Anda di halaman 1dari 83

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS

PERTOLONGAN CEMAS.
TAJUK 1
SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN .
PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN.

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS PERTOLONGAN


CEMAS.

PENGENALAN

-Setiap bidang sukan ada risiko kecederaan


-Sebarang kecederaan berlaku akibat penglibatan dalam aktiviti sukan, digelar kecederaan
sukan.
-Mengamalkan kaedah-kaedah pencegahan adalah cara terbaik bagi mengelak atau
mengurangkan kecederaan sukan.
-Rawatan kecederaan adalah pertolongan kecemasan yang diberikan kepada atlit sukan
yang mengalami kecederaan atau kesakitan dengan tiba-tiba.

KECEDERAAN SUKAN:

-satu keadaan kerosakan atau luka yang berlaku ke atas otot, ligamen, tendon, tulang dan
tisu-tisu lain serta yang berkaitan dengan sistem musculoskeletal yang diperoleh melalui
penglibatan dalam aktiviti sukan.

Contoh:
patah, terseliuh, terkehel, luka, melecet, terbakar, termasuk benda asing, terkejut, pengsan,
tidak sedar diri, pitam, terhenti pernafasan dan denyutan jantung, pendarahan dalaman.

Jenis Kecederaan Sukan Bilangan Kecederaan Mengikut Sukan

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan


Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke
hospital.

1
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

1. Menyelamatkan nyawa
i Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

ii Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan


iii Setiap saat adalah penting
iv Berhentikan pendarahan
v Pulihkan renjatan

2. Mengelakkan dari bertambah buruk


i Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

ii Mengurangkan pergerakan, buat apa yang anda tahu sahaja


iii Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semulajadi
iv Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut, basahkan bibir
sekiranya perlu

3. Mengurangkan kesakitan / Memberi kelegaan dan keselesaan


i Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada pesakit

ii Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar


iii Jangan tinggalkan peskit berseorangan
iv Pastikn keadaan pesakit, periksa nadi dan pernafasan

4. Penyediaan bagi pengambilalihan oleh doktor untuk rawatan lanjutan


INGAT BANTUAN YANG DIBERI ADALAH SEMENTARA SAHAJA

PERATURAN PERTOLONGAN CEMAS

Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu dengan cepat dan
tenang
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri, perlu menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa, kita perl melonggarkannya sahaja
dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa, kemudian kita perlu
memerhatikan pergerakan perbafasan mangsa.
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital dengan tindakan serta
merta seperti :
i. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik contoh jumlah
pernafasan normal dewasa antara 10 -12 @ 12-20 @ 12-18 kali seminit.
ii. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
iii. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah dengan cara membebat
darah dari keluar.
iv. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna, contoh pengambilan kadar nadi.
v. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis,
ambulans, keluarga dan lain-lain.

TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.


Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

2
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
SELALU BERINGAT AKAN KEUTAMAAN
- Adakah mangsa sedar
- Adakah mangsa bernafas
- Adakah mangsa berdarah teruk
- Adakah mangsa keracunan

SIKAP YANG PERLU ADA PADA PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS


Berpengetahuan Adil
Tenang Lemah lembut
Berkeyakinan Sentiasa tersenyum
lemah lembut Buat apa yang anda tahu
Tajam pengamatan Berkecuali
Bertanggungjawab Sukarela
Pantas bertindak
Amanah

KADAR NADI

Kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Bayi mempunyai kadar nadi yang tinggi
manakala seorang atlet yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai kadar
nadi yang rendah.

CARA MENGAMBIL KADAR NADI

Secara umumnya, kita boleh mengambil bacaan denyutan nadi di arteri radial iaitu di
pergelangan tangan. satu lagi tempat yang paling sesuai untuk diambil bacaan nadi ialah di
arteri karotid iaitu di bahagian leher. rasalah nadi anda menggunakan dua jari (jari telunjuk
dan jari hantu).

3
TAJUK 2 SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN

Konsep Sukan
- Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan,
pembangunan, kemahiran dan kecemerlangan.
- Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap sebagai aktiviti rekreasi.
- Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai
peserta atau penonton.
- Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau
elektronik dan sumber pendapatan.
- Sukan mengandungi;
i latihan kemahiran berguna secara rekreasi,
ii peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
- Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan
masa, rekod dunia dan sebagainya.

PERBEZAAN ANTARA SUKAN PERMAINAN DAN LATIHAN


- Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
- Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan
seperti permainan kanak-kanak
- Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang
dalam sesuatu sukan

PERUBATAN SUKAN
- Perubatan salah satu cabang sains hayat yang berkaitan dengan menjaga dan
mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
- Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang
dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, serta membincangkan hal-hal
pencegahan kecederaan semasa bersukan.

ENAM LANGKAH DALAM KITARAN KECEDERAAN

4
1. Kenalpasti tanda-tanda dan
simpton

6. Sesi latihan simulasi 2. Kurangkan pergerakan bahagian


kecederaan, dapatkan rawatan

5. Dapatkan rehat secukupnya 3. Lakukan bantuan awal mengikut


mengikut kadar kecederaan kecederaan

4. Dapatkan rawatan lanjut dan


susulan pakar

KEPENTINGAN TERAPI DALAM SUKAN


- Terapi kecederaan terbahagi kepada dua :
i. Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
ii. Urutan sukan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN
- Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
- Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu
banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
- Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
- Memberi perangsang kepada mangsa.
- Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
- Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
- Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
- Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan
mangsa akan datang.

TAJUK 3 PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

DEFINISI

5
Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan
memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika
melakukan aktiviti sukan.

ENAM PRINSIP PENCEGAHAN

1. Prinsip Latihan

2. Memanaskan
6. Peralatan Badan
perlindungan

5. Keselamatan
kemudahan, 3. Ansur Maju
peralatan dan Latihan
persekitaran
4. Aktiviti
Mengelakkan
Kecederaan

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN


i. Menguasai teknik yang betul
- Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka
dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain teknik permainan
yang betul.
ii. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik
i Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik.
ii Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam
mengelakkan
iii kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata.
iv Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana:
a. Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk
mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
b. Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan
kecederaan.
c. Memiliki kelenturan yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan
ketika jatuh.
iii. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai
a. Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan.
b. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada anggota badan.

6
c. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi
kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.
d. Peraturan dan penguatkuasaan undang- undang

iv. Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok.


a. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat
dielakkan.
b. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap
untuk latihan dan pertandingan
c. Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan
yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana
fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan
mengalami kecederaan ketika pertandingan.

v. Pengurusan Emosi
a. Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang
atlit.
b. Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
c. Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku
yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

PENDEKATAN RAWATAN KECEDERAAN


TAJUK 4 SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI
ASMA DAN SERANGAN JANTUNG

KEPENTINGAN PENDEKATAN YANG SISTEMATIK


Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
Mengurangkan kesakitan.
Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH KECEDERAAN


Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

D = Danger (Bahaya)

7
Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

R = Respond (Tindak balas/Reaksi)


- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya
jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar :Tanya
mangsa keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang
sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan
terbuka dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa
pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran
mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
1. A - Alert (sedar sepenuhnya)
2. V - Verbal (respon terhadap suara)
3. P - Pain (respon terhadap kesakitan/ sentuhan)
4. U - Unconcious (tiada apa-apa respon)

A = Airway (Saluran pernafasan)


Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan
dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.
B = Breathing (Pernafasan)
Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation

C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)


Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan
CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

C
B Pastikan nadi
m angsa

R A
Pastikan
Pastikan
m angsa
berfu ngsi -
sem ak pada
D Pasti kan
m ulut dan
hid ung
bernafas d an
jika tidak,
lakukan EAR -
nadi karoti d
atau di leher
m angsa [C], jika tidak
Keluarkan m angsa ti dak External Air
bertindakbala lakukan CPR
m angsa dari tertutup jika Resuscitation.
s dengan ada keluarkan
kaw asan yan g m em anggil
m erbahaya.. dan letakkan
m angsa atau m angsa
bertanya dalam
dengannya kedudukan
jika m angsa yang selesa.
sedar.
8
MENILAI KECEDERAAN- TOTAPS
T - Talking ( bercakap )
O - Observe (memerhati)
T - Touch ( sentuhan)
A - Active ( aktif)
P - Passive (Pasif)
S - Skill (kemahiran )

LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera

Apa yang berlaku?

Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?

Apa yang kamu rasa?

Bahagian mana yang cedera?

Adakah bahagian lain yang cedera?

Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet

Adakah atlet/mangsa tertekan ?

Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?

Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?

Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain

Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )

Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak dan secara perlahan begerak ke
kawasan yang cedera.

i Adakah terdapat kelembutan?


ii Adakah terdapat kecacatan?
iii Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi.

9
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.
Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih
dahulu
Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan
yang penuh atau terhad?
Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut
dirasai?
P- Passive (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal.
Berhenti jika kesakitan berlaku.
Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan
yang penuh?
Bilakah kesakitan berlaku?
Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.
Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah julat
pergerakan

S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa
kesakitan, suruh atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

O
(Melihat Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan
Keadaan) keadaan mangsa di bahagian kepala
LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S
Bercakap dengan mangsa yang mengalami
kecederaan
T
(Sentuhan) Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan
dan berhati-hati
A
(Pergerakan Arahkan dan minta mangsa supaya
Aktif)
menggerakkan anggota badan yang cedera
P
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak
(Pergerakan
Pasif) dapat menggerakkan bahagian anggotanya
sendiri
10
S
(Kemahiran)
Uji kemahirannya
RAWATAN RICER dan 'NO HARM'
R - REST- rehatkan (avoid movement for the first 24h)
I - ICE - letak ais (put ice for 15-20 min every 90min)
C - COMPRESSION - kenakan balutan
E - ELEVATION - tinggikan anggota
R- REFERAL -rujuk kepada pakar

11
PUNCA-PUNCA KECEDERAAN
1. Intrinsik (kecederaan tak langsung)
Kecederaan yang disebabkan oleh atlit sendiri. Kecederaan seperti 'overstrecthing'
dan 'muscle pull'. Kecederaan yang melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya
kecederaan ini tidak seteruk kecederaan ekstrinsik atau kecederaan Iangsung.
2. Ekstrinsik (kecederaan langsung)
Kecederaan yang disebabkan oleh pukulan atau hempap ke badan, contohnya
pelanggaran dengan lawan, dipukul lawan dan terkena objek seperti bola, raket
atau kayu pemukul.

3. Kecederaan Lebihguna (Overuse Injury)


12
Kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas sesuatu tisu
umpamanya tulang, ligament dan tendon. Sekiranya tekanan yang dikenakan itu
terlalu kerap dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan melampui tahap
pemboleh baik biasanya perkara berikut mungkin berlaku iaitu patah, terseliuh,
kecederaan teruk pada ligament dan tendon dan kerosakan otot. Pada keadaan ini
seseorang akan memalui kesakitan dan bengkak.
4. Heat Injuries (kecederaan kepanasan)
Kepanasan boIeh mengakibatkan pelbagal kecederaan atau membawa maut.
Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku berpunca dari radiasi matahari dan
persekitaran. Badan akan kehilangan banyak air. Ini mungkin akan mengakibatkan
'heat exhaustion', 'heat cramp' dan 'heatstroke'.
5. 'Heat Cramp'
Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan garam dan elektrolit dalam badan.
Untuk melegakan kekejangan ialah dengan melakukan regangan, aplikasi rawatan
ais dan urutan.
6. 'Heat Exhaustion'
Kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada 'peripheral vasodilation
hilang kawalan sistem saraf dan berlaku tekanan dalam pembuluh
darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran darah dalam badan
menjadi perlahan.
Rawatan : Rehatkan mangsa, baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan peralatan dan
pakaian. Bagi proses 'cooling down' boleh dilakukan dengan membasahkan badan
mangsa dengan air sejuk. Jika mangsa berada dalam keadaan sedarkan diri, bagi
minum air sejuk.
7. 'Heatstroke'
Sistem penyejukbekuan badan teriebih guna atau tahap peredaran darah menjadi
sangat perlahan oleh itu mekanisma perpeluhan terhad untuk mengatasi kehabisan
paras cecair.
Rawatan : Letakkan ais atau tuala sejuk pada badan, rendam atlit ke dalam air
sejuk. Sponging badan dengan air sejuk atau alkohol. Tanggal pakaian dan peralatan
bagi mencegah penahan panas badan. Bagi atlit yang dalam keadaan sedarkan diri
dibenarkan minum air.

TAJUK 5 SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI

13
SALURAN PERNAFASAN

PERNAFASAN
Manusia memerlukan bekalan oksigen secara terus-menerus untuk proses respirasi sel, dan
membuang lebihan karbondioksida sebagai sisa toksin produk dari proses tersebut.
Pertukaran gas antara oksigen dengan karbon dioksida dilakukan agar proses respirasi sel
terus berlangsung. Oksigen yang diperlukan untuk proses respirasi sel ini berasal dari
atmosfera, yang menyediakan kandungan gas oksigen sebanyak 21% dari seluruh gas yang
ada. Oksigen masuk kedalam tubuh melalui perantaraan alat pernafasan yang berada di
luar. Pada manusia, alveolus yang terdapat di paru-paru berfungsi sebagai permukaan untuk
tempat pertukaran gas. Proses pernafasan
1. Udara masuk melalui lubang hidung
2. Melalui nasofarink
3. Melalui oralfarink
4. Melalui glotis
5. Masuk ke trakea
6. Masuk ke cabang trakea yang disebut bronchus
7. Masuk ke cabang bronchus yang disebut bronchiolus
8. Udara berakhir pada hujung bronchus berupa buih yang dipanggil alveolus (jamak:
alveoli) pertukaran udara yang sebenarnya hanya berlaku di alveoli.
Dalam paru-paru orang dewasa terdapat kira-kira 300 juta alveoli, dengan luas
permukaan kira-kira 160 m2 atau kira-kira 1 kali luas gelanggang tenis, atau luas 100 kali
dari kulit kita. Hidung (Hidung) Hidung merupakan organ pernafasan yang pertama dilalui
udara luar. Farink merupakan percabangan dua saluran, itu saluran tekak (nasofarink) yang
merupakan saluran pernafasan, dan saluran kerongkong (oralfarink) yang merupakan

14
saluran pencernaan. Larink (pangkal tekak) merupakan bahagian pangkal dari saluran
pernafasan (trakea).
Di atas larink terdapat injap (epiglotis) yang akan menutup semasa menelan. Injap
berfungsi mencegah makanan dan minuman masuk ke saluran pernafasan. Pada pangkal
larink terdapat selaput suara. Selaput suara akan bergetar jika terhembus udara dari paru-
paru trakea (tekak). Batang tekak terletak di daerah leher didepan kerongkong.
Bronchus terdiri daripada bronchus kiri dan bronchus kanan. Struktur bronchus kanan lebih
pendek berbanding bronchus sebelah kiri. Kedua bronchus masing-masing masuk kedalam
paru-paru. Didalam paru-paru bonchus bercabang menjadi bronchiolus yang menuju setiap
lobus (belahan) paru-paru.
Bronchus sebelah kanan bercabang menjadi 3 bronchiolus, sedangkan sebelah kiri
bercabang menjadi 2 bronchiolus. Cabang bronchiolus yang paling kecil masuk ke dalam
buih paru-paru yang dipanggil alveolus. Dinding alveolus mengandungi banyak kapilari
darah. Melalui kapilari darah oksigen yang berada dalam alveolus meresap masuk ke dalam
darah. Pulmo (alveolus) Paru-paru terletak dalam rongga dada diatas diafraghma.
Diafraghma adalah sekat rongga badan yang menyekat rongga dada dengan rongga
perut. Paru-paru terdiri dari dua bahagian iaitu paru-paru sebelah kiri dan paru-paru sebelah
kanan. Paru-paru kanan mempunyai tiga gelambir sedangkan paru-paru kiri terdiri atas 2
gelambir. Paru-paru dibungkus oleh 2 buah selaput yang disebut selaput pleura. Selaput
pleura sebelah luar yang bersempadan dengan dinding bahagian dalam rongga dada
disebut pleura parietal, sedangkan yang membungkus paru-paru disebut pleura visceral.
Diantara kedua-dua selaput terdapat rongga pleura yang mengandungi cecair pleura yang
berfungsi untuk mengatasi geseran pada saat paru-paru mengembang dan mengempis.
Mekanisme pernafasan manusia dibezakan atas pernafasan dada dan pernafasan
perut. Pernafasan dada terjadi melalui fasa inspirasi dan ekspirasi, demikian juga untuk
pernafasan perut.
Mekanisme pernafasan dada.
1. Fasa Inspirasi pernafasan dada
Mekanisme inspirasi pernafasan dada sebagai berikut: Otot antara tulang
rusuk (costae) (muskulus intercostalis luaran) mengecut - tulang rusuk
terangkat (kedudukan rata) - Paru-paru mengembang - tekanan udara dalam
paru -paru menjadi lebih kecil berbanding tekanan udara luar - udara luar
masuk ke paru-paru
2. Fasa ekspirasi pernafasan dada
Mekanisme ekspirasi pernafasan perut adalah sebagai berikut: Otot antara
tulang rusuk menjadi longgar - tulang rusuk menurun - paru-paru menyusut -
tekanan udara dalam paru-paru lebih besar berbanding dengan tekanan
udara luar - udara keluar dari paru-paru.

15
Mekanisme pernafasan perut
1. Fasa inspirasi pernafasan perut
Mekanisme inspirasi pernafasan perut sebagai berikut: diafraghma mengecut -
kedudukan dari melengkung menjadi mendatar - paru-paru mengembang -
tekanan udara dalam paru-paru lebih kecil berbanding tekanan udara luar -
udara masuk
2. Fasa ekspirasi pernafasan perut
Mekanisme ekspirasi pernafasan perut sebagai berikut: otot diafraghma
menjadi longgar - kedudukan dari mendatar kembali melengkung -paru-paru
mengempis - tekanan udara di paru-paru lebih besar berbanding tekanan
udara luar - udara keluar dari paru-paru.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA - EAR, ECC DAN CPR


RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)
EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti
pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke
dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai
denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga
teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

1. MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara
mangsa melalui mulut
2. MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat
daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa
menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan
menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan
perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa
menghembuskan nafas keluar.
3. MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT
Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut
penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.EAR adalah penting
jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh
menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu
bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan
heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah
penafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan
terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.
Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan

16
penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5
kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

Indikasi untuk EAR


*Sianosis-kepucatan
* Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR
Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya
darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
1. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak
tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.
2. Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut
nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa,
kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut
dipaksa memasuki paru-paru.
3. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya
dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan
kepada orang dewasa.
4. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
5. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit)
sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah
tiba.
6. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat CPR)
7. Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan
pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan
keadaan saluran udara.
8. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau
mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan
pada leher.
9. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi
masih tidak ada.
10. Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan,
anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki
berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada
kepala.
11. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi

17
semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

ECC(External Cardiac Compression)-


Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada.Pemampatan Jantung Luar kini kaedah yang
diterima merawat serangan jantung secara tiba-tiba. Teknik ini digambarkan, dengan
penekanan khusus pada langkah-langkah yang boleh menyebabkan trauma yang serius,
jika tidak dilakukan dengan betul. Pengudaraan paru-paru adalah amat penting. Insiden
serangan jantung seolah-olah semakin meningkat dan muncul untuk menjadi lebih tinggi
pada bayi, mungkin kerana sebahagian besar prosedur pembedahan jantung dalam
kumpulan umur ini. Survival bergantung kepada beberapa faktor, yang paling penting adalah
masa berlalu sebelum rawatan dimulakan, lokasi pesakit pada masa serangan jantung, dan
penyakit utama pesakit. Penggunaan pemampatan jantung luaran berkurangan kelewatan,
membuat lokasi pesakit kurang penting, dan menghasilkan trauma kurang dalam pesakit
yang sakit tenat. Tekanan darah yang dicapai oleh kaedah luaran adalah setanding dengan
tahap yang dicapai oleh urutan langsung jantung. Myocardium tidak mengalami trauma
dengan kaedah luaran, yang juga kurang meletihkan kepada pengendali. Komplikasi
pemampatan jantung luaran dikesan kepada tekanan yang berlebihan dan tekanan ke atas
kawasan yang salah dada, dan oleh itu dielakkan. Tekanan perlu digunakan untuk sternum
dalam hanya mid-line, hanya atas proses xyphoid. Dua kes pecah hati pada kanak-kanak
yang disebut, dan laporan kecederaan lain yang dibincangkan berkaitan dengan kesilapan
tertentu dalam teknik.

KAEDAH :
Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung(nadi) mangsa.

TUJUAN :
Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.

PROSEDUR ECC
MANGSA DEWASA
PROSEDUR ECC (MANGSA DEWASA)

18
Baringkan mangsa secara terlentang
Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. sebab jantung condong di
sebelah kiri memudahkan membuat tekanan.

Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa.


Letak bahagian belakang tapak tangan kanan ke atas sternum.
Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan jari-jari.

KEDUDUKAN TANGAN DI ATAS STERNUM

19
Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa.

20
Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa
Tekan dada sedalam lebih kurang 4 5 cm, kemudian lepaskan tekanan tanpa
mengangkat tangan.
Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80 hingga 100 mampatan seminit. (kiraan: one and
two and three.
KEDUDUKAN PEMULIHAN

Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.


Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.
Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan
bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.
Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka.
Dail 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans / doktor
Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin

PROSEDUR ECC (KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN)

21
Ikut prosedur orang dewasa.
Guna sebelah tangan sahaja.
Tekan pada kadar 100 mampatan seminit sahaja.
Mampatan dada sedalam 2.5 cm.

PROSEDUR ECC (BAYI BAWAH 1 TAHUN)

Ikut prosedur orang dewasa.


Guna jari telunjuk dan jari hantu.
Letakkan jari-jari di tengah sternum.
Tekan pada kadar 120 mampatan seminit.
Mampatan dada sedalam 1.5 cm.

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Objektif:
Untuk memberi kefahaman berkaitan CPR dan cara-cara melaksanakannya.

22
Definisi:
Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR)
adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual
fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah
dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini
ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau
pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam
atau di luar hospital.
CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada
kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran
buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat
boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa
atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses
menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa
menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR
dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak
terlatih.
CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya
adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh
menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk
menjayakan resusitasi tanpakerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik
kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang
berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi
ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukanasistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi.
Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya
diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Piawaian:
Nisbah mampatan-pengalihan udara sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga
kanak-kanak dan bayi jika hanya seorang penyelamat hadir.. Jika sekurang-kurangnya dua
orang penyelamat hadir, nisbah 15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu. Bagi bayi
baru lahir, kadar 3:1 disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah
15:2 adalah munasabah. Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakeaatau sungkup salur
udara larinks berada di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti
dalam mampatan pada kadar 8-10 seminit. Urutan intervensi yang disyorkan ialah
"mampatan dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi, dengan kadar mampatan
sekurang-kurangnya 100 seminit untuk semua golongan. Kedalaman mampatan yang
23
disyorkan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm (2 inci), bagi bayi pula adalah
4 cm (1.5 inci). As of 2010 the Resuscitation Council (UK) still recommends ABC for
children. Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau ketiadaan nadi, pemeriksaan
nadi tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak mahir, dan tidak patut dilakukan selama
lebih 10 saat oleh pihak penjaga kesihatan. Untuk dewasa, penyelamat harus menggunakan
kedua-dua tangan untuk mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang
patut digunakan; untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).

Sebab-sebab:
Jantung terhenti meyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Jika
melakukan CPR dengan kadar yang cepat, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.

Teknik atau Kemahiran:


CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan
Edaran Darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan
(Breathing) dan Edaran Darah(Circulation) ).

ABCs of CPR:

Saluran Pernafasan (Airway)


Tindakan utama untuk CPR ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan
membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa
bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang
tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang,
dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka
saluran pernafasan mangsa.

Pernafasan (Breathing)
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam
peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati
sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk
menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi
oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian
daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan
rawatan tiba.

24
Edaran Darah (Circulation)
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ
penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut
patut dilakukan bersama.

Catatan:
Posisi Pemulihan
i Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi,
anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.
ii Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan:
iii Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.
iv Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.
v Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan
bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.
vi Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka

Langkah-langkah melakukan CPR(DRABC)

D = danger.
R = response.
A = airway.
B = breathing.
C = blood circulation

D:Danger (Bahaya).
Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa.
Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan

R: Response (Tindakbalas).
Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya awak ok ke?.
Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999 atau 991)

A: Airway (Saluran pernafasan).


Lakukan teknik angkat dagu dan dongak kepala.
Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan
sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.
Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah
tersebut kalau menghalang pernafasan.

B: Breathing (Pernafasan).
Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.
Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakitsehingga tertutup dan beri 2 hembusan
penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan
C: Circulation (Peredaran darah).

25
Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada
pesakit, mulakan tekanan di dada.
Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ke
2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan
Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba

CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun).


CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3
langkah di bawah ini yang berbeza.
Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama 2minit
sebelum menghubungi ambulans.
Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan di
dada.
Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8)


Pastikan tindakbalas pesakit
Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri
bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat
Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di
dada 1 ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada
kadar 100 kali seminit.
Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga bantuan
tiba.

CPR untuk bayi (Kurang 1 Tahun)


Jerit dengan perlahan tepuk bahu. Sekiranya tiada tindakbalas, posisikan bayi
terlentang.- Buka salur pernafasan dengan teknik dongak kepala angkat dagu.
Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.Berhati-hati
Beri 2 hembusan sekiranya tidak bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi dengan
mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan.
Periksa dada bayi untuk pergerakan pada setiap bantuan pernafasan.
Beri 5 tekanan di dada dan 1 hembusan pada kadar 100kali seminit. Posisikan 2 jari
di tengah-tengah dada/sternum Bone (ulu hati).Tekan antara ke 1inci.
Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 15 tekanan.Selepas 1 minit( Ulangan 1
pusingan)
hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan tekanan di
dada

26
TAJUK 6 ASMA DAN SERANGAN JANTUNG

PERMASALAHAN PERNAFASAN
ASMA

Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dalam bahasa atau
dialek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat dalam bahasa Melayu, dan 'Chei
Har' dalam bahasa Cina. Walau bagaimanapun, penggunaan terma-terma dan turut
digunakan bagi menggambarkan masalah pernafasan yang lain.

Penyakit Asma
Menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang
(inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan
penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami
kesesakan nafas.
Penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran
udara,serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau
atau aroma menyengat dan olahraga.
Penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran
pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.
Tanda dan gejalanya, antaranya :
Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas.
Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara
kerana kepayahan dalam mengatur pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal di dalam rongga dada atau leher.

27
Rawatan Kecemasan
Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan
sedikit serta boleh bertongkat.
Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia
mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka
bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan

Bagaimana sistem pernafasan anda berfungsi?

Sistem pernafasan membawa masuk udara yang kaya dengan oksigen dan membawa
keluar karbon dioksida. Saluran udara dalam sistem pernafasan adalah seperti tiub panjang.
Ia bermula dari lubang hidung, ke pharynx, larinks dan ke trakea (atau lebih dikenali sebagai
paip angin) dan akhirnya ke saluran pernafasan kecil di kedua-dua belah paru-paru. Saluran
pernafasan yang lebih kecil dikenali sebagai bronkiol. Pertukaran gas berlaku pada bronkiol.

Dinding bahagian dalam tiub dibarisi oleh lapisan mukosa yang mempunyai rambut halus
dipanggil silia. Ia juga mempunyai lapisan otot licin.

Apakah asma?

Ia adalah penyakit paru-paru.

Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.

28
Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan
kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada
penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan
yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak dihasilkan


untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai
bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus
menyebabkan kesukaran bernafas.

Siapakah yang mendapat asma?

Anda berisiko menghidap asma jika :

Seseorang dalam keluarga anda menghidap asma (keturunan).


Anda mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.
Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh
mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).
Terdedah kepada perengsa secara berterusan

Bagaimana untuk mengetahui anda menghidap asma?

Anda mungkin menghidap asma bronkial jika :

Episod batuk yang berulang dengan berdehit.


Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.
Keturunan anda menghidap asma atau alahan.
Anda mengalami gejala ini jika anda terdedah kepada perengsa atau keadaan
tertentu.

29
Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan. Doktor akan meminta anda
menyatakan sejarah serangan asma secara terperinci. Sebagai contoh, doktor akan
membantu anda mengenal pasti apa yang mencetuskan serangan dan corak serangan
asma. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-
paru. Kadang-kala anda mungkin perlu menjalani ujian sinaran x (x-ray) atau ujian
pernafasan.

Apa yang anda alami semasa serangan asma?

Apabila diserang asma anda akan mengalami :

1. Batuk - Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang tersumbat.
Itulah sebabnya semasa serangan asma anda tidak digalakkan untuk mengambil
ubat batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor anda.

2. Sukar bernafas atau sesak nafas - Saluran udara yang sempit menyebabkan anda
mengalami kesukaran bernafas.

3. Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana anda bernafas melalui saluran udara yang
sempit dan banyak lendir.

4. Sesak dada.

5. Orang di sekeliling anda akan perasan anda bekerja keras untuk bernafas. Hidung
anda kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara tulang rusuk
akan ditarik kerana anda bernafas.

Serangan asma yang teruk menyebabkan anda sukar bercakap. Dalam keadaan ini, anda
perlu segera dapatkan rawatan doktor.

Adakah rawatan untuk asma?

Asma bronkial adalah penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes. Ini bermakna, jika
anda disahkan menghidap asma, anda memerlukan rawatan sepanjang hayat. Ia tidak boleh
dirawat.Berita baik! Anda boleh mengawal asma dan anda boleh menjalani hidup normal
seperti orang lain.

Bagaimana mengawal asma?

30
Fahami masalah anda. Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berjumpa doktor
dengan ibu bapa anda. Libatkan diri anda dalam pengurusan penyakit asma anda.

Ketahui pencetus asma anda. Ketahui punca anda mendapat serangan asma seperti
terdedah kepada asap rokok, cuaca sejuk atau panas yang melampau, tekanan,
melakukan senaman berat atau makanan atau pewarna yang menyebabkan alahan.

Kerap berjumpa doktor. Bincang dengan doktor tentang masalah anda dan bentuk
satu pelan tindakan asma bersama-sama.

Ketahui ubat anda. Ketahui apa, bila dan kekerapan mengambil ubat dan tujuan
anda mengambil ubat tersebut.

Ambil ubat anda seperti yang dinasihati oleh doktor.

Apakah pencetus serangan asma?

Bagaimana untuk menghindari pencetus serangan asma?

Pencetus Apa yang boleh anda lakukan


Perengsa/Asap Berhenti merokok
Minta ahli keluarga untuk berhenti merokok
Jangan benarkan orang lain untuk merokok di sekeliling anda, rumah
dan dalam kereta anda walaupun anda tidak berada di dalamnya. Debu
asap mungkin melekat pada perabot atau kerusi kereta. Menghidunya
boleh mencetuskan serangan
Elakkan menggunakan bahan kimia yang berbau kuat

31
Elakkan berada di tempat yang berlakunya pembakaran terbuka

Bulu haiwan : Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di luar


rumah
Hama : Gunakan penutup kalis habuk untuk bantal dan tilam,
keluarkan permaidani dari rumah atau vakum secara berkala
Alahan Lipas : Gunakan racun serangga, simpan makanan dan sampah di
dalam bekas tertutup
Acuan : Sentiasa menjaga kebersihan rumah Betulkan paip yang
bocor. Gunakan alat penyahlembap udara.
Debunga: Elakkan menghidu bunga atau elakkan keluar pada musim
bunga
Ubat-ubatan Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif
Dapatkan nasihat doktor anda sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti sukan
Senaman
yang berat
Jangkitan/refluks Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan berkaitan jangkitan/refluks
Tekanan emosi Lakukan senaman bagi mengurangkan stress. Dapatkan rehat secukupnya

Ubat-ubatan untuk asma

Terbahagi kepada 2 bahagian :

Ubat pelega :

Berguna untuk melegakan gejala-gejala asma dan menghilangkan serangan


sebelum ia menjadi teruk.
Ia harus digunakan semasa tanda awal serangan asma dikesan.
Tidak sesuai digunakan apabila serangan telah menjadi teruk kerana anda tidak
dapat bernafas dengan betul dan penyelarasan sukar dilakukan.
Apabila digunakan dengan betul, ia akan melegakan gejala dengan cepat.
Ubat yang disarankan adalah agonis Beta2 atau Salbutamol yang dihidu.
Ia melegakan bronkospasma dengan merehatkan otot di saluran pernafasan.
Ini menyebabkan saluran pernafasan terbuka dan membolehkan udara mengalir
dengan lebih baik dan gas dalam paru-paru bertukar dengan lebih baik.
Salbutamol juga boleh didapati dalam bentuk tablet. Namun, pengambilan secara
oral boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan seperti jantung berdebar,
menggigil dan lain-lain.
Ubat pencegah atau kawalan jangka panjang.

Ubat ini menghalang keradangan dan menjadikan pernafasan anda lebih stabil dan
kurang sensitif kepada perengsa.

32
Ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah kortikosteroid (ICS) yang dihidu kerana ia
adalah antiradang yang berkesan.

Walaupun ubat-ubatan ini adalah sejenis steroid, kesan sampingan daripada sedutan
steroid adalah sangat minimum dan memberi lebih faedah berbanding risiko yang
dihadapi.

Ubat-ubatan ini sangat berbeza daripada steroid yang diambil secara oral atau yang
digunakan oleh atlet.

Dos ICS yang diambil menggunakan alat sedut (inhaler) adalah lebih kecil
berbanding dos ICS yang diambil secara oral. Ia diangkut ke paru-paru secara
langsung tanpa memasuki peredaran sistemik. Oleh itu, kesan sampingan dapat
dikurangkan.

Namun, ubat ini tidak melegakan gejala akut. Ia mengambil masa sehingga 2 minggu
untuk menunjukkan kesan. Oleh itu, pematuhan regim rawatan adalah sangat
penting.

Ubat-ubatan kawalan jangka panjang lain yang boleh digunakan adalah :

Long-acting Beta 2 agonist yang dihidu

Natrium chromoglycate yang dihidu

Tablet Teofilin (neulin)

Tablet anti-leukotriene

Apakah alat sedut (inhaler)?

i Inhaler adalah alat yang mengandungi ubat-ubatan yang diambil dengan cara
bernafas ke dalam sejenis alat.

ii Terdapat banyak jenis inhaler dan anggota kesihatan akan mengajar anda cara untuk
menggunakannya.

iii Ubat-ubatan dalam inhaler terdapat dalam bentuk aerosol atau serbuk kering.

iv Alat ini membolehkan ubat-ubatan dihantar terus ke paru-paru.

v Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan teknik dan penyelarasan betul.

vi Bagi sesetengah orang terutamanya kanak-kanak dan warga tua, corong amat
berguna untuk memastikan ubat dapat dialirkan dengan baik.

Pelan tindakan asma

Pelan tindakan asma adalah perancangan bertulis yang dihasilkan bersama-sama dengan
doktor anda tentang tindakan perlu dilakukan untuk mengawal asma semasa di rumah. Ini
termasuklah :

33
i Gejala yang perlu anda awasi.

ii Tindakan yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala-gejala tersebut.

iii Ubat-ubatan yang perlu digunakan beserta dos ulangan yang diperlukan.

iv Ketahui masa yang perlu untuk mendapatkan rawatan doktor.

v Ketahui alamat dan nombor telefon yang perlu dihubungi untuk sebarang
kecemasan.

vi Pencetus serangan asma pada diri anda dan cara untuk mengelakkan.

Saya mempunyai asma yang disebabkan oleh senaman. Adakah ini bermakna saya
tidak perlu melakukan aktiviti fizikal atau terlibat dalam sukan?

Salah. Anda perlu melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya aktiviti fizikal atau senaman adalah
baik untuk pesakit asma. Anda tidak perlu mengehadkan aktiviti anda jika anda menghidap
asma. Sebaliknya anda perlu untuk mengawal asma dengan lebih lebih baik untuk
membolehkan anda melakukan aktiviti harian. Walau bagaimanapun, elakkan melakukannya
secara keterlaluan kerana aktiviti fizikal atau senaman boleh mencetuskan serangan
asma.Dapatkan nasihat doktor tentang ubat pelega sebelum anda membuat keputusan
untuk terlibat dalam sebarang senaman atau aktiviti fizikal.

Kenapa simptom asma masih tidak sembuh walaupun saya telah mengambil ubat?

Terdapat beberapa sebab :

Jika gejala asma masih berterusan, dapatkan rawatan doktor. Antara punca asma masih
tidak sembuh adalah :

i Teknik penggunaan inhaler yang tidak betul.

ii Faktor pencetus serangan asma masih ada di sekitar anda.

iii Anda mungkin mengalami jangkitan pernafasan yang masih tidak sembuh.

iv Anda mungkin tidak menghidap asma. Anda perlu menjalankan pemeriksaan


kesihatan yang lebih lanjut.

Apa yang paling penting adalah menikmati tempoh remaja anda. Rebut semua peluang
yang ada untuk berjaya. Terimalah hakikat bahawa anda seorang penghidap asma
Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan tanamkan sikap yang positif setiap masa. Ia hanya
satu penyakit dan anda mampu mengawalnya!

34
MASALAH JANTUNG
Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

Gejala Penyakit Jantung

Berikut ini gejala-gejala penyakit jantung yang sering diabaikan, seperti dilansir
oleh detikhelath:

1. Sering Kelelahan
Jika Anda kerap merasa lelah meski tidak melakukan aktivitas berat, segera konsultasikan
ke dokter pribadi. Ini bisa menjadi indikasi adanya masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga
sering dirasakan saat bangun tidur.

2. Sering Berkeringat
Umumnya seseorang berkeringat usai berolahraga atau saat cuaca panas. Namun jika Anda
mudah berkeringat, meski tidak melakukan apapun, kemungkinan jantung Anda bermasalah

3. Mual Berlebihan
Gejala gangguan jantung diawali dengan pembengkakan di bagian perut. Hal ini
menyebabkan penderita kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebih.

4. Merasa Cemas dan Tegang


Banyak yang meyakini, serangan jantung berbuntut pada trauma. Alhasil, mereka yang
pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau
kecemasan akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan kecemasan psikologi dan stres yang
menyebabkan serangan lebih sering.

5. Nyeri pada bagian tubuh


Rasa nyeri menjadi pertanda kuat penyakit jantung. Pada pria, rasa nyeri dirasakan di

35
bagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit
datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, punggung siku, dan leher. Nyeri di
beberapa titik bagian tubuh ini disebabkan karena terjadi penyumbatan arteri.
6. Nyeri di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri
di bagian dada karena penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh
tubuh tidak lancar. Kondisi ini juga dapat menyebabkan mati rasa dan kelemahan tubuh.

7. Sakit kepala
Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala saat terkena
paparan cahaya. Ini berpengaruh pada denyut jantung, entah itu berdenyut lebih lambat
atau lebih cepat. Terutama pada wanita yang sering mengalami migren atau gangguan
visual, setidaknya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Bisa jadi ini merupakan gejala
perkembangan penyakit jantung. Demikian menurut studi yang diterbitkan American
Academy of Neurology. Menurut peneliti, ini terjadi karena penyimpangan sirkulasi darah
yang menyebabkan sakit kepala parah.

8. Denyut jantung tak teratur


Jika Anda mengalami denyut jantung tak teratur, ini patut diwaspadai karena dapat berakibat
fatal. Denyut jantung tak teratur umumnya terjadi karena adanya penebalan otot pada katup
jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada katup sehingga menyebabkan
kebocoran.

9. Sesak napas

Sesak napas disebabkan karena penebalan pembuluh darah yang menghambat pasokan
darah ke seluruh tubuh. Ini juga berakibat pada denyut jantung yang tidak teratur, kelainan
organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta kelainan pada katup jantung.

10. Pembengkakan Kaki dan Perut


Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpuk di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada
bagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahwa jantung sedang
mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada katup jantung.

Gejala Serangan Jantung

Setelah kita mengenali seperti apa gejala penyakit jantung, yang berarti ada kerusakan

36
fungsi jantung, kali ini kami akan memberikan informasi mengenai gejala serangan jantung
yang harus diwaspadai.

Pada pria, gejala jantung pun dapat dilihat dari gangguan fungsi seksual serius dan
kebotakan rambut. Kolesterol dan lemak berlebih dalam tubuh dikaitkan sebagai faktor
pemicu gangguan jantung. Untuk itu, anda perlu mengetahui dan mewaspadai gejala
serangan jantung yang muncul tiba-tiba:
1 Tiba-tiba sakit di bagian dada dibelakang tulang dada atau seperti sesak dada.
2 Nyeri dada bisa berulang beberapa menit (20 menit atau lebih).
3 Rasa nyeri bisa berupa tekanan di bagian dada, dan leher seolah tercekik hingga
menyebabkan keluar keringat dingin
4 Tiba-tiba pingsan, namun bisa kembali sadar. Ini terjadi karena ada gangguan irama
jantung.

SERANGAN JANTUNG
Tanda-tanda sakit jantung
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak
2. Tersa kebas tangan kiri dan juga lengan
3. Lidah terasa tegang dan pendek
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab
5. Rasa sakit pada dada
6. Daripada rasa sakit dada, sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkuk, belakang
abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh dan pedih
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem
9. Rsa kepala berpusing dan tidak seimbang
10.Rasa keletihan sepanjang masa
11.Rasa meloya dan tidak ada selera makan
12. Nafas terasa pendek
13.Degpan jantung tidak menentu
14,Berpeluh dengan tiba-tibawalaupun duduk rehat di kerusi
15.Membengkok pada bahagian seperti sendi di kaki atau abdomen
16.Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan
atau tidak maya yang teruk.

Bagaimana menangani sakit jantung bila berseorangan

37
1.Batuk berulangkali dengan kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam-dalam sebelum
batukdan batuk mestilah berpanjangan seperti anda ingin membuang kahakyang ada jau di
dalam paru-paru
2. Menarik nafas dan batuk mesti diulang lebih kurang 2 saat tanpa hentisehingga bantuan
datang
3.Tairkan nafas yang dalam membawa oksigen dan memastikan darah terus beredar
4. Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini jga membantu jantung berdegup
dengan ritma yang normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan
berupaya untuk ke hospital.

TAJUK 7 KECEDERAAN KULIT

DEFINISI
Kecederaan kulit yang disebabkan oleh terjatuh atau perlanggaran antara satu sama lain
semasa bersukan, contoh,. luka abrasi, luka laserasi

Jenis kecederaan

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.
Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

Luka
kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang
berlaku menyebabkan kulit berdarah.Koyakan yang dalam boleh
menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih
serius.

38
Melecur

Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit akibat
terdedah kepada;

haba saperti api, cecair panas atau wap / stim


bahan kimia
arus letrik dari aliran letrik atau panahan petir
sinaran
geseran
Simptom melecur bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan,
tahap dan ketenatan.Simptom yang biasa adalah sakit dan kemerahan.
Dalam kes yang tenat pembengkakan dan melepuh akan terjadi diikuti
kerosakkan tisu pada bahagian yang terlibat. Melecur diklasifikasikan menurut
dalamnya luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat.

Dalamnya luka dinilai sebagai :

Tahap pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas (epidermis)


Tahap kedua : Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua
(epidermis dan dermis)
Tahap ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf
menyebabkan rasa kebas
Tahap empat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga
melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa
hilang rasa sakit.

39
Luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan dimana ukuran selebar tapak
tangan mangsa dianggarkan sebagai 1%.Semakin tinggi peratusan
permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit.Lecur pada muka,
tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.

Lecur tahap pertama akan sembuh tanpa komplikasi. Lecur yang lebuh dalam
komplikasi awal adalah kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka, Ini
akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock. Sesak
nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka
lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.

Komplikasi jangka panjang adalah pembentukan parut dan kecacatan kekal


serta juga psikologi trauma.

7.2 RAWATAN KECEDERAAN KULIT


Rawatan terbakar dan melecur
Lakukan;
Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan
sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan
yang lebih teruk.

Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat


Sapukan ubat penahan sakit/analgesic atau ubat antibiotik
Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan
mempercepatkan proses penyembuhan

40
Elakkan;
Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan
Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi
kecederaaan
Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doktor
Lecur yang teruk :
Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian
kelangkang memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital
Pesakit yang mengalami lecur teruk perlu dirawat di unit lecur khas di hospital
Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit

Terbakar oleh asid atau alkali

Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.

Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.

Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk


meneutralkan asid.

Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan


asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata.
Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.

Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang
bersih.

Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan terbakar pakaian

Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah
supaya api dapat dipadamkan.

Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.

Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.

Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan


perlu dilakukan.

Cuci tempat terbakar dengan cermat.

41
Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

7.3 Pencegahan Jangkitan


Bagaimana mencegah jangkitan dan juga menjaga luka?
Bergantung kepada:

Saiz luka
Luka kecil dan bersih cepat sembuh berbanding luka besar
Penyebab luka
Luka bedah biasanya bersih dan lebih mudah dijaga.
Luka yang kotor misalnya akibat kemalangan perlu dibersihkan
sebaiknya mengelakkan jangkitan
Luka jangkitan seperti bisul, nanah perlukan penjagaan rapi bagi
mengelakkan ia merebak
Kedudukan luka
Luka di bahagian yang sukar dilihat atau dicapai memerlukan orang
lain membantu dalam penjagaan luka
Luka di tapak kaki atau belakang badan seperti ulser perlu dijaga rapi
kerana tekanan berpanjangan pada bahagian tersebut boleh
menyebabkan luka lambat sembuh dan berulang-ulang
Keadaan fizikal individu yang mengalami luka
Obesiti, kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah
bolehmelambatkan penyembuhan luka
Komplikasi luka
Lambat sembuh
Jangkitan pada luka
Sepsis (jangkitan merebak)
Parut

Apa perlu dilakukan?


Secara umum:
Menjaga kebersihan diri dan sekitaran
Pemakanan yang sihat
Pengawalan berat badan
Memastikan tubuh berada pada tahap kesihatan optimum
Kawal paras gula bagi pesakit kencing manis

Secara khusus:

42
Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul
( lakukan dressing atau rawatan cuci luka)
Pastikan bahagian luka cedera atau jahit sentiasa kering terutama 24 jam
pertama
Jika diberikan ubat sapuan ( krim) : cuci luka terlebih dahulu dengan air bersih
atau saline, kemudian sapukan ubat (krim) antiseptik atau antibakteria
dengan nipis ( bagi membolehkan pengudaraan di bahagian luka dan
membantu luka kering)
Jangan usik bahagian luka yang mula mengering; misalnya cuba untuk
mencungkil parut kering atas luka (scab) kerana ini mungkin boleh
menyebabkan luka atau jangkitan semula dan luka akan lambat sembuh
Luka jahit dan luka bedah perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak
ada jangkitan atau jahitan yang terbuka. Antara tanda-tanda jangkitan
kuman adalah : terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka,
kulit sekitar bahagian tersebut merah dan bengkak, luka seperti terbuka,
bertambah sakit dan kemungkinan demam
Jika luka dibalut : tukar balutan setiap hari atau apabila menjadi basah/kotor
Habiskan antibiotik jika diberi oleh doktor
Rawatan:
- basuh luka
- irrigasi (gunakan air mengalir)
- bersihkan kotoran (scrub)
- dressing (balut)
BIL KECEDERAAN RAWATAN
LUKA KOTOR Rawatan:
- luka terkena tanah, minyak - suntikan anti tetanus toxoid (att)
- dressing dan antibiotik
- periksa dan bersihkan luka sekerap mungkin
- jangan jahit (kalau terlalu awal jangkitan akan
berlaku)
- luka boleh dijahit selepas beberapa hari jika luka
adalah bersih
LUKA DISEBABKAN KEPATAHAN
- bila terdapat kepatahan, kulit akan meregang
(stretch)kulit akan tercedera
- lepuhan (blisters) akan terhasil dalam masa 48jam
- jangan pecahkan lepuhan tersebut
OTOT Rawatan
CRAMPS - rehat
- kekejangan otot - stretching
- kontraksi otot secara tidak - massage
sengaja dan amat - hidrasi
menyakitkan (painful - pengambilan karbohidrat
involuntary muscle
contraction)
- diluar sedar atau kawalan
- disebabkan oleh banyak
faktor antaranya dehidrasi,
kadar gula darah adalah

43
rendah
KONTUSI Rawatan
- blunt trauma - ice, compression,elevation
- contoh otot quadriceps - stretching
(kecederaan ini dikenali - elakan panas, alkohol, urutan kuat (vigorous
sebagai charley horse atau massage) dalam masa 2 hari pertama
cork thigh) - ini akan mengakibatkan darah semakin banyak
membeku dan saiz kecederaan akan makin
besar
- komplikasi myositis ossificans
STRAIN MUSCLE SORENESS
- ketegangan atau kekoyakan Rawatan
pada otot atau tendon - urutan lembut (gentle)
- kebiasaan pada tempat - peringkat awal non weight bearing pada kaki yang
pertemuan otot dan tendon tercedera; gunakan tongkat
tahap pertama terapihidro; spa bath
i sakit, bengkak,
kecederaan sedikit MUSCLE ISCHEMIA
(mild) - akut atau kronik
ii otot boleh mengecut - kecederaan kronik lebih kerap berlaku
seperti biasa - akut semasa kemalangan jalanraya
tahap kedua - kronik semasa kecederaan sukan
i sakit, bengkak, - berlaku sebagai sindrom
kecederaan kompartment(compartment syndrome) eg selepas
sederhana (moderate) acara larian
ii otot mengecut lebih maraton
lemah (abnormal) SYNDROME KOMPARTMENT
tahap ketiga - senaman akan mengakibatkan tisu otot
i sakit, bengkak, membengkaktetapi ruang didalam otot tidak boleh
kecederaan teruk membesar kerana terdapat fascia yang ketat
(severe) menyelaputinya
ii otot lemah atau tidak - aliran darah boleh terganggu dan tersekat
boleh mengecut - otot akan mati disebabkan oleh berlakunya
langsung kekurangan bekalan darah

TENDON
- tendinitis
- radang pada tendon
- kecederaan overuse
- akibat penggunaan anggota secara berulang-ulang dan berlebihan tanpa memberi peluang
kepada anggota untuk berehat
- Contoh archilles tendinitis

44
LIGAMEN
- sprained
- ketegangan atau kekoyakan pada ligamen
tahap pertama
- sakit, bengkak, kecederaan sedikit (mild)
- sendi stabil
tahap kedua
- sakit, bengkak, kecederaan sederhana (moderate)
- sendi stabil
tahap ketiga
- sakit, bengkak, kecederaan teruk(severe)
- sendi tidak stabil

BURSA/ SARAF/ CARTILAGE


- bursa
- bursitis
- radang pada bursa
- bursa = kantung leper diantara tendon dan tulang untuk melicinkan pergerakan
contoh; subacromial bursa

SARAF
- nerve entrapment
- saraf terperangkap di dalam ruangan sempit dan ketat
contoh; carpal tunnel nerve median nerve
- saraf tercedera
- direct trauma
contoh; common peroneal nerve pada tulang fibula pada lutut

ARTICULAR CARTILAGE
- lapisan rawan diperbuat daripada rawan hyaline
- wear and tear atau kecederaan overuse
- contoh patellofemoral disorder (belakang tulang patella)
meniscus
- diperbuat daripada fibrocartilage
- tercedera akibat pergerakan pivoting = gerakan memutar pada kaki yang memijak
permukaan tanah
- medial atau lateral meniscus
45
PENYAKIT KULIT
Jangkitan fungus ( kulat)
Athletes foot
Tinea versicolour
Jock Itch
Jangkitan Herpes Simplex
Herpes Zoster ( Chicken pox )
Impetigo

TAJUK 8 PENDARAHAN TERBUKA

DEFINISI
Pendarahan Terbuka
Pendarahan terbuka bermaksud darah yang terkeluar daripada sistem pendarahan
atau sistem edaran tercedera

Konsep Pendarahan
Darah beredar dalam saluran (arteri, vena dan kapilari).

Pendarahan - keluar darah daripada salur darah yang tercedera.

46
Jika saluran darah terkoyak teruk, kehilangan darah yang tidak terkawal
berlaku.

JENIS-JENIS LUKA TERBUKA


-Terguris
- Melecet
- Calar-balar
- Tebukan
- Tembakan

CIRI-CIRI LUKA TERBUKA


Terguris Luka lurus
Benda tajam seperti pisau

Melecet Kesat dan kasar


Tidak mengalirkan darah

Calar-balar Lapisan atas kulit terkikis


Meninggalkan bekas yang lembut
Tebukan Disebabkan benda tajam yang tercucuk
Menyebabkan kerosakan dalaman
Tembakan disebabkan tembakan peluru atau lain-lain pelontar
Luka pada titik kemasukan peluru dan biasanya cedera paraH pada
bahagian dalam berbanding luaran

Jenis-Jenis Pendarahan
1. Pendarahan arteri
Darah yang telah dioksigenkan berwarna merah cerah.
Arteri yang terluka teruk menghasilkan satu semburan darah setinggi
beberapa kaki.
Menakibatkan kekosongan pada sisitem peredarah darah.
2. Pendarahan Vena
Warna darah vena menjadi merah tua(gelap), setelah oksigen dilepaskan.

Dinding vena berupaya mengembang dengan kuat membolehkan darah


berkumpul di dalamnya.

Darah dari vena utama akan memancut dengan banyak apabila tercedera
teruk.

47
3. Pendarahan kapilari
Lelehan (oozing) berlaku di kawasan semua jenis luka.

Satu tamparan kuat boleh memecahkan rerambut pada lapisan bawah kulit.

Boleh menyebabkan pendarahan dalam tisu (lebam).

Contoh-Contoh Pendarahan
1. Pendarahan Luaran Yang Teruk
Pendarahan pada muka dan leher oleh menyumbat saluran udara.

Jarang berlaku kehilangan darah yang banyak mengakibatkan jantung


terhenti.

Renjatan munkin berlaku dan mangsa kehilangan daya kesedaran.

Pencegahan awal
Pastikan luka dibalut dengan pembalut pelekat yang kalis air, sekiranya
menghadapi luka terbuka.

Guna sarung tangan mudah dibuang.

Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas rawatan.

RAWATAN AWAL KES PENDARAHAN


- Mengawal kehilangan darah dengan mengangkat anggota yang tercedera dan memberi
tekanan ke atas luka tersebut
- Meminimumkan renjatan yang mungkin menyebabkan kehilangan banyak darah.
- Melindungi luka dari jangkitan dengan membalut luka tersebut
- Berikan perhatian terhadap kebersihan

Rawatan
Tanggal atau gunting pakaian - mendedahkan luka.
Lihat sekiranya ada benda-benda tajam di kawasan luka.

48
Jika tidak dapat melakukan tuaman atau tekanan ke atas luka, tekanlah
kedua-dua bahagian luka.
Beri tuaman terus ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari anda.
Guna pembalut yang bersih.
Angkat anggota yang tercedera pada aras jantung mangsa.
Pegang anggota perlahan-lahan sekiranya mengalami keretakan.
baringkan mangsa untuk mengurangkan renjatan dan pengaliran darah ke
bahagian yang tercedera.
Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya.
Kemudian, gunakan satu balutan steril.
Balut luka dengan baik dan jangan terlalu ketat sehingga meghalang
pengaliran darah.

KOMPLIKASI PENDARAHAN
- Jangkitan kuman mudah berlaku kerana kuman terdapat dalam cecair badan
- Jika tidak dikawal dengan cepat boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak
- Boleh menyebabkan penyakit yang lain seperti Tetanus
2. Tertusuk
Jika seseorang tertusuk, anda janganmenarik benda yang tertusuk atau
mengangkat mangsa dari objek tersebut.

Boleh memburukkan keadaan mangsa.

Hubungi perkhidmatan kecemasan segera.

Berikan butir-butir mengenai kemalangan tersebut.

Langkah pencegahan :
Minta seorang pembantu membuat panggilan dan menerangkan dengan jelas
situasi kemalangan.

Sokong berat badan mangsa perkhidmatan kecemasan tiba.

Tenteramkan mangsa.

2. Pemotongan Anggota

Dalam beberapa kes, anggota tubuh yang cedera parah boleh dicantumkan
menerusi pembedahan mikro (mikrosurgeri).

Hantar mangsa dan anggota yang terpotong ke hospital dengan serta merta.

Kemungkinan renjatan akan menyerang.

49
Rawatan-Menjaga Mangsa
Gunakan sarung tangan.
Kawal pengaliran darah dengan memberi tekanan dan angkat anggota yang
cedera.
Gunakan pembebat steril/pad bersih dan balut dengan pembalut.
Dail 999.
Nyatakan kemalangan melibatkan pemotongan anggota tubuh.
Perhatikan tanda-tanda vital dan catatkan tahap gerak balas, denyut nadi dan
pernafasan.

Rawatan- Bahagian Anggota Yang Terpotong.


Gunakan sarung tangan.

Bungkus anggota cedera dengan sarung plastik.

Balut bungkusan dengan kain lembut atau kain kasa.

Letakkan bungkusan tersebut dalam sebuah bekas.

Tandakan bekas dengan nama mangsa dan waktu kecederaan.

Serahkan kepada anggota perkhidmatan kecemasan.

4. Luka dan lecet


Pendarahan dari luka kecil dan lecet boleh dikawal dengan pengangkatan
anggota dan tekanan.

Hanya guna pembebat berpelekat.

Rawatan
Cuci tangan dengan bersih.

Jika luka dicemari kekotoran, bersihkan dengan air mengalir.

Lap luka sehingga kering dengan menggunakan kapas kesat.

Balut luka dengan kain kasa yang steril.

Angkat anggota cedera atas paras jantung mangsa.

Elakkan tersentuh luka.

Sokong anggota terjejas dengan sebelah tangan.

Bersihkan di sekeliling luka dengan air dan sabun.

Guna kapas kesat dan lap sehingga kering.

Tanggal penutup luka dan gunakan pembebat berpelekat.

50
5. Luka Pada Kepala Dan Kulit Kepala.
Kulit kepala mempunyai banyak salur darah.

Sebarang luka boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak.

Pendarahan ini membuatkan kulit luka bertambah teruk dari sepatutnya.

Prosedur Rawatan.
Guna sarung tangan pakai buang.

Jika ada kulit tersiat, letakkan pad dengan cermat ke atas luka.

Berikan keyakinan pada mangsa.

Tutup luka dengan pembebat steril atau pad yang tidak berbulu.

Langkah ini akan membantu mengawal pendarahan.

Balut pembebat dengan pembalut bergulung.

Bantu mangsa membaringkan tubuhnya dengan kepala dan bagu diangkat ke


atas.

6. Pendarahan Dari Dalam Mulut


Luka pada lidah, bibir atau lapisan pada mulut.

Pendarahan dari mulut boleh menjadi terlampau banyak dan mencemaskan.

Rawatan
Nasihat mangsa- duduk dengan kepala ke depan dan sendeng ke bahagian
tercedera.

Letakkan pad berkapas pada luka.

Suruh mangsa memegang pad dengan hujung jari dan ibu jari.

Tekankan ke atas luka selama 10 minit.

Jika pendarahan berterusan, gantikan semula pad.

Beritau mangsa biarkan darah meleleh. Jika tertelan akan mencetuskan


muntah.

51
Nasihatkan mangsa jangan minum minuman panas dalam tempoh 12 jam.

7. Luka Pada Tapak Tangan


Tapak tangan mengandungi beberapa salur darah yang besar.

Menyebabkan pendarahan yang banyak.

Luka yang dalam memutuskan saraf dan tendon dalam tangan.

Rawatan
Guna sarung tangan pakai buang.
Pekap pembebat steril atau pad bersih ke atas tapak tangan.
Suruh mangsa menggenggam pembebat atau pad.
Balut jejari mangsa supaya menggenggam pad.
Ikat hujung pembalut pada atas jejari.
Angkat lengan mangsa ke atas.
Hantar ke hospital.

Cara Menghentikan Pendarahan Boleh Dilakukan Dengan 2 Cara :


1. Hentikan pendarahan secara langsung

Mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.


2. Secara tidak langsung

Tahan darah secara tidak langsung tempat tekan nadi.


Menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan
jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir
keluar.
Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak
sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk
renjatan.

52
Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

TAJUK 9 TERDEDAH KEPADA HABA YANG MELAMPAU

BAGAIMANA STRES HABA TERJADI


Masalah berlaku apabila :
i. Peluh tidak dapat dievaporasikan, contohnya apabila kadar kelembapan tinggi
ii. Cuaca terlalu panas melebihi 37.2 C (99 F)
iii.Kehilangan air melalui perpeluhan dan respirasi tidak diganti (dehidrasi)
iv.Bila ketiga-tiga keadaan berlaku, masalah menjadi semakin serius
v. Latihan di bawah cuaca panas, pakaian sukan yang terlalu tebal dan tidak menyerap
peluh dan latihan yang terlalu intensif boleh mengakibatkan berlakunya stres haba

Tanda-tanda Masalah Haba


- Dahaga
- Keletihan
- Loya dan pening
- Gangguan penglihatan

Masalah/Komplikasi haba
- Kejang haba (heat cramps)
- Kelesuan haba (heat fatigue)
- Keletihan Haba (heat exhaustion)
- Strok haba (heat stroke)

Kejang Haba
-Spasma otot involuntari
- Berlaku semasa latihan yang lasak dan berintensiti tinggi
- Berkemungkinan disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair badan dan konsentrasi
elektrolit.
- Suhu badan tidak semestinya meningkat
- Pencegahan : pengambilan air yang banyak dan tambahan sedikit garam dalam diet

Kelesuan Haba
- Heat Vasomotor Asthenia
- Berlaku kepada atlit yang tidak membuat penyesuaian kepada cuaca (aklimatisasi) semasa
latihan
- Atlit cepat letih dan lemah bila didedahkan kepada cuaca dan kelembapan yang tinggi
- Lazimnya atlit tidak meneruskan latihan
- Rawatan : gantian cecair badan, banyak minum air

53
Keletihan Haba (Heat Exhaustion)
- Sebab utama kehilangan air yang terlalu banyak dan gantiannya kurang
- Simptoms sakit kepala, meloya (nausea),bulu roma meremang pada bahagian dada dan
lengan, kesejukan, kurang stabil dan keletihan yang melampau
- Atlit mungkin pengsan disebabkan hypovolemia iaitu penurunan tekanan darah secara
mengejut
- Rawatan :
i. Tambahan cecair, elektrolit dan glukos secara intravenous
ii. Tempatkan mangsa di tempat teduh
iii.Lapkan mangsa dengan tuala basah sejuk jika perlu

Strok Haba
- Komplikasi haba paling serius
- Memerlukan rawatan perubatan segera
- Kegagalan mekanisma kawalan haba untuk berfungsi yang menyebabkan suhu badan
terlalu tinggi
- Perpeluhan terhenti, kulit menjadi kering dan panas
- Suhu badan meningkat ke paras bahaya 40 C atau lebih
- Tanpa rawatan segera, ketidakupayaan meningkat dan kematian mungkin berlaku kerana
sistem peredaran darah terhenti dan sistem saraf pusat tidak berfungsi.
- Rawatan : sementara menunggu rawatan perubatan, mangsa perlu disejukkan dengan
menyapukan alkohol, pek ais atau keseluruhan badan direndam dalam air sejuk/air ais

Pencegahan Awal Stres Haba


- Latihan penyesuaian suhu atau aklimatisasi - perpeluhan berlaku lebih awal dan
peningkatan pengaliran darah ke kulit- perlukan pengawasan dalam latihan
- Kawalan latihan : menyesuaikan latihan dengan keadaan persekitaran (kepanasan dan
kelembapan) dan kemampuan atlit serta membenarkan atlit kerap minum
- Pakaian latihan yang sesuai mudah menyerap peluh, tidak terlalu tebal, bewarna putih
atau yang tidak menyerap haba
- Pemilihan atlit yang sesuai atlit yang bertubuh besar atau mempunyai kandungan lemak
bawah kulit yang tinggi adalah berisiko tinggi untuk terdedah kepada masalah haba
- Gantian air benarkan pengambilan atau gantian air yang mencukupi sebelum semasa
dan selepas latihan
- Diet banyak mengambil sayuran dan buah terutamanya semasa aklimatisasi
54
Definisi dan peringkat-peringkat terdedah kepada haba
Strok haba atau Heat stroke berlaku apabila badan kita mencapai paras suhu
sehingga bacaan 40.5 darjah celsius. Suhu ini sangat tinggi berbanding suhu normal
badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

Bagaimana Strok Haba atau Heat Stroke terjadi?


Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka badan tidak
berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi.Jika terdapat humiditi yang
tinggi peluh tidak dapat meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang
berlebihan akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang
lebih bahaya ialah strok haba akan menyerang.

Tanda-Tanda Strok Haba @ Heat Stroke


Tanda - tanda awal yang anda terkena strok haba atauheat stroke adalah apabila
anda merasakan sakit kepala yang berdenyut , mual , denyutan nadi yang pantas
dan kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas . Selain itu anda akan
merasakan otot anda lemah dan kejang , mengalami muntah , kulit anda menjadi
kering dan kemerahan, berlaku sawan serta pitam.

Punca Strok Haba atau Heat Stroke


Pendedahan yang berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas , kurangnya
minum air serta berlakunya dehidrasi pada badan adalah antara punca anda boleh
terkena strok haba atau heat stroke.

Kesan Strok Haba / Heat Stroke


Kesan strok haba @ heat stroke kepada manusia adalah akan berlaku komplikasi
kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh
membawa kepada kematian .

Symptom dan tanda terdedah yang melampau kepada haba, Gejala dan
tanda;
Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
Gejala

Cirit birit dan muntah.

Tanda

Pening kepala, pitam dan kebingungan.

55
Hilang selera makan dan loya.

Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.

Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.

Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah

Heat Stroke (Strok haba)


Gejala

Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri


dalam beberapa minit.

Tanda

Pening kepala, pitam dan tidak selesa.

Lesu dan kebingungan.

Kulit kering, merah dan panas.

Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.

Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.

Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.

Heat Cramp (Kejang haba)


Gejala :

Ketidakseimbangan air dan elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam


badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat
kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan.

Tanda

Otot menjadi keras

Pergerakan tidak normal

Langkah Pengurusan dan pencegahan

Langkah-langkah mengelakkan stres haba


Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-
kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.
56
Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau
pertandingan.

Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam
cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan
40% haba dibahagian kepala.

Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.

Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Pesakit

Sekiranya ada seseorang disekeliling anda mengalami strok haba atau heat stroke,
langkah yang perlu diambil untuk pesakit tersebut adalah meletakkan individu
terbabit di tempat yang teduh dan juga berhawa dingin.

Selain itu , pesakit juga digalakkan untuk berendam di dalam kolam air untuk
sejukkan badan. Ini kerana , suhu badan individu tersebut perlu diturunkan. Ianya
tidak boleh dilakukan dengan hanya meletakkannya di bawah kipas angin juga
menggunakan tuala basah.

Mencegah Berlaku Strok Haba atau Heat Stroke

Anda disarankan untuk mengelakkan sebarang aktiviti riadah yang mendedahkan


anda kepada cuaca panas. Jika anda seorang pekerja yang melakukan banyak kerja
diluar, anda disarankan supaya banyak minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter
sehari.

TAMBAHAN;

- Senaman menyebabkan suhu badan meningkat


- Lebih banyak haba dihasilkan apabila intensiti latihan tinggi, atlit berbadan besar dan
mempunyai lebih lemak bawah kulit (subcutaneous fat)
- Hipotalamus adalah pusat kawalan haba atau thermoregulator
- Haba dibebaskan melalui :
i. Penyejukan kulit hasil daripada perpeluhan (mekanisma terpenting)
ii. Paru-paru
iii.Proses konduksi, konveksi dan radiasi

57
- Badan dapat bekerja dengan baik pada satu julat suhu yang kecil
- Pada setiap ketika hipotalamus cuba mengekalkan suhu badan sekitar 32.7 darjah C (98.6
darjah F)
- Cara utama pengekalan suhu adalah dengan mengeluarkan peluh

PENGSAN
TAJUK 10 MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT
PRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN PATAH

DEFINISI PENGSAN DAN PITAM:-


Seseorang akan pitam atau pengsan syncopeapabila aliran darah ke otak
berkurangan seketika, menyebabkan keadaan tidak sedar yang sementara.
Keadaan ini disebabkan rasa sakit yang keterlaluan, emosi (stress) yang melampau
atau berdiri lama dalam cuaca panas.

PUNCA
1. kecederaan kepala
2. strok, serangan sakit jantung, renjatan
3. darah beroksigen yang rendah (hipoksia), keracunan yang dibekalkan ke otak.
4. gula darah rendah (hipoglisemianisi

TANDA
Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang
perlahan.
Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan
sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadang oksigen yang
membawa kepada pengsan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif.
Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya, sehingga
boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan
dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap.
Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi
yang keterlaluan, letih atau kurang makanan.
boleh berlaku selepas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan
yang panas dan atau dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah
terkumpul di bahagian bawah badan.

58
Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam
keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak.

Cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti :


Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang
keterlaluan
Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan
Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa
yang lama.
Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh
semasa pengsan.

Prinsip Mengurus
Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa
pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan.
Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang
benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya
duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala
diantara kedua lutut.

Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan
mungkin terkejut.
Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh
mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk
memastikan bekalan darah mengalir ke otak.
Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam
beberapa minit awal.
Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri.
Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih.
Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan
segara.
Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan
pernafasan jika tahu.
Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap
sedar sekejap tidak, terutamanya jika ubat diberikan.

Rawatan bagi mangsa pengsan

1. Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke
belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)

59
A - AIRWAY

(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan
dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk
pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan
mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini
akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang
laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa
dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya
gigi palsu yang pecah.

B - BREATHING

Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda
lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut
dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan
tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan
mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.
(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan
pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut
C - CIRCULATION

60
Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas
hulu hati (cuaran xiphoid).

Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini
perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak
berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan
anda untuk melakukan tekanan.
1 Periksa nadi dan pernafasan mangsa
2 Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut
3 Jika mangsa hendak muntak letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
4 Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas (kaedah AVPU)
Klaedah AVPU adalah cara mudah untuk nilai tahap kesedaran

A ( alert) Pesakit peka


V ( verbal) pesakit ada respon kepada rangsangan verbal
P ( pain) pesakit ada respon kepada rangsangan sakit
U ( unsresponsive ) pesakit tiada respon kepada semua rangsangan
--cara terbaik timbulkan rangsangan sakit adalah memicit otot
6. Kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain yang nyata.
Perhati tanda amaran perubatan contohnya rantai atau gelang
7. Letak mangsa dalam kedudukan pemulihan

Pesanan :
Jgn cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa
Jgn alihkan mangsa tanpasebarang sebab
Jgn tinggalkan mangsa pengsan seorang diri

61
DEFINISI GEJALA REJATAN (SHOCK)

Keadaan yang membahayakan nyawa ini berlaku apabila aliran darah ke seluruh
badan tidak mencukupi dan organ vital seperti otak dan jantung tidak mendapat
oksigen yang mencukupi.

Kejutan lazimnya, disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak, ia juga berlaku
akibat kehilangan cecair badan akibat keakaran, cirit-birit atau tindakbalas alahan
yang teruk.

GEJALA RENJATAN
kerisauan dan kebimbangan
bintik-bintik merah timul pada keseluruhan kulit
muka dan leher menjadi bengkak
sembab pada sekeliling mata
pernafasan yang perlahan, daripada pada keadaan dada yang ketat sehinggalah
kesesakan mangsa mungkin tercungap-cungkap untuk menyedut udara

Rawatan Kecemasan Rejatan

Rawat Kecederaan
Rawat kecederaan yang ketara, contohnya pendarahan, luka
atau tulang patah.

Bantu Mangsa Baring


Baringkan mangsa.
Tinggikan kakinya melebihi paras jantung jika tidak cedera.
Tenangkan mangsa.

62
TAJUK 11 MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT

PENGENALAN

Mengangkat dan pemindahan pesakit adalahsalah satu kemahiran yang kritikal


daripadayang mudah hingga yang lebih kompleks.Penyelamat utama adalah
dipertanggunjawap menyelamatkan mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk dan
pada masa yang sama melindungi diri sendiri daripada kecederaan yang tidak dijangka.

TEKNIK MENGANGKAT PESAKIT YANG SELAMAT

1. Kekalkan tapak sokongan yang luas (karate stance).;


2. Mencangkung turun (squat down), jika perlu, letakkan satu lutut ke lantai dan lutut yang
satu lagi dihadapan anda.
3. Kekalkan Posture Badan yang baik. Melihat ke depan, dan menyimpan belakang anda
lurus, dada anda keluar, dan bahu anda kembali. Ini membantu memastikan anda atas
belakang lurus manakala mengekalkan gerbang sedikit belakang anda
4. Angkat perlahan-lahan dengan meluruskan punggung dan lutut (bukan belakang anda)
anda. Pastikan belakang anda lurus, dan jangan twist kerana anda mengangkat
5. Rapatkan badan kita kepada pesakit; separas pinggang
6. Gunakan kaki untuk tukar arah laluan sambil membuka langkah yang kecil.

PENTING;-Komunikasi secara jelas dan kerap dengan rakansemasa mengangkat pesakit.-


memberitahu rakan sepasukan sekiraya;. -hilang akan kekuatan genggaman -jika rakan
bergerak terlalu laju dari anda. -jika anda tergelincir di permukaan yang licin -jika anda letih
-jika beban terlalu berat untuk anda

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK ANGKAT DAN PINDAH PESAKIT

Peralatan untuk memindah dan ekstrikasi


Backboards Gerakan serentak; in line;Strap pesakit;Lihat pesakit
Scoop Stretchers;3 orang atau lebih; Ampu kepala / leher; Pastikan scoop
dikunci;Ukur ikut tinggi pesakit; digunakan untukpindah pesakit

63
SCOOP STRETCHER;Cara menggunakan scoop stretcher;Berhati-hati kes
kepatahan atausendi yang lari
MENGGUNAKAN KERUSI
TEKNIK ANGKAT PESAKIT
Membawa Pesakit dalam pelbagai keadaan;-
Sebelum proses pemindahanan (kes bukan kecemasan); Lengkapkan primary
survey; Rawat keaddan yang mengancam nyawa; Immobilisasi semua anggota yang
disyaki patah/ terkehel; Pastikan tiada gejala/ tanda kecederaan tulang tengkok,
pasang cervical collar jika perlu.
Memasukkan pesakit di dalam ambulans Trolley stretcher boleh guna jika permukaan
tanah rata sahaja. Roda kecil; tak stabilGuna foldable stretcher, spinalboard, scoope
stretcher untukpindah pesakit dari tempatdengan muka bumi tak rata;letak atas
Trolley stretcher.
Membawa pesakit di dalam ambulans, pastikan pesakit diikat kemas atas Trolley
Stretcher & amp; jangan benarkan turun sendiri; terbalik atau terjatuh

TINDAKAN MEMINDAH MANGSA


- Pndah mangsa dari tempat kejiadian jika tidak selamat
-Jangan tergesa-gesa
-Pastikan pernafasan sempurna dan hentikan pendarahan terlebih dahulu
- Dapatkan secukup orang untuk memindah mangsa
- Buar pemeriksaan dahulu sebelum menindah mangsa

KAEDAH MEMINDAH MANGSA


1. Kaedah menopang
2. Kaedah mendukung
3. Kaedah menggendong
4. Kaedah usungan bomba
5. Kaedah usungan empat tangan
6. Kaedah kerusi
7. Kaedah usungan tangan bersilang
8. Kaedah usungan menggunakan selimut
9. Kaedah usungan menggunakan pengusung

64
TAJUK 12 PRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN PATAH

KECEDERAAN TISU KERAS AKUT

Definisi patah :
Patah bermaksud tulang yang retak atau patah
Patah merupakan satu kecederaan atau keretakan yang disebabkan oleh daya
hentaman secara tepat atau tidak tepat.
Terputus kesinambungan tulang.

KECEDERAAN SENDI

Berubah Kedudukan
Terseliuh Terkehel
Sendi Lutut

65
Dislokasi Patah humerus
JENIS-JENIS PATAH

Patah Tertutup
Patah keseluruhan tulang tetapi
kulit tidak tercedera.
Pendarahan dlm kulit.
Bengkak, lebam & panas

Patah Terbuka
o Patah keseluruhan tulang dan kulit /
o otot terkoyak / tendon terputus.
o Luka wujud di bahagian tulang patah.
o Tulang tertonjol keluar
o Darah banyak mengalir keluar.
Patah Ranting.
Sebahagian tulang patah.
Darah tidak mengalir keluar.
Bengkak, cth : patah tulang selangka /
patah tulang clavikel
Patah Melarat.
Mengakibatkan organ sekeliling rosak.
Paru-paru rosak kerana patah tulang rusuk.
Kerosakan otak kerana tengkorak
pecah.

66
Pendarahan dalaman- berbahaya
kritikal.
Amat merbahaya / kritikal /renjatan.

Tulang Retak.
Tulang mengalami pukulan hentakan
yg tidak tepat / tidak terus (hentakan
sipi)
Sebahagian tulang retak kerana
ulangan.
Pukulan / hentakan yg kerap
Kesakitan / kurang selesa pada
tulang

Fraktur iaitu tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan oleh dua keadaan iaitu:
i. Hentakan langsung (direct force) - apabila tulang patah atau retak di bahagian
yang menerima hentakan seperti sepakan atau pukuan kuat
ii. Hentakan tidak langsung (indirect force) - apabila tulang patah atau retak di
bahagian yang menerima hentakan secara tidak langsung seperti sepakan atau
pukuan kuat

Tanda-tanda patah :

Rasa Sukar
lebam Bengkak
sakit bergerak

Bentuk Rasa
teralih kebas lemah

67
KECEDERAAN TISU KERAS KRONIK
i. retak tulang: akibat gegaran/tekanan
RAWATAN AWAL
Pastikan mangsa selamat
jangan gerakkan kecuali tidak selamat,
jangan pindahkan mangsa
Mengawal kedudukan patah.
Sokong bahagian cedera supaya tiada pergerakan tinggikan
bahagian yg cedera
Rehatkan bahagian yg cedera
Balutkan / sokonglah tulang patah dengan kayu kurangkan pergerakan.
Balutkan di atas / di bawah patah tetapi bukan di bahagian cedera.
Tambahkan kain pelapik di sekeliling utk menghalang kecederaan
bertambah teruk.
Gunakan anggota tidak cedera sbg sokongan
Ikat pembalut dgn kuat tetapi tidak menjejaskan pengaliran darah.
Sentiasa memeriksa pengaliran darah.
Jika patah terbuka, rawat luka terbuka dahulu.
Dapatkan bantuan perubatan segera.
KECEDERAAN PADA TULANG YANG TIDAK DAPAT DIPASTIKAN, RAWATLAH
KECEDERAAN ITU SEBAGAI MERAWAT PATAH TULANG
KECEDERAAN TISU LEMBUT
KECEDERAAN BAHAGIAN TANGAN, BADAN, KAKI, KEPALA DAN
TAJUK 13 MATA
KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTONGAN CEMAS DAN
RAWATAN KECEDERAAN

KECEDERAAN TISU LEMBUT

DEFINISI KECEDERAAN TISU LEMBUT

Kecederaan yang dialami pada tisu lembut iaitu dalam badan yang merangkumi kulit, salur
darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ tubuh.

Contoh Kecederaan Tisu Lembut seperti :


Luka kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
Melecet terguris, epidermis dan terluka
Melepuh kulit menggelembung dan ada air

Jenis- jenis Kecederaan Tisu Lembut


Contusion/Lebam
- Kecederaan pelanggaran disebabkan tekanan pada otot dengan tulang
- Berdarah
- Bengkak dan berubah warna tisu

Strain/ Ketegangan
- Cedera pada tendon atau otot
- Terjadi disebabkan regangan dan kontraksi melampau
- Mempunyai 3 peringkat:
Peringkat 1
- Mikrotearing/ koyak kecil
- Sakit ringan/ lembut
- ROM penuh
Peringkat 2
- Makrotearing/ Koyak besar
- Sakit
- Tidak upaya
- Bengkak
- Kurangnya ROM
Peringkat 3
- Koyak terus
- Sakit
- Bunyi pop
- Hilang fungsi

Sprain / Tergeliat
- Cedera pada ligamen
- Berkaitan dengan sendi
- Mempunyai 3 peringkat :
Peringkat 1:
- Sakit ringan semasa lebih regangan tetapi masih berupaya.
Peringkat 2:
- Koyak pada fiber
- Sakit
- Bengkak
- Tidak berupaya
- Ligamen masih baik/ berfungsi
Peringkat 3:
- Koyak terus
- Bunyi pop
- Sakit
- Hilang upaya
- Bengkak
- Hilang fungsi ligamen

LUKA
Sejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan pengaliran darah.
Boleh berlaku di luar atau di dalam badan

Terdapat 2 jenis luka :

Luka Terbuka
Boleh libatkan organ lain.
Pendarahan banyak.
Renjatan.
Jangkitan kuman.

Luka Tertutup
kulit tidak pecah.
lebam.
bengkak.
renjatan.

Sebab- Sebab Luka

Akibat alat tajam.


Akibat alat tumpul.

PENDARAHAN
Pendarahan terjadi daripada sistem edaran yang tercedera
Pendarahan Berlaku Melalui:
1. Arteri
darah yang keluar berwarna merah terang kerana mengandungi oksigen.
darah memancut keluar mengikut denyutan jantung.

2. Vena
darah yang keluar berwarna merah kehitaman kerana mengandungi karbon
dioksida.
darah mengalir keluar perlahan-lahan.

3. Kapilari
darah meleleh keluar

Rawatan Asas Luka


1. Hentikan Pendarahan
2. Hindar dari jangkitan kuman.

3. Segera ke hospital

Rawatan Pendarahan

1. Bersihkan luka daripada kotoran

2. Tekanan terus ke atas luka.


4. Tinggikan anggota yang luka.

5. Tekanan langsung pada nadi (arteri).


6. Periksa Nadi

7. Periksa Pernafasan

8. Rawat renjatan, jika ada.


9. Segera ke hospital
Contoh contoh lain Kecederaan Tisu Lembut Tenat
Luka kulit dalam
Lecur
Lebam
Seliuh (sprains)
Tergeliat (strains)
Dislokasi

KECEDERAAN TISU LEMBUT KRONIK


Tergeliat kronik otot (strains)
Tendinitis
Bursitis

CONTOH-CONTOH KECEDERAAN TISU LEMBUT AKUT


Kontusi-hentakan pada tisu lembut
Calar/terpotong/tembus-kecederaan kulit
Terseliuh-ligamen tertarik,/terkoyak
Terengang-otot atau tendon terengang
Carikan rawan-kejadian pada lutut
Terkehel- tulang terkeluar dari kedudukan

CONTOH-CONTOH KECEDERAAN TISU LEMBUT KRONIK


- kecederaan kronik pada otot, tendon dan bursa akibat pukulan yang berturut-turut, terlebih
regang dan lebihgunaan.
- otot teregang kronik
- tendinitis- tendon teregang berulang
- bursitis-bursa bengkak dan radang
KECEDERAAN BAHAGIAN TANGAN, BADAN, KAKI, KEPALA DAN
TAJUK 14 MATA
KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTONGAN CEMAS DAN
RAWATAN KECEDERAAN

KECEDERAAN BAHAGIAN TANGAN, BADAN, KAKI, KEPALA DAN MATA

KECEDERAAN PADA BAHAGIAN KEPALA DAN LEHER


Kecederaan pada bahagian ini kebiasaanya melibatkan kulit kepala, tengkorak atau otak
yang disebabkan oleh trauma. Konkusi merupakan suatu kecederaan yang biasa berlaku
kepada atlet. Konkusi merupakan suatu bentuk kecederaan otak traumatik (TBI) yang berlaku
apabila otak mengalami hentakan atau gegaran kuat yang berlaku pada tengkorak.
Kecederaan ini boleh berlaku apabila pemain bertembung semasa bermain ataupun
terjatuh dan terhentak pada bahagian kepala. Kecederaan ini juga boleh berlaku disebabkan
oleh pukulan dengan peralatan yang digunakan semasa bersukan. Bagi sukan bola baling ini,
pertembungan antara dua orang pemain merupakan punca utama kepada kecederaan yang
dialami

Rawatan Kecederaan Konkusi


Sekiranya seseorang pemain mengalami kecederaan konkusi ini, langkah paling penting
yang perlu dilaksanakan adalah mencegah kecederaan daripada menjadi bertambah buruk.
Berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti dan memberitahu kepada rakan sepasukan
merupakan langkah paling awal yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pemain. Seterusnya,
pakar perubatan perlu dirujuk bagi mengetahui keadaan sebenar kecederaan yang berlaku.

KECEDERAAN KEPADA BAHU TERKEHEL


Sendi bahu terkehel adalah kecederaan trauma yang kerap terjadi ketika aktiviti sukan
yang banyak membabitkan sentuhan badan seperti ragbi, hoki dan bola baling. Dalam
kebanyakan kes, kepala tulang lengan atas (tulang humerus) tertolak keluar ke depan dari
soket sendi ketika lengan yang pada kedudukan diangkat terpusing ke belakang secara paksa.
Keadaan ini boleh terjadi apabila pemain ingin melakukan rejaman secara lompatan tetapi di
halang oleh pihak lawan. Keadaan ini akan menyebabkan sendi bahu terkehel ke depan
meliputi 95 peratus daripada kes sendi bahu terkehel. Sendi bahu terkehel juga boleh berlaku
ke belakang, bawah, atas atau dalam torasik
Rawatan Kecederaan Bahu Terkehel
Rawatan segera untuk sendi bahu terkehel ada dua peringkat. Pertama adalah
melindungi dan mengelak sendi bahu terus tercedera seperti merehatkan lengan dalam anduh
dan kedua, segera mendapatkan rawatan perubatan. Sendi bahu yang terkehel perlu segera
dimasukkan semula ke kedudukan normal oleh pakar perubatan terlatih dan elak cuba
memasukkan sendiri kerana ia boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk kepada sendi bahu.
Jika prosedur memasukkan semula sendi bahu terkehel ini mengalami kesukaran, ia perlu
dilakukan dalam keadaan pemain diberikan bius am (tidak sedar) untuk mengelak komplikasi
setempat lebih teruk seperti kepatahan tulang dan kecederaan urat saraf. Ia juga dapat
mengelak trauma kepada psikologi pemain.

KECEDERAAN KETENGANGAN OTOT HAMSTRINGS


Kecederaan ketegangan otot hamstring ini merupakan suatu kecederaan yang biasanya
melibatkan koyakan satu atau lebih otot yang terdapat pada bahagian hamstring. Secara
umumnya terdapat tiga bahagian otot yang terdapat pada bahagian hamstring iaitu
semitendinosus, semimembranosus dan juga biceps femoris.

Otot hamstring ini berfungsi bagi membantu pergerakan merendahkan bahagian lutut
atau fleksi lutut dan juga berfungsi dalam membantu pergerakan kaki. Namun begitu bagi sukan
tinju, kecederaan ini boleh berlaku apabila otot bahagian berkenaan ditarik oleh pihak lawan
bagi mengunci pergerakan lawannya. Hal ini biasanya terjadi semasa kedua-dua pihak sedang
bergelut dan berusaha mengunci pergerakan pihak lawan dan dalam masa yang sama
mengelakkan pergerakan sendiri dikunci.

Rawatan Kecederaan Otot Hamstring


Rawatan bagi kecederaan ini perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera setelah
kecederaan dialami. Fasa yang paling penting dalam merawat kecederaan ini adalah pada 48
jam pertama selepas kecederaan. Pemain boleh melakukan beberapa langkah bagi merawat
kecederaan yang dialami. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah melakukan demahan ais
(R.I.C.E).
Balutan pemampatan boleh dilakukan bagi meminimakan pendarahan pada otot intra
pada bahagian tersebut. Bahagian yang tercedera perlu direndahkan bagi membantu
pemulihan otot yang baik. Regangan dan sedikit gerak kendur boleh dilaksanakan bagi
mengurangkan kesakitan. Disamping itu, senaman akan memastikan bahawa apa-apa bahan
baru akan ditetapkan dalam orientasi yang betul sekali gus mengurangkan risiko kecederaan
berikutnya. Pakar perubatan perlu dirujuk bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagi langkah seterusnya ialah rehabilitasi. Rehabilitasi ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan kesakitan dan bengkak, meningkatkan fleksibiliti dan keadaan otot, memulihkan
kekuatan otot dan memastikan pemain dapat kembali kepada kecergasan normal. Program ini
adalah berasaskan kepada empat elemen penting iaitu pemain akan mengambil masa utuk
kembali pulih pada kadar yang berbeza bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.

KECEDERAAN BELAKANG BADAN


Kecederaan herniasi pada cakera tulang belakang (prolapsus disci intervertebralis)
merupakan suatu kecederaan yang berlaku disebabkan oleh trauma, kecederaan berulang atau
punca idiopathic. Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh koyakan pada bahagian luar serabut
cincin (annulus fibrosus) yang terdapat pada cakera intervertebral (discus intervertebralis) yang
menyebabkan bahagian lembut iaitu bahagian tengah tulang (nucleus pulposus) terkeluar dari
koyakan pada serabut cincin. Koyakan selalunya berlaku pada bahagian postero-lateral yang
melibatkan ligamen posterior longitudinal dalam tulang belakang.

Rawatan Kecederaan Tulang Belakang


Sebelum sebarang rawatan diberi, kecederaan ini perlu diketahui terlebih dahulu.
Herniasi cakera ini selalunya dikesan secara kebetulan apabila ujian seperti MRI dilakukan atas
sebab-sebab yang lain. Jika tiada tanda-tanda yang dapat diperhatikan, rawatan tidak perlu
diberikan.
Rawatan yang diberikan bagi individu yang mengalami kecederaan ini adalah
bergantung kepada tahap kecederaan. Rawatan untuk herniasi cincin cakera termasuklah terapi
fizikal, ubat-ubatan yang dapat merehatkan otot, ubat penahan sakit, ubat-ubatan anti-radang,
suntikan tempatan kortison (suntikan epidural) dan operasi pembedahan. Dalam mana-mana
kes, individu yang mengalami kecederaan herniasi cakera perlu berehat dan mengelakkan
kecederaan semula kepada bahagian cakera. Dalam sesetengah kes, walaupun individu
mengalami kecederaan yang teruk, individu tersebut tidak memerlukan pembedahan dan boleh
pulih dengan rawatan konservatif sahaja. Kini terdapat pelbagai pendekatan pembedahan untuk
merawat herniasi cincin cakera. Setiap jenis pembedahan disesuaikan dengan keadaan individu
dan banyak bergantung pada keadaan cincin cakera tulang belakang yang tercedera. Pilihan
pembedahan termasuk mikrodisektomi menggunakan instrumen pembedahan kecil dan
pembaikan pembedahan terbuka (sama ada dari pendekatan posterior atau anterior). Namun,
pembedahan segera perlu dilakukan sekiranya terdapat sindrom cauda equina.

KECEDERAAN TANGAN DAN PERGELANGAN TANGAN


Tenosynovitis adalah keradangan sarung berisi cecair (dipanggil synovium) yang mengelilingi
tendon. Gejala tenosynovitis termasuk kesakitan, bengkak dan kesukaran menggerakkan sendi
tertentu di mana keradangan berlaku. Apabila keadaan ini terjadi jari akan "melekat" dalam
kedudukan fleksi. Keadaan ini dinamakan sebagai "stenosing" tenosynovitis dan turut dikenali
sebagai "trigger finger". Keadaan ini sering berlaku seiring dengan tendinitis comorbid.

Rawatan Tenosynovitis
Matlamat rawatan dilakukan adalah untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan
keradangan. Merehatkan bahagian yang telah tercedera adalah amat penting bagi proses
pemulihan. Anduh atau pendakap boleh digunakan bagi membantu mengekalkan kedudukan
tendon. Demahan ais ataupun haba boleh dilakukan bagi mengurangkan kesakitan dan
keradangan.
Nonsteroidal ubat-ubatan anti-radang (NSAID) seperti ibuprofen boleh melegakan
kesakitan dan mengurangkan keradangan. Suntikan tempatan kortikosteroid juga boleh
digunakan. Bagi kes-kes tertentu, sesetengah pesakit memerlukan pembedahan untuk
membuang radang pada sekitar tendon.
Bagi kecederaan tenosynovitis yang disebabkan oleh jangkitan, pakar perubatan akan
membekalkan antibiotik. Dalam beberapa kes-kes yang teruk, pembedahan dilaksanakan bagi
membuang nanah di sekeliling tendon. Sekiranya terdapat jangkitan, suntikan steroid boleh
digunakan untuk mengurangkan keradangan pada kapsul tendon. Latihan yang sesuai perlu
dilaksanakan apabila kecederaan telah pulih bagi mengelakkan kecederaan berulang kembali.
TAJUK 15 KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTONGAN CEMAS DAN
RAWATAN KECEDERAAN

KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTONGAN CEMAS DAN RAWATAN KECEDERAAN

PENILAIAN KECEDERAAN
- mekanisma kecederaan
- Tempoh
- Riwayat perubatan lain
- Riwayat keluarga
- Riwayat sosial

PEMERIKSAAN KLINIKAL
- Jarak sendi
- Kekuatan otot
- Fungsi
- Sakit
- Tenderness
- Bengkak
- Lebam
- Suhu bahagian tercedera
- X-Ray, MRI, CT Scan

UJIAN KHAS
- McMurray test
- Lachman test
- Anterior drawer
- Posterior drawer
- Valgus stress test
- Varus stress test
- Neuro tension test
- Muscle testing
RAWATAN KECEDERAAN SUKAN
3 peringkat iaitu Acute, Sub-acute Advance (Rehabilitation)
ACUTE-rest, Ice, Compression, Elevation

SUB-ACUTE
- Rawatan fisioterapi terutamanya menggunakan kaedah electrotherapy
- Bengkak biasanya sudah surut
- Rawatan untuk mengurangkan sakit dan mengembalikan fungsi bahagian terlibat

RAWATAN FISIOTERAPI
Electrotherapy
- menggunakan haba dan arus elektrik (yang diubahsuai)

Short wave Diathermy (SWD)


- Menggunakan arus frequency sederhana
- Ditukarkan kepada haba yang bersifat therapeutic
- Boleh menembusi keseluruhan organ badan
- Mengurangkan sakit
- Mengurangkan bengkak
- Mempercepatkan proses penyembuhan
- Melawan inflammasi

Hot pack
- Terdiri dari bahan silikon
- Boleh menyimpan haba sampai jam
- Untuk mengurangkan sakit
- Sebagai warming up kepada otot yang terlibat sebelum memulakan rawatan senaman

Infra-Red Ray
- Salah satu gelombang electromagnetic
- Ditukarkan kepada haba
- Boleh tembusi 1 hingga 1.7 cm menembusi kulit
- Sesuai untuk bahagian yang besar dan lebih dekat dengan kulit
- Tidak sesuai untuk rawatan yang dalam

IRR
- Kekejangan otot
- Luka atau kudis
- Bahagian kesakitan yang terlalu besar

Ultrasound
- Kesan micro-massage
- Tidak merasa panas
- Memecahkan adhesi
- Meningkatkan sintesis protin
- Mengurangkan bengkak
- Struktur yang hampir pada kulit, seperti otot, ligamen dan tendon

Interferential Therapy(IT)
- Campuran antara low frequency dan medium frequency current
- Menggunakan pain gait theory
- Juga sesuai untuk kes2 acute
- Rasa pin-prick

Wax Theraphy
- Rawatan menggunakan lilin yang bersifat terapeutik
- Untuk kecederaan tangan dan kaki seperti ankle sprain, TA rupture, kepatahan pada tulang
tangan dll

Anda mungkin juga menyukai