Anda di halaman 1dari 9

Disediakan oleh : Low Zhi Chie Norlizah Binti Waimin

rejam merupakan pukulan bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini juga dianggap satu cara menyerang pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara, badan hendaklah dibengkokkan dan memukul bola.
Pukulan

a)

b)

Berlari tiga langkah kemudian melonjak secara menegak dengan kedua belah kaki. Bengkokkan badan. Hayunkan tangan ke hadapan dan terus ke bawah. Pukul bola dengan tapak tangan yang terbuka dan dikeraskan. Bola hendaklah dipukul diatas ketinggian jaring. Lenturkan pergelangan tangan ke hadapan. Ini akan menyebabkan bola terpantul ke bawah.

Kemahiran

menghalang agak sukar dikuasai. Halangan dilakukan ketika menahan bola yang direjam. Gerakannya dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan mereka.

a)

b)

Melonjak secara menegak dengan keduadua belah kaki. Lonjakan itu mestilah serentak dengan pemain lawan yang merejam bola. Kedua-dua belah tangan diluruskan ke atas dengan jari-jari terbuka. Tinggikan tangan sedikit daripada jaring iaitu ketika kedudukan bola yang direjam melintasi jaring.

a)

b)

Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunan tangan. Masukkan bola tampar dalam jaring bola keranjang. Ikat di bahagian bawah jaring supaya bola tidak jatuh. Gantung bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.

a)

b)

Rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan lompat, ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau pukulan umpan. Kemudian, kamu bertindak sebagai perejam bola pada setiap bola yang diumpan. Lakukan aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan merejam bola.

Melakukan

lonjakan menegak dan sentuh jaring bola keranjang dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

Berdiri

berhadapan dengan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan lonjakan menegak serentak dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan kamu dengan kedua-dua belah tangan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang di sepanjang jaring. Seterusnya, seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur di atas jaring. Rakan yang kedua merejam bola yang dipegang. Kemudian, kamu bertindak menghalang bola yang direjam.

Anda mungkin juga menyukai