Anda di halaman 1dari 9

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan peraturan bilik sains?

(mengingat)
A. mengalir susun kerusi dan kemas bilik sains sebelum keluar
B. elakkan bertanya soalan ketika berada di dalam bilik sains
C. nyalakan penunu Bunsen dengan cara yang betul
D. buang bahan buangan cecair ke dalam sinki dengan air paip yang

2. Mengapakah murid perlu mematuhi peraturan bilik sains? (memahami)


A. untuk meningkatkan disiplin diri dalam setiap murid
B. supaya murid berasa seronok dan selesa berada di dalam bilik sains
C. untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan,kecederaan atau kerosakan
D. untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan
lancar

3. Rajah di bawah menunjukkan tangan seorang murid yang melecur.

Apakah yang mungkin menyebabkan kecederaan di atas? (menganalisis)


A. terpegang mancis api yang hendak dinyalakan
B. terpegang tabung uji yang baharu dipanaskan
C. terpegang suis dengan tangan yang basah
D. terpegang bikar yang baharu siap dibasuh
4. Perhatikan rajah di bawah. (menilai)

Seorang murid melakukan perkara yang dilarang ketika berada di bilik sains iaitu membawa
keluar peralatan Sains tanpe kebenaran guru. . Selain daripada perbuatan ini apakah perkara
lain yang tidak boleh kita lakukan di bilik sains?
I. makan di dalam bilik sains
II. berlari dan bergurau di dalam bilik sains
III. menyusun kerusi sebelum keluar dari bilik sains
IV. melaporkan kemalangan atau kecederaan di dalam bilik sains

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

5. Apakah deria-deria yang digunakan semasa kamu membuat pemerhatian? (mengingat)


A. Melihat, mendengar, menyentuh, makan dan menghidu
B. Melihat, mendengar, memegang, merasa dan menghidu
C. Menonton, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu
D. Melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu
6. Apakah kemahiran proses sains yang ditunjukkan pada rajah di bawah ini? (memahami)

A. Memerhati
B. Mengelas
C. Meramal
D. Membuat inferens

7.

Berdasarkan gambar di atas, kategorikan haiwan berikut berdasarkan makanan yang


dimakan. (menganalisis)
A. Herbivor
B. Omnivor
C. Karnivor
D. Nonivor

8. Antara berikut unit yang manakah lebih sesuai untuk mengukur panjang kain?(menilai)
A. Meter
B. Mililiter
C.Kilogram
D.Kilometer
9. Apakah yang dimaksudkan dengan meramal? (mengingat)
A. Membuat jangkaan awal tentang sesuatu
B. Membuat kesimpulan awal tentang sesuatu
C. Proses mengumpul maklumat tentang sesuatu
D. Membuat pemerhatian menggunakan deria

10. Rajah di bawah ini menunjukkan pokok yang layu di dalam sebuah pasu. (memahami)

Berikan inferens anda.


A. Pokok itu adalah tumbuhan tidak berbunga.
B. Pokok itu memerlukan air untuk hidup.
C. Pokok itu akan mati selepas dua hari.
D. Pokok itu layu kerana tidak mendapat air.

11. Rajah …. Menunjukkan keadaan sepohon pokok selepas diletakkan di dalam kotak
gelap selama 5 hari. (menganalisis)
GAMBAR POKOK BUNGA
Manakah inferens yang betul tentang pokok itu?
A. Batang pokok tidak menyukai ruang yang gelap
B. Daun dan pucuk bergerak balas terhadap udara segar
C. Batang pokok bergerak balas terhadap ruang kosong
D. Daun dan pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
12. Ramalkan tempoh masa belon udara kecil terbang sekiranya kepingan plastik digunakan
menggantikan kertas keras. (mencipta)
A. Sekiranya kepingan plastik digunakan masa penerbangan belon udara kecil adalah lebih
panjang
B. Sekiranya kepingan plastik digunakan masa penerbangan belon udara kecil adalah lebih
pendek
C. Sekiranya kertas keras digunakan masa penerbangan belon udaea kecil adalah lebih
panjang
D. Sekiranya kertas keras digunakan masa penerbangan belon udaea kecil adalah lebih
pendek

13. Apakah yang dimaksudkan dengan mentafsir data? (mengingat)


A. Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang
dikumpulkan
B. Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan
dan diperhatikan
C. Membuat satu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang
difikirkan benar
D. Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk
menerangkan sesuatu peristiwa
14. Maklumat berikut menunjukkan keputusan sesuatu eksperimen tentang bilangan
belalang yang masih hidup di dalam tiga bekas yang berlainan. (memahami)

 Bilangan belalang dalam bekas Z lebih sedikit daripada bekas Y


 Bilangan belalang dalam bekas W lebih sedikit daripada bekas Z
 Bilangan belalang dalam bekas X lebih banyak daripada bekas Y

Lakaran carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas.


A. C.

BILANGAN BELALANG
BILANGAN BELALANG

W X Y Z W X Y Z
BEKAS BEKAS

B. D.
BILANGAN BELALANG
BILANGAN BELALANG

W X Y Z W X Y Z
BEKAS BEKAS

15. (analisis)
Perhatikan perubahan yang berlaku pada ketulan ais yang diletakkan pada suhu bilik.
Apakah yang berlaku kepada saiz ais selepas 5 minit?

A. Besar
B. Tidak berubah
C. Kecil
D. Sederhana

16. Zaidi mahu membuat laporan untuk eksperimennya. Pada pandangan anda, yang
manakah bentuk laporan yang tidak berkesan? (menilai)
A. Nota ringkas
B. Graf palang
C. Carta pai
d. Jadual

17. Apakah langkah-langkah dalam mengeksperimen? (mengingat)


I. Merancang eksperimen
II. Menjalankan eksperimen
III. Membuat laporan
IV. Memerhati

A. I,II dan IV
B.I, II dan III
C. I dan III
D. Semua di atas

18. Rajah 2 menunjukkan aktiviti seorang murid. (memahami)


GAMBAR PENUNU BUNER, TRIPOD
Manakah langkah eksperimen yang sedang dilakukan oleh murid itu?
A. Mengawal pemboleh ubah
B. Mengumpulkan data
C. Membuat laporan
D. Mentafsir data

19.

 Panjang benang mempengaruhi bilangan ayunan bandul

Apakah contoh pemboleh ubah manipulasi lain selain yang dinyatakan di atas?
(aPLIKASI)
A. Berat pemberat
B. Isipadu pemberat
C. Jenis pemberat
D. Jisim pemberat
20. Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai dijadikan definisi secara operasi untuk
mengukur tumbesaran pokok kelapa di kebun kelapa? (menilai)
A. Lebar daun pelepah pada pokok kelapa
B. Panjang daun pelepah pada pokok kelapa
C. Saiz daun pelepah pada pokok kelapa
D. Ukur lilit batang pokok kelapa

Anda mungkin juga menyukai