Anda di halaman 1dari 5

Mengadang (Blocking) Mengadang (blocking) adalah kemahiran yang digunakan untuk menghalang serangan yang menggunakan kemahiran merejam.

Seorang pemain atau dua pemain akan cuba mengadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang pihak lawannya atau untuk mengurangkan kelajuan dan memesong bola kepada pemain oasukan diri. Satu pengadangan boleh dilakukan oleh seorang atau lebih daripada seorang. Mengadang merupakan satu cara menahan bola dekat jaring. Pemain-pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi di mana bola itu melintasi jaring. Pengadang hanya merupakan salah satu fasa daripada keseluruhan sistem menahan. Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, .emberi perlindungan di belakan perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola. Pengadang digunakan untuk mengatasi rejam. Saru pengadang yang berkesan boleh membawa kemenangan dalam perlawanan. Pengadang yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan yang terbaik untuk menahan bola yang direjamkan. Cara-cara mengadang
1. Posisi Bersedia a. Berdiri berjarak sepejangkauan dari jarring. b. Lutut bengkok, dalam posisi merunduk sedikit. c. Tangan diangkat tinggi daripada bahu. d. Mengawasi sudut penujuan perejam. 1. Aksi a. Bengkokkan lutut sebelum melonjak dengan kedua-dua belah kaki. b. Menghulurkan tangan seberapa tinggi yang boleh dan melintasi jaring. c. Tangan-tangan dan jari-jari harus tegak dan keras. d. Mengatur masa adalah penting untuk suatu pengadang yang berkesan. e. Mendarat di atas kedua-dua belah kaki, bersedia untuk pukulan yang

kedua.

Butir-Butiran Untuk Mengadang


1. Melangkah ke sisi di hadapan jaring. 2. Pemain-pemain mahir mungkin suka menggunakan teknik bersilang. 3. Angkat tangan sehingga tinggi daripada bahu, siku-siku berhampiran sisi

badan.
4. Bersedia mengadang dengan bahu tangan perejam. 5. Mengawasi penujuan lintasan pemukul. 6. Dari kedudukan separuh cangkung, melompat tegak dari kedua-dua belah

kaki.
7. Menjangkau menlintasi jarring dengan tangan. 8. Sudutkan tangan luar supaya ia memesongkan bola. 9. Elakkan daripada menyentuh jaring. 10. Pemain luar menentukan pengadangan dalam bentuk pengadangan dua

orang. Pengerakkan Ke Posisi Pengadangan Yang Betul Bergerak dalam arah sisian di sepanjang jaring harus cepat dan tepat. Pengerakan itu akan sama ada menggunakan teknik melangkah ke sisian (sidestep) atau bersilang (cross-over). Semasa pergerakan ini dilakukan, posisi tangan adalah tinggi daripada bahu dengan kaki-kaki dibengkokkan sedikit. Latihan Mengadang Bola
1. Berpasangan. Pemain A memegang bola dengan dua belah tangan

sambil menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang dengan dua tangan. Ulang perlakuan ini 10 kali, dan tukar peranan.
2. Berpasangan. Ulang latihan (1). Pemain A menggerakkan bola ke kanan

dank e kiri dirinya. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belah tangan. Ulang 10 kali dan tukar peranan selepas itu.
3. Perseorangan di jaring. Pemain berdiri di depan jaring, dan cuba

melompat setinggi yang boleh untuk melakukan adangan dengan keduadua belah tangan tanpa bola. Kemudia pemain bergerak ke kanan dank e kiri sambil melompat dan membuat adangan yang sama.

4. Berpasangan di jaring dengan bola. Ulang latihan (3). Kali ini pemain

menyentuh bola yang dipegang oleh rakan di sebelah jaring seakan-akan melakukan adangan. Lakukan tiga kali dan bertukar peranan dengan rakan.
5. Berpasangan. Pemain A berdiri di hadapan jaring dengan kedudukan

mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas jaring untuk ditangkap oleh pemain A. Pemain A menangkap bola dan menghantarnya kepada pemain B sebelim menjejak kaki di gelanggang. Lakukan beberapa kali; kemudian tukar peranan dengan rakan.
6. Dalam kumpulan. Tiga pemain berdiri di atas kerusi sambil memegang

bola. Bola-bola dihulur melepasi aras atas jaring. Dua pemain melompat serentak pada sebelah jaring. Tiga lompatan dilakukan, dan selepas itu pemain boleh bertukar peranan.
7. Dalam kumpulan empat orang. Empat pemain atau dua pasangan

pemain berhadapan, dengan dua orang dalam satu gelanggang. Semua pemain bergerak ke jaring dan membuat lompatan sambil meyentuh rakan atau pasangan masing-masing. Ulang beberapa kali sambil bergerak ke sisi.
8. Mengadang seorang-berdua-bertiga.

a.

X1

X2

X3

b.

X1X2

X3

a. Ketiga-tiga pemain X1, X2, X3 melompat setempat dan serentak untuk

mengadang.
b. Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X1. Pemain X1, X2, X3 melompat

serentak apabila X2 tiba di sisi X1.

a. X1 X2 X3

b. X1 X2X3

a. Pemain X2 bergerak ke kedudukan asal dan ketiga-tiga pemain melompat

serentak.
b. Pemain X2 bergerak ke pemain X3 dan ketiga-tiga pemain melompat

serentak apabila X2 tiba di sisi X3. c.

X1X2X3

d. X1 X2 X3

a. Pemain-pemain X1 dan X3 mengikut X2 untuk melompat serentak. b. Pemain-pemain X1 dan X3 bergerak serentak. 1. Ulang latihan (8) dengan menggunakan tiga biji bola. Tiga orang pemain

berdiri di atas bangku sambil sambil memegang bola.


2. Jurulatih melambung bola untuk perejam membuat rejaman. Dua orang

pemain cuba mengadangnya.

Anda mungkin juga menyukai