Anda di halaman 1dari 19

KONSEP ASAS

KECEDERAAN DALAM
SUKAN DAN PRINSIP
ASAS PERTOLONGAN
CEMAS
DISEDIAKAN OLEH :
MUAZ MUDRIKAH ALIAS
TUDIN
ELISHA PAUL
LAWRENCIA LAJIUS
DEFINISI PERTOLONGAN
CEMAS
Adalah bantuan permulaan atau rawatan awal
yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
KONSEP PERTOLONGAN
CEMAS
Sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula/ Rawatan
Awal yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut dengan
menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan
ambulan, doktor atau pakar perubatan / sebelum
mangsa dihantar ke hospital.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Selamatkan nyawa

2. Mengelakkan dari bertambah buruk

3. Mengurangkan kesakitan


DAPATKAN BANTUAN
KECEMASAN ATAU LANJUTAN
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar yang segera.

JANGAN tinggalkan mangsa keseorangan
sehingga bantuan tiba.
SIKAP YANG PERLU ADA PADA
PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
Berpengetahuan

Berkeyakinan

Tajam pengamatan

Pantas bertindak

Tenang
Lemah lembut

Bertanggungjawab

Amanah
PRINSIP- PRINSIP PERTOLONGAN
CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa

2. Mengurangkan kesakitan

3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar
pesakit ke hospital.
PERATURAN AM
PERTOLONGAN CEMAS
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang
cedera teruk dahulu.

2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar.

3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa
hanya sekadar melonggarkannya untuk
memudahkan pernafasan.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa
ke hospital.
PENGAMBILAN KADAR NADI
DENYUTAN
Bilangan nadi seseorang :


PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
DEWASA 70-80 kali
KANAK-KANAK 90-100 kali
BAYI 100-140 kali
KONSEP SUKAN DAN
PERUBATAN SUKAN
Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan.

sukan aktiviti riadah, mengisi masa lapang, bahan utuk
media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.

Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan
atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara
hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan.

- Kamus Dewan Edisi ke- 5
KONSEP SUKAN
PERUBATAN SUKAN
Perubatan adalah satu cabang sains hayat
berkenaan dengan menjaga dan mengekalkan
kesihatan dan rasa sihat (wellness).

Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu
atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu
terlbat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan
hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.
6 LANGKAH DALAM KITARAN
KECEDERAAN
1. Kenalpasti tanda-tanda dari simptom.

2. Kurangkan pergerakan pada bahagian yang
tercedera dan dapatkan bantuan.

3. Lakukan bantuan awal mengikut kecederaan.

4. Dapatkan rawatan lanjutan dan susulan pakar.

5. Dapatkan rehat secukupnya mengikut kadar
kecederaan.

6. Sesi latihan simulasi.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN
Kenal pasti punca kemalangan atau kecederaan.
Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap.
elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan
mangsa.
Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa
terhenti.
Memberi perangsang kepada mangsa.
Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
Sehera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika
kecederaan serius.
Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi
kecemasan.
Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi
memastikan keadaan mangsa akan datang.
PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN LANGKAH-
LANGKAHNYA
DEFINISI :
Pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari
berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan
aktiviti sukan.

Prinsip Pencegahan Kecederaan:

1. Prinsip latihan
Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
Tempoh latihan
Intensiti
Motivasi
Pengkhususan
Relaksasi
Rutin
2. Warming up
Untuk menyediakan otot-otot untuk melakukan
aktiviti serta kemahiran, melonggarkn otot-otot dan
sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi
atau reflek atlet-atlet.

3. Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi
menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju:

o Memulihkan kecederaan
o Meningkatkan perkembangan
o Meningkatkan keyakinan diri.

4. Aktiviti bagi mengelakkan kecederaan
Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau
jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih
permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan
mengajar kemahiran asas.

5. Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekiranya gelanggang atau kemudahan peralatan
tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah
ditetapkan. Keadaan di sekeliling gelanggang, padang dan
dewan.

6. Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota
badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti
sukan.
DRCAB
D DANGER
R RESPONSE
C COMPRESS
A AIRWAY
B BREATHING


EAR
E EXPIRED
A AIR
R - RESUSCITATION


AED
A AUTOMATED
E EARLY
D - DEFIBRILLATION


EXPIRED AIR RESUSCITATION
Adalah kaedah dimana penyelamat memberi nafas
kepada mangsa yang terhenti pernafasannya.

Kaedah ini digunakan apabila mangsa telah berhenti
bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.

Tiga teknik :
1. Mulut-ke-mulut
2. Mulut-ke-hidung
3. Mulut-ke-hidung-dan-mulut (selalunya digunakan pada
kanak-kanak)
TANDA-TANDA EAR
SIANOSIS kepucatan

Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah
kurang dari 4-5 kali dalam seminit.
MENILAI KECEDERAAN
T TALKING

O OBSERVE

T TOUCH

A ACTIVE

P PASSIVE

S SKILL

Anda mungkin juga menyukai