Anda di halaman 1dari 7

LARIAN JARAK SEDERHANA

DIOLAH OLEH: AFIDAH HUSSIN KHAIRUL NADIAH MUHAMOD

DEFINISI
Dalam acara jarak sederhana, hanya terdapat 1 sahaja acara yang terlibat iaitu acara 800 meter. 800 meter melibatkan larian sebanyak 2 kali pusingan balapan. Pelari akan memulakan larian mengikut lorong masingmasing tetapi akan masuk ke lorong yang paling dalam selepas melepasi lengkungan pertama. Apabila selesai berlari sejauh 400 meter, pihak urusetia akan membunyikan loceng sebagai tanda pusingan terakhir.

Kemahiran Kemahiran
Berlari menggunakan sepenuh tapak kaki. Menapak menggunakan bahagian tumit terlebih dahulu sebelum diikuti oleh bahagian bebola kaki. Menggunakan teknik pernafasan yang betul supaya membantu mengurangkan penat. Hayun tangan supaya mempercepatkan larian. Mata fokus kehadapan dan bukannya mendongak atau menunduk ke bawah. Kekalkan kelajuan yang konsisten sepanjang larian dan pecut pada hujung larian. Sentiasa peka dengan jarak peserta yang berada dihadapan kerana kerana jika terlalu dekat akan menyebabkan pelanggaran sesama pelari. Cuba berada serapat mungkin dengan lorong yang paling dalam kerana jika tidak jarak larian akan bertambah jauh dan akan merugikan pelari sendiri.

LATIHAN ANSUR MAJU


Larian jarak sederhana juga memerlukan latihan ansur maju supaya ia berkesan kepada atlit yang melakukan secara berterusan. Antara latihan ansur maju yang boleh dilakukan ialah seperti berikut :-

LATIHAN JEDA

LATIHAN FARTLEK

Latihan jeda
Lakukan latihan jeda 2 hari sekali secara konsisten. Kenal pasti kemampuan maksimum atlet dan mulakan jeda dengan volum yang rendah. Pada setiap sesi yang baru, tingkatkan volum latihan secara berperingkat volum latihan boleh dimanipulasikan dengan menggunakan pelbagai cara antaranya dengan meningkatkan bilangan ulangan, memendekkan masa dan meningkatkan peratus intensiti latihan.

Latihan Fartlek
Lakukan latihan jeda 2 hari sekali secara konsisten. Lakukan latihan jeda yang mempunyai beberapa pelakuan berbeza. Sebagai contoh berlari pecut, jogging, berjalan pantas dan skip. Mulakan latihan dengan meletakkan pelakuan yang mudah dan kurang memenatkan seperti berjogging dan berjalan pantas. Selepas beberapa sesi, tukar rentak latihan dengan memasukkan pelakuan yang memenatkan seperti berlari pecut dan skip. Pelakuan ini boleh dipanjangkan jaraknya supaya ia menjadi lebih mencabar kepada atlet.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai