangguan kontekstual yang

rendah (juga dikenali sebagai praktis secara blok) manakala beralih antara kemahiran atau

variasi kemahiran secara berterusan pula (latihan rawak) mendorong gangguan kontekstual

yang tinggi. (Kearney, 2017).

Porter dan Beckerman (2016) menyelidiki pengaruh "peningkatan jadual" gangguan

kontekstual terhadap pembelajaran kemahiran motor berterusan. Kemahiran motor berterusan

merupakan kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan yang ditentukan oleh pelaku.

Tujuan kajian mereka adalah untuk menentukan jika berlatih dengan peningkatan secara

bertahap dalam gangguan kontekstual (Contextual Interference) memudahkan pembelajaran

kemahiran motor berterusan yang memerlukan penjejakan visuomotor. Porter dan Beckerman

(2016) membuat hipotesis bahawa kumpulan yang berlatih dengan peningkatan jumlah

gangguan kontekstual akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada ujian pengekalan dan

pemindahan berbanding peserta yang berlatih dengan mengikut jadual secara blok dan rawak.

Seramai 78 peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Blok, Peningkatan, Rawak. Hasil

analisis statistik menunjukkan bahawa prestasi ketiga-tiga kumpulan meningkat semasa

latihan. Analisis ujian pasca menunjukkan kumpulan Peningkatan lebih baik daripada

kumpulan Blok dan Rawak pada ujian pengekalan dan pemindahan kerana mereka

menunjukkan demonstrasi awal bahawa manfaat latihan penjadualan dengan peningkatan

jumlah gangguan kontekstual memudahkan pembelajaran tugas berterusan yang memerlukan

penjejakan visual dan motor. Seterusnya, Shea dan Morgan (1979) adalah pengkaji yang

pertama menerapkan idea gangguan kontekstual terhadap tugas pembelajaran motor. Mereka

menggunakan susunan unik enam penghalang kayu (2x3) yang harus dilemparkan oleh
peserta dengan cepat menggunakan salah satu dari tiga urutan yang telah ditentukan. Masing-

masing dikaitkan dengan cahaya berwarna yang akan menyala dan menunjukkan urutan

pergerakan yang harus dilakukan. Mereka memperkenalkan gangguan kontekstual ke dalam

eksperimen mereka dengan membezakan jadual praktis peserta. Kumpulan Blok pada

awalnya mengatasi kumpulan Rawak semasa latihan. Ianya seperti dijangkakan kerana

mereka hanya perlu mengingat satu urutan pada satu masa. Pada akhir sesi latihan, terdapat

sedikit perbezaan antara data kumpulan, menunjukkan bahawa semua peserta menguasai

sepenuhnya tugas tersebut. Secara keseluruhan, kumpulan Rawak mempunyai tahap

pengekalan yang lebih tinggi walaupun prestasi mereka yang lemah semasa latihan, sesuai

dengan hipotesis bahawa gangguan dapat bermanfaat untuk pembelajaran jangka panjang. Ini

menunjukkan bahawa idea gangguan kontekstual dapat digunakan untuk meningkatkan

pembelajaran kemahiran motor.

Sk. Yadav dan Neeraj Yadav (2012) menyelidiki ‘ pembinaan daripada penggabungan

pukulan kilas (forehand) dan pukulan kilas belakang (backhand) dengan pukulan di jaring

dalam sukan badminton’. Tujuan kajian mereka adalah untuk melihat kekuatan ketahanan

fizikal pemain dalam mengembalikan bola tangkis ke gelanggang pihak lawan dengan

menggunakan teknik pukulan kilas (forehand) dan pukulan kilas belakang (backhand). Sk.

Yadav dan Neeraj Yadav (2012) dalam hipotesis mengkaji bahawa pemain badminton antara

daerah dan rakan sekerja mempunyai perbezaan dalam kebolehpercayaan dan objektiviti.

Seramai 40 pemain badminton lelaki mengikut latihan secara blok dan rawak yang diberikan

melalui demonstrasi daripada jurulatih yang mahir. Hasil analisis yang dibuat, pemain

dibahagi kepada dua sesi ujian iaitu sesi pagi dan petang dan keputusan sesi pagi meningkat

berbanding sesi petang. Dalam kajian ini juga mereka menggunakan kaedah Lockhart dan

Mcperson dalam ujian dalam pemindahan dan ketekalan . Mereka menggunakan gelanggang
badminton yang ditandai empat garisan. Masing masing memukul bola dengan melakukan

tiga percubaan daripada dua puluh peluang yang diberi. Pada percubaan pertama hasil

dapatan menunjukkan pukulan bawah kilas (forehand) dan pukulan belakang kilas

( backhand) ialah 0.486 dan meningkat kepada 0.476. Melalui objektiviti kebolehpercayaan, ,

keseluruhan hasil ialah 9606.99 markah melalui percubaan pertama manakala percubaan

ujian kedua pula ialah 5853.00 markah. Berlaku penurunan sedikit disebabkan pelbagai

faktor seperti peserta keletihan atau kurang memberi perhatian.

Secara keseluruhannya, menggunakan kaedah secara blok dan rawak dapat meningkatkan

prestasi pemain secara baik dengan menggunakan penggabungan teknik pukulan

membolehkan pemain melakukan ujian dengan kebolehan bergerak kepada bola tangkis

dengan pantas.

Menurut S. K. Yadav (2011) dalam kajian iaitu ‘pembinaan daripada tahap skala untuk

pukulan kilas (forehand) dan pukulan kilas belakang (backhand) bawah kepala dalam sukan

badminton. Tujuan kajian ini adalah untuk membina skala penilaian untuk pukulan bawah

(forehand) dan pukulan belakang kilas (overhand) bawah kepala yang jelas dalam sukan

badminton. S. K. Yadav (2011) membuat hipotesis bahawa menggunakan skala dalam

menentukan ujian blok dan rawak lebih baik berbanding penilaian subjektif. Seramai 30

orang peserta pemain badminton dipilih secara rawak untuk ujian ini. Hasil analisis

menunjukkan prestasi yang lebih baik melalui pembolehubah korelasi dengan kriteria

menunjukan hasil yang baik. Dapatan hasil kajian pula,pemain yang melakukan ujian teknik

pukulan bawah kilas ( forehand) meningkat sedikit berbanding teknik pukulan belakang kilas

(backhand) manakala pertengahan ujian pula pemain yang melakukan ujian teknik pukulan
belakang kilas ( backhand) pula meningkat berbanding pukulan bawah kilas( forehand).

Melalui ujian keseluruhan, pukulan bawah kilas bawah kepala ( forehand overhead clear)

adalah hasil yang paling tinggi dalam keseluruhan ujian. Mereka membahagikan kepada dua

kaedah ujian kepada peserta untuk mendapatkan hasil iaitu korelasi dalam permarkahan ujian

dan kebolehpercayaan daripada tahap skala. Secara kesimpulanya, ketiga tiga kategori yang

dijalankan menunjukkan pelbagai hasil yang berlainan. Ini kerana, melalui hasil ujian

tersebut, kaedah rawak lebih baik berbanding blok.

Menurut Edward P Hebert (1996 ) melalui kajian ‘amalkan Jadual Pengaruh Terhadap

Prestasi dan Pembelajaran Pelajar Berkemahiran Rendah dan Tinggi: Kajian Terapan’.

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kesan daripada ujian praktis dalam persembahan yang

dibahagi untuk pebelajaran kurang berkemahiran dan berkemahiran tinggi. Edward P Hebert

(1996 ) membuat hipotesis bahawa jika lebih banyak melakukan praktis, ia akan memberi

kesan kepada persembahan praktis. Menurut Ashy, Lee dan Landin,1988 menyatakan bahawa

‘pelajar berkemahiran tinggi biasanya mempunyai jumlah latihan yang berjaya berbanding

rakan mereka yang berkemahiran rendah. Ini kerana, melalui kaedah praktis blok dan rawak,

praktis rawak dengan menggunakan teori gangguan kontekstual dapat meningkatkan ingatan

pembelajaran pemain dalam melakukan praktis ujian. Seramai 45 peserta lelaki dan 38

peserta perempuan di bawah umur 22 tahun telah dibahagi kepada lima kelas sukan tenis dan

diberi taklimat sebelum memulakan pembelajaran. Hasil analisis yang diterima, pelajar

berkemahiran tinggi dan pelajar berkemahiran rendah tidak menunjukkan hasil yang ketara.

Melalui percubaan pra permarkahan dan tindak balas soalan daripada pelajar kemahiran

rendah dan tinggi menunjukkan pelajar berkemahiran rendah lebih mendominasi hasil

keputusan dari segi pengalaman kemahiran terbuka dan kesukaran tahap sukan tenis

berbanding pelajar kemahiran tinggi lebih mendominasi pra permarkahan dan pengalaman
bermain tenis. Berdasarkan praktis dan ujian, pelajar dibahagi kepada dua kumpulan iaitu

pelajar kemahiran rendah dalam blok praktis dan praktis silih berganti. Hasil mendapati

bahawa kemahiran tinggi lebih rendah permarkahan berbanding pelajar kemahiran rendah.

Secara keseluruhan, kumpulan pelajar kemahiran rendah mempunyai memori pengekalan

dalam melakukan sesuatu ujian. Dengan menggunakan teori gangguan kontekstual, ia dapat

membantu dalam meningkatkan pembelajaran motor terhadap pelajar dan dapat digunakan

untuk pembelajaran jangka masa yang lama.

Menurut Didik Rilastiyo Budi dan Muhamad Syafel (2020) meneliti pengaruh metode latihan

terhadap peningkatan hasil pukulan forehand dan backhand tenis lapangan. Pengaruh metode

adalah untuk mengetahui hasil keputusan sama ada meningkat atau menurun. Tujuan kajian

yang dijalankan adalah untuk menkaji tahap peningkatan kecekapan dan kemahiran terhadap

pelajar pendidikan jasmani dalam melakukan pukulan bawah kilas ( forehand) dan pukulan

belakang kilas (backhand groundstroke). Didik Rilastiyo Budi dan Muhamad Syafel

membuat hipotesis bahawa pelajar yang mempelajari praktis rawak lebih meningkat

berbanding pelajar yang mempelajari praktis blok. Kajian ini menggunakan 40 peserta lelaki

yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan blok metode dan rawak metode.

Melalui ujian pra dan ujian pos dalam praktis blok dan rawak, praktis rawak lebih tinggi hasil

keputusan manakala melalui ujian normality data menunjukkan praktis blok lebih tinggi. Hal

ini kerana,ini menunjukkan pelajar lebih cepat mahir mempelajari latihan secara blok

berbanding rawak. Selain itu, dalam ujian data homogeniti menunjukkan ujian pra praktis

blok dan rawak mempunyai nilai yang lebih tinggi iaitu 0.419 berbanding ujan pos praktis

blok dan rawak iaitu 0.308 manakala melalui analisis daripada gabungan untuk percubaan

pukulan bawah kilas (forehand) dan pukulan belakang kilas ( backhand groundstroke)
menunjukkan nilai yang sama. Ini kerana, ujian pra dan ujian pos dalam praktis blok dan

rawak telah memberi kesan yang baik terhadap pelajar dalam mempelajari praktis pukulan

bawah kilas (forehand) dan pukulan belakang (backhand). Seterusnya melalui hasil kajian

ujian bebas mendapati bahawa peningkatan dalam praktis ujian pra dan ujian pos mempunyai

nilai iaitu 0.30 dan dikatakan lebih kecil berbanding nilai 0.05. Ini kerana perbezaan

pembelajaran metode setiap pelajar adalah berlainan dalam melakukan praktis blok dan

rawak. Hal ini kerana, menurut Wilde, H., Magnuson pelajar yang mempelajari praktis blok

adalah lebih laju pergerakan tetapi untuk kaedah pengulangan dalam pertandingan ,praktis

rawak adalah lebih tinggi tahap keberkesanannya.

Secara kesimpulanya, kaedah praktis blok dan rawak ini dapat memberi kesan yang baik

dalam mempelajari pukulan teknik bawah kilas (forehand) dan pukulan belakang kilas

(backhand) dalam sukan tenis. Pada masa yang sama , peningkatan keputusan hasil kesan

yang diperoleh daripada pelajar yang melakukan praktis rawak adalah lebih baik dan

berkesan berbanding praktis blok. Hal ini kerana, praktis rawak adalah suatu kaedah yang

menunjukkan situasi sebenar dalam perlawanan.

Menurut Porter dan Beckerman (2016) “ Amalan dalam Peningkatan Gradual dalam

Kontekstual Interferensi meningkatkan pembelajaran visuomotor. Tujuan kajian yang

dijalankan adalah untuk mengetahui kaedah berlatih dengan peningkatan gangguan

konstektual secara bertahap dan adakah ia memerlukan penerusan kepada pembelajaran

motor terhadap visuomotor. Berdasarkan hipotesis, yang dilakukan menunjukkan praktis

yang dilakukan menunjukkan kumpulan yang diuji dengan gangguan kontekstual lebih

menunjukkan keputusan yang memberangsangkan pada ujian pengekalan dan pemindahan


berbanding kumpulan yang melakukan kaedah praktis blok dan rawak. Peserta yang diambil

adalah seramai 78 orang. Seterusnya, dalam analisis, kumpulan yang melakukan praktis blok

dan rawak menunjukkan hasil yang lebih baik pada ujian pengekalan dan pemindahan kerana

praktis tersebut bersifat tetap dan tidak berubah ubah. Dalam ujian pemindahan dan

pengekalan, kumpulan yang melakukan praktis dengan gangguan kontekstual menunjukkan

perbezaan yang ketara dan lebih meningkat berbanding kumpulan yang melakukan praktis

blok dan rawak. Dalam ujian pengekalan, ketiga tiga kumpulan tersebut menunjukkan

perbezaan yang ketara. Kumpulan dalam peningkatan lebih mendominasi keputusan

berbanding kumpulan praktis blok dan rawak manakala dalam ujian pemindahan, kumpulan

peningkatan juga mempunyai keputusan yang lebih tinggi iaitu dengan keputusan 4.5 saat.

Menurut Porter and Magill (2010) membuat huraian hipotesis bahawa praktis dengan

peningkatan gradual meningkat dengan gangguan kontekstuak kepada pemain baru.

Kesimpulanya, kumpulan yang menerapkan praktis secara gangguan kontekstual dapat

meningkatkan hasil pembelajaran visuomotor kepada pemain dalam pembelajaran berbanding

kumpulan yang melakukan praktis blok dan rawak.

Melalui ulasan kajian (Goode S. dan Magill R. A, 1986) melalui kajian Contextual

Interference Effects in Learning Three Badminton Serves yang dijalankan untuk mengkaji

kesan gangguan konteks ke atas 30 orang pelajar perempuan Kolej Wesleyan Texas, di mana

peserta kajian dikehendaki untuk melakukan 3 teknik pukulan badminton. Servis pendek akan

dilatih dengan menggunakan Ujian Servis Rendah French sebagai model (French dan Statler,

1949). Manakala bagi servis panjang akan menggunakan Ujian Servis Panjang Scoot dan Fox

(Scott dan French, 1959). Setiap pukulan yang dilakukan akan memperoleh mata jika bulu
tangkis yang dipukul jatuh di bahagian-bahagian tertentu di dalam gelanggang mengikut

peraturan badminton. Walau bagaimanapun, peserta kajian ini akan dipilih secara rawak

untuk melakukan satu daripada tiga praktis: blok, bersiri, rawak dengan setiap kumpulan

memperoleh 108 percubaan bagi setiap pukulan semasa fasa pemerolehan/ “acquisition”

dengan jumlah keseluruhan praktis sebanyak 324 kali percubaan. Di dalam kajian ini semua

percubaan bagi satu percubaan untuk kumpulan praktis blok dilakukan terlebih dahulu dan

diikuti praktis lain, berbeza dengan struktur praktis blok Lee dan Magill (1983) di mana

tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kepelbagaian kesan konteks dalam pemerolehan

kemahiran motor. Dalam kajian ini, 3 ujian berbeza dijalankan di mana pada ujian 1, hasil

kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat metodologi sebelumnya yang

membingungkan berkenaan variasi konteks dengan paradigma tindak balas, di mana

kelebihan pengekalan praktis rawak berbanding jadual latihan praktis blok dikekelakan. Pada

ujian 2, penyertaan kumpulan yang menggabungkan kedua-dua praktis rawak dan blok

menghasilkan kesan ke atas pengulangan sebagai pembolehubah kajian di mana peningkatan

kesan kepelbagaian konteks. Dengan menukarkan lakuan bagi ujian 3 kepada lebih

menekankan lebih kepada pemprosesan kesalahan penghantaran maklumat yang salah

sebagai kognitif lakuan kepada prestasi, sokongan untuk penyelesaian masalah kepada lakuan

kesan lakuan ulangan dijumpai. Untuk kumpulan praktis bersiri dan rawak pula melakukan

ketiga-tiga praktis dalam satu sesi. Bagi kumpulan praktis bersiri perlu melakukan pukulan

berbeza untuk setiap percubaan pada susunan yang tersusun. Bagi kumpulan praktis rawak

pula perlu melakukan ketiga-tiga pukulan bagi 36 kali percubaan dengan susunan secara

rawak. Semasa fasa pemerolehan, skor praktis blok didapati paling tinggi diikuti praktis

rawak dan bersiri. Semasa ujian pengekalan dilakukan didapati praktis rawak mendapat skot

tertinggi berbanding praktis blok dan bersiri. Ketika ujian pengekalan dilakukan subjek diberi

enam kali percubaan bagi ketiga-tiga jenis pukulan Percubaan dilakukan secara rawak untuk
mengelakkan percubaan yang sama dilakukan melebihi sati kali percubaan yang sama, di

mana procedur yang sama digunakan oleh Lee and Magill (1983). Bagi ujian pemindahan

pula diberi rehat selama 5 minit. Prosedur yang sama dilakukan seperti ujian pengekalan.

Perbezaannya adalah sasarannya diubah ke sebelah kiri gelanggang dimana perserta kajian

perlu menyasarkan pukulan ke arah kiri gelanggang bagi mendapatkan skor. Kesimpulannya,

didapati praktis blok mengalami gangguan konteks yang rendah manakala bagi praktis rawak

pula mengalami gangguan konteks tinggi. Hal ini membuktikan interaksi ketara diperoleh

semasa ujian pemerolehan dan ujian pemindahan selari dengan kajian Shea dan Morgan

(1979). Interaksi ketara yang dimaksudkan adalah dimana peserta kajian bagi kumpulan blok

mendapat skor lebih tinggi berbanding kumpulan rawak dan bersiri. Walau bagaimanapun,

semasa ujian pengekalan dan pemindahan dijalankan, kumpulan rawak pula mendapat skor

tertinggi berbanding kumpulan bersiri dan blok. Secara teori, ramalan daripada Battig (1979)

dinyatakan bahawa penggunaan praktis secara rawak dalam susunan latihan meningkatkan

ujian pengekalan dan pemindahan. Hal ini disebabkan, kepelbagaian konteks (praktis rawak)

daripada percubaan ke percubaan membolehkan kumpulan praktis rawak menjadi konteks

yang bebas di mana membolehkan subjek untuk memindahkan praktis yang dilakukan lebih

berhasil daripada praktis blok (Bransford, Franks, Morris, & Stein, 1979). Dalam kajian ini .

Berdasarkan kajian yang dikaji, terdapat satu kelemahan yang dikenal pasti iaitu berdasarkan

keputusan kajian, didapati praktis bersiri mendapat skor terendah pada ujian pengekalan dan

ujian pemindahan. Secara teorinya, praktis secara blok sepatutnya mendapat skor terendah di

bawah praktis secara bersiri dan praktis secara rawak Hal ini demikian bercanggah dengan

dapatan kajian pada bahagian kesan gangguan konteks (Brady, 2014; Magill dan Hall, 1980;

Shea dan Morgan, 1979; Wright, 2016). Di mana semasa kesan praktis ini kebiasaannya

melibatkan perbandingan pembelajaran yang diperoleh daripada praktis rawak dan praktis

blok format penjadualan. Walau bagaimanapun, praktis rawak secara relatifnya disebabkan
oleh persekitaran praktis gangguan tinggi kerena kepelbagaian kemahiran motor dipraktikkan

secara serentak bagi membolehkan peserta kajian untuk menavigasi perubahan praktis yang

sentiasa berubah mengikut latihan. Sebaliknya, praktis blok mempunyai gangguan rendah

melalui latihan kerana melibatkan perlakuan yang berulangan bagi kemahiran motor yang

sama untuk sebilangan percubaan yang telah ditentukan sebelum menjalankan kemahiran-

kemahiran motor lain. Ternyata praktis rawak, walaupun semasa fasa pemerolehan prestasi

awal yang agak perlahan semasa latihan, menjadi lebih berkesan untuk menyokong

pengekalan bagi jangka masa Panjang kemahiran pukulan lob hadapan dan pukulan kilas

belakang yang dipraktikkan (Goode dan Magill, 1986; Ollis, Button dan Fairweather, 2005;

Schneider, Healy dan Bourne, 1998; Smith dan Davies, 1995). Penambahbaikan yang

dilakukan oleh daripada kajian kami daripada kajian lepas (Gulac M., Devrilmez E., Kirazer

S. dan Yuksel O, 2017) bertajuk Investigation of the Anticipation Time in Forehand and

Backhand Strokes of Badminton Player adalah semasa ujian pengekalan dilakukan, kami

mengadakan perlahwanan yang diubah/ “modified match” di mana pengkaji akan

membahagikan peserta kajian kepada tiga kumpulan di mana mereka akan dipilih secara

rawak untuk memenuhi kumpulan-kumpulan ini. Untuk meneliti lebih lanjut berkenaan

peningkatan prestasi pemain ketika dalam suatu perlawanan, dua soalan yang perlu

diguanakan untuk menerajui kajian: Bagi pemain praktis yang manakah adalah berkesan

untuk mempelajari kemahiran pukulan lob hadapan dan kilas belakang? Adakah praktis

secara blok atau rawak yang memberikan kesan kepada pukulan lob hadapan dan kilas

belakang dalam peningkatkan prestasi peserta kajian dalam suatu perlahwanan? Berdasarkan

soalan berikut, kajian ini ingin mengaji sama ada praktis secara blok atau praktis secara

rawak yang lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi pemain badminton.


KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Arena ini

mempunyai gelanggang badminton yang sesuai untuk kajian ini dijalankan. Kawasannya

yang luas juga dapat memberikan keselesaan kepada pengkaji dan peserta kajian untuk

menjalankan kajian. Alatan yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti raket badminton,

bulu tangkis dan jaring badminton. Dalam kajian ini 30 orang peserta dibahagikan kepada

dua kumpulan. Kumpulan A dan B. Kumpulan A akan melakukan praktis blok dan kumpulan

B akan melakukan praktis rawak

Seramaia 30 orang peserta dikumpulkan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan blok dan kumpulan rawak. Setiap kumpulan mempunyai 15 orang peserta. Peserta

akan melakukan ujian pra iaitu “Poole Forehand Clear Test” dan “The Poole Backhand Clear

Test”. Ujian “Poole Forehand Clear Test” dan “The Poole Backhand Clear Test” bertujuan

untuk mengukur kemampuan melakukan pukulan lob hadapan dan pukulan kilas belakang.

Peserta diberikan tempoh rawatan selama dua minggu. Bagi kumpulan blok, peserta

diberikan latihan “wall drill”. “Wall drill” merupakan satu latihan dimana pemain perlu

memukul bulu tangkis dengan raket badminton ke dinding, pemain hanya perlu berdiri secara

statik sambil memukul bulu tangkis dengan menggunakan teknik “backhand” atau

“forehand”, peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan


mempunyai 3 orang peserta. Peserta akan menjalankan latihan selama 3 minit untuk setiap

kumpulan. Bagi peserta rawak pula peserta diminta melakukan latihan “Mastering Badminton

– Forehand And Backhand Front Corner”. Latihan “Mastering Badminton – Forehand And

Backhand Front Corner” merupakan satu laihan diamana peserta perlu menggambarkan

dirinya seperti berada dalam situasi pertandingan . “Mastering Badminton – Forehand And

Backhand Front Corner” selama 5 minit. Untuk praktis rawak, peserta akan diuji dalam

pertandingan kalah mati manakala untuk praktis blok, peserta diuji berapa lama peserta

mampu memukul bulu tangkis ke dinding, masa diambil sehingga bulu tangkis itu jatuh.

Setelah dua minggu melakukan rawatan. Peserta akan dikumpulkan semula untuk melakukan

ujian pasca. Pada peringkat ujian ini, pengkaji ingin melihat tahap keberkesanan rawatan

kumpulan blok dan rawatn kumpulan rawak terhadap pukulan hadapan dan pukulan kilas

belakang. Setelah semingggu ujian pengekalan dilakukan. Semua peserta tidak akan diberi

sebarang rawatan selama satu minggu Ujian pengekalan ini dilakukan untuk melihat prestasi

peserta berubah samada menaik, menurun ataupun kekal. Ujian yang dilakukan adalah ujian

yg sama iaitu “Poole Forehand Clear Test” dan “The Poole Backhand Clear Test”.
Ujian Pra Pasca Pengekalan
Subjek

1
1
1
1
1
1
PETUNJUK1
1
1 = peserta
1
blok 1
2 = peserta
1
rawak 1
1
1
1
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Tujuan ujian adalah untuk menilai kemampuan potensi peserta untuk melaksanakan

kecekapan forehand-clear dan backhand-clear (Johnson & Nelson, 1986 ). Bahagikan sebelah

gelanggang badminton kepada 4 bahagian. Seorang peserta berdiri berhampiran garisan

terakhir pada bahagian di sebelah gelanggang. Menggunakan teknik forehand-clear atau

backhand-clear, peserta perlu memukul bulu tangkis melintasi jaring. Penyelidik berdiri di

tengah gelanggang separuh di sisi lain. Skor bergantung ditempat titik skor bulu tangkis itu

mendarat. Atlet melakukan dua belas pukulan, di mana hanya sepuluh pukulan yang terbaik

yang diambil.
RUJUKAN

Badminton Wall Practice and Training: A Practical Approach. (n.d.). Retrieved June

24, 2020, from https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/07303084.1993.10607344?

journalCode=ujrd20

Barnette J. J, Kreiter C. D, Schuldt S. S (2010). Student Attitudes toward Same-

Gender versus Mixed-Gender Partnering in Practicing Physical Examination Skills. 23 :

360

Battig, W. F. (1979). The Flexibility of Human Memory In I., S. Cermak & F. I. Craik

(Eds.). Levels of Processing in Human Memory (pp. 23-44). Hillsdale. NJ: Erlhaum.

Bransford J. D., Franks J. J., Morris C. D., & Stein B. S. (1979). Some General

Constraints on Learning and Memory Research. L. S. Cermak & F. I. Craik (Eds).

Levels of processing in human memory. 331-354

Cerniglia, A. J. (2019). The deliberate practice of procedural nursing skill: effects of

block-random sequencing on long-term retention. Retrieved from

https://etd.ohiolink.edu/!etd.send_file?

accession=kent1573243637786433&disposition=inline
Dang, K.V., Parvin. D.E., & Ivry, R.B. (2019). Exploring contextual interference in

implicit and explicit motor learning. Retrieved from

https://www.biorxiv.org/content/10.1101/644211v1.full.pdf

Didik R.B., Muhamad S. (2020). The significance of exercise method on forehand and

backhand groundstroke skills improvement in tennis. Faculty of Health Sciences,

Universitas Jenderal Soedirman. 6, 1, 132-144

Edward P Hebert (1996). Practice Schedule Effect on the Performance and Learning of

Low-and High Skilled Student: An Applied Study. Journal of Physical Education,

Recreation and Dance Vol 67,no 1 pp.(52-58)

https://www.researchgate.net/profile/Edward_Hebert/publication/14466517_Practice_S

chedule_Effects_on_the_Performance_and_Learning_of_Low-_and_High-

Skilled_Students_An_Applied_Study/links/0fcfd5112c801ea774000000/Practice-

Schedule-Effects-on-the-Performance-and-Learning-of-Low-and-High-Skilled-

Students-An-Applied-Study.pdf

Edward, W. H, (2011). Motor learning and control: from theory to practice. USA:

Wadsworth.

French E., & Statler E. (1949). Study of skill tests in badminton for college women.

Research Quarterly, 17, 257-272


Goode, S., & Magill, R. A. (1986). Contextual Interference Effects in Learning Three

Badminton Serves. Research Quarterly for Exercise and Sport, 57(4), 308-314.

Inbal, Perry S, Graig M, Chow, Tenenbaum G. (2017). The Effect of Motor-Mental

Preperformance Routines on Motor Performance in Novice Learners, Journal of

Applied Sport Psychology

Insook Kim (2017). Teaching Badminton Through Play Practice in Physical Education.

Journal of physical Education, Recreation and Dance (88:8,7-14)

https://www.researchgate.net/profile/Insook_Kim3/publication/

320260102_Teaching_Badminton_through_Play_Practice_in_Physical_Education/

links/5a1c6e5b45851537318906a1/Teaching-Badminton-through-Play-Practice-in-

Physical-Education.pdf

Kaipa, R & Kaipa, R. M. (2017). Role of constant, random and blocked practice in an

electromyography-based oral motor learning task. Journal of Motor Behavior. Journal

of Motor Behavior, 1-28

Kearney, P. E. (2017). Enhancing practice through gradual increases in contextual

interference. Kinesiology, 49, 270-272


Kim T. , Chen J. , Verwey W. B. , Wright D. L. (2018). Improving novel motor learning

through prior high contextual interference training. Acta Psychologica

Morten Hauge Nielsen (2018). Differences in impact characteristic, joint kinetic and

measurement reliability between forehand and backhand Forward badminton lunges.

https://www.researchgate.net/profile/Morten_Nielsen24/publication/

327089608_Differences_in_impact_characteristics_joint_kinetics_and_measurement_re

liability_between_forehand_and_backhand_forward_badminton_lunges/links/

5bf3d6464585150b2bc3cc3e/Differences-in-impact-characteristics-joint-kinetics-and-

measurement-reliability-between-forehand-and-backhand-forward-badminton-

lunges.pdf

Pandey,B.M., Reddy, T. O. & Singh, V. (2019). Kinematical analysis of forehand

overhead clear stroke at the time of contact phase in badminton. Journal of Physiology,

Nutrition and Physical Education, 4(1): 488-490

Panji, M. (2019). The Effect of Block and Random Practice Setting to Learning Results

Forehand in Badminton Games. Retrieved from

http://repository.upi.edu/48603/2/S_JKR_1400921_Abstract.pdf

Phomsoupha, M. and Laffaye, G., 2015. The Science of Badminton: Game

Characteristics, Anthropometry, Physiology, Visual Fitness and Biomechanics. Sports

Medicine, 45(4), pp.473-495.


Porter, J.M., & Beckerman, T. (2016). Practicing with gradual increases in contextual

interference enhances visuomotor learning. Kinesiology, 48, 244-250.

Riyan, P. (2017). The Effect of Block Practice, Serial Practice and Random Practice to

Improve Basektball Fundamental Skill for Beginner. Retrieved from

https://www.researchgate.net/profile/Riyan_Pratama/publication/331463649_THE_EFF

ECT_OF_BLOCK_PRACTICE_SERIAL_PRACTICE_AND_RANDOM_PRACTICE

_TO_IMPROVE_BASKETBALL_FUNDAMENTAL_SKILL_FOR_BEGINNER/

links/5c79f15892851c69504c2f9a/THE-EFFECT-OF-BLOCK-PRACTICE-SERIAL-

PRACTICE-AND-RANDOM-PRACTICE-TO-IMPROVE-BASKETBALL-

FUNDAMENTAL-SKILL-FOR-BEGINNER.pdf

Scott, M. G., & Morgan, R. I. (1979). Contextual Interference Effects on The

Acquisition, Retention and Transfer of The a Motor Skill. Journal of Experimental

Psychology : Human Learning and Memory, 5, 179-187

Seth, B. (2016). Determination factors of badminton game performance. Journal of

Physical Education, Sports and Health, 3(1): 20-22

http://www.kheljournal.com/archives/2016/vol3issue1/PartA/2-2-45.pdf

Shea, J. B. & Morgan, R.L. (1979). Contextual Interference Effects on the Acquisition,

Retention, and Transfer of a Motor Skill. Journal of Experimental Psychology: Human

Learning and Memory, Vol. S, No. 2, 179-187


Sidek, M. (2003). Teknik Asas Badminton. Malaysia: Do-It Future.

Sk. Yadav ,Neeraj Yadav (2011) Construction Of Rating Scale Rating For Forehand

and Backhand Overhead Clear In Badminton. JOURNAL OF PHYSICAL

EDUCATION, SPORTS AND APPLIED SCIENCES Vol. 1, N0. 2, April, 2011

http://www.sope.davv.ac.in/images/lecture/30%20SKY.pdf

S.K Yadav., N. Yadav. (2012). Construction of Combined Forehand And Backhand

underarm clear with net Shot In Badminton. School of Physical Education. 5,1, 39-41

Underarm Clear with Net shot in Badminton. Journal of physical education (1) : 39-41

http://www.sope.davv.ac.in/images/lecture/30%20SKY.pdf

Xiaoxue, Z.,& Shudong,L. (2019). A Biomechanical Analysis of Lower Limb Movement

on the Backcourt Forehand Clear Stroke among Badminton Players of Different Levels.

Retrieved from http://downloads.hindawi.com/journals/abb/2019/7048345.pdf

Zipp, G. P & Gentile, A. M. (2010). Practice schedule and the learning of motor Skill in

children and adults: teaching implications. Journal of College Teaching & Learning Vol

7, No 2, PP 35-42.

Anda mungkin juga menyukai